xde air!!

AMARAN!

DILARANG BACA SAMBIL MAKAN MAHUPUN BARU SAHAJA SELEPAS MAKAN. INI NAK ELAK ANDA DARI TERMUNTAH. HAHAHAHA.


smlm rumah sewa aku xde air. nasib la aku dah mandi. nasib juga tak lama. dan nasib juga berlaku time hari minggu. fuhh semua bernasib baik. cakap psl xde air ni, aku teringat kisah 4,5 thn lps time aku study kat U dulu. haha siyes aku ingt lagi kisah ni sampai skrg. sblm start citer, aku nak gtau, citer ni agak pengotoq sikit eh. sbb tu aku warning awal2 kat atas tu haha. korang baca mesti rasa geli. tp aku rasa kelakar gile. ok kalau rasa xnak teruskan baca xpe, aku tak paksa. hihi.

kisahnya masa dok hostel masa kat U dulu. sapa2 yg penah dok hostel msti dah paham yg hostel mmg terkenal dgn kes xde air. kitorg masa tu mmg dah diberi notis awal2 dah. so kitorg dah tadah air dlm baldi siap2. 

masa hari kejadian tu, aku g kelas mcm biasa. sblm g kelas tu sempat mandi lg sblm air xde. lps kelas, aku bantai mkn mee goreng pulak. tiba2 aku dilanda sakit perut yg teramat. aku cuba thn sbb time tu dah xde air. tp xleh nak thn pulak. maka terpaksa gak "melepas". air yg aku dah tadah awal2 tu aku syg nak guna sbb nak guna utk mandi ptg nanti. kat tingkat bwh ada 1 paip ni ada air sikit2 lg. so aku ambil baldi lain yg kosong (agak kecik) & tadah air kt bawah tu. tak mampu nak tadah dlm baldi bsr sbb bilik aku tingkat 2 nnti ssh nak angkut naik ke atas pulak.

masa aku lpskan "hajat" aku tu, aku cibir rupenya. air ada sebaldi je. paham2 la dgn air sebaldi tu cukup ke nak bersihkan jamban n basuh yak. aku cuba berjimat semampu mungkin utk bersihkan 2 benda tu. tp jamban mmg xleh nak wat apa. mmg air x cukup nak bersihkan btl2. so terpaksa la aku biarkan camtu je. sblm kuar toilet tu, aku pastikan xde org sbb xnak org tau sapa punya kije x basuh toilet lps yak. hahahaha. nsb la sapa yg masuk toilet tu nanti. 

lps dah rasa "lega", aku pon g la bilik kwn aku, lepak2 smbil discuss psl esaimen. time ptg, aku pon nak mandi la. nak guna air dlm baldi yg dah tadah awal2 lg tu. time nak mandi tu, bkk2 je spender, rupenya ada melekat **** kat spender. yahampunnn..! rupenya aku basuh x bersih. yela nak jimat air punya psl kan. tp aku x bersihkan pon. sbb takut x cukup air nak mandi. aku humban terus spender tu dlm tong sampah. wakakaka. yela xkan nak tggu ada air baru nak basuh. berbau la nanti. adehhh mmg lawak gile kalu ingt balik. agaknya masa aku dok lepak2 kt bilik kwn aku tu, diorg ada bau tak? hahahahha. lawak gile rasanya. xde sapa pon tau citer ni sampai la aku tls kt blog ni. wakakakaka.

hahaha ok2. tu je kisahnya. sorry bg korg rasa loya (bg yg baca sampai abes).

daaaa.

p/s: teringat zmn dlu2.

Terima Kasih baca KISAH aku.

2012 bakal labuhkan tirai...

wutt...wuttt...

haha bersawang seh blog aku.. dah xtau nak updet apa.. rasa mcm dah xde kisah menarik utk dikongsi. hehe. tp atas permintaan chepah katanya, ok la aku updet gak la. mcm artis lak blh direkues2.. *puii*

lg 2 ari 2012 bakal berlabuh. dah nak masuk thn baru. azam? haha ntah la.. sama je kot azam tiap2 thn tp x tercapai pon. hehe. sampai thp mls nak berazam dah. blh?

yg paling rasa perit, umur makin meningkat.. tapi? tapi apa? haha pepaham sudah. dari umur 25 aku berazam benda ni. tapi masih blm tercapai.. lg 2 bln nak masuk 27 thn. rasa mcm dah terlalu "tua". kwn2 aku yg nak masuk 29 pon steady lg. tp aku mcm dah xleh steady. hik2. bkn desperate. tp ntah, rasa mcm takut akan jadi andartu. kalau dah ada someone xpe jgk walaupun someone tu blm tentu lagi jodoh kita. tp aku ni, xde sapa2 lg hahaha.

bila masuk ujung thn je aku jd stress. sbbnya banyakkk sgt jemputan kawen. my besfren baru ni pon dah tunang. aku still berangan bila nak dpt cincin hahahha. baju tunang n nikah dah ada. opss advanced gile. motip advanced??? haha xde la. baju akak aku dlu. still elok tersimpan dlm almari tu. rasanya aku nanti pakai je baju2 tu. dah jimat belanje. ada sorg kwn aku ckp, kalu dia jd aku dia xkan pakai baju lama tu. sbb dah old fashion. aku tgk baju2 akak aku tu rasa masih blm old fashion. lgpun bknnya org tau pon aku pakai baju lama haha. (sapa yg baca blog ni je la tau).

erm.. blh tak aku nak pastikan thn 2013 aku akan dpt jodoh? blh tak aku berharap satu yg tak pasti lg? benda ni kira mcm usaha gak la kan? ada ke usaha aku ni? actually ada yg "melamar". tp sejauh mana thp serius dia aku xtau. bg aku, selagi dia x jumpa parents aku, aku x rasa dia serius lg. lgpun aku penah frust dgn dia sekali, so mls nak berharap sgt. tp tipula kalau aku ckp aku x berharap langsung. perempuan beb! paham2 la hati pompuan mcm mana. cpt jatuh ati. cpt tersentuh. bak kata Ustaz Azhar Idrus:


 Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
btl tak? tipu la kalau aku ckp aku langsung xde perasaan kat dia. mmg ada walaupun tak byk. tp perasaan malu masih menebal pd diri aku. walaupun perempuan zmn skrg ramai yg dah berani jadi perigi cari timba, tp aku ttp di takuk lama. biarlah org nak kata aku kolot sekalipun. nampak je aku jns "huahua" mcm ni, tp aku still ada rasa malu. lgpun aku takut menghadapi kemungkinan yg terjadi walaupun benda ni pasti akan jadi jugak bila2 masa. aku takut rasa kehilangan. skrg ni dia la penyeri aku hari2. dia la yg buat aku tersenyum setiap hari walaupun hanya dlm bentuk tulisan je. so aku takut aku hilang semua tu kalau aku luahkan kat dia. 
"kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
haa baca ayat hijau kat atas tu. btl la kan? so banyak2 la doa kat Tuhan. :)
kdg2 aku rasa mcm aku ni xleh kwn dgn lelaki kot. sbb? kalau aku nak rapat dgn mana2 laki (sbg kwn je), msti dia berpaling ke org lain. knp ek laki ssh nak rpt ngan aku? dah selalu terkena kat aku. agaknya mmg ditakdirkan aku blh best fren ngan pompuan je kot. mungkin aku perlu bljr cara pergaulan yg btl. penah aku rasa mcm aku ni mcm ada badi tau. teruk kan pemikiran aku? apa2 ja la kan.. mungkin aku ni takde daya tarikan kot. sbnrnya aku sedih bila aku memikirkan hal tu. sorry aku xnak citer detail kt sini. bahaya. hehe. 
apa2 pon aku stil tunggu sapakah bakal imamku. chewahh. insyaAllah jodoh tu ada. cuma cpt atau lambat je. aku still berharap 2013 thn bertuah aku. aminn.

p/s: Tuhan berikanlah aku cinta.




