kisah memasak.

salam.


setelah menunggu hampir 2 jam,akhirnya dlm pukul 3 gas sampai jgk.dgn penuh tegas aku tanya budak yg hantar gas tu.


"kenapa lmbt sgt?"


budak tu jwb,


"hari ni byk gas kena hantar la kak.sy sorg je pulak tu kerja hari ni."


yela tu dik.aku mls nak bertekak.dpt je gas aku terus masak.dah lama rasanya tak memasak.almaklumlah bila kat kg. halaman semua dah disediakan oleh mak.aku sediakan perut je.hehe.


dok pikir2 nak masak apa,kakak aku bg cdgn suruh masak "AYAM MASAK NEGRO".mesti korang tak penah dgr kan?aku pon sama jgk.kakak aku mmg suka masak ayam msk negro ni.dia yg kasi resepi kat aku.nampak mcm sng,tak pakai byk bahan pon.maka aku pon cuba la buat.selain tu,aku masak sayur sawi masak sos tiram ala cina.1st time jgk buat.aku amik resepi kat pakcik gugel.hehe.


meh aku share dgn korang resepi AYAM MASAK NEGRO.


ni yg aku masak kjp td.warna dia mmg hitam sbb tu namanya Ayam Negro.haha.

bahan-bahan:

  • ayam yg tlh dipotong
  • bwg kecik yg dihiris(bwg ni kena byk ye.makin byk ayam yg korang nak msk,makin byk bwg.mcm aku td masak dlm 4-5 potong ayam,so aku guna 6 biji bwg).
  • kicap masin
  • kicap manis
  • kicap cair
  • cili kisar
  • air
cara memasak:

  1. mula2 goreng ayam (goreng kosong aje ye.tak payah letak kunyit/garam).kalau dah goreng angkat lps tu letak tepi dulu.
  2. goreng bawang2 yg dah dihiris.biar sampai agak2 garing.jangan sampai hangit pulak tau.agak2 dah mcm nak garing tu terus angkat.
  3. kisar bwg yg dah digoreng td halus2.
  4. panaskan minyak.(jgn byk sgt)
  5. masukkan sedikit cili kisar.
  6. kemudian masukkan bwg yg dah dikisar td.lps tu gaul rata.
  7. lps tu masukkan kicap masin,kicap manis dan kicap cair.semua ni main agak2 je ye.masukkan air sampai dia berkuah sikit..kalau rasa nak byk kuah,ltk byk sikit air.tp better jgn byk sgt air sbb nnti tak sdp.
  8. last sekali masukkan ayam yg dah digoreng tu.gaul rata sampai sebati.
  9. kalau rasa mcm tawar,letak lg kicap masin td ataupun garam.aku prefer ltk kicap masin lg.
  10. siap utk dihidang.
selamat mencuba.:)

p/s: suka cuba resepi yg baru.hehe.





Terima Kasih baca KISAH aku.

aku geram.

adoii...geramnya aku hari ni.tgh2 masak gas blh habis pulak.lps tu akak aku call la org yg menjual gas.kata org tu dia blh hantar "sekarang".tapi dkt 2 jam kot gas tak sampai2.kitorang dah kebulur dah ni.eii sakitnya hati!


2,3 kali akak aku dok call lagi tp katanya on the way la,kjp nak check la..tp tak jgk sampai2.geram!!geram!!


p/s: aku memang sakit ati!
Terima Kasih baca KISAH aku.

mintak kerja...mintak kerja...


salam.

aduh peningnya aku nak mintak kerja.paling tak suka kalau kena pos.mana taknya,borang nak kena print,sijil nak kena fotostat.kalau mintak keja gomen nak kena sahkan pulak lg.gmbr pasport kena cuci,kena beli envelope,setem lagi.lps tu kena pegi pjbt pos utk poskan.aduh,byk betul keja.dahle aku ni jns ssh nak keluar.kat rumah pun takde printer.tak psl2 kena mintak tlg kwn printkan borang.tgk gmbr tu,aku kena buat pos express sbb takut sampai lewat.tension2.tp kalau tak mintak,rugi pulak.terpaksa jugakla bersusah payah demi cari rezeki.

kan best kalau skrg ni semua buat secara online je.tak payah buang masa dgn tenaga.duduk je kat rumah,bukak pc.habis cerita.sekarang kan zaman teknologi.dpt jgk menyenangkan aku yg ssh nak keluar ke mana2 ni.

p/s: dengan jalurlebar semua dpt.

Terima Kasih baca KISAH aku.

aktiviti hari minggu.

salam.


setelah seminggu aku berada di kampung halaman,akhirnya hari ni dpt jgk aku merasa keluar rumah.asyik terperuk je aku.maklumlah tak ada kereta.sbnrnya ada jgk keluar pegi tesco dgn family aku.tp setakat tesco kan?pe brg..hehe.


siang td aku dgn my bff keluar pegi GM.dah lama aku nak cari shawl.sblm ni ingat nak pegi cari kat Jln Tar tp last minit plan cancel.mcm2 benda rasa nak beli tp disebabkan status 'tanam anggur' aku kena limit2kan.


aku bwk duit RM150 je.purse dgn kad ATM langsung tak bwk.selain mengelakkan terbelanja lebih,aku nak mengelakkan kena ragut sbb aku membonceng motor dgn kwn aku.so agak bahaya la kalau bwk handbag.



ni antara brg yg aku beli.


1. shawl&inner utk pakai dgn kebaya oren aku.harap2 matching la.x bwk blk lak kebaya tu.:)


2. eyeliner silky girl-aku mmg suka pakai eyeliner jns ni.


