geram kot...

assalam...


hari ni secara tak langsung TERperli housemate aku. ntahla... kdg2 geram jgk ngan dia ni. spt yg aku pernah citer sblm ni...dia ni kwn kakak aku. every weekend dia mesti tidur rumah kakak aku. alasan dia, nak tgk maharaja lawak. aku tak fanatik sgt pun ML tu. kalau aku takde plan apa2, aku ikut jgk ke rumah kakak aku. tp kalau aku ada plan nak kuar ngan kwn ke, cousin ke, aku tak ikut. sbb rumah sewa aku lg sng nak gerak ke mana2 sbb dkt ngan LRT.


ekceli, aku tak kisah pun kena tinggal sorg2. dah biasa. cuma kdg2 geram jgk ngan stetmen hosmet aku tu. pernah jgk masa weekdays dia tdo umah kakak aku. sbb masa tu kakak aku sorg2 sbb anak dia kat ex-husband dia. so hosmet aku tu nak temankan kakak aku la. dia ckp, dia lagi kesiankan kakak aku berbanding aku. eh pelis la. menyampah kot ngan stetmen dia tu. mcm xleh terima akal lak. mana taknya, rumah akak aku apartment mahal. security kuat. rumah sewa aku ni, taraf flat murah je. dahle byk kes kat area situ. so kat siapa yg patut lg kesian sbnrnya? lgpun sblm kakak aku kenal dia, elok je dia dok sorg2 semua. tahulah umah kakak aku tu selesa, ada wifi semua. sbb tu dia suka dok situ sbnrnya. saja je kasi alasan kesian la bagai. mcm la aku tak tahu kot. aku bkn taknak duduk ngan kakak aku, tp mcm yg aku pernah cite, umah kakak aku jauh dr LRT. so ssh la nak g kerja kan.


td hosmet aku ckp, weekend ni dia xde...nak g penang katanya. aku ckp lah yg aku mmg plan nak tdo umah kakak aku weekend ni. then byk kali la hosmet aku tu ckp, bgslah aku nak tdo umah kakak aku. takdela kakak aku sorg2 katanya. 'kesian' sgt dia kat kakak aku tu. selalu tggl aku sorg2 tak kesian pulak ye? so secara sengajanya kot aku perli sikit. aku ckp, selama ni aku sorg2 kat rumah tak kisah pon. ha, amek kau! geram kot. huhuhuh. then dia bls, dia ckp aku ni jenis berani. aku tak bls dah. kalau aku jht dah lama aku perli2 lg. tp mls la kan. rasa mcm nak je ckp yg sblm kakak aku kenal dia mmg selalu je dok sorg2. ok jek. xpe, aku bersabar lg. tak suka cari gaduh kekdahnya. tp dlm hati membara gak la kan.


p/s: menyewa sorg2 lg best kot drpd asyik dpt hosmet yg tak best. huhuhu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

perihal budak opis...

assalam...


aku nak share story pasal opismate2 aku ni... hmm, yg masuk sama ngan aku ada 9 org semuanya. tp yg ditempatkan sama building ngan aku 4 org. aku, ngan 3 org lg ni. sorg je lelaki antara kami. kitorg ni duduk 1 barisan. diorg ni ok la, gila2 jgk la mcm aku. so blh la nak jd kamceng.


tp ada yg aku nak cite psl diorg ni. aku gelarkan minah A, minah B & mamat. 


si mamat ni, suka sgt suruh org punch card utk dia. hangin gak la kan. aku ni, kalau reason yg agak2 leh terima leh je aku tlg. mcm cth, tren wat hal ke, moto tiba2 rosak tgh jln ke. pastu kalau sekali dua mntk tlg ok la. ni byk kali dah kot. tak ptt la kan. dah kira langgar etika keja dah ni. hmm. mcm sekali tu dia srh aku punchkan. alasan dia sampai lambat sbb nak g bekpes ngan mak dia. ehh kalau kau tu duduk jauh ngan mak kau tak pe la. ni sah2 duduk bwh ketiak mak. mcm xleh g mkn sama2 time weekend je.