Terima Kasih baca KISAH aku.

syukur.. Alhamdulillah

semalam aku terima berita yang kurang enak.

jiran aku kat Ipoh gtau yang rumah mak pak aku kat Ipoh tu hampir dimasuki pencuri!

jiran aku cakap diorang berjaya bukak pintu kayu tapi pintu grill tak berjaya dipecahkan.

syukur laa diorang tak dapat masuk.

lagi buat aku syukur sgt2, mak aku ada kat KL!

Alhamdulillah.. mengucap panjang aku. cuba kalau mak aku sorang2 kat umah tu then pencuri2 tu berjaya ceroboh masuk? tak dapat aku bygkan kemungkinan yang akan terjadi lps tu.

bila aku cuba bayangkan, rasa sebak je. nak nangis.

tapi syukur Allah selamatkan semuanya. 

Ya Allah selamatkan ibu bapa kami & keluarga kami daripada perkara2 buruk. Amin.


Terima Kasih baca KISAH aku.

Indahnya Wanita - Mudah ke Syurga


tertarik untuk share artikel ni :)

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah(tetap).

P/S:
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga.

Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Dan yang tidak beriman? MasyaAllah. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah semalam.

26/11/2012.

smlm aku g keja dr umah akak aku kat Semenyih. akak aku yg sulung hantar sbb ofis dia dkt2 dgn opis aku gak. so aku angkut sekali beg baju aku sbb aku tido sana dari sabtu.

akak aku tanya nak ke dia hantar aku blk umah sewa aku lps keje nanti sbb dia kesian aku bwk beg baju sekali. memikirkan beg aku tu tak brp berat & masih mampu nak angkut, aku ckp la aku blh blk sendiri. yela, tak sampai hati gak mintak dia hantarkan. 

blk keja, aku tgk tren dah sedia ada. tp penuhhh gile dlm tu dah mcm ikan sardin. so aku x naik. aku tunggu yg lain. tren tu x gerak2 pon. x pasti dah brp lama. lps tu dgr annoucement ckp tren tgh ada prob skrg, so dia akan berhenti lama di setiap stesyen. ermm patutla.. yela, tgh ujan lbt. selalu mcm tu la. kalau time ujan lbt msti tren tergendala.

time2 mcm tu terdetik la dlm hati aku, kalau tau tren nak wat hal aku terima offer akak aku nak hantar aku blk. tp apakan daya dah terlambat. akak aku pon dah kuar ofis dah time tu. redha aje la tunggu tren.

dkt 15 min gak kot aku tunggu tren. then dtg tren berikutnya, aku cpt2 masuk. nasib baik dah stanby tunggu btl2 kat garisan dpn. so xde la berebut2. tren tu pon sah2 la penuh mcm sardin & berhenti lama gile kat setiap stesyen. dahla perut lpr gile sbb dr pg x jamah apa2. xtau kul brp nak sampai umah. 

sampai kat psr seni, dgr annoucement ckp yg tren x akan berhenti kat jamek. so sapa2 yg kena turun jamek tu kena cari alternatif lain. what? aku pon terpaksa la kuar ke psr seni tu. bila dah kuar dr stesen tu, aku dah xde hala tuju. xtau nak ke mana. to be honest, aku mmg x reti langsung naik bas kat KL. to be honest lg, aku kalau pertama kali kat satu tempat yg aku x biasa or x pernah, mesti aku akan cuak sampai rasa nak nangis.

mcm tu la aku masa kat psr seni smlm. nak naik bas x reti. cari teksi, tp x jumpa. ikutkan stesen plaza rakyat dkt je sbnrnya tp aku xtau jln. nak2 sorg2 lak tu, so aku jadi takut. 

aku teringat kwn aku yani yg umah dia dkt ngan ofis. so aku terpikir nak patah blk ke ofis & tumpang umah dia kjp. aku pon call la dia, rupa2nya dia tgh dating laa pulak dgn pakwe dia. haishh. satu je lg cara aku, aku pikir nak g umah akak aku je. sbb stesen yg dkt umah akak aku tu slps stesen jamek. so aku naik la blk stesen psr seni tu. tgk2 tren yg sampai mmg penuh gile maka aku x dpt masuk. aku nampak ada sorg minah kat situ. aku tanya la btl ke tren x stop kat jamek? dia ckp x dgr annoucement la pulak.

aku ckp la mmg ada annoucement td. aku tanya dia nak ke mana. dia ckp nak g jamek gak. fuhh rasa lega sikit sbb ada geng. aku tanya la, so mcm mana ye, apa ptt kita buat? cewahh. dia ckp leh naik bas stop kat kotaraya, tak pon jln kaki ke stesen plaza rakyat. alamak, dua2 aku lemah. aku pk nak folow dia je. tp dia dok ckp tepon lak pastu. aku nampak ada polis bantuan kat situ. aku tanya la dia btl ke tren x stop kat jamek. dia ckp btl.

polis tu tnya aku nak g mana semua, then dia ckp g la stesen plaza rakyat. aku ckp xtau jln, huhuhu. pastu aku nampak minah td dah abis ckp fon, aku ckp la kat dia mmg konfem tren x stop kat jamek. dah tanya polis td. aku dok ingt leh la kot nak jln ngan dia g plaza rakyat kan. sekali dia ckp nak turun kat jelatek la pulakk. huhuhu. nak nanges lak rasanya.

x lama pastu tiba2 dgr annoucement yg tren dah ok, so akan stop kat jamek semula mcm biasa. fuhhhh lega sgt2 ok. dpt la aku blk umah spt biasa. perut kosong gile rasa mcm lembik sgt time tu. kena mrh ngan akak & kwn aku sbb x jamah apa2 langsung. huhuhuh.

sampai kat umah aku, aku terus tapau nasik n terus mkn. huhuh. aku sampai lambat 45 min dari biasa. pengajaran utk aku huhuhu. lps ni aku sediakan bekal roti bwk g opis. biasa la aku ni jenis x lunch. biasanya aku mmg akan beli kuih or roti utk bekpes & bancuh milo. tp smlm apa pon aku x jamah. tu yg rasa lembik gila.

tu la ceritanya smlm. rapid KL ni asal ujan je wat hal. geram je aku. huhuhu.



Terima Kasih baca KISAH aku.

Istanbul Aku Datang & Teater Tun Hasmah.

Assalam..

khamis lepas, aku g tgk Istanbul Aku Datang!.mmg dah plan nak tgk citer ni since diwar2kan lg sbb tgk mcm menarik. pengarah dia, Bernard Chauly sblm ni buat movie pon best2 gak mcm gol n gincu & drama Blogger Boy.


komen aku,

mmg best,best,best sgt!! siyes! rasa mcm nak tgk lg. 

Lisa Surihani, lakonan improve. dlm tu dia cute sgt dgn style rambut & baju2 dia. mmg comel. 

Beto Kusyairy, xyah ckp la. lakonan dia mmg best pon. tp dlm tu watak dia kurang menyerlah. Beto pon nampak lain dgn style rambut mcm tu.

Tomok, blh diimprovekan lg. ok2 je la bg sorg pelakon baru. agak sesuai gak dia jd nerd.