3. krim kontur mata safi balqis-stlh membelek2 muka aku kat cermin,aku perasan mata aku dah mcm panda.maklumla dulu2 kan aku suka tidur lewat sambil surf internet.ni la masanya nak cantikkan blk mata aku.haha.


selain tu kitorg g karaoke.wahh.dah lama tak karaoke kat sini.dpt jgk aku nyanyi lagu yang sekian lama aku nak nyanyi tp tak jumpa kat pusat karaoke.hehe.lagu2 yg aku nyanyi:



  • kau yg merubah segalanya - fauziah latiff
  • teruskanlah - agnes monica
  • hangatnya cinta - lyana
  • tentang cinta ini - andy flop poppy&dia fadila
  • setia kasih - haleeda
jiwang tak?jiwang tak?muhahahaha.=))


kau merubah segalanya.

p/s: puas nyanyi walaupun suara sumbang mambang.

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah di putrajaya central.

salam.


tiba2 rasa nak share satu story.nak kata kelakar pon ye,sedih pon ye.tapi lebih kepada kelakar la.hehe.ni kisah aku nak pegi ke KL central dr putrajaya central beberapa minggu yg lps.story aku ni pjg.kalau rasa mls nak baca,abaikan je ye.:)


kisah 1.


aku ni dah biasa naik train kat situ.so aku dah tau la nak naik kat platform mana semua.alkisahnya hari aku nak naik tu,aku tak tau pulak masa tu tukar platform sementara.mana la aku nak terfikir nak tgk signboard ke apa.sbb dah biasa naik kat situ,maka situ la aku tunggu.


so bila train sampai aku pun naik la dgn penuh confident.masa dah berlepas tu,dgr announcement yg train tu akan stop kat salak tinggi!terkejut la aku sbb sepatutnya bandar tasik selatan.kalau menghala ke salak tinggi tu maknanya train tu nak menuju ke KLIA.cuak gila aku masa tu.nak tanya org tapi kiri kanan dpn blkg aku rata2 foreigner.tak reti la pulak aku nak berspeaking bagai time2 aku tgh nervous ni.mula2 aku fikir nak je turun kat salak tinggi tu lps tu amik train lain pegi KL central,tp fikir blk stay aje la kot la train tu patah blk walaupun aku tau mmg mustahil.


maka selamat la aku sampai ke KLIA.aku dah takde arah tuju.tak tau nak buat apa.seumur hidup aku tak pernah aku pegi KLIA sorang2.naik train pulak tu.so aku keluar dr train tu aku naik escalator naik ke atas.sampai atas aku dah tak tau nak ke mana.lengang je tempatnya.kaunter tiket pun tak nampak.aku pun tanya la abg2 polis kat situ.


aku: nak tanya,nak pegi KL central mcm mana?
polis: turun bwh ni je.
aku: nak beli tiket kat mana?
polis: bwh ni jgk.


ceh.sia2 je aku naik atas kan.so aku turun bwh blk.sampai bwh,tak jumpa pon kaunter tiket.nampak 2 org brother tgh borak2.aku pun tanya la.


aku: nak pegi KL central mcm mana ye?
brother: naik train ni. (sambil tunjuk train kat sblh kitorang je)
aku: tiket?
brother: beli kat sini. (sambil tunjuk mesin tiket dkt situ)


aku pon terkial2 nak guna mesin tu.brother tu tolong la aku.dia yg tolong tekan2 semua.masa keluar amount tiket kat mesin tu,nak melompat je aku.RM35!!mahal gila.dari putrajaya ke KL central pun baru RM9.50.aku godek2 duit dlm purse aku.ada byk duit seringgit je.aku kira senyap2.dlm hati aku "mcm tak cukup je duit aku.takkan nak mengemis kat brother ni pulak"fuh,lega.ngam2 duit aku RM35.sedih gila aku rasa.


mula2 aku cool je.masuk je train aku saja call kakak aku nak cerita psl ni.masa aku cerita tu,tiba2 aku nanges.haha.yela,aku sorg2 kan.takut jgk sesat ke mana2.


rupa2nya menurut kwn aku,train yg aku naik mula2 pegi KLIA tu adalah train yg sama pegi KL central.dia akan patah balik.laa kalau aku tau dr awal takde la aku keluar pegi beli tiket semua.aku dah kerugian dkt RM50.wawawawa.:(


takpela.lps ni aku kena hati2.


kisah 2.


ni kisah keesokan harinya.aku nak pegi KL central lagi.kali ni aku hati2 takut jadi mcm semalamnya.masa beli tiket,aku beratur blkg sorang mamat ni.aku dgr dia pon nak pegi KL central.so aku pun buat2 la mcm ikut dia.sbb aku takut aku tersalah naik train lg.haha.


masa kat platform aku perhatikan signboard2 yg ada.baru aku perasan ada signboard tls anak panah stesyen berikutnya hala ke mana.so aku dah yakin dan tak takut salah lagi.aku cari tmpt duduk.kebetulan sebelah mamat yg beratur dpn aku td tu kosong.so aku duduk sblh dia sambil2 tu blh la buat2 ikut dia kan.hehe.


masa tgh tunggu train,mak aku call tanya aku kat mana.aku jwb la ckp baru nak pegi KL central semua.tiba2 mamat tu tegur aku.


mamat: dah biasa ke pegi KL central?
aku: aah dah biasa dah.
mamat: err..saya 1st time ni.


