pengumuman baru.

as-salam..

dengan ini aku nak umumkan yang HYUN dah jadi top followers aku dgn 204 visits..wakakakakkaka.



tu je la..hehehhe.

p/s: otak aku sedikit mereng hari ni..sorry ye kwn2..hehe.
Terima Kasih baca KISAH aku.

bapakku tertipu.

anak buah aku umur 2 thn dpt sehelai baju romper dari mak su dia belah ayah dia. ala baju yang gabung dgn seluar tu. biasa baby yg pakai baju2 mcm tu. seingat aku bapak aku ada kemeja T sebijik ataupun corak lebih kurang mcm baju anak buah aku tu. so timbul idea nak kenakan bapak aku. aku lipatkan bhgn bwh baju tu supaya nampak mcm baju org dewasa lepas tu MMS kat bapak aku. ni la gmbr yg aku MMS kat beliau tu.




aku sertakan msg:


"baju bapak ke ni?"


tak lama lps tu, bapak aku bls:


"saiz apa?kalau S ada kemungkinan. tp bsr kemungkinan bukan sbb baju bapa corak ni rasanya dah usang."


aku dah tergelak terkekeh-kekeh dah. lps tu aku bls dgn gmbr yg penuh:




msg aku:


"laa..baju adib rupanya. hehehehe"


kemudian bapak aku bls:


"kira buat lawak le td?"


aku tak pasti bapak aku bengang ke atau terhibur dgn jenaka aku tu. yg pasti aku tak henti2 ketawa sampai sakit2 perut dah. hahhahaha. bapak tertipu.


p/s: kami sekeluarga mmg suka menyakat satu sama lain.:D
Terima Kasih baca KISAH aku.

penantian berbaloi.

assalamualaikum,


Alhamdulillah.setelah 3 bln menganggur,berendam air mata,dgr caci maki org,rasa stress dan down gila2,akhirnya aku dpt kerja.






khamis lps,aku dpt call dr seseorang yg katanya dari Tele-Temps.Tele-Temps ni adalah agensi mencari pekerjaan.dia offer aku kerja kat TM cyberjaya sbg Customer Service.kerja ni katanya ada 3 shift.pukul 7.30pg-2.30ptg,2.30ptg-9.30mlm & 9.30mlm-7.30pg.mula2 dia ckp ada interview.lps tu tak lama lps tu dia call blk katanya tak payah interview.terus dpt kerja ni.dia suruh aku dtg esoknya utk sain kontrak.adoii cpt gila.bg la aku fikir dulu kan.


stlh bincang2 dgn kakak2 aku,aku pon terima offer ni.sebabnya tgk time shift dia mmg tak 'mengerikan'.maksudnya,kalau habis mlm bukanlah tgh2 mlm.kalau habis pg pon,bukanlah pg2 buta.sbb tu aku terima job ni.aku ajk kakak aku tgk2 kwsn TM cyberjaya tu.jalan nak ke situ dr putrajaya mmg sng la.kereta tak byk sgt tp laju2.biasalaa highway kan.ngeri gak aku nak bwk moto ke tmpt kerja.tp aku tabahkan aje la kot.


isnin aku ke Tele-Temps ni utk sain kontrak.then,dia ckp hari rabu (hari ni) kena training kat TM Annexe.brp lama tu,tak pasti.maka ke sini la aku hari ni utk lapor diri & berkursus.ada 9 org semuanya.4 org dah start last week,5 org pulak hari ni.8 perempuan,sorg je laki.nampak sgt laki dah makin pupus.haha.


masa breafing,rupa2nya kitorg ni diberitahu yg kitorg bknnye kena kerja kat Cyberjaya tp kat Menara TM rebung tu je.pulak tu,bukannya kena shift2 seperti yg dikatakan,tp office hour je.


kerjanya tak ssh mana.cuma handle aduan2 dari pihak sekolah je.sbb,TM dpt kontrak dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) utk bekalkan Internet kat sekolah2 yg dinamakan School Broadband.kiranya,kalau ada pihak sekolah yg call utk mengadu apa2,kitorg ni la yg kena ambik report,masuk dlm sistem & hantar report tu kat unit2 berkenaan.gitu la lebih kurang.


gaji pon ok la.aku skrg ni nak cari rumah sewa.tp ada 2 org yg masuk sama dgn aku td ajk menyewa ngan diorg.mungkin aku akan duduk ngan diorg la nanti.