sekali tu pulak alasan dia sbb baru sampai dr kg. ehhh takleh ke kau try sampai awal? keja ttp keja beb. kena la jd pekerja bertanggungjwb.


pg ni pun masa aku dlm tren dia dah call dah mintak tlg punch. aku sound la, aku ckp "ko apsal asyik suruh2 org je? ko g mana?" geram ni. ekceli bkn aku sorg je yg dia dok suruh. tp minah A & B pun sama. pastu dia jwb, dia ckp pintu rumah terkunci, tgh tunggu mak sampai. WTH? ntah btl ntah tak. pg2 dah wat mood aku jd hangin. sampai kul 8.25 pun aku dok pk nak punch ke tak. last2 aku punchkan jgk. ni last aku tlg. muktamad. org mcm ni kena la tegas kan. huhu.


si minah A pulak suka mengular. keja dia hilanggg je. tp tak dpt dinafikan dia byk tau dlm apa2 perkara. so apa2 yg aku xtau aku refer kat dia je. dia mmg tak lokek ilmu. mesti dia akan tlg. tp bab mengular tu mmg aku xleh nak terima sgt la. kalau setakat g kedai kjp beli air ke xpe la kan. ni ntah, aku pun xtau mana dia hilang. siyes lama. kdg2 yg aku tau dia g jumpa balak dia. mcm xleh jumpa pas keje je. huhuhu. yg wat geramnye dia suka hilang time ada important call utk dia. dah 1 hal nak kena cari dia. tu satu, satu lg terpaksa tpu kat org yg call tu ckp dia g toilet. huuu.


lg 1, dia ni kuat gayut. kalau tak org yg call henset dia, dia yg call org guna telefon opis. lamaaaa pulak tu. agak2 la kalau nak guna fon opis utk peribadi kan. kjp2 xpe la. jgn la lama mcm tgh santai2 kat rumah. huhuhu.


minah B pulak takde apa yg nak diceritakan. dia ni gak yg best. aku mmg close la ngan dia. sbb dia takde wat hal sgt. 


lg satu pasal mamat tu, dia ni mcm tak matang. umur dah 29 tp suka main2 mcm budak2. mcm xde ciri2 org dah keja. kat opis pun suka nak main2. cth, dia suka nak usik2 minah A ni. cara usik mcm bdk kecik. kalau minah A tgh ckp, mesti mamat tu suruh diam. dia saja nak mengusik tp aku yg di tgh2 diorg ni rasa terhimpit. org di kiri gaduh2 dgn org di kanan. aku kat tgh2 jd tensen. bila dah mamat tu dok suh minah A tu diam je mesti aku jerit kat dia, "eh ko la diam!". keja wat la cara keja beb. adehhh.


mamat tu dgn minah B pun sama. tergelak2, terkekeh2, main kejar2... oitt korang ni kat playground ke kat ofis? huhuhu. pernah sekali tu aku tgh call customer, mamat tu ngan minah B bertepuk2 tampar sambil gelak terkekek2 sampaikan aku tak dgr pun suara customer tu. so pe lg, aku sound la diorg suruh diam. ye, aku sgt garang. huhuhu.


tu la perangai dak2 opis aku. aku kdg2 pikir gak, diorg yg tak matang ke atau aku yg terlebih matang? ntahla, aku ni bknnya jns org yg serius sgt. aku hua2 gak. tp tgk tmpt la jgk kan. kalau kat opis jgn la over sgt. blh bergurau2 tp jgn smpai menganggu org lain. huhuhu.




p/s: kan best kalau ada bilik sendiri mcm bos. blh privacy,xde org kacau. huhuuh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

entry utk my bestie!!!

assalam...


gigih aku tak tdur lg...hak2...baru ingt nak tdo awal...tp tertengok kat fb yg hari ni besday STUD!!yeahh...hepy besday cayangggg....!!~


sila klik banner ni utk ke blog beliau yeah~~




utk stud @ umee meryani:


kitak sukak kwn sama kamek walaupun kita blm pernah jumpak! (btl ke ayat aku?haha). ko sgt best okehh...kwn yg best sgt2...sorg yg hati kering...wakakakak. besday aku ari tu ko paling byk wish. kali ni aku pun nak jd paling byk wish okeh?:)


bila kita nak jmpe ni??dtg la semenanjung...sob3x.