Aizat, pon sama. kena improve. tp dia x byk part so xyah pk psl dia muhahaha.

kesimpulan, sgt best!

ahad pulak, tgk teater Tun Hasmah. sbb utama nak tgk sbb nak tgk lisa surihani berlakon teater. hehe. sbb dia kan agak kayu berlakon, so nak tgk la dia kat teater mcm mana pulak. pastu rupa2nya nazim othman pon ada, so lg teruja laa.


beli tiket yg agak dpn tp tepi. so blh nampak jelas jgk. kalau tgh2 lg best tp mahal la kalau amik seat tu. not bad lisa berlakon. nazim x banyak muncul. sekejap je watak dia.

lps tgk teater mcm biasa la sesi autograph & amik gmbr. best sbb dpt jumpa nazim lg. yg ada masa sesi tu - syanie, radhi khalid, dira abu zahar, anne abdullah, eja, isma daniel, lisa surihani & nazim othman.

semua ramah2 kecuali nazim! sorry la nazim.. sia2 i minat u k. sombong gile la u. xyah bajet sgt k. lisa gak best. sgt ramah. 

ingt nak amik gmbr berdua ngan lisa nak comparekan sapa kecik lg muhahaha. tp agak ssh la sbb dikawal rapi. dpt amik time dia duduk je. tu pon ngan nazim sombong sekali. tp tgk mcm lisa tu kecik lg la. aku ni kan gumuk. hahaha.

komen bg teater ni.. ermm.. memula best. tp bila tgh2 ada gak yg boring smpai menguap2. ada selit part2 lawak so xdela mendatar sgt. ada pelakon yg bwk watak yg banyak buat aku jd konfius. kalau pelakon yg kita x kenal x perasan sgt. ni kalau kita mmg cam muka dia, jd konfius lak. tp ok je la citernya. thn dpn nak tgk teater ombak rindu lak. eheh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

ahkak.

ada la sorg mamat kat opis aku ni. dulu sama bangunan ngan aku. skrg dah pindah bangunan pon sama gak lg. aku pindah, dia pindah. sama floor lg. tp x sama unit. muka blh nak dikatakan hensem. umur mcm ala2 baya aku je. tp aku xde la selalu nampak dia. sbb tmpt duduk jauh gak & tersembunyi. kdg2 je terserempak. kdg2. so xde istilah aku suka usha dia ke apa. xde.

isnin baru ni, aku sampai awal kat opis. then ada org menegur aku. aku toleh, oh, mamat itu. dia tanya,

"kak, tanya jap kak. nak pinjam kjp kad akak blh? nak access pintu dpn ni."

akakkkkkk??

adakah aku nampak tua? adakah sbb aku berjubah ari tu aku nampak berusia?

ok nanges.
Terima Kasih baca KISAH aku.

geram + sakit ati

bila di ingat2 balik aku rasa geram + sakit ati. tak sangka selama ni pompuan tu berselindung di sebalik watak dia yg sebenar.

aku mmg xleh maafkan apa yg dia buat. ni contoh pmpuan yang tak reti bersyukur. apa yg dia still x puas lg pon xtau la. padahal semua benda dia dah dpt. 

aku rasa mcm nak jmpe dia face to face aku nak ludah kat muka dia, aku nak carut dia! mmg dasar betina s****l! geram aku!!

10 thn bkn waktu yg singkat. selama 10 thn aku knl betina tu, aku mmg x sangka dia pandai berlakon. syabas! ko mmg blh dpt award!

baru dpt kelebihan sikit dah berlagak terus lupa org yg byk jasa kat ko. ko x sedar ke ko ni mcm diguna2kan je.

aku sbnrnya nak nangis masa mula2 dgr cerita ni, tp aku tahan dan thn sampai kdg2 rasa sebak dada. sampai skrg rasa mcm x sangka lg. sgt x sangka.

org yg lg menanggung derita ni msti rasa lg sedih. ya Allah semoga dia tabah. 

aku hrp betina tu dpt balasan dr apa yg dia buat. moga kau menyesal sgt2 pmpuan!


p/s: tak baik carut2 sbnrnya tp aku xleh nak thn. aku sakit ati sgt2.


Terima Kasih baca KISAH aku.

Untuk 3 Hari

Assalam...

hari ahad baru ni aku tgk filem Untuk 3 Hari. tgk thriller mcm best tu yg teruja nak tgk. adaptasi dari novel ahadiat akashah lak tu kan. then pengarah afdlin shauki. ada gak beberapa filem afdlin ni yg aku suka mcm papadom, buli, buli balik...


pendapat aku,

takde laa nak kata best sgt.. biasa2 aje la.. aku bg 2.5 bintang. ada gak part yg boring n slow.

komen aku:

1) pelakon2nya agak kertu sikit la (rashidi & vanida). afdlin ok sbb mmg dlm tu dia jadi org kaya yg agak tua. mcm shidi n vee, diorg jd umur 30an rasa mcm kurang sesuai. sbb diorg pon dah almost 40 kan.

2) citer ni ada flashback ke 15 thn lampau. masa part 15 thn lps ni, tunjuk part vee & shidi masa muda. yg jd vee masa muda, ainul aishah. blh laa nak jd vee masa muda sbb ada gak la nak akan2 sikit2. cuma ainul ni gelap. tp blh la terima sbb mayb dlm tempoh 15 thn tu mcm2 produk uji (nama watak diorg) pakai. tu yg makin cun dan cerah kot. hahahahaha.


zizan nin pulak jd watak shidi masa muda. ermmm, dr segi muka blh laa terima. cuma zizan ni dah kertu laa. umur diorg kan nak sebaya, so xleh laa nak jadikan zizan ni shidi masa muda. nak2 watak bdk sekolah. mmg xleh terima. amik la bdk2 remaja kan. ramai je pelakon2 remaja skrg. dira abu zahar jd bdk sekolah pon x brp sesuai.


3) masa part 15 thn lps tu, aku perasan ada kereta myvi. kui3.. terkantoi di situ.. mesti pengarah terlepas pandang.

4) ada part boring. mcm kat kelab tu. rasa mcm buang masa. xyah pon xpe kot.

5) keseluruhan, ok2 aje la. nak kata tak best langsung pon tak. nak kata best sgt pon tak. xdela rasa mcm rugi beli tiket wyg. 



p/s: terbaca psl kisah shidi ngan vee digesa rujuk sbb ada part dlm filem tu shidi lafazkan cerai. btw, dlm citer tu shidi lafazkan kat ayu raudhah. tp xtau la hukumnya ttp bercerai jgk ke. hanya ahli ulama je yg tau. wallahualam.

Terima Kasih baca KISAH aku.

!st bisnes.. please support!

Assalam...

Alhamdulillah... dengan ini nak merasmikan bisnes pertama aku & friends. dari dulu pernah terasa mcm nak buat bisnes sendiri tapi sbb takde modal so terkubur mcm tu je. pastu tetibe aje kwn2 ofis aku ajk share bisnes. memikirkan kewangan tak berapa nak kukuh skrg, so aku setuju nak share. yela bila lg nak cuba kan. kalau sorg2 tak cukup modal. so xpela share pon. 

mula2 pikir nak jual skirt, tp mcm takut pulak nak ambik risiko kalau jual benda2 mahal sbg permulaan. so kitorg decide nak jual shawl dulu. kalau dpt sambutan baru blh pikir nak jual skirt/blouse.

so kwn2 support la aku eh. hehe. jenguk2 la blog aku or like kat FB. promot2 la kat kwn2 korang. ecehh. 

http://xyerrafashion.blogspot.com/

XYERRA FASHION


semoga berjaya utk diri sendiri. aminnn.



p/s: teringat kata seorang rakan, share2 bisnes ni jgn ada krisis dah la kan. tp ternyata ada jgk sikit. biasala bila byk kepala,idea pon x sama. apa2 pon kerjasama tu penting.


Terima Kasih baca KISAH aku.

29 Februari

Assalam...


lupa pulak nak update pasal filem 29 Februari. aku dah tgk filem ni masa cuti merdeka hari tu. tgk kat wangsa walk. aku tgk yg biasa punya je, bkn 3D. sbb kat situ xde 3D. lgpun kalau tgk 3D tiketnya mahal lg. even yg biasa pun RM14 dah skrg. hukhuk.

citer ni mengisahkan Budi (Remy Ishak) yg dilahirkan pd thn 29 Feb 1896 (thn lompat) & umurnya meningkat setiap 4 thn sekali disebabkan 29 Feb tu kan setiap 4 thn sekali je yg ada. 