tp yg agak tak best kerja ni,kitorg ni bukan under TM betul2 lg.under Tele-Temps dulu.mengikut kefahaman aku,kitorg ni kontrak dgn Tele-Temps 3 bln,lps tu baru kontrak dgn TM.lps tu,kalau kontrak TM dgn sekolah ni ada lg,kitorg akan diserap.tp ada jgk yg ckp kontrak dgn Tele-Temps ni mungkin sthn.entah la,tunggu aje la nanti.harap2 dpt permanent.huhu.kalau under Tele-Temps ni bkn apa,duit gaji kita diorg ambik sikit.dgrnya dlm RM200.so sepatutnya gaji aku byk lg la.lps tu xde apa2 keistimewaan sgt.klinik panel pon xde.hmm,doa2 la dpt permanent.


esok ada training lg,sampai jumaat.isnin baru stat kerja.berdebar rasanya.ahaks.:D


p/s: skrg mmg ssh nak cari kerja.kalau ada pon kontrak je.so terima je la kerja apa2 pon wpun kontrak drpd duduk goyang kaki je tak dapat apa.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

jalan2 menternak lemak.

assalamualaikum.


lama tak updet blog.line berukben aku tak mengizinkan.huhu.lgpun tak ada apa yg menarik sgt utk dikongsi.cuma nak cerita yg weekend baru ni mmg hari menternak lemak sungguh.haha.mkn saja aku ni.berat pun dah naik blk.Alhamdulillah.


bermula dari hari sabtu,aku g kenduri kawen kawan aku.aku g dgn kakak aku.Almaklumlah aku ni tak ada kwn sgt kat KL ni.kalau ada pun,aku takde transpot.tak sdp la kalau ajk kwn pegi tp mintak diorg yg jemput aku kan.naseb baik kakak nak temankan.kami pergi berempat.aku,kakak aku,anak buah aku&kwn kakak aku.


lps kenduri,aku ikut kakak aku g nilai.dia dgn kwn dia nak beli kerepek murah2 kat sana.lps tu kakak aku memenuhi impian aku yg nak mkn aiskrim kat ice room.ahaks.ice room ni ada byk cwgn.tp kitorg pegi yg kat nilai.mmg sedap la aiskrim kat situ.sampai menjilat jari.:P


besar ice room ni.ada byk pintu masuk.

ni aiskrim perisa mangga.anak buah aku yg pilih.

ni pulak aiskrim tropicana fruit.aku yg pilih.

kitorg order 2 aiskrim je utk dimakan oleh 4 manusia.hehe.sbb satu mangkuk ni mmg byk.mmg ssh nak habis la kalau mkn sorg.(melainkan kalau org tu kuat mkn)

lps tu,hari ahad dinner kat madam lim's kitchen kat JJ AU keramat.1st time gak mkn sini.kakak yg introduce.restoran ni adalah restoran makanan cina tp 
halal.



ni yg aku order:

air apa tah namanya.mcm tropicana gak la..ice blended ni..harga RM6.50.menyesal lak.haha

ni ayam chicken chop namanya.

ikan kerapu sweet sour

sotong goreng tepung.

sotong tu aku order kemudian sbb rasa mcm tak cukup pulak 2 lauk.haha.gila melantak betul.buat ratah je sotong ni.serius sdp la mkn kat sini.

harga semuanya:


takde la mahal sgt utk 4 org mkn.hehe.ekceli byk aktiviti mkn2 aku tp ni je yg aku snap gmbo.:p

p/s: seronok gak sekali sekala jln2 menternak lemak.:D

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah seorang rakan.

assalamualaikum.






sabtu ni majlis perkahwinan kwn aku.dia dah nikah dah kalau tak silap minggu lps kot.kira sabtu ni kira majlis belah dia.aku harap pilihan yg ni adalah yg terbaik dan kekal hingga ke akhir hayat.:)


kwn aku ni aku kenal masa aku pergi kursus selama 3 bln sementara tunggu result final sem U aku.pada mulanya aku knl awek dia dulu sbb aku dpt sebilik dgn awek dia.dari situ la aku kenal dia pulak sbb awek dia ni kenalkan aku dgn dia.ok nak sng cerita,aku gelarkan kwn aku ni mamat & awek dia ni minah.


masa pengagihan kumpulan,aku dpt sekumpulan dgn mamat ni tp minah ni dpt kumpulan lain.disebabkan aku sekumpulan dgn mamat tu,kami jd rapat bertiga.hari2 mkn sama2.mamat & minah ni mmg loving couple.suka la tgk diorg ni.sweet aje.