sayang kamu! ahaks. :)


p/s: syg semua kwn2 forem sy, dlu, kini  & selamanya. *hugs*
Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah telur...



assalam...

disebabkan smlm tak jd post cite kelakar sbb jiwa kacau,maka aku post hari ni. 

kisahnya 2 hari lps (ahad), aku nak g kedai runcit nak beli telur sbg santapan waktu sahur smlm. sbnrnya aku agak segan gak nak g kedai tu sbb tuan kedai tu 2 org lelaki muda. pepaham je la kan kalau mamat2 muda ni, kalau ckp pasal 'telur' sure dlm kepala diorg pk lain kan. kalau aku dah biasa dgn kedai tu xpe gak, leh je amik terus telur pastu byr je. ni, telur tu letak kat mana pun aku tak tau.

maka terpaksa jgk aku tanya. sblm masuk kedai tu aku dah memikirkan ayat sesuai dah. takkan aku nak tanya mcm ni,

"ada telur tak?"

kalau soalan mcm tu mmg sah2 kena bahan. jadi soalan aku berbunyi begini:

"ada jual telur tak?"

aku tgk muka mamat kedai tu mcm tahan gelak je. sbr je la aku. dia tanya aku blk,

"nak telur apa? ayam ke burung?" pastu dia mcm tergelak2 sikit. aku dah membara dah. rasa mcm nak gelak gak tp aku tahan. tergagap2 aku jwb.

"telur ayam."

mamat tu tanya lg.

"nak brp biji?" tersenyum2 je dia. haishh sbr je la.

aku, "nak 5 je"

mamat kedai : "cukup ke 5?" (tergelak2 lg)

aku: "cukup."

mamat kedai : "yeke cukup?"

mcm siottt je. lps byr laju je aku keluar dr kedai tu. tp kalau ingt blk mesti aku gelak2. wakakkakak.


p/s: apsal la org suka pk luc** kan? hahahaha.

Terima Kasih baca KISAH aku.

jiwa kacau?

assalam...


baru je rasa nak post citer kelakar... tp tiba2 dikejutkan dgn sesuatu. hmm, entahlah aku pun tak tahu kenapa aku still nak rasa sedih. padahal sblm ni aku dah blh terima hakikat. aku dah blh lupakan dia sikit2. tp ntahlah... 


mungkin sbb dia mcm pernah terbagi harapan kjp kat aku kot. mungkin. tak tahu nak describe mcm mana perasaan aku skrg.


utk dia,


- thanks sbb pernah buat sy hepy selama kwn ngan awk
- thanks sbb pernah buat sy tersuka kat awk
- thanks sbb kdg2 awk buat sy berbunga2
- thanks sbb bg hadiah yg agak mahal kat sy
- thanks sbb awk melukakan hati sy


lastly, hope awk bahagia.




p/s: mmg dah ternyata dia bkn jodoh aku. skrg nak tumpukan pd sorg lg... huhuhu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

mamat ego...

assalam...


haha...lama tak terserempak dgn mamat ego ni...hari ni terjumpa balik. sbnrnya dah lama rasa mcm nak story sini tp pikir blk, tak penting kot. tp hari ni saja la nak citer.


mamat ni leh dikatakan agak hensem la. tinggi, smart. aku pun leh cair kot. ngahahahaha. aku selalu jgk la kebetulan naik LRT sama dia. tak pasti dia dtg dr mana, tp yg pasti aku perasan dia naik sama aku kat masjid jamek & turun pun sama aku kat kerinchi. tp tak sure la dia 1 company dgn aku ke tak. rasa tak kot.


kenapa aku ckp dia ego?