laa...1st time rupanya dia.nasib baik kali ni aku dah yakin.so aku tak risau dah.masa train sampai,aku nampak dia mcm ikut aku naik.asalnya aku yg nak ikut dia,tgk2 dia yg ikut aku.haha.tapi kitorang duduk asing2.tak pasti dia duduk mana.nasib aku mmg tak salah train.


masa train berhenti kat bandar tasik selatan,tiba2 mamat tu dtg kat aku.terkejut aku sbb aku tgh mengelamun masa tu.


mamat: ni dah kat mana?dah sampai ke?(muka cuak gila)
aku: blm lg.lagi 1 stesyen.
mamat: ooo...sorry ye..saya 1st time.sbb tu xtau.
aku: xpe2. (sambil senyum).


berlagak je aku sbb dpt jadi rujukan org padahal baru je sehari sblm tu aku sesat.haha lawak je rasa.


tu la pengalaman aku.kalau ingat balik nak gelak je rasa.


p/s: malu bertanya sesat jalan.


Terima Kasih baca KISAH aku.

kenangan dulu-dulu.

salam.


siang td aku kemas almari aku stlh disuruh oleh bapak aku.dia suruh aku buang mana2 yg tak berkenaan utk tak menyemakkan almari tersebut.so aku pun belek2 la brg2 yg ada dlm tu.


dok belek dan belek,jumpa byk kad raya & besday dr kwn2 sekolah.ramai jgk yg aku tak contact dah.maklumla bila dah abis SPM masing2 bwk haluan.jumpa blk kat FB pun tak tegur sapa sgt pun.


lps tu yg tak leh blahnya..haha..jumpa gambar2 lama masa zmn sekolah.ya ampun buruk gila aku dulu.muka gelap gila,penuh jerawat pulak tu.tak sanggup nak tatap lama2.haha.mula2 ingat nak scan lps tu leh upload dlm FB.tapi fikir balik malu la.mmg buruk sgt la.tapi aku takde la nak kata skrg lawa cuma tak la mcm dulu.jerawat penuh,berparut2,kulit gelap gelita.haha.skrg bila dah makin dewasa biasa la dah pandai bergaya.pandai pilih kosmetik.pandai mekap sikit2.hehe.


tiba2 teringat balik kenangan lama kan.baca blk kad2 raya tu semua kelakar je rasa.skrg ni tak main la kad raya ni.semua pakat nak sms je.kalau tak dulu aku suka berebut2 dgn bapak aku lawan kad raya sapa paling byk dpt.haha.


p/s:terasa mcm nak blk ke zaman dulu kala.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

susah tidur.


salam.

sejak kebelakangan ni aku ada mslh bila nak tidur.sblm ni aku mmg suka tidur pagi2 buta.bila dah menghadap internet tu mmg melekat la.selalu pukul 2,3 pagi baru aku tidur.tp sejak seseorang menegur aku supaya jgn tidur lwt,aku dah set dlm minda tak akan tidur slps jam 12 tgh mlm (kdg2 ada jgk terlajak ke 12.30 mlm hehe).teguran ni mmg baik utk aku.sbb tak elok tidur lewat2 tambah2 pulak mata menghadap komputer je.takut menjejaskan kesihatan dan mata aku.

tapi mslh aku,bila aku nak mula tidur mesti aku ssh nak lelapkan mata.lama aku bergolek2 atas katil sampai sejam lebeh jgk la tp still jgk tak dpt tidur.geram aku dibuatnya.

mcm mlm td,tepat kul 12 aku dah padamkan lampu.mcm biasa mata aku tak blh nak pejam.aku golek ke kiri,ke kanan tak jgk berjaya.tgk2 jam dah kul 1 pagi!

last2 aku amek hearphone aku,aku dgr radio kat hp aku.layan sinar.fm pagi2 buta mmg best la!lagu gempak2.aku dgr sambil layan perasaan n akhirnya aku tertidur sendiri.

p/s:korang ada tips tak mcm mana nak kasi sng tidur?


Terima Kasih baca KISAH aku.

kadang-kadang.




kadang-kadang suka kat dia.
kadang-kadang menyampah.


kadang-kadang happy borak dgn dia.
kadang-kadang sakit hati.


kadang-kadang rasa nak ignore dia.
tapi bila dia tegur lajuuuu je jwb.


kadang-kadang rasa tak nak ambil kisah dah psl dia.
tapi ambil kisah jgk.


kadang-kadang tak sbr nak jumpa dia.
kadang-kadang terasa mcm tak nak jumpa.


kalau tampi kata tampi
tidak aku ternanti-nanti
kalau benci kata benci
tidak aku nanti terus menanti


p/s:awk..kdg2 awk mcm mengejar sy..tp kdg2 awk buat mcm sy yg terhegeh2 kat awk..sy mmg tak tahu la nak tafsir apa yg ada dlm hati awk.
Terima Kasih baca KISAH aku.

pakai tudung tapi baju baby T dgn seluar paras lutut.

salam.


apa yg korang fikirkan bila baca tajuk entry aku yg ni?mesti korang akan ckp "baik tak payah pakai tudung kan kalau mcm tu?"


contoh gambar yang tak memenuhi kriteria bertudung - ihsan dr pakcik google.

sebenarnya ni yg aku alami baru kjp td.kisahnya bapak aku nak keluar kjp pegi kedai.pastu anak buah aku si dak tecik umur 2 thn tu nak ikut.mak aku pon suruh la aku ikut sama sbb sng nak pegang dak tecik tu.