Budi jatuh cinta dgn gadis cina nama Lily & percintaan ditentang hebat oleh family Lily disebabkan faktor lain2 agama.

tp Budi ni sgt setia even Lily dah hilang ntah ke mana tp dia tetap tunggu. diorg 'terjumpa' balik pd thn 2012. kalau ikutkan umur Budi masa tu dah 116 thn, tapi sbb umur dia meningkat setiap 4 thn sekali, so umur dia masa tu 29 thn. so masa dia jumpa blk Lily tu, perbezaan umur diorg dah jadi ketara sgt2 la.. Lily dah tua kerepot dah masa tu. kira dah mcm nenek & cucu.

ok review aku,

bg aku citer ni not bad la. xde laa nak kata woww hebatnya, korang mesti tgk, terbaik giler ke apa. tp ok laa dr filem2 lain yg ntah hapa2 je skrg.

tp aku baca pendapat org yg dah tgk kat forum, ramai jugak kutuk2 ye. dgr citer kutipan pun tak memberangsangkan. meh aku nak komen sikit:

pendapat org:

1) ada yg xleh terima part Budi yg xde pedoman, g tonggang arak semata2 sbb kecewa dlm cinta.
-bg aku, setakat 1 babak bbrp minit tu je pon org dah x puas hati. ekceli byk lg filem yg lg teruk dr ni. mcm filem HACKS (hanya aku cinta kau seorang) tu, aku dah tgk.. masyaAllah teruk gile life remaja dlm tu. clubbing, peluk2 laki pmpuan.. ada gak filem2 rempit.. kalau yg jns mcm tu lagi laa xleh jadikan tontonan. nak2 utk bdk2 kecik. mcm mana laa nak elak gejala sosial kalau filem/drama Melayu skrg pon dok tayang benda tu je? dgr citer filem Jiwa Taiko pon teruk jugak.

2) ada yg xleh terima ketidaklogikan umur Budi yg meningkat 4 thn sekali tu.
-yap mmg laa ikutkan x logik. in reality, org yg lahir 29 Feb semua meningkat umur setahun sekali je kan. tp ni laa kelainan yg Edry cuba nak sampaikan. kalau ikutkan, filem omputih lagii laa byk tak logik kan. tp korang lyn je kan?

3) ada yg kata ada ke lelaki sesetia Budi kat dunia ni?
-yg ni no komen. sbb rakyat Malaysia pon dah brp jota so aku xtau pe'el sorg2 mcm mana. mungkin ada, mungkin xde. alaa, standard laa drama/filem msti kisah cinta teragung kan.

4) ada yg rasa xleh terima part2 nyanyi dlm filem ni
-dah nama pon filem muzikal kan, ni kira ok lagi sbb xde part menari guling2 pusing2 pokok mcm filem hindustan tu.

tu antara pendapat aku. tp lain org lain citarasa kan. ada yg kata aku suka filem ni sbb Remy Ishak. ehhh, aku bkn tgk pelakon. mmg la tak dinafikan aku akan tgk filem tu kalau ada pelakon yg aku suka. tp kalau dah citer tu tak best, ttp x best. kalau best, best la. mcm drama Sabar Oh Sabar yg tyg kt tv masa raya baru ni. even Remy Ishak ada dlm tu tp aku x suka pon citer tu. filem Jiwa Taiko pon, aku tgk skjp je terus x lalu nak tunggu sampai habis.

mcm yg aku ckp mula2 td, aku takde laa nak kata filem ni sgt2 hebat. tp sekurang2nya dah ada filem yg berkualiti kalau nak dibandingkan dgn filem yg hampeh skrg mcm Hantu Bonceng, Ngangkung, Man Sewel Datang KL, byk lagi laa.. setakat kisah hantu merepek2 mcm tu better tyg kat asteruk je. thp telemovie je. last filem yg berkualiti aku tgk, Papadom kot. lps tu dah xde filem yg blh dibanggakan dah.

aku puji kat Edry sbb berani buat filem yg mcm ni. bg aku dia teliti. aku perasan era2 dlm filem ni semuanya bertepatan. dari segi pakaian, dialog, environment & sejarah semua tepat. mcm cth masa thn 1957, tunjuk suasana kat Stadium masa Tunku Abdul Rahman umumkan kemerdekaan. masa thn 1965, tnjuk part ada sorg ni baca paper tajuk dpn dia "Singapura Keluar Malaysia". masa thn 1980-an tnjuk filem Ali Setan kat panggung. mcm2 lagi la.

tp apa2 pun aku tunggu Malaysia buat filem Islamik mcm Ayat2 Cinta & Ketika Cinta Bertasbih tu. aku rasa blm ada lg filem2 mcm tu kat Malaysia. tak abis2 buat kisah remaja sosial. xde tnjuk tauladan langsung. Nur Kasih tu ok laa blh dikategorikan Islamik gak. tp mcm citer Metrowealth buat tu, semua nak sama je kisahnya. Syurga Cinta, 7 Petala Cinta & yg terbaru Salam Cinta semua jln kisah lelaki tu xde pendirian agama then jatuh cinta dgn perempuan bertudung & alim. xde kisah lain ke?

ok, penat membebel. hahahaha.






Terima Kasih baca KISAH aku.

huh..nyesal!

mata aku jadi ketumbit. benda ni normal bg aku. mmg selalu gak la aku kena. tp kali ni lambat lak nak baik. pastu dah nampak mcm bisul. kalu ketumbit dlm mata takpe lg. ni kat luar kelopak mata. tak kecut2 lak tu. aku nak g ofis pon mcm segan. ekceli ketumbit x jangkit. aku dah research dah. kalau yg jadi merah2 pedih tu yg bahaya. mcm aku jadi thn lps.

so reason aku xnak g kije hari ni sbb segan ngan keadaan mata aku berbisul & nanah dan nak mintak doc yg picitkan. kalau aku sendiri yg picit x berani lak. doc sure ada caranya kan.

disebabkan aku kena potong gaji (mcm aku citer kat entry lps), so aku harus berjimat. agensi aku ni blh claim maxima RM30 je. ikut pengalaman aku yg selalu gak g klinik ni, biasanya sekali pegi mesti kena caj dlm RM40. even RM10 je yg x dpt nak claim, tp aku tetap rasa berkira. kalau xde isu potong gaji ni, aku x kisah pon sbnrnya. tp sjk kes tu, aku xnak bg muka sgt ngan agensi tu.

jadi dgn itu, aku pegi ke klinik kesihatan aje. biasa kan kena caj RM1 je kan. dlm kepala hotak aku ni, even RM1 pon aku nak claim gak. saja tanda protes. yela, kalau gaji aku blh diorg tolak smpai RM135, takkan RM1 pon diorg takleh bg kan? 

aku g kat klinik kesihatan bandar tun razak. siap bersunglass lagi tu. hehe. nasib takde laa nak kata ramai sgt org. so dlm sejam je kot aku tunggu (x tgk jam sgt). masuk je bilik rawatan tu, doc tu tgk2 mata aku, dia ckp aku kena g hospital. dia tanya aku nak g hospital mana. aku pilih la HUKM sbb dah dkt kan. so doc tu buat surat reference kat aku utk bwk g hospital.

maka aku pegi la HUKM pulak. bg surat kat kaunter, then x lama pastu nama aku kena panggil. tibe2 kena test mata lak, nak tgk tahap kerabunan aku. aku ni mmg ada rabun sikit. mmg agak fail la. no saiz kecik2 tu sah aku x nampak. pastu aku kena duduk blk. nurse tu ckp nanti dia panggil blk.

tak lama pastu aku kena pnggil masuk bilik rawatan. bilik tu dahle x bsr mana. org dlm tu ramai. doc ada 2, nurse lagi. patient campur2 lagi. aku x dpt duduk pon. berdiri je. doc tu suluh2 mata aku pastu suh beli ubat kat farmasi tgkt bwh. apakah? setakat tu je? kalau dah tau mcm tu je gayanya baik xyah g spital. g je la farmasi, beli ubat. kan x buang masa. ingtkan dpt la buang nanah kat mata aku ni. tp x pon.

then aku mntk mc. doc tu leh ckp, sini mana blh bg mc. kena mntk kat klinik aku g mula2 tu. lor. mcm tu lak ye. aku tnye lg xkan xleh kot. dia ckp mmg xleh. pstu siap tanya aku knp x mntk masa kat klinik tu. lorh, dah klinik tu suh g spital xde la aku terpikir nak mntk mc kat situ kan. apo daa.

so aku g la klinik tu blk. aku citer kat kaunter tu. nurse tu tnye nama aku, then dia ckp nak g tanya doc dulu. kena laa tunggu blk.

dlm setengah jam mcm tu, nurse tu panggil aku & bg surat mc kat aku. dpt sehari je. ikutkan aku nak mntk lebih. kot la esok x kecut lg xkan nak g lagi klinik kan. buang masa je. tp sbb nurse tu bg then blah mcm tu je x smpt aku nak ckp apa2. redho aje la.

lps ni aku rela g klinik  swasta lagi. mahal pon mahal la.
Terima Kasih baca KISAH aku.