haha. 1 ari ni, aku berdiri sblh dia kat dlm tren. mamat ni sgt2 control hensem. mmg takleh blah la tgk muka dia. mmg la hensem kan. tp xyah la control2 sgt mcm tu. menyampah pun ada. haha. then, tren tu bergoyang lebeh kot masa tu, dia nak terjatuh kat aku. mmg hampir2 terkena dah. badan dia dah terkena badan aku sikit. tp dia leh wat selamba. dia bgn blk pastu tgk aku ngan muka berlagak. bkn nak mintak maaf ke apa. tp sempat lg control hensem tu. adehhh sbr je la. siyes xleh blah. haha.


td pun aku kebetulan berdiri sblh dia gak. smpt gak la aku menjeling2 sikit kat dia. mmg control abis beb. betul2kan tali pinggang la, goyang2 kaki la. muka ala2 berlagak sikit. xleh blahhh. wakakakkaka. jln pun control nak mampussss.


takpela, asalkan dia bahagia. hakhak.




p/s: teringat kwn aku cite baru ni, ada sorg mamat hensem ni berlanggar dgn sorg makcik buta. mamat tu terjatuh sikit. pastu dia leh maki2 makcik buta tu. hanjeng btl perangai dia. muka hensem pon tarak guna kalau hati tak hensem. jgnla sbb awk tu hensem, awk kena control macho. eiii sumpah seranah aku dgn org mcm tu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

satu hari yang busan...

assalam...


hari ni satu hari yg penuh kebusanan kot bg aku... memula bajet nak rehat je satu hari ni. mana taknya, smlm penat jln2. smlm aku g jln tar ngan cousin aku. tujuannya nak cari kain pasang buat baju raya. bln dpn dah nak masuk bln puasa. skrg ni pun org dah start tempah baju. aku tanya kedai tempah baju kat opis aku, akak tu ckp dia mmg tak amik tempahan dah sbb dah ramai dah hantar. tu yg aku g cari smlm. takut gak kan org tak amik tempahan dah. aku ni payah sikit nak beli yg dah siap, xde saiz kekdahnya...hahahha. maklumlah tak brp nak tinggi. kalau dpt yg leh ngam, kainnya pulak pjg. wakakakaka.


hari tu abg aku g china. aku pesan kain cotton kat dia. dgrnya kat sana murah2. abg aku beli byk2. katanya nak jual. adik ipar dia ada butik kat kajang. so dia ltk kat butik adik ipar dia tu. aku berkenan laa 1 kain ni. sekali abg aku ltk harga RM130. gile2. paling murah dia leh kasi aku RM100. perghh. kalau harga mcm tu baik cari kat sini je. ingatkan leh la dpt harga kat sana. adik beradik pun nak berkira. sbr je la aku. tak jd aku nak amik. aku beli kat jln tar smlm dpt RM32 je. sama je kualiti kainnya. huhuhu.


sampai dlm kul 5 camtu aku jln2 smlm ngan cousin aku. balik terus terbongkang. penat katanyaaa. hak2. mlm pulak, kwn lama aku yg aku baru terjumpa balik kat sini ajk lepak2 minum. kwn aku tu kira bff aku la masa kat U dulu. mmg rpt la, g kelas semua sama2. bilik pun dkt2. tp sjk ada 1 peristiwa terjadi kat dia, kitorg terus mcm agak terputus hubungan la. tiba2 ari tu aku terjumpa dia blk kat LRT. rupanya duduk 1 apartment ngan aku, 1 blok lagi tu. mmg tak sangka. mlm td dok sembang2 ngan dia sampai kul 12 lebeh. mmg best borak2. byk cerita lama2 kitorang rewind blk.