aku bila kat rumah je mmg aku pakai simple je.baju baby T kecik dgn seluar paras lutut.cukup.so bila nak kena keluar tu aku pon nak tukar baju la.

mak aku ckp "tak payahlah tukar2 baju.pakai je la baju tu.tak payah keluar kereta.pegi ambik tudung mak tu pakai!"

so aku pon capai la tudung express mak aku tu.sarung gitu je.mcm tak caya je aku leh keluar pakai mcm ni.dgn tak berbedaknya.mmg selebek gila la.haha.confirm la aku tak keluar kereta kan.gila apa?

rasanya lebih kurang dlm gambar tu la pakaian aku td.bezanya seluar aku paras lutut.haha.


p/s:terasa mcm bibik je bila berpakaian mcm tu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku dan lagu.

salam.


saja nak share 2 lagu yang buat aku sedih bila aku dgr.lagu2 ni mcm ada kaitan dgn aku.bila aku dgr aku rasa sayu je.


1. Tuhan Berikan Aku Cinta - Ayushita



Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

lirik yg aku boldkan tu mcm terkena kat aku.maksudnya bila aku dah jumpa someone je mesti tak menjadi.kwn2 kenenkan aku dgn org mesti tak jadi.bak kata lagu ni "seakan aku hina".yg terbaru ni pun tak tahu la nak ckp.rasa mcm x jadi jgk je.hmm...

2. Menanti Cinta - Kris Dayanti




Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab

Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

bak kata lirik yg aku bold tu,ye aku tgh sbr menanti jodoh aku.bila aku sedih mmg aku dgr lagu2 ni.

p/s:skrg pun aku tgh sedih.:(

Terima Kasih baca KISAH aku.

berkongsi tips.

salam.


dulu pernah ada blog.lps tu lama menyepi.skrg baru rasa nak berblog balik.skrg blog dah makin moden.dah blh "like" mcm kat facebook tu.tgk blog org kebanyakan dah ada button "like" tu.so aku pun mencari2 mcm mana nak buat mcm tu.yela kita pon tak mau ketinggalan kan?hehe.


"like" mcm mana?sila tgk gmbr di bwh:




perhatikan yg aku bulatkan kat bwh tu.nama yg like post aku ni adalah pengikut setia aku.semua post aku dia like.ahaks.tq ye umee.:P


aku tanya kat pakcik yg setia kat aku.sapa lg kalau tak pakcik google.mcm biasa,pakcik google sure ada jwpnnya.mmg genius pakcik ni.sapa tak kenal kan?


aku godek2 akhirnya aku berjaya buat.


lps tu 2 org kwn aku tanya aku mcm mana aku buat?meh aku share.


sila ke web ni:http://www.bux-cafe.com/2010/04/how-to-put-facebook-like-button-on.html

tak faham?meh aku summarizekan.aku ltk gmbr sekali utk memudahkan korg faham.


1) 




ikut je step yg dia tunjuk dlm gmbr tu.tau kan mcm mana?


2) kat dlm kotak bsr tu (bwh expand widget templates tu) cari coding ni:


<data:post.body/>

    utk senangkan korang cari,tekan ctrl + F kat keyboard korang.nanti akan keluar 1 kotak kecik kat atas belah kanan.korang search code tu (copy <data:post.body/> pastu paste dlm kotak tu, tekan enter).nanti dia akan tunjukkan kat mana kedudukannya kat dlm kotak bsr tu.tak fhm?tgk ni:


perhatikan yg aku bulatkan tu ya!

3) ok lps code tu (sblm pun blh) korg pastekan code ni:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/>
</b:if>

4) save.ok siap.seeloknya sblm save preview dulu.kalau jadi baru save.ok selamat mencuba!:)


p/s:sila klik gambar utk tumbesaran.

Terima Kasih baca KISAH aku.

zizan nak kasi can kat aku?.

salam.


haha bunyi gempak je.sebenarnya aku dikejutkan (poyo je perkataan dikejutkan hehe) dgn cerita tak elok pasal artis yg aku minat sgt2 ni.sapa lg kalau tak zizan nin.di kala aku tgh melayan forum yg selalu aku masuk tu,aku terbaca satu isu pasal rumah tangga zizan nin berantakan.laa...baru je kan diorg ni kawen?erm artis kalau tak cerai tak sah kan?



ni gambar masa dia kawen dgn pembaca berita tv9,fazilah hani harun.bg aku wife zizan ni sgt cantik.mmg padan la diorg ni.

punca keretakan tak tau lg.berdasarkan komen2 kat forum tu,ramai ckp zizan ni gay?gay??oh no!ye ke?mcm tak caya je.wallahualam.hanya diorg je yg tahu kan.apa2 pon aku harapkan takde apa2 berlaku.amin.

teringat masa aku dpt jumpa zizan ni.ya Allah serius aku sgt2 teruja n berdebar2.hehe.mana taknya sekian lama aku minat kat dia ni.sejak aku kat U lg.kwn2 U aku ramai tahu kegilaan aku kat mamat ni.hehe.akhirnya dpt jgk kan aku jumpa dia n bergambar sama.mcm tak caya lg.hehe.sgt hensem dia ni.kecik je orgnya.tinggi sikit dr aku je.haha.senyuman dia mmg cair la gua tgk!eceh.gila byg dah aku.haip2 xleh.dia laki org.hehe.


ni gambar masa aku jumpa dia.sblh tu aku tp saja je xnak show off muka aku kat sini.hehe.aku jumpa masa pementasan Teater Tun Mahathir The Musical.tak sangka sng je masa nak ambil autograph pelakon2nya sbb tak ramai sgt org.ni kenangan aku yg tak dpt lupa.hehe.