lps habis 3 bln kursus,kami dah jarang2 contact.tp ada jgk la sekali sekala.hari berlalu sampai la diorg ni di alam pekerjaan.mamat ni dpt jadi cikgu ganti kontrak aje sedangkan minah ni dpt kerja eksekutif.


satu hari ni,aku jln2 kat Alamanda,aku ternampak minah ni jln berdua dgn lelaki lain.aku tak sempat tegur sbb masing2 selisih aje.aku saja la sms mamat tu ckp nampak awek dia tp aku tak ckp la awek dia jln dgn lelaki.nak mampus?aku bkn jenis perosak 'rumah tangga' org.hehe.


lps sms,terus je mamat tu call.dia tnye,minah tu jln dgn lelaki ke?aku pun tipu2 la.aku ckp aku tak perasan dia jln dgn sapa sbb selisih aje.tak sempat nak tgk lama2.mmg cover habis la aku.tp mamat tu dpt agak.dia siap tanya lg,minah tu jln dgn lelaki badan besar2 ke?mmg betul pun.tp aku tak ckp la.


mamat tu tiba2 cerita kat aku.dia ckp hubungan diorg ni dah di hujung tanduk.(eh blh ke guna peribahasa ni?haha).mamat tu ckp,disebabkan dia cikgu kontrak aje,minah tu dah beralih arah kepada lelaki lain yg jwtnnya bsr kat tmpt dia kerja.so sad,tak sangka pulak minah tu mcm tu.


bila aku cerita kat housemate aku,dia ckp kalau dia jd minah tu pun mungkin dia akan pilih lelaki lain yg blh jamin masa dpn dia.hmm,teori aku pulak lain.kalau la aku blm couple lg & diberi pilihan sama ada mamat tu atau bf baru minah tu,mesti la aku pilih bf baru tu kot.kalau aku dah couple ngan mamat tu pulak,aku takkan beralih arah malah aku akan lebih menyokong dia utk dpt kerja lain.lgpun bknnya kerja dia tu kerja haram.mungkin nasib dia je yg tak menyebelahi sbb kontrak aje & tak dijamin akan sambung.hmm,lain org lain pendirian kot.seriously,aku kesian jgk dgn mamat tu.tak psl2 je hubungan yg dibina berthn2 putus sbb cinta beralih arah.


lama jugak la mamat tu mkn hati.tup2 lama lps tu tiba2 je aku dgr cerita yg dia dah tunang.tu pun aku tau sbb satu hari ni aku saja call mamat tu tanya khabar.pandai dia sorok awek.mungkin dia taknak kecoh2 sbb takut tak jadi jgk kot.lps tu tup2 je dia dah pun selamat nikah.dia pun dah dpt kerja tetap.Alhamdulillah.mmg cantik isteri dia.harap ini la yg terbaik dan kekal selamanya.Amin.


p/s: cinta tak semestinya menyatu.walau kita couple lama pun dgn seseorang tu blm tentu dia jodoh kita.lebih elok kita berserah & tawakal kpd Allah.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah penipuan dari Maybank.

as-salam,


tiba2 aku rasa nak share cerita ni.kisahnya dlm thn lps kot aku dpt panggilan konon2nya dr Maybank.biasa laa,maybank ni kalau nak promote apa2 sure akan membebel2 tak henti2.aku masa tu sambil2 buat keja lain kot,so aku tak amik pot sgt apa yg org maybank tu mencarut.yg aku dgr dia ada sebut2 psl petro2 apa tah.lps tu tiba2 mintak details aku.aku masa tu ala2 dirasuk kot,tiba2 je aku bg la details psl aku iaitu alamat,nama ibu,semua tu la.


tak lama lps tu,aku bkk maybank2u aku.bila aku klik kat accounts&banking,ada tls kat bwh accounts aku tu,VISA PETRONAS GOLD.rupanya aku terbuat credit card.memandangkan takde kepentingan pun credit card ni kat aku + takut duit akaun aku hilang,aku pon terus la call maybank nak cancelkan.


tak lama lps aku cancelkan,aku still lg dpt call yg katanya dr maybank & dok tanya pasal credit card aku ni.setiap kali diorg call aku akan ckp yg aku dah cancelkan.tup2 hari ni dpt lg call.mula2 dari 0323326613.bila dia sebut je pasal credit card,terus aku sound!