so hari ni ingt nak relax2 la kan. tp rasa busan lak xtau nak wat apa. dahla duduk sorg2. dr ari jumaat aku sorg2. hosmet aku tu suka lepak2 tdo umah akak aku. kdg2 aku terpikir sapa sbnrnya adik badik akak aku ni? dia lak mcm lebeh2. tau la bespren kan. tp agak2 la smpai tgglkan hosmet dia ni sorg2. aku bkn xnak ikut g umah akak aku tu, tp umah dia jauh dr LRT. ssh nak gerak. mcm smlm aku nak kuar ngan cousin aku kan. tu yg aku x tdo sana. kdg2 terasa ati gak la. baik xyah ada hosmet mcm ni. dok sorg2 lg best. huhuhuh. penah gak sepanjang weekdays dia tdo sana. masa tu akak aku sorg2 sbb anak dia kat abah dia. hosmet aku leh ckp dia lg kesian kat akak aku berbanding aku. ermmm... kalau ikutkan suasana kat umah sewa aku ni lg berbahaya berbanding ngan apartment akak aku yg mahal tu. situ siap ada security lg. ermm ntah la. aku kdg2 mls nak amik tau dia ada ke takde ke. aku dah biasa sorg2. mlm ni sorg2 lg aku. biarla nak wat cmne kan.


bila hari minggu mcm ni rasa busan lak. siyes xtau nak wat apa. dahla pg2 kat sini dah memekak. sbb ada kenduri kawen kat sini. so diorg pasang lagu kuat2... siap ada sesi karoke skali. mmg kuat gile. aku yg tingkat 15 ni pun leh dgr ngan jelas. suara tv pon tenggelam. dahla suara sumbang yg amat. ya ampunnn. aku nak tdo pun xleh tdo. nak tgk tv xde cite best. main intenet pun mcm busan. aku lyn je cite bodo kat tv3 tu. tajuk dia akhirat. mmg mcm hampehh je cite tu. ntah hapa2. huhuhuh. 


tabah je la aku menempuh hari ni. nasib baik dah nak masuk mlm. esok dah mula keje blk so xde la aku busan sgt. huhuhu.


p/s: selamat hari bapa kepada bapaku. dah 35 thn beliau jd seorang bapa. tak lupa jgk kpd abg2 aku & abg ipar aku.
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku dan LRT...


baru2 ni dlm minggu lps mcm tu la, aku ada pengalaman terkepit pintu LRT. takde la terkepit teruk sgt. ala2 manje gitu. hakhak. kisahnya, pintu tu cpt sgt nak tutup. berdasarkan pengalaman aku yg dah bertahun2 naik LRT ni, aku dah blh agak brp lama pintu tu terbukak. pastu bila dia nak tertutup kan akan ada bunyi.

tp hari tu, pintu tu baru je bkk, dgn takde bunyinya tiba2 dia nak tutup. aku dah masuk separuh badan aku dah kot. masa aku tgh nak masuk tu, tiba2 pintu tu tutup. terkepit aku. awww. terpaksa aku keluar blk. bila aku keluar, pintu tu terbukak blk. so aku masuk blk. mcm sblmnya, bila aku masuk je, pintu tu nak tertutup. terkepit buat kali ke2. maka tak dpt le aku naik tren tersebut.

sjk tu aku mcm fobia sikit la. kalau time aku sampai kat platform pintu tren dah siap terbukak, aku takkan terkejar2 nak masuk. aku buat bodooo je. rela tunggu tren berikutnya kot. hahaha. mcm smlm masa blk keja, mcm biasa la aku blk ngan opismet aku. sampai kat platform, tren dah ada, pintu dah terbukak dah. opismet aku berlari2 nak masuk gak. aku steady n cool je. haha. elok je kwn aku tu masuk, pintu pun tutup. tertinggal aku. hahaha. 

mcm pg td lak masa kat Jamek, pun sama mcm smlm...sampai kat platform tren dah ada, pintu dah bukak. aku mcm biasa gak wat bodo je. muka takde perasaan je tgk tren tu. fobia la katakan. hahaha. bajet nak tunggu tren lain la. tp tgk2 lama pulak pintu tu terbukak. mcm nak suruh aku masuk jgk. pelik bin ajaib gak la. bila tgk pintu tu dok ternganga jek, aku pun beranikan diri gak la masuk tren tu. fuhh naseb baik lps. hahahaha.

mcm kelakar lak aku leh fobia ngan pintu tren kan. kih2.