ok la.berbalik kpd cerita rumahtangga zizan,tunggu aje la nnti ye ke tak ye diorg ni nak cerai.hopefully tak la kan.

p/s:blog aku kali ni aku taknak ltk gmbr2 yg ada muka aku.low profile la konon.ahaks.:P

Terima Kasih baca KISAH aku.

line oh line.

salam.


aduh.apa ke hal ntah sejak 2 menjak ni line teramat-amat la weng.selalu bila kat Ipoh line sangattttttttt lajuuuuuuu.tapi 2,3 hari sejak 2 menjak ni line mcm mau tak mau je.tension gua bai.nak bkk satu2 page tu sgtla lembab.dah reconnect byk kali pun mcm tu jgk.adakah faktor cuaca?skrg ni musim hujan lebat kat sini.


gua dah abis tension dah ni.actually hari ni mmg hari menensenkan.(pepandai je buat ayat bm sendiri.hehe).


takpelah aku bertabah je.hehe.
Terima Kasih baca KISAH aku.

makcik?.

salam.


tadi aku berkesempatan pegi psr mlm blkg rumah aku ni.dah lama tak pegi psr mlm sini.almaklumler bila aku balik sini mesti time weekend.kali ni aku balik time weekdays so dapat la aku pegi.


aku bwk sekali anak buah aku yg nak masuk umur 2 thn tu.letakkan budak tecik tu dlm stroller sng sikit nak control.tgh dok jln2 tiba2 ada sorg budak lelaki dlm lingkungan 7-8 thn tegur aku.


"makcik,kasut dia jatuh!" sambil bg sblh kasut anak buah aku.


makcik kau panggil aku?mentang2 aku bwk 'anak',ko panggil aku makcik ye.jatuh saham aku.wawawawa.


takpelah dik.naseb baik kau kecik lg.so aku maafkan.hehe. 
Terima Kasih baca KISAH aku.

raja lawak 5.

salam.


nak cerita pasal raja lawak 5.aku ni taklah minat tgk rancangan ni.tp ari tu tgh busan2 takde cerita apa kat tv,aku layan la ulangan RL ni.haha mmg kelakar la.tp sorg tu je la yg lawak.yg lain hampeh je.nama dia Nazmie.ni aku letak pic dia (ambik dari fanpage dia).



bg aku dia ni sgt2 kelakar.dgn muka dia yg selamba tu.dari 1st week sampai 3rd week mmg tak mengecewakan sgt la.minggu ke3 baru ni yg aku rasa paling kelakar tak hengat.temanya "tiru gaya artis".disebabkan muka dia ni ala2 david teo maka dia pun tiru la gaya david teo.adoi lawak gila la.kalau ada ulangan dia mmg aku tgk la.nasib baik dia 1st.aku tgk dia je.yg lain tak minat pun.lawak ntah apa2 je.

1st week tredmark dia "saya lupa!saya lupa!"
2nd week tredmark dia "wah dahsat!"
3rd week yg lawaknya dia pegi tuka2 pantun ngan peribahasa.adoi kelakar la.cth:

"air yg tenang,buaya pun tak sangka dlm tu"
"buah cempelak di luar pagar,kalau cempelak tu bkn kita punya takkan mau ambil?"
"kalau beli kain sejengkal,beli la yg panjang sikit"

hak2.aku rasa kalau dia konsisten je blh jadi juara.

teringat soalan cepumas dr kakak aku kat aku:

"kalau boyfren ko masuk raja lawak ko leh terima tak?"

jwpn aku:

"taknak la.buat malu je.bknnye senang nak buat lwk.kalau lwk spontan xpe la.ni kalau lawak bodoh yg ntah hapa2.ish malu la"

dia tanya lagi:

"suka tak boyfren yg suka buat lawak?"

jwpn aku:

"lawak sikit2 blh la.kalau lawak melampau2 lps tu lawak bangang pulak tu mmg x suka la."

kakak aku pulak tak suka lelaki yg buat lawak.dia suka yg serius je.kalau aku xnak la serius sgt.at least ada gak la lawak sikit2.

p/s:aku dgn kakak aku bukannya ber'aku kau' ye.perkataan ko tu sebagai menggantikan nama panggilan aku.hehe.

Terima Kasih baca KISAH aku.

dalil cinta.


pernah tgk drama ni?kalau tak silap aku dah 3x tayang kat tv3.1st masa cerekarama,2nd masa nak bertanding Anugerah Skrin,3rd baru2 ni (hari jumaat kalau tak silap).

3x jugak aku tgk.tak jemu pon.aku suka cerita ni.ia sejenis lawak ringan yg penuh dgn mesej yg mendalam.mmg sesuai ditonton oleh bakal isteri,isteri,mahupun yg masih gadis.hehe.

apa mesej dia?

meh aku ringkaskan sikit cerita ni.

drama ni mengisahkan sepasang couple (sharifah amani & fahrin).sorry tak brp nak ingat pulak nama watak diorg.sh.amani seorang student lg.fahrin pulak dah kerja sbg mekanik.aku agak jarak umur diorg ni sure jauh kot.

