sini ada hantu?.

salam.


plan hari ni mula2 aku & bff nak g Karnival Wow yg digembar-gemburkan kat putrajaya tu.smngt la nak pegi.ingatkan kot best ala2 sure heboh kan.tp haram je.takde apa pun kat situ.setakat jual2 tudung,kain,pameran sikit2.tu aje la.tak wow mana pun.


so disebabkan xtau nak buat apa,ktorg merempit la pegi alamanda.yela dr duk umah je membuta baik jln2 kan.sampai alamanda,ktorg terus mkn mcD.yeah dpt gak mkn lg prosperity burger.




then,ktorg jln2 la dlm tu.tp jln2 pun bkn ada apa kan?so ktorg g la tgk wyg.tgk movie "sini ada hantu".baca kat paper,cte ni agak kelakar.so nak tau la best ke x.tp sblm tgk dah kelakar.haha.masa nak beli tiket tu,mamat yg jaga kaunter tu tanya nak tgk cte apa.kwn aku ckp la "sini ada hantu".pastu mamat tu ckp,"ye sini mmg ada hantu".muka serius je.sbr je la.aku tergelak dpn dia.






filem ni mengisahkan ah meng & bakri yg kerja kat company delivery service diminta oleh bos depa utk hantar mayat datuknya ke kampung.spjg perjalanan tu diorg bercerita la psl hantu kaum masing2.bakri cerita psl hantu melayu,ah meng pasal hantu cina.so diorg berdebat psl "kelogikan" hantu masing2.kira dlm movie ni ada 3 cerita lg.pendek kata 3 kisah seram dlm satu filem la-kisah hantu pokok pisang,hantu nombor ekor&hantu asrama.


ok,bg aku citer ni mula2 agak busan la.ada jgk terselit kelakar sikit2.masa kisah hantu cina tu mmg busan sikit.aku pun mcm ngantuk2 sikit la.tp bila dah sampai part kisah hantu asrama tu,dah start seronok.mmg kelakar sampai habis.gelak je tak henti2.


erm aku blh bg 2.5/5 bintang je kot.rasanya tak payah buat filem pun xpe.tahap telemovie je citer ni.citer dia ringan je.


habis tgk wyg,bila time nak blk hujan la pulak.dahla bwk moto kan.maka tersadai la skjp.tp bila tgk jam dah dkt senja,nak tak nak kena jgk blk.takkan nak tunggu sampai mlm kot.menggigil je td naik moto dlm hujan.huuu~


apa2 pun seronok dpt habiskan masa dgn bff.ada jgk aktiviti hujung minggu aku.


p/s: thn ni byk filem nak tgk.semuanya menunggu turn.
Terima Kasih baca KISAH aku.

6 penyibuk:

FEENA ZAIN said...

aku cm nk tgk The Green Hornet.... igt nk ajak member...tp kete lak abg aku lg sorang pinjam, ada kem. Keta die, bini nk pakai...huhu

miss yanyan said...

oo..pasni plan nak tgk cun pulak..hehe

mashi said...

nak tgk jugakkkk cun

miss yanyan said...

jommmmmmmmmmm

Umee Meriani A.S said...

kena tengok nih....

miss yanyan said...

xyah tgk pun xpe..hahah

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "sini ada hantu?."
6 penyibuk Add your own!
Filed under Labels:
Posted on Saturday, February 12, 2011
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com