Sedeh tak terkira!!

Ya Allah..

rasa nak menitik je air mata aku ni haa..

dugaan je aku rasa..huhuhu..

mcm mana aku nak survive utk sebulan ni??

aku baru tau agensi kerja aku T******** tu mcm vangang jerk.. (batal pose aku hari ni dok carut).

rupenya agensi tu wat style cuti sebulan sehari, bkn dia kira semua smpai hujung tahun sekaligus.

masa bln 1 - bln 6 hari tu cuti kira abis sbb xleh carry forward.. means, stat bln 7, cuti dah kira lain.. maksudnya ada 7 hari je smpai bln 12. (sapa x phm abaikan huhuh)

aku lak xtau yg dia kira sebulan sehari je.. ingatkan cuti tu amik je bila2 kan.. nak raya aku amik la cuti lama.. msti la nak cuti pjg kan.. 

masa nuzul quran aku dah amik sehari.. (KL x cuti nuzul quran tp aku yg amik cuti). pstu masa raya aku amik 3 ari cuti.. means, total 4 hari.

td tgk payslip aku utk bln lps, terkejut aku ada tls situ aku kena tolak unpaid leave 2 hari. byk gak dkt RM140 tuuu.. gila x gila? 

so aku call agensi aku tu.. baru aku tu rules dia cmtu.. org agensi vangang tu ckp, aku patutnya ada 2 hari cuti je.. bln 7 & bln 8.. tp sbb aku amik 4 ari cuti, so utk 2 ari tu dia kena tolak gaji. eii mcm ntah apa2..

pttnya xleh la wat cmni kan.. kena la kira smpai ujung thn.. cerr pk logik, raya msti laa nak cuti lama.. lps raya xyah cuti pon xpe..

aku mmg mrh2 gak ar td.. x pueh ati aku..

tp mslh skrg ni, cmne aku nak survive wehh.. dahle gaji dpt separuh je (x smpai) sbb sblm raya dah dpt advanced gaji separuh (lbh skit) sbb nak raya kan.. ni kena tolak lg..

brg keperluan lg nak abis.. huhuhu..

NAK NANGES!!!!!!!!!!!!!
Terima Kasih baca KISAH aku.

syahdu~

assalam... selamat hari raya...maaf zahir batin..

baru je stat kje hari ni stlh 10 hari cuti... pg smlm masa nak gerak blk ke KL sgt syahdu je aku rasa... mana taknya, dr riuh rendah umah ktorg, sorg2 blk...

khamis sblm raya mula2 akak aku no.2 sekeluarga blk ipoh dlu, jumaat aku ngan akak sulung aku... then abg aku yg 1st sekeluarga.. mlm sblm raya akak aku yg 2nd tu blk kg mertua dia.. raya 1st abg aku tu pulak blk kg mertua... maka tggllah yg bjg2 a.k.a aku ngan akak aku sulung tu...

raya ke2 akak 2nd aku blk ipoh semula... raya ke4 abg aku yg 2nd lak blk... raya ke5 abg 1st aku lak...so rumah jd riuh sbb semua berkumpul kan..

tp pg raya ke5 tu akak aku yg 2nd dh gerak blk semenyih.. esoknya abg aku yg 2nd lak blk serdang... sabtu, abg aku yg 1st lak blk KL.. ahad iaitu smlm aku n akak aku yg sulung blk.. siyes rasa berat kaki nak tgglkan mak aku sorg2... mana taknya, dr meriah2 tiba2 sorg2 blk ke ibu kota... tak sampai hati rasanya...

kitorg dh pujuk mak suh dok kl je.. alhmdllh mak termakan pujuk.. insyaAllah bln dpn kot mak dok ngan anak2 dia.. risau bila mak selalu kena tggl sorg2.. mak dahlah tak brp kuat skrg... jln xleh laju.. kalu bwk g shoping complex msti kena duduk kt wheelchair.. bnda ringan2 pon dia rasa berat.. bekas2 kt dlm umah dia semua ktorg x ttp rapat sgt sbb nanti mak ssh nk bkk... tu yg risau mak sorg2 kt umah...

hrp2 mak btl2 jadilaa dok sini nnti.. kan sng ada anak blh tgk2kan..


p/s: selalu rasa bersalah kat mak. :(
Terima Kasih baca KISAH aku.

Rakyat Malaysia yang prihatin

assalam..

td masa g kije, mcm biasa la naik tren kan.. dan mcm biasa la x dpt tempat duduk.. standard laa berdiri2 ni.. dah biasa dah..

tiba2 je aku terpandang sorg budak pmpuan dlm umur 4,5 thn mcm tu la.. tertidur kat lantai tren tu sambil mencangkung dan bersandar kat dinding.. aduhaii sian lak aku tgk bdk tu.. xde ke org yg prihatin bg bdk tu duduk?? ni la rakyat Malaysia kan.. aku nak bg duduk pon xleh sbb aku pon berdiri kann..

teringat ada satu hari tu, aku naik tren dan dpt duduk.. pastu masuk sorang pmpuan pregnant ni.. dah xde seat kosong so dia berdiri je la.. aku tgk yg duduk dkt2 ngan tmpt dia berdiri tu xde pon yg nak bg dia duduk.. maka aku yg duduk agak jauh sikit ni bangun la  dgn tujuan nak bg dia duduk.. tgk2 x sempat aku nak bgtau pmpuan tu, dah ada org lain yg duduk dulu.. aduh sbr aje la.. aku ni dahle x reti sgt nak tegur2 or maki2 org ke kan.. tp aku bersangka baik aje la, mungkin org tu & org2 lain dlm tren tu xde yg perasan pmpuan pregnant tu sbb tu diorg xde yg bg dia duduk..

teringat jgk status kwn aku kt fb, kwn aku tu masa tu tgh pregnant.. masa tu dia kat hospital nak g check up.. dia tls, mmg la 1 kepujian para2 suami temankan isteri diorg g check up.. dan nampak loving & caring la bila para2 suami sentiasa duduk di samping isteri diorg.. tapi tak ke ada rasa prihatin dan kesian tgk pmpuan pregnant lain yg x dpt duduk? xde pun nak bangun & bg diorg duduk kan? well, rakyat Malaysia mmg sgt prihatin ye tak? rasanya kalau kat oversea tak mcm ni.. 

apa pun bersangka baik aje la di bln puasa ni.. hehehe..

p/s: selamat hari raya.. maaf zahir batin.. selamat pulang ke kg halaman msg2.. pandu cermat jiwa selamat.. :)


Terima Kasih baca KISAH aku.

saat aku jatuh...

assalam...

lamanya x updet...ari tu aku ada gtau nak citer psl my hero...tp dok lupa.. ni rasa nk updet blk bila tiba2 dpt emel ada org komen entry aku thn lps... ada jgk yg singgah blog ni yek.. tqvm..

tp mls dh la citer psl hero..aku ringkaskan je.. bknnya aku dh jmpe lelaki idaman.. tp sbnrnya hero tu nama kucing yg dipotong kaki oleh sorg manusia kejam! sedeh sgt aku tgk kucing tu :(

ok..nk cter psl aku down...

aku rasa down sgt...sbbnya... bln lps ada inteview utk jwtn kontrak... sygnya aku kecundang... xpela nak buat cmne..xde rezeki.. yg dpt tu senior dr aku.. so x heran la kalu diorg dpt pon kan...

then lps tu ada inteview lg... kali ni bkn jwtn kontrak..leasing gak mcm skrg... cuma kalu nk timba pengalaman blh la nak cuba.. bila byk pngalaman lg sng nk dpt kje lain...