1 ari ni sh.amani tidur kat rumah fahrin (ada mak fahrin sekali ye,jgn slh faham.hehe).mak fahrin (wan nor azlin) mintak amani masakkan nasi n lauk sementara dia nak keluar.amani ni mmg tak tahu langsung masak.nak coverline punya pasal,dia pegi ke warung kat kg tu pastu suruh makcik warung tu masakkan.bangga je dia hidangkan lauk tu kat bakal mak mertua konon2nya dia la yg masak.apa lg,dpt pujian hebat la.

lps tu bermula kisah yg depa ni nak kawen.amani ni kira budak lg la sbb student lg kan.kalau ikutkan dia tak layak lg nak kawen.mana taknya,lipat baju tak reti,baju mak basuhkan lagi.masak tak tahu.tp dia berkeras jgk nak kawen.

maka kawen la depa.mmg big problem la bila dah berumahtangga ni.semua serba tak kena.amani ni mmg jenis pemalas tahap gaban.bgn tdur lmbt.tak masak.beli lauk je tu pon tak hidangkan dlm pinggan.blh lak suruh suami dia mkn dlm polistren je.haha.

rumah jgn ckp la.mmg selerak habis.dapur bersepah2.sampai kena tegur dgn mak.konflik bermula bila mak mertua dia dah dpt tau yg dia sbnrnya tak tahu msk.so dia uji menantu dia ni suruh masakkan lagi.gelabah habis la jadinya.siap sorokkan lagi kunci motor amani ni sbb tak nak bg dia pegi warung lagi.

konflik dia dgn fahrin lak jadi bila mak mertua masuk campur n menegur sikap pemalas si amani ni.terjadi perbalahan antara menantu dan mertua sampai menjejaskan hubungan suami isteri.so fahrin ni bertindak keluar dari rumah tu.

kalau nak cerita lagi mmg panjang.aku pon tak larat nak story dah.tapi kesimpulan drpd drama ni,kalau rasa tak bersedia lagi nak kawen tu tak payahlah kawen.

kalau dah kawen tp rumah tak reti nak kemas,tak reti bg suami mkn,tak reti bgn awal,pendek kata pemalas la baik tak payah kawen.

risau je aku kalau aku dah kawen nanti mcm ni.hopefully tak la kan.yg paling penting harap2 tak dpt mak mertua cerewet.haha.takut jgk bila mak mertua mintak masak mcm2.mau aku kecut.mmg la dah blh masak tp kot la tak memenuhi kriteria mak mertua nak?mintak simpang la.hehe.

sudah2.mengarut sudah aku ni.dah kul 12.24am dah.time utk tidur sbnrnya.

ok jumpa next entry.

Terima Kasih baca KISAH aku.

fakta mengenai aku.

salam.


saja je nak share kelemahan aku kat sini.blh ke sebut kelemahan ye?hehe.


1) aku gila internet.tv pon aku ketepikan demi intenet.blh berjaga sampai pagi2 buta mengadap internet aje.


2) aku cpt stress.cpt sentap.cpt tension.aku x blh org push2 aku.


3) aku jns yg tak blh ingt jalan.kalau ada sapa2 yg suruh bwk dia ke mana2 mmg aku failed!haha.jalan g rumah aku kot yg aku ingat.


4) tak tahan dgn bau bkn2 bila dlm kereta.perfume kereta pon tgk jenis kot.ada bau yg aku tak thn sampai nak muntah.


5) kelemahan paling bsr,bila masuk kereta je sure aku tidur!hahah.xtau la kenapa aku cpt ngantuk bila dlm kereta.tambah2 kalau tak ada org yg chit chat ngan aku spjg perjalanan.maka aku tidur je la.kui3.


dah2 tu aje la.
Terima Kasih baca KISAH aku.

kerja oh kerja.

salam.


dah dkt 3 bln aku menganggur.atau nama glemernya "tanam anggur".seriusly aku busan sgt2.aku dah xtau nak buat apa hari2.nak tgk tv mcm tak berminat sgt.mcm dah xde cerita best dah kat tv tu.so hari2 menghadap internet je la aku.tu pon busan jgk kdg2.bkk fb pon dah jemu.naseb baik ada forum.tp tu pun busan jgk bila asyik menghadap je.


tp ok jgk ada forum ni.kat sini la aku main game,aku baca problem org,aku dpt tips apa2,aku layan gosip.mcm2 la.terubat jgk kesunyian aku.yela org single kan,sah2 la hari2 sunyi.haha.


bila la aku nak dpt keja kan?apply berlambak2.1 inteview pon tak melekat.baru sekali aje la ari tu.tp x dgr khabar berita apa2 pon.takde rezeki nampaknya.


bila aku kemukakan isu pasal blm kerja lg,bila nak dpt keja semua,ada yg ckp:


"ala best apa tanam anggur.aku kalau blh xnak la keje.nak rilek2 goyang kaki"


aku jwb:


"iyola tu...kalau dpt duit takpe jgk.sigh~"


ada jgk yg ckp mcm ni:


"kahwen aje la..suruh suami tanggung je"


aku jwb:


"kalau laki aku sanggup byrkan PTPTN aku,aku ok je"


ya.itu yg paling2 penting bg aku.aku kan berhutang dgn PTPTN.bukannya sikit.berbelas2 ribu.sbb tu aku nak kerja.


bg aku,kalau dah kawen pon aku nak kerja.lg byk tanggungjwb bila dah kahwen.nak2 kalau dah ada anak.duit pampers,duit susu,baju,stroller.dahsat!


kalau suami aku mampu kerja sorg pun aku mcm tak sampai hati.bg aku,memadai la dia dah byr semua bil,duit rumah,duit dapur.tp takkan aku nak mintak jgk duit nak beli baju baru?segan la aku.pakai duit sendiri takpela.so sbb tu keja tu sgt penting.ni pun naseb baik la aku ni bknnya gila brg kemas.bertuah sapa yg kawen dgn aku nanti.haha.