p/s: teringat satu insiden kelakar kat LRT hari tu. kisahnya, aku nak touch kad rapidpass aku, tgk2 kad tu xleh detect. pastu aku g lorong sblh lak. pun sama xleh detect. geram gak masa tu. rupanye baru aku tersedar yg aku touch tu bkn kad rapidpass tp kad staff. wakakakaka. malu gila beb. xtau la org blkg perasan ke tak. mcm mana la aku leh tersilap amik kad ni. hak2. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

Contest Kaki Paling Comel...

assalam...


menjengah ke blog Ailyl Rozanna,terbaca yg dia ada buat contest. berminat aku nak join memandangkan contest ni tak payah letak muka. hehe. prinsip aku kan xnak letak gmbr muka kat blog ni. dah lama rasa nak join tp takde kasut yg cun. kebetulan baru ni terbeli kasut baru, so blh la join. 


sila klik banner bawah ni kalau nak tau cara nak join. :)




Syarat-syarat penyertaan :

1) mempunyai blog sendiri dan masih aktif
-ok dah ada & masih aktif
2) kalau boleh jadilah follower blog ini
-ok dah follow
3) Letak tajuk entri sebagai "contest kaki paling comel"
-ok done. 
4) Copy banner, linkkan ke ailylrozanna.com kemudian letak dekat sidebar
-done jgk.
5) tag 3 orang kawan yang korang rasa kaki dia comel gak
-xtau mau tag sapa. tag je la 3 org ni. terpulang kat diorg nak join ke tak. hehe...

ni gambar kaki aku yg konon2 comel & dah siap edit. disebabkan aku baru je jumpe 
mr.maikel baru2 ni, so aku snap jgk la pic beliau. hahahah.



"Mr. Maikel pon teruja dengan kasut baru i...hakhakhak..."


p/s: saja join suka2. tak kisah pon menang ke tak. haha.

Terima Kasih baca KISAH aku.

jalan2 sokmo...

assalam...


smlm aku berjalan2 sakan. eh takde la sakan mana sgt. hehehe. saja je ikut kakak aku smlm g kuala selangor. dia ajk g tgk kelip2 ku sangka api. ekceli aku dah penah g dah dlm 3 thn lps. g ngan akak aku jgk + abg & kwn akak aku. takde la nak kata best apa pun. tp sbb boring takde wat ape kat umah, so ikut je la kakak aku.


akak aku tu nak bwk anak dia jln. dia bwk skali kwn dia bangsa jepun. so kami g berlima, aku, kakak aku, hosmet aku, anak buah aku & kwn akak aku yg jepun tu. jenuh gak nak spekang ngan dia. haha. dia leh ckp BI tp lama nak dgr dia abeskan satu2 ayat. org2 jepun kan tak fasih sgt BI. dia byk communicate ngan akak aku je ckp Jepun. so akak aku jd translator kami je lah.


mula2 g tgk beruk dulu kat Bukit Melawati. tmpt ni pun aku dah pegi dlu sama hari ngan tgk kelip2. budak2 suka la kot g tmpt2 mcm ni. mmg byk betul beruk sini. dah tmpt diorg bermastautin kan. berebut2 diorg bila org lontar mknn kat depa. mkn tak pernah stop. tak reti kenyang ke hape ye diorg ni. hahaha.






ni gmbo beruk ngan anaknya. masa kecik2 depa ni kaler oren ye? haha. depa suka mkn kacang panjang. lempar je kacang panjang mmg berduyun2 dtg. teringat lak anak buah aku tgh mkn jambu tiba2 kena rampas dgn sekor beruk. haha. nak nanges je budak tu.


mlm baru g tgk kelip2. yela nama pun kelip2. mesti la kena tgk mlm. cantik tgk pokok2 bercahaya. dah nampak mcm pokok krismas. sayangnya kami tak dibenarkan ambil gambar kelip2. 



ambil gambar pintu masuk je lah. hehe. 

best gak jln dgn minah jepun tu. sempat tanya dia sikit2, 

"monkey in Japan what?"
"naru"
"cat in Japan?"
"nekok"

ntah betul ntah tak ejaan aku tu. haha. aku perasan dia ni kalau dpt perkataan melayu yg baru, mesti dia akan catat dlm buku kecik. ada sekali tu dia belek2 buku dia tu, lps tu tiba2 dia tanya,

"kamu semua sudah lapar?"

hehe. bagus la dia ada jgk rasa nak bljr bahasa melayu. nanti nak jgk la bljr bahasa Jepun. jeles je tgk akak aku lancar je ckp jepun. aku perasan org sekeliling tgk je dia ckp jepun dgn org jepun tu. hehe.


p/s: tgh gigih edit gmbr nak masuk contest "kaki paling comel".hahaha.