"eh,saya dah terminate byk2 kali.kenapa uols ni asyik call je?uols tak buat kerja ke ha?"


ha,ambik kau!aku ni leh thn garangnya tau.org tu ckp nama aku ada lg dlm database la,apa la.lps aku sound,org tu ckp nanti dia check blk.


lps tu bbrp jam kemudian,dpt call dari 0162624707 pulak.sama mcm yg mula2 call aku,dia pon ckp benda yg sama-dari maybank & nak tanya pasal credit card aku.dan aku pun sound dia sebijik sama mcm mula2 tu.mmg geram habis la aku!


aku cuba cari maklumat psl visa petronas gold ni kat Internet.rupanya ramai jgk yg tertipu mcm aku.




lg satu blh refer SINI.aku mls pulak nak copy paste.nanti korang taknak baca pulak pjg2.hehe.


so,aku bkk blk maybank2u aku utk check ada lg tak psl visa petronas gold tu.tgk2 ada lg.




dahle tls situ statement date: 28 february 2011.aku risau la kot ada pihak ketiga ke yg guna.maka aku call la maybank.


aku potpetpotpet la cerita psl aduan aku.org maybank tu ckp,nama aku mmg dah dihapuskan dah.dia ckp mmg ada keluar lg kat maybank2u,tp takde apa2.kalau kita buat aduan baru diorg akan buang link tu.katanya lg duit aku pun takde effect apa2.then aku tanya la kenapa aku still lg dpt call byk kali?dia ckp,tu bkn org maybank.tu org yg nak cari customer utk buat credit card.tak tahu mana diorg dpt maklumat psl customer maybank katanya.dia ckp lg,kalau org maybank call,no telefon tak akan tersiar.mesti keluar unknown number atau private number.jadi jgn percaya kalau ada no mana2 call & mengaku diorg ni staff maybank.hmm,barulah aku faham.nasib baik la aku sound org2 tu.kalau aku percaya mahu aku tertipu lg.haha.


p/s: skrg mmg byk kes penipuan.emel spam aku pun penuh dgn emel dr maybank suruh update profile.kalau tak update nanti duit dlm akaun hilang katanya.yo-yo-oo aje.aku takkan percaya la.
Terima Kasih baca KISAH aku.

tgk wayang & buat surprise kat mak.

salam.


skrg ni tgh kecoh la psl citer HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA yg tgh ditayangkan skrg.dgrnya cite ni bakal gegar panggung!aku pun beria-ia laa ajk kakak aku yg sulung tu g tgk citer ni.mula2 ingat nak tgk masa hari 1st tayang (10 Mac),tp tiket full beb!so,kami dpt book tiket smlm (jumaat) mlm pukul 10.50.


masa kami sampai panggung dgr announcement ckp tiket dah habis.so sapa2 yg tak beli lg tu xde can la nak tgk mlm td.gila dahsat la cite ni kan.naseb baik laa dah book online awal2.




sblm aku tgk citer ni aku ada terbaca review dr org yg dah tgk.ada yg ckp best,ada yg ckp tak best.ok,ni pendapat aku pulak.


citer ni mmg gempak la dari segi set dia,environment,props semua tu.mmg tak sangka la anak Malaysia blh buat filem setanding hollywood.mmg tabik laa kat KRU.sampai terlupa yg filem ni filem Malaysia.tambah2 byk ckp English berbanding Melayu kan.tapi...(ada tapi pulak?hehe)


tapi...bg aku laaa,jln cerita ni sgt boring!dr mula sampai habis,agak bosan la.aku tak phm pun cerita ni psl apa.tambah2 sblm tgk aku tak kaji dlu psl citer ni,sinopsis dia psl apa semua aku tak baca.mungkin sbb tu aku blur kot..


masa kuar panggung,aku ada dgr sekumpulan minah2 ni ckp, "best giler!"


hmm,mungkin filem ni tak kena dgn jiwa aku kot.aku kan suka filem2 romantik.ahaks.pasal sejarah2,hikayat2 ni sbnrnya aku tak brp nak suka.sbb tu la dulu masa sekolah subjek Sejarah aku selalu markah rendah.haha.


tp,takde apa nak dikutukkan pun citer ni sbb citer ni mmg gempak,hebat.cuma tu la,jln cerita dia aje.ni pendapat aku je la.jgn lahar aku lak.hehe.aku just kasi pendapat je.lain org lain pendapat kan.so tak kisah la kalau ramai yg ckp citer ni best ke sbb mungkin kena dgn jiwa diorg.ok?