bertabah aje la kan.tu je ayat penyedap hati aku selama ni.kalau sampai 2,3 bln jgk masih tak dpt keja apa mau buat ye?


ada jgk rasa nak bisnes tp modalnya takde.bisnes apa pun xtau jgk.pernah nak buat bisnes mak andam.menarik jgk.tp nak masuk kelas andaman pun dah melayang duit beratus2.mana nak cekau duit kan?takpe usaha tangga kejayaan.tunggu la lagi 2,3 bln.kalau btl tak dpt keja lg mmg aku sanggup kot habiskan duit.huhu.bila la nak merasa pakai kereta sendiri?


apa blh buat.kalau ada rezeki tak ke mana.cuma cpt atau lambat aje.sbr ye.




Terima Kasih baca KISAH aku.

kahwen?.

salam.


seperti enty sblm ni,aku nak cerita kenapa aku stress pasal kawan2 aku ramai dah kawen.


penghujung tahun 2010 ramai sgt2 kawan aku kawen.rata2 yg umur sama aku.24 dah kawen?wah.bg aku mcm terlalu awal.tp bila ramai yg kawen umur 24,adakah aku yg terlambat?


aduh,mmg tertekan tgk kwn2 kawen.aku je yg belum.tapi aku takde la desperate nak kawen pon.aku blm ada komitmen ke arah tu.keja blm lg.kira masih blm ada duit yg cukup.aku kalau blh nak kerja dulu,nak ada kereta dulu baru aku pikir nak kawen.


tapi yang buat aku tertekan sbb aku still blm ada bf.skrg nak masuk suku abad.sepatutnya dah layak nak berteman.kdg2 aku cool je.lagi suka sorang2.tp bila tgk kwn2 dah ada partner,terbit jgk rasa cemburu.nak jgk merasa bergayut,berdating,ada org ambil berat,ada org buat aku happy hari2.


tp hakikatnya takde pon semua tu.henset pon hari2 senyap je.sampai aku sengaja biarkan dlm bilik.mls mau amik tau.selalunya bila aku jeling balik enset tu dlm bilik,mmg xde apa2 pon.sbb tu aku selamba je biar benda tu jauh2 dari aku.sadis2.


tapi sbnrnya tak patut buat mcm tu.buatnya ada org call utk interview kan dah terlepas.so far setakat ni xde lagi la jadi mcm tu.tapi mcm siang td,bila aku tgk balik enset aku,ada 4 miskol!wah..bapak aku ngan abg aku call byk kali.diorg ingtkan aku sorg2 duduk kat putrajaya.aku tak kasi tau diorg yg aku tak jadi blk sana.so bila aku x angkat fon diorg dah mula risau.ingtkan jadi apa2 dah kat aku.sorry sgt2.huhu.lps ni enset kena sentiasa ada kat tepi.


berbalik pulak cerita pasal kahwen.adakah aku desperate?entahla.umur mcm aku ni mmg layak dah nak berteman.aku nak hubungan yg serius smpai ke jinjang pelamin.insyaAllah.dah xde masa dah nak main2.dan aku cukup pantang org yg main2kan perasaan aku.aku dah dewasa la.jgn buat aku mcm budak2.huh,bunyi mcm serius kan?


aku skrg dah pandai masak berbanding dulu.aku skrg dah ada sifat keibuan.hehe bunyi mcm riak je.taklah.saja je nak puji diri sendiri.kalau dulu aku tak amek kisah pasal masak,skrg aku dah suka masak.tapi blm tahap expert lagi.bila nak masak ttp kena tgk resepi jgk.kalau masa mula2 aku dpt anak buah dlu aku mcm tak brp suka (jeles la konon),tp skrg aku suka budak2.bila tgk muka anak2 buah aku,terdetik je dlm hati,bila la aku akan ada anak sendiri?


skrg sementara tgh cari kerja aku duduk dgn kakak aku.hari2 aku masak,basuh kain,kemas dapur,tlg tgk2kan anak2 buah.pendek kata dah jadi mcm suri rumah dah.cuma suami je blm ada.haha.


berangan ke aku ni?hmm agak la.bila tgk baju lisa surihani dlm Majalah Eh! mula la aku berangan nak buat baju mcm tu masa aku akad nikah nanti.wah2..mmg dahsat jgk mat jenin aku ni.


takpe,masanya akan tiba nanti.InsyaAllah.nasib baik la bff aku pun blm kawen jgk.kalau diorg pon dah kawen msti aku meroyan kot.haha.semoga 2011 aku akan dpt partner.blh ke?


tunggu aje la kan.


jumpa next entry.
Terima Kasih baca KISAH aku.

selamat tinggal 2010.

salam.

sekarang dah masuk 2011.dah dkt sbln dah.tp masih lagi peringkat awal.aku harapkan 2011 ni ada kebahagiaan dan kegembiraan datang.aku tak suka 2010.kenapa aku cakap mcm tu?entah,2010 ni banyak sgt cerita tak best.terlampau.

1. dapat keja kat tmpt pedalaman.dah tolak twrn sbb byk mslh.smpai menangis mntk tuka tmpt tp x dpt.last2 terima jgk atas desakan majikan.