yg ke2 ni peluang nak dpt agak meluas, sbb yg dtg inteview 6 org je.. ktorg diberitahu oleh panel tu, bos ktorg bg lps 4 org jek.. aku antara 4 terawal dtg.. panel mcm minat nak amik ktorg ber4 yg awal ni.. tp rupanya pemilihan adalah dari bos ktorg... sapa yg dia ptt lepaskan & x ptt dia lepaskan...

khamis baru ni result inteview tu dh kuar. aku x dpt pon.. means aku antara 2 org yg x dipilih... sedehnya Tuhan je yg tau.. aku rasa mcm down.. 2x aku tewas.. aku smpai berfikir & tye pd diri aku, apa yg kurangnya aku? sbb bila dibandingkan aku dgn kwn2 aku yg dpt tu, aku rasa mcm aku lg layak.. bkn nak bangga diri tp aku sndiri tgk dpn mata kwn2 aku pnya perangai cmne kan.. bos x nmpk sbb ktorg duduk jauh dr bos... x memasal aku nanges... time tu kuar air mata sikit je... nanges cover2 hehe... tp tu pon ada org perasan.. tetibe dpt sms dr seseorg tye npe aku nanges hikhik.. mana laa si dia tu dpt no aku.. terharu ada yg concern :)

tp sbnrnya aku dpt tau aku x dipilih bkn sbb aku x bgs.. tp sbb bos xnk lpskan aku disebabkan oleh prestasi keja aku yg bagus.. lega aku dgr.. lg pulak jwtn tu leasing & xde positioh gak,. so knp aku nak frust kan?

esoknya aku x dpt thn sedeh lg... bkn sbb frust x dpt tp sbb akan berpisah ngan kwn2 aku... setahun lebih dh terbiasa bersama2 ber3.. tp lps ni aku akan ditinggalkan sorg2...:( dr pg aku thn sebak.. dok beremel2 ngan kwn aku yg lain... kwn aku tu suh aku dtg tmpt dia.. aku g je tmpt kwn aku tu terus aku lps perasaan..nanges sedu2.. lps tu aku lega...

time nak blk tu, aku peluk kwn2 aku yg nak tggalkan aku tu.. aku ingtkan aku ok.. tp x sgka aku nanges lg.. berjujuran air mata kuar... dhle kt tepi stesen LRT.. hehe.. kwn2 aku tu terpaksa tenangkan aku... huhu.. mcm ne la aku nak hadapi semua? rasa mcm kehilangan.. dh biasa riuh2 tp nanti aku akan sunyi.. sebabkan tu, bos suh aku pndh tmpt, duduk dgn bdk2 team aku yg lain.. waaa sygnya nak tgglkan tmpt skrg... byk kngn suka duka kt situ.. huk2.. nak wat cmne... xpela lps ni timba pngalaman baru, di tempat baru & bersama kwn baru...

aku akan rndukan kwn2 aku... gud luck korang!! hope enjoy tmpt baru & jgn buat perangai mcm kt tmpt lama hikhik...

p/s: pesanan dr sorg kwn- apa pun yg terjadi berjalanlah tanpa henti :)
Terima Kasih baca KISAH aku.

Update Blog!

salam..


dah bersawang pulak blog aku ni..


tak tau nak updet apa.. bkk pon lupe skrg ni hehe..


ermm.. lately ni blog aku tetibe "naik".. aku ni bkn jns promot blog pon.. mmg tak suka nak promot.. bg aku, aku nak menulis blog utk suka2, diri sndiri baca je.. kalu promot pon kt kwn2 rapat je.. sbb tak suka laa nak glemer2 hahaha.


nak tau knp tiba2 "naik"? ermm, sbb aku penah wat entry psl 'seseorg' yg agak popular di alam maya. lama org tu menyepi sejak kes dia terbongkar. tiba2 nama dia disebut2 balik. aku agak mesti org dok gugel2 psl dia, then kuar laa link blog aku. tak memasal entry aku bln 2 tu tibe2 ramai pulak yg mengomen. yg x kenal lak tu. biasanya yg komen, kwn2 aku jerk. ni yg rasa nak delete blk post tu haha. nsb baik laa aku ni bkn jns dedahkan identiti aku kat sini. kalau tak sure kantoi kan sapa aku sbnrnya. 


whatever je la.. tgk la kalau pasni ramai lg "anynomous" sesat sini aku delete la kot post tu. bkn pe, nnti mcm2 org akan soal aku psl org tu. huhuhu.


ingt nak tls psl "my hero" tp next entry la. kasi saspen sikit sapa "hero" aku. hihihih. jeng jeng jeng.




p/s: lama btl tak singgah blog kekawan.
Terima Kasih baca KISAH aku.

Deja Vu

Oh my english... skrg aku dok gila2kan lak ngan lagu shila amzah ni... lirik dia besh & muzik mendayu2.. erkk motip suka lagu syahdu2? gulp.


Lirik Lagu Shila Amzah – Déjà Vu (Lagu Tema Filem Aku, Kau & Dia )

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

( Chorus )
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

( Ulang chorus )

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta


p/s: teringin gak nak tgk Aku, Kau & Dia... ramai ckp best.. huhuhu

Terima Kasih baca KISAH aku.

Sudah Cukup Sudah

Salam..


dah lama pulak tak updet blog. asyik lupa je nak bkk benda alah ni. aku nak lepaskan perasaan geram ni. geram dgn ex bf aku tu. aduhh.


kitorg pas clash mmg still kwn lg. sbb dia ckp xnak musuh2.. kwn je mcm biasa. aku pon ok je la. yelah putus pun bkn sbb hal bsr2 sgt. x gaduh apa sgt pon kan. 


sometimes ada gak berwassap2.. sbg kwn2 kan.. masa mula2 clash, rajin la dia dok msg aku, ym lg.. lama2 dah makin menyombong. penah gak tegur, eh da sombong ye skrg? dia gelak2 je la.


yg wat aku hangin,lately ni dia nak lg pnjm duit aku! ehhh hello, kita dah xde apa2 dah kan? aku skrg x mcm masa couple dlu, lembut hati sgt. skrg aku dah bertegas. jgn hrp la aku nak bg. bkn setakat nak pnjm duit je tu, gedik2 mntk mcm2 kat aku. huh!


memula ada sekali tu aku tlg share page kwn aku kt fb. kwn aku tu jual jersey. tiba2 dia wassap aku, dia tnye psl jersey tu. pastu suh aku belanje 1. bengong!! aku ckp beli la sndiri. dia ckp xde duit. cehh xde duit wat la xde duit kannn. 


pstu dia nak g kedah, kwn dia kawen. dia nak pnjm duit aku. katanya takut x cukup duit. aku ckp le xde duit. 


pastu dia citer la dia nak g main bola, ada tournament ke apa ntah. dia ckp nak beli kasut but. aku ckp, gaji dah masuk blh le beli. dia ckp x cukup sbb byk benda nak kena byr. then aku ckp, kumpul duit dlu bla bla. dia ckp x smpt coz nak pakai this weekend. so dia nak mntk aku sponsor. wtf??? dia ingt aku kaya ke apa. g la cari mak datin nunn.. geramm!!


hari ni lak, dia ym aku, dia citer psl dia nak g tioman, bercuti ngan kwn2. aku perli gak, aku ckp.. ada lak duit nak g jln2. dia ckp nak pnjm duit aku. bengong laaa. aku ckp je aku xde duit. mls nak lyn dah. dah clash pon dok lg berani nk pnjm2 bagai.


ari tu kul 3,4 pg sms aku mntk tlg topupkan dia RM30. sbb dia tau aku ada maybank2u kan. dia ckp tggu gaji dia byr blk. ok la setakat RM30 tu leh la aku tlg. lgpun sbb sng aku guna on9 je kan. tp pastu menyombong kemain ngan aku. aku sesaje msg dia, dia lyn x lyn. eh, aku dah tlg ko, ko bls cmni ekk. bila aku tls kat status fb, tau lak ko nak terasa kannn. pdn muka!


aku dah thp bengang skala 10 dah ni. bak kata lagu nirwana band, sudah cukup sudah!! haha.


ok cukup sdh sesi lps geram pd hari ini. sekian.
Terima Kasih baca KISAH aku.