apa2 pun,aku suka pantun dlm citer tu:


sampai masa tibanya waktu
redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama




ok,ni cerita pasal surprisekan mak aku pulak.hak2.






kisahnya,pg td aku blk Ipoh!sbnrnya takde dlm perancangan pun.asalnya kakak aku yg sulung je nak blk.skrg kan cuti sekolah so dia saja la bwk anak dia duduk kat Ipoh spjg cuti.diorg blk naik keretapi sbb nak merasa anak dia tu naik.


lps tu,tiba2 je akak aku yg 2nd pun ajk blk.katanya abg ipar aku nak pegi kenduri kawen kwn dia kat kedah esok.so lps hantar akak aku yg sulung & anak dia kat KL central,kami terus la bertolak blk Ipoh.mak aku tak tau ni yg kami nak blk.dia tau yg kakak aku yg sulung dgn anak dia je.kami pun pesan la kat kakak sulung tu supaya tak bgtau mak aku.surprise la konon.haha.


akak aku yg sulung tu sah2 la sampai dulu sbb diorg blk naik keretapi laju (ETS).kami ni dahle 2x berhenti utk breakfast ngan tukar lampin budak2.so sampai lwt sikit.masa sampai je kat kwsn perumahan mak aku,aku saja je buat2 call dia.konon2nya nak tanya khabar la.


aku: mak tgh buat apa?
mak: tgh kemas dapur ni ha...
aku: saja la tepon mak nak tanya khabar.mak sihat ke?
mak: hmm..mcm biasa la tangan bengkak2 ni tak baik2 lg.sihat ke tu?
aku: sihat la.ari tu je batuk2,selsema,sakit tekak...
mak: tu la...pot pet pot pet...(mak membebel)
aku: yela..mak dah mkn?
mak: mak tak masak pun hari ni.sinki rosak.blablabla (membebel lg).
aku: ouh...yong dah sampai?(buat2 tanya)
mak: dah lama dah sampai.awat tak ikut yong blk sekali?
aku: saja la mls nak ikut.lain kali la blk.tgk la nanti blk lama sikit ke. (thn gelak).


dok borak punya borak,sampai la kami betul2 dpn rumah mak aku.


aku: mak,bkk pintu jap.
mak: kenapa pulak nak bkk pintu?
aku: alaa,bukak aje la.
mak: oooo blk ipoh ka?awat tak habaq?ni blk ngan sapa ni???
aku: dgn kak yang laaa. (masa ni aku dah tersembur ketawa)
mak: amboi hangpa buat surprise naaa.


tettt tettt.mak aku terus letak telefon sbb nak bkk pintu.tergelak2 je kitorg masa keluar dari kereta.mak terkena beb!hehehehe.


p/s: bestnya dpt blk Ipoh.dpt mkn aiskrim potong yg org cina dok jual naik motor sambil bunyi2 loceng.haha.




Terima Kasih baca KISAH aku.

aku menangis.

Ya Allah...


aku sedih,aku menangis je sepanjang hari ni.makan pun tak lalu.ntahla,makin lama aku rasa makin mcm takde 'life'.sampai bila aku nak mcm ni?


duduk sini,mcm tak keluar dr kepompong.mkn tak menentu,sampai aku makin kurus melidi.muka dah makin cengkung.nak keluar bersosial,takde kwn sgt.masing2 dgn hal masing2.nak keluar sendiri,takde transpot.lgpun,tak tau jln kat sini.nak naik transpot awam,aku takut sesat.aku tak blh keluar sorg2.aku sng sesat.


Ya Allah...


sampai bila nak mcm ni?duduk terperap je hari-hari kat rumah.hari minggu pun sama.sampai bila nak jadi 'katak bwh tempurung?'.


bila aku nak make a new life ni?bila aku nak ada kwn yg blh keluar sama2,yg blh hilangkan rasa sunyi aku?


dr pagi asyik nangis je ni.bila mcm ni aku rindukan mak aku.aku rasa nak blk Ipoh.tp,aku kesian kat kakak aku.