2. org yg mula2 tumpangkan aku ke tmpt keja dah xmau tumpangkan aku.atas sbb apa xtau.mgkin ssh nak angkut aku naik moto ke kwsn pedalaman mcm tu.jalan berbatu2,berpasir2.ok, aku paham.aku nak quit keja.tp lagi sekali atas desakan majikan, aku tak jadi berhenti.

3. terpaksa bwk skuter tak berlesen utk ke tempat keja.tak sempat nak amek lesen dulu.naseb baik keje kat pedalaman so tak kisahlah xde lesen pon.

4. disebabkan baru berjinak2 bwk skuter,aku byk kali eksiden.2x jatuh moto biasa je.kali ke3 jatuh teruk.kaki luka.aku fobia dah nak bwk skuter ke tmpt keja.so aku tumpang org lagi.kali ni org lain.mesti korang akan ckp,"ala skuter kan sng je."ye memang.tapi untuk bwk ke kwsn jalan yg agak teruk mmg ssh.kebesaran dan keberatan skuter tu menyebabkan aku ssh nak balancekan masa bwk.tambah2 lagi jalan tu berpasir.korang bayangkanlah sendiri.

5. housemate aku menjauhkan diri dari aku tanpa sbb yg pasti.dah tanya kenapa tp xde jwpn.tak tau apa slh aku.aku sendiri tak pasti.last2 aku mengalah, aku yang keluar dari rumah tu dan duduk dgn org lain.sigh!~

6. nak amek lesen moto.dah lulus ujian komputer.dah byr RM200.tp org kelas memandu tu tak mau ajr.alasan depa aku ni langsung tak tahu bwk moto.yg dtg dftar kelas tu semua tahu bwk.diorg just nak dapatkan lesen je.aku sorg je yg tau bwk skuter aje.diorg mmg tak mau ajr langsung!aku siap kena maki lagi.sgt sakit hati!

7. lagi sekali hampir2 nak quit keja bila sorg2 housemate aku keluar dr rumah kami tu.sorg dah habis kontrak,sorg dpt twrn lain,sorg nak mintak tukar negeri.dugaan ni mmg buat aku sgt tertekan.aku mmg tak blh nak hidup sorg2.tambah2 aku pegi keja pun menumpang org a.k.a housemate aku.nanti kalau dia takde,aku nak pegi keja mcm mana?nak ke mana2 pun ssh dgn keadaan aku yg tak bertransport dan berlesen ni.dahla bas susah nak dpt.serius aku tak blh!tp Tuhan syg aku.nasib baik housemate aku yg mintak tukar negeri tu,permohonan dia ditolak.amin2.so aku tak jadi quit.tp skrg bila aku yg dah habis kontrak,dia pulak yg duduk sorg2.nak buat mcm mana kan.benda tu semua bkn kita yg mintak.

8. skuter rosak.aku dah habiskan beratus2 utk baiki skuter aje.mmg dugaan sungguh.

9. ramai kawan2 sebaya dah kahwin!2010 diakhiri dgn jemputan kahwin yang berlambak2.aku sampai stress jadinya.kenapa?nanti aku cerita kat entry baru.

itu antara dugaan tahun 2010.aku harapkan 2011 banyak suka drpd duka.amin... 

Terima Kasih baca KISAH aku.

blog lagi.

salam.

kini aku berblog lagi.setelah sekian lama.yap,sblm ni dah pernah ada.tp dah lupus.dah kena makan anai2 mungkin.hehe..yg sbnrnya yg lama tu mmg sengaja aku tutup.kenapa?sbb terlampau meluahkan perasaan smpai mengguris hati ahli keluarga sendiri.huhu.mmg tak patut.tp blog la tmpt aku nak story semua.

banyak kali rasa nak bkk blog lg.tp asyik malas..malas dan malas je.aku sbnrnya cpt jemu.suka buat keja sekerat jalan.tak tau la apa nak jadi dgn aku ni.

mcm mana aku blh rasa nak berblog lagi?

alkisahnya..aku jumpa Majalah Nur Edisi Jun 2005 kat rumah aku.wah,lama gila majalah tu.sapa beli pun aku tak pasti.dah nak masuk 6 thn mjlh tu.seumur hidup aku mmg x pernah beli.
jadi,aku belek dan belek mjlh tu,terjumpa 1 entry "8 langkah mencipta laman web sendiri".wah ni menarik.dlm ni dia ajr nak buat blog guna tripod.sblm ni aku guna blogspot aje.jadi aku try.wah rumit sungguh nak guna tripod ni.dahla byk step,slow lak tu.jadi aku putus asa.aku guna blogspot semula.

blogspot aku mmg dah ada akaun.cuma nak create yg baru je.sementara ni,aku guna templates ni dulu.takde mood lagi nak belek2 template lain.nnti lain kali baru aku tukar yang lain.busan kan cerita aku ni?

aku ni nama je budak IT.tp langsung tak tahu buat web sendiri.bukan langsung tak tahu la cuma ada 20% je mungkin.sbb aku dari sekolah ada penyakit M.aku MALAS belajar.apa yg aku belajar semua tak masuk kat otak.aku belajar hanya untuk LULUS.pointer aku pun cukup2 makan aje.mungkin sbb tu aku tak dapat kerja lagi.aku sendiri akui aku takut nak apply kerja berkaitan IT.sbb aku tak tahu apa yg aku bljr selama 3 thn kat U.dahsat kan?wah jujurnya aku.

ok stop cerita pasal tu.kembali cerita pasal blog baru aku ni.kali ni aku tak tahu tahan berapa lama.mcm aku ckp sblm ni aku cpt jemu.jadi tunggu aje la.

ok jumpa di entry lain. 


Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com