Terima Kasih baca KISAH aku.

mungkinkah terjadi?...

lagu ni direkemen oleh Que Adams kat aku. katanya sesuai jgk ngan situasi aku skrg. sob3. nanti leh la karok lagu ni. ahaks.




Mungkinkah Terjadi

Artist: Spider
Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilaku harus memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari

Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetapku sanjungi
p/s: setia menanti...

Terima Kasih baca KISAH aku.

10 jenis pekerja...

1. Taichi 
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc. 
  
 2. Boxing 
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah. 
  
3. Silat Pulut 
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya , macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah. 
  
4. Samurai dan Cowboy 
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works. 
  
5. Kungfu Bruce Lee 
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution. 
  
 6. Ninja 
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular. 
  
 7. Rambo 
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan. 
  
8. Kungfu Jackie Chan 
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious. 
  
9. Street Fighter 
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja. 
  
10. WWE Wrestling 
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata. 
  
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku suka berdikari...

adik beradik aku semua duduk sekitar sini je. kitorg semua tak jauh pun. dekat2 je. sapa2 yg tau aku ada adik beradik kat sini mesti diorg akan tanya, kenapa aku tak duduk je ngan mana2 rumah diorg? kan jimat, best...mcm2 la... meh aku jelaskan...


1) sulung - setapak
**umah dia jauh dr LRT. takde stesen LRT yg terdekat. kalau nak g mana2 stesen kena naik bas/teksi. nak tunggu bas/teksi satu hal. kalau lmbt dah lmbt g keja. nak mintak akak aku hantarkan pun xleh sbb dia kena hantar anak dia ke sekolah lagik.


2) no 2 - pantai dalam
**yg ni mmg dkt ngan umah aku. abg aku sah2 keje 1 company ngan aku. ramai tanya kenapa tak duduk ngan dia je. kan sng g keje sama2 sume. aku bkn pe, rasa mcm x selesa lak duduk ngan org dah berkeluarga ni. abg aku dah kawen, 2 anak. rumah pon takde la bsr mana. nanti kalau aku masuk mana nak sumbat kan. kang mcm menyusahkan diorg 1 family lak. 


3) no 3 - putrajaya
**ekceli aku suka sgt duk ngan akak aku ni. spjg aku menganggur, aku yg temankan dia & anak2 dia sbb suami dia duduk jauh. tp rumah dia jauh dr stesen ERL. bas x masuk lak kat area umah dia tu. leh je bwk moto g stesen then parking situ & naik train g keja. tp naik moto pon amik masa dlm 30 min kot ke sana. payah gak kalau hujan ke apa. lps tu tiket agak mahal. huhuhu.


4) no 4 - serdang
**kalau duduk sini alamatnya kena naik komuter le. aku mmg anti komuter. tak sanggup wehhh nak jd ikan sardin hari2. huhuhu.


so sbb tu aku pilih duduk sendiri. rumah sewa aku skrg ni dkt ngan LRT. jln kaki dlm 10-15 min je kot. lgpun best apa duduk sndiri, leh berdikari tak mengharapkan adik beradik je. takkan selama2nya nak duduk bwh ketiak diorang kan? 




p/s: adik beradik aku semua dah ada rumah sndiri, bila ye turn aku? kereta pun takde lg nak berangan pulak ye. hahaha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

tak semua org popular dikenali...