Alhamdulillah

Pagi Isnin aku masuk ofis, aku bkk emel opis agak2 terkujat tgk nama aku ada tersenarai dlm penerima Anugerah. what? muhahaha. tak sangka lak. sogan pon ada. motip? hehe.


tp bukanlah anugerah keseluruhan. aku dpt anugerah pekerja cemerlang utk bln Mac. Alhamdllh. so ini 1 platform utk aku cpt masuk kontrak. harap2 la. huhuhu. 


bertambah lg 1 sijil aku. maka lps ni tunggu aje la dpt cpt ke lmbt kontrak. huhuhu. hrp2 cpt la. tak sanggup gak nak tunggu lelama.


harap2 pasni dpt tingkatkan lg prestasi aku utk dpt keseluruhan pulak ke. aminnn. 


ok kije2. hehe. poyo lak. :)
Terima Kasih baca KISAH aku.

Gam*ang!!

mesti korang ingat aku mencarut kan? wakakakka.


takla.. mana ada carut. tak baik tau.


saja nak citer. sabtu baru ni aku g bercuti-citan. akak aku nak bwk anak dia jenjalan sempena cuti sekolah. so dia ajk aku & hosmet aku sama. dia plan nak g Bukit Gambang Water Park. memula aku mcm liat2 jgk nak g sbb memikirkan gaji tarak lg. lgpun pk setakat g main air tu je mcm kurang minat. maklumlah pk dah dewasa kan (konon) wahahaha. tp pk2 blk bila lg la aku nak merasa jln negeri org. aku baru sekali jejak ke Pahang tu pon sbb ada kenduri. jenjalan sana lum lg.


kitorang gerak sabtu ptg dlm lbh kurang kul 2 sbb tunggu hosmet aku abis kije. dlm 3 jam mcm tu la sampai.. singgah lunch dulu kat mana ntah x ingt hehe. sampai dlm lebeh kurang kul 6 jgk la. bila dah sampai baru gigih cari hotel. hehe. dpt la hotel dkt2 dgn Teluk Cempedak. 1 bilik je tggl masa tu. mmg rezeki kami la. ada 1 katil je saiz king. berhimpit la kami 3 dewasa & 1 bdk ni. nsb baik xde aksi tendang menendang. yg ada aksi rebut2 selimut sbb semua tgh kesejukan thp gaban sbb aircond sejuk yg amat. haha.


lps check in solat asar jap dlm bilik pastu kuar blk g jenjalan teluk cempedak. 1st time smpai sini. time senja masa ktorg jenjalan tu. so amik2 gmbo je la. x jln jauh2 sgt pon. next time la dtg situ lg leh mandi manda ke apa kan.


esoknya baru g Gambang Waterpark.



memandangkan aku tak bwk kamera masa main2 air tu sbb takut ssh nak galas sokmo je kan, aku tepek gmbo hasil gugel je la. best gak la main2 air situ. nak2 yg ada ombak. fuhhhh rasa mcm nak main lg hahahha.




tu antara yg aku main la. anak buah aku yg lg2 seronok. ktorg dah penat2 dia still lg dok ulang2 main tmpt yg sama. aku sampai tertido2 tunggu dia kat tepi2. ok la not bad gak la tmpt ni. kemudahan pon ok. sapa2 yg nak bwk anak tu blh la bwk g sini. sure enjoy nye la.


p/s: next time hrp dpt g negeri lain pulak.

Terima Kasih baca KISAH aku.

C.B!!

semalam aku mc.


kisahnya hari selasa baru ni aku puasa. utk berbuka aku tapau nasi goreng ayam + sirap limau. tu je la yg aku mkn utk hari tu. mlm tu aku dah stat sakit perut tp xde la teruk. setakat rasa mcm masuk angin biasa je.


hari rabu masa aku bangun pg nak g kije, aku sakit perut lg. nak melepas tp x berjaya lak. so g je la kije cam biasa. masa bekpes xtau la knp aku mcm ala2 xde selera la nak mkn. aku beli ns goreng tp jamah gitu2 je. then aku beli milo ais buat lapik perut. tak lama pastu sakit perut menyerang blk. aku cibir. tau kan cibir tu apa? atau nama saintifiknya cherry berry. haha.


byk kali aku dok ulang alik toilet je. sakit perut xyah ckp la mmg sakit gile2 la. so aku ckp kt opismet aku nak blk. x lrt rasanya. rasa mcm nak rehat2 je. dkt2 kul 3 aku berambus dr ofis. gagah jgk sakit2 perut pon naik tren. masa nak tkr tren kat Jamek, tren kat situ lmbt lak sampai. aku dah tak tntu arah. aku pon dgn selamba badaknyaaa mencangkung tggu tren. lantaklaaa org nak kata apa.


sampai2 je tren, nasib ada tmpt duduk. yela bkn time org blk kije kan. aku duduk mmg dah x betul dah. rasa mcm lambat sgt je nak sampai umah. peluh menitik2 dah. aduhh mmg btl2 x thn dah. sampai je kat stesen kt umah aku tu, aku naik teksi suh anta ke umah. selalunya aku jln kaki je. tp dgn keadaan mcm tu xde psl la aku nak jln. x lrt dowh.


sampai umah terus la aku lepas hajat semua & rasa letih sgt2. lega dpt tidur huhuhu. mlm tu dah kurang dah sakit perut tp rasa sakit kepala lak. aku tdo awal.


smlm pg masa bgn nak g kije, kepala aku rasa berat sgt2. perut pon sakit2 lagi. makanya aku x g kije. nak xnak kena g klinik gak. aku ni jns x suka g klinik. bkn sbb apa, rasa mcm satu pembaziran. kena byr mhl2, ubat bkn mkn sgt. setakat mkn bbrp biji je dah rasa ok dah kan. so yg selebihnya terbiar gitu je. tak ke rugi? tp kalu x g klinik x dpt mc. aku dahle blm permanent. kalu EL kang kena potong gaji. byk lak tu dlm lebeh krg RM70 ++. 


dgn kepala berat yg teramat2 aku gagah jgk g klinik kt umah aku tu. 1st time g klinik tu xde org. so cpt la aku jmpe doktor. kena mrh dowh aku ngan doktor tu. sbb aku cite stat rabu tu dah sakit2 perut. dia mrh sbb aku lmbt g klinik. mcm2 dia membebel kat aku sampai aku ckp aku sakit kepala pon dia x dgr. sudahnya ubat dia bg tu xde ubat sakit kepala la. terpaksa aku beli panadol kat kedai runcit. ha kau!


blk umah pas mkn & mkn ubat semua, aku terus pengsan. bgn2 tdo rasa lega sgt2 dah. Alhamdllh. huhu. hari ni dah OK dah. aku xtau la punca sbnr aku mkn apa sampai jd cibir ni. kalu ikutkan lps berbuka la aku jd camtu. sblm ni pnh je mkn kat kedai tu ok je xde mslh. hosmet aku tau dia bising2 je sbb tu kedai peberet dia. dia bising dia ckp selama ni dia mkn ok je. siap tnye aku, masa aku mkn tu ada ke rasa basi2?? aduhh. mungkin la masa aku mkn tu tak bernasib baik. mana tau masa tu ada anasir luar yg termasuk ke tanpa disedari. tak pon air sirap limau aku minum tu, limau tu dah busuk ke. mana tau kan? apa pon aku nak boikot kedai tu. ngahahaha. tak memasal je kan?




p/s: aku teringin blackberry tp yg dpt cherry berry. sbr je la!
Terima Kasih baca KISAH aku.

Tak Mungkin Kerana Sayang....

Tiba2 teringat lagu ni. Mcm ada kaitan lak hehehe.




Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali


Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan


Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti



ehh.. phm kan maksud liriknya? hehe. tipu la kalau aku cakap aku tak teringat langsung kat ex aku. even tak lama pon kitorg kapel & xde yg indah sgt pon, tp kenangan tu ttp ada. sbb spjg kapel tu sempat gak dia bg adiah besday even x seberapa, & kdg2 rindu lak nak dpt msg2 dr dia. dah xde dah org repot kat aku dah sampai opis, dah sampai umah, pegi situ, pegi sini. haha. bkn aku yg mintak dia repot tp dia sndiri yg nak bgtau semua tu.

rindu bkn sbb syg. bkn sbb nak dia blk. kena pikir 45 juta kali tu kalau nak blk kat dia. tp bak kata lagu ni, rindu sbb terganggu oleh perasaan. eceh. mmg kena sgt la lagu ni. kalau tbe2 aku teringat aku dgr la lagu ni. haha. jiwang lak. dah2 xmo pikir. kih3x.


p/s: dah clash pon ada hati gak nak paw aku tadi. blh lak suh aku topup enpon dia. xde maknanya la oi!!

Terima Kasih baca KISAH aku.

SELAMAT HARI GURU...



16 Mei 2012.


Hari ni hari guru. yeay!


Teringat zaman aku kije kat sekolah thn 2009-2010. rindu sgt nak ke sana blk. serius. smpai skrg kdg2 terkenang2. teringat2. walaupun byk sgt duka dan halangan tak terduga spjg kat sana, tp kenangan indah tu ttp ada.


kalau aku ada kat sana lg sure dah terlibat dgn sambutan hari guru. bestnya. aku suka kalu sekolah wat prgram apa2. mcm perkhemahan ke. time tu sure aku tdo kat makmal komputer sekolah. sejukk giler tdo dlm aircond. hehe. waaa rindunyaa nak ke sana lg. siyes!


cikgu2 sana semuanya baik2, sporting2. takde tekanan pon spjg aku kat sana. benda lain yg wat tekanan kat aku. hehe. 


teringat time mandi manda kat sungai, jln2 kat kampung.. tenang sgt dok sana. bila la aku nak g melawat diorg kat sana ni.. tp ingt ke diorg kat aku? hahahaha.


Selamat Hari Guru kpd cikgu-cikgi SK Pos Bersih!! time aku kat sana pon ada gak yg panggil aku cikgu. haha. xde gaya langsung okeh!


tak lupa juga ucapan buat cikgu2 yg pernah ajr aku dlu. ssh payah diorg ajr aku tp tak gak jd bdk pandai. haha. nak wat cmne, anak murid yg sorg ni malas yg hamat! kih3x. sbb tu aku xleh jd cikgu. kui3.



saya pasti akan ke sini 1 ari nanti. nak melawat kawasan. InsyaAllah. tak tau la bila. rinduuu sgt. :)

Terima Kasih baca KISAH aku.

oohhh abang beto!!

salamm..


sementara nak tunggu time nak blk ni.. nak update blog sikit.. kisah abg beto kusyairy.. muhahahha.



gambar di atas hiasan semata2, hasil carian gugel.

aku ngan kakak aku skrg mmg gilakan beto ni.. remy sehak pon dah kurang minat.. lbh mnt beto.. wah gitu.. 

kisahnya sabtu baru ni, bbrp ari sblm tu akak aku ada tanya aku, baca tak status Beto kat fb? aku ckp xde..

akak aku ckp, Beto kata dia ada kat Lot 10, ada actors studio kat situ.. psl citer Jalan Pintas.. tak sure la dia shooting ke, wat show drama pentas ke kat situ.. Beto tu tls lg, ada la bbrp pelakon lain yg terlibat mcm Sh.Amani, Zahiril Adzim, Azhan Rani,... ramai lg la.. akak aku ajk aku g sabtu mlm.. jam 8 mlm katanya. aku on ajerkkk!!

kul 7 akak aku dah pick up aku kat umah.. dlm dkt2 kul 8 camtu weols sampai.. actor studio tu kat atas sekali.. area2 atas parking.. kira mcm atas bumbung gitu la.. 1st time g situ.. smpai2 je terus g kaunter kat situ, tanya org kat kaunter tu.. dia ckp kul 8.30 baru leh masuk.. memandangkan ada masa lg, aku ngan akak aku nak g mkn dulu. 

aku siap bwk kamera lg, yela msti nak amek gmbr kan.. akak aku suh amek gmbo kt luar studio tu.. masa aku on je kamera, tgk2 dah warning bateri low. adeh, padahal sblm kuar umah aku dah cek dah bateri tu, full lagik.. nyesal lak x cas.. aduii.. aku pon ckp la kat akak aku, xyah la amek gmbo situ takut kang x smpt amek gmbo ngan Beto (konon) dah abes bateri dah. akak aku pon ikut je la. tgh2 cari mkn tu, aku tinjau2 la kot ada kedai gmbr leh tanya kot ada jual bateri memurah kan.. nmpk 1 kedai ni, tanya org tu.. bateri paling murah pon rm100++. tak hingin aku beli. yela wat backup je kan. watpe mahal2.. so aku make sure aku x main hp sgt.. sbb nak wat backup kot bateri kamera abes, leh amek gmbo guna hp. gituhhh. 

so proceed la cari kedai mkn. kat lot 10 tu pepaham la ssh benor nak cari tmpt mkn. foodcourt situ mcm xde yg halal je aku tgk. penuh org ca ya nun alif je. cari kat luar2 tu, nampak kedai Sharifah corner ke apa tah. so g situ je la. nak cari jejauh takut x smpt.. masa terhad. order yg simple2 je, roti canai goreng, 1st time jumpa menu ni. 

masa dok tggu mknn tu, nmpk sorg minah ni dtg duduk kat meja dkt2 ngan ktorg... ada kwn2 dia laki pmpuan situ. aku tgk, eh cam knl je minah tu. pelakon drama bicara hati tu. yg heroin tu, nama chris cempaka. tanya akak aku, dia pon ckp minah tu pelakon citer tu.


yg atas ni la. tp kat luar drama x pakai tudung la. masa tu dia pakai seluar pendek, sleeveless ngan cardigan. lps tu selamba2 je smoking. fuhhh. retis kan.. ala kalu bkn retis pon, aku dah biasa tgk pmpuan2 smoking kat KL ni..

ktorg mkn cpt2.. dkt2 jam 8.30 terus bergegas g studio tu blk.. kena byr minima rm10.. ni kira donation la.. aku byr rm10 je. heheh. terus masuk dlm tu.. masuk2 je ada skrin bsr dlm tu mcm dlm panggung. rupenya Jalan Pintas tu mcm filem pendek la. tayang kat studio tu.

xde la best sgt citer tu.. tp yg pasti ada scene wat kat umah sewa aku. siap blok yg sama lg, level je lain. haha. bila masa la depa wat shooting kat situ. sejam je tayangan. habis tayang, habis je la. mana ada pelakon2 yg dtg. hampeh ke tak hampeh? wat penat je dtg byr 10 hengget utk tgk citer yg hampeh. ingtkan kot dpt jumpa Beto. tp, nan hado? 

akak aku ckp, tertipu dia ngan status Beto. aku terus bkk fb Beto nak tgk blk status dia:

Kpd sume yg tertanya2 bilakah agaknya akan berpeluang menyaksikan diriku dlm indie project filem Jln. Pintas arahan Nam Ron..inilah masanya. Bermula mlm ni hingga 5 May jam 8.30pm & 6 May jam 3pm bertempat di The Actors Studio(Lot10, rooftop). Tiket cume RM10 shj.. Ini adalah 'special screenings' & lepas ni ntah bila lagi akan ditayangkan so jgn lepaskan peluang ni lah ya! Antara pemeran2 lain yg terlibat dlm projek ni adalah Bront Palarae, Sharifah Amani, Azhan Rani, Amerul Afendi, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, KN Ridzuan & ramai lg. Mari!

ada ke dia ckp dia dtg situ? xde kan? akak aku laa ni.. dia yg salah paham!! sbr je la haishh.. wakakakkakakaka. sengal gilerrrr bila ingt blk.


p/s: lain kali baca & paham btl2.. wakakakkakaaa.

Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com