selama ni, bila baca pasal kisah kahwin artis dgn org biasa, yg org biasa tu mesti akan ckp, masa mula2 knl tak tahu pon si artis ni artis... blh kata hampir semua pasangan artis kahwin dgn org biasa mcm tu. kdg2 aku fikir, mcm tak logik je. kalau artis tu suam2 kuku je logik laa kalo org tak knl.


tp kalau mcm cth elyana, anne ngasri... diorg dah jd artis dr kecik lagi. tu pun suami/bekas suami diorg tak knl. diorg ckp dah lama2 kwn baru tau yg sebenarnya diorg ni artis. ramai lg laa... terpikir gak, takkan tak knl lgsung artis2 kat Malaysia ni?


tp skrg terbukti benar. ada jgk org yg sebegini. ada budak ofis aku sorg ni mmg jns tak layan drama/filem melayu. artis melayu pun dia tak knl.


memandangkan dia tak bz sgt kat ofis, dia tanya aku ada movie tak. aku ni jns layan citer melayu jerk. so aku bg la dia filem CUN. dia pon try2 jgk tgk walaupun selama ni tak layan pon cite Melayu.


naseb baik dia ok jek. tergelak2 dia tgk cite tu. aku  tanya dia, best tak? dia ckp best. berkesan jgk filem melayu kat dia. tp dia tak knl pon sapa yg berlakon filem tu. alahai, remy ishak yg cukup popular tu dia tak knl. sadis2.


then, ada sorg mamat kat opis ni kasi pinjam external dia. dlm tu ada byk movie tak kira melayu/english. aku pun tumpang laa menyibuk sama. kot laa ada yg aku nak sedut. 


ternampak filem CUTI-CUTI CINTA. spontan jek aku tercakap,


"eiii...mesti tak best, tak suka farid kamil!"


kwn aku ni pulak dgn excitednya,


"ehh aku nak...aku suka farid kamil!"


tak sangka pulak dia suka farid kamil. aku ckp la, 


"oooh, aku tak suka, ko suka ye?"


then dia ckp,


"eh..silap..aku suka yg berlakon anak halal tu"


aku : "farid kamil la!"


dia : "bkn2...lg sorg"


dushh.,..ramai kot pelakon lelaki dlm anak halal...sapa pulak yg minah ni suka? jenuh aku sebut satu2...


"remy ishak yg berlakon cun tu?"


"bkn2"


"fizz fairuz?"


"bkn"


"fauzi nawawi?"


"bknnnnn... nama dia sdp. dlm cite tu dia ada adik."


"ermmm...adi putra?"


"aah yap. adi putra."


cehhhhh....adi putra rupanya. jenuh betul aku nak sebut sorg2. dahle memula ingatkan farid kamil. sob3. rupenye ada jgk ye org tak kenal mereka2 ni.


ternyata tak semua org popular dikenali...




p/s: kalau org tanya aku pasal artis hollywood, haram aku tak kenal pon sapa2. blh bilang ngan jari je sapa yg aku kenal. hak2.
Terima Kasih baca KISAH aku.

a best of best friend...

aku rasa mmg ssh nak dpt kwn baik yg betul2 baik... bg aku, seorang kwn baik adalah seorang kwn yg setia mendengar luahan kita, ada di kala kita gembira ataupun duka, yg blh bg kita pinjam bahu, yg blh bg nasihat/pendapat dalam semua perkara.


paling tak suka bila kwn baik bg respon yg ala kadar. bila kita beria cerita apa2, respon dia,


"ohh ok"
"wah dasyat"
"oh ye ke."


sekurang2nya tanya la kita blk apa2. barulah kita semangat dan rasa seronok nak cerita lg. bila respon pendek sebegitu, seolah2 dia tak berminat nak dgr cerita kita, dan kita pun rasa mcm takde mood nak teruskan cerita. 


tapi ada jgk kwn baik yg setia mendengar luahan kita, kasi respon yg seronok, bg pinjam bahu, gembira bila kita happy, sedih bila kita berduka... tapi... apa yg kita cerita tu dia sampaikan pulak kat org lain.


mmg ssh nak jumpa yg betul2 baik kan?




p/s: aku harap dpt teman hidup yg blh jd kawan baik jgk. 




Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com