Ya Allah...


tolonglah.hidup aku dah tak terurus.makan minum tak terjaga.duit dah makin kurang.hmmm.


aku nak menangis lagi.:(
Terima Kasih baca KISAH aku.

abang yang baik hati.

salam.


aku bkn nak cerita psl abg kandung.oh tidak.abg angkat?ceh,aku takde abg angkat.tak main la nak angkat2 ni.hehe.tp kisah seorang abg yg aku start kenal dlm bln jun 2008.


masa tu aku praktikal kat 1 company kat cheras.aku ditugaskan di unit IT.dlm unit tu,ada 3 org staff di mana semuanya lelaki.supervisor aku pun lelaki.so bila aku dtg situ,aku the only female.ahaks.


mulanya mmg aku kekok,aku segan,aku malu semua ada.mana taknya,aku sorg2 je perempuan kan.disebabkan tu,aku jadi seorang pendiam sgt2.padahal yg sbnrnya aku seorang yg kecoh.haha.


aku ni tak reti nak start perbualan dulu.kalau org tak tegur aku dulu,aku mmg payah nak tegur org dulu.ntah,mmg pe'el aku mcm ni.diorg kat situ pun jenis tak menegur aku sgt,jadi aku pun senyap je la.duduk buat hal aku je.tambah2 semua lelaki kan,tak reti la aku nak borak2 dgn diorg.kdg2 diorg ada jgk buat lwk sesama diorg.mmg aku nak gelak sgt2 tp aku thn smpai sakit perut.haha.ntahla,mcm segan lak nak gelak berdekah2.


antara semua staff kat situ (selain supervisor aku sbb dia bilik lain),sorang ni je yg ok.dia yg rajin tegur aku,selalu tunjuk ajr.dia tua 5 thn dr aku.tp aku takde la panggil dia abg.panggil nama je.nama dia Lan.dia mmg baik.cara dia tegur aku ke,tnjuk ajr ke bukannya mcm nak menggatal,tp sbg senior kpd junior.dia dah bertunang pun masa tu.(skrg dah kawin + anak sorg).


bila dtg lg sorg budak praktikal yg cun melecun,lelaki2 lain semua mcm nak menggatal,dia je tak.padahal yg menggatal tu laki org,bapak org.dia yg single tu pun tak menggatal.serius aku respek dia.


6 bln aku praktikal kat situ.lps aku habis praktikal,aku dah tak jumpa langsung dgn diorg2 ni.tp dgn Lan ni,ada jgk berYM dgn dia.dia rajin jgk tegur aku kat YM.tanya aku buat apa skrg,apa cerita skrg.


yg paling aku agak2 terharu jugak la,dia rajin carikan aku kerja.kalau ada kosong mana2 dia inform kat aku.kat company dia skrg pun ada kosong,bersungguh2 dia nak tlg aku.mintak aku hantar kat dia resume.ops lupa nak bgtahu,dia dah tak kerja kat company aku praktikal tu.dia dah dpt kerja kat tmpt lain.


even dia takde pertalian darah dgn aku,tp dia sgt2 baik hati.rajin tlg org.aku amat2 hargai pertolongan dia.bukan aku yg mintak,tp dia sendiri yg nak tlg.


hmm,ekceli aku takut kalau kerja atas pertolongan org.sbbnya kot la hasil kerja aku tak memuaskan,nanti tak pasal2 org yg rekemenkan aku tu dpt malu.tp apa2 pun mmg aku berterima kasih byk2 yg tak terhingga kat Lan.baru hantar resume je pun,blm kena panggil lg.tp kena panggil interview ke tak ke,aku ttp nak ucap terima kasih sbb dia sbb dia nak tlg aku.bukan sekali dia tlg aku carikan kerja,tp 2,3 kali jgk la.baiknya hati Lan.


aku harap dia hidup bahagia hingga akhir hayat.:)


p/s: org baik akan dibalas baik.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

selamat hari jadi.

salam.


hari ni,8 mac 2011 dgn ini aku buat entry khas utk sahabat/ex tunang alam maya iaitu hyun atau nama sebenarnya h*****.ekekekekke.



ucapan buat hyun,

sedarlah ko dah tua..dah leh kawen.wakakakka.xde hadiah utk ko,cuma entry ni je yg aku mampu buat..hehehe.

ko kena sedar,melalui entry ni nnti gerenti followers ko akan bertambah sbb aku tepek gmbr ko bsr2 kat atas tu.hahahaha.so ko kena kenang jasa aku nnti.

nanti dah tunang (tunang betul2 ye) jgn lupa kasi tau ex tunang ko ni ye.hahahaha.

last but not least,belajo rajin2...semoge mike dpt segulung ijazah nanti ye dan semoge berjaye dpt kerjaye yg diidamkan selama ni.**ckp peghok sbb sama2 org peghok.hehe.

hidup kak limah blk ke rumah!!*motip tibe2?

ok daaaa!!!:D:D


p/s: selamat ulang tahun perkahwinan yg ke3 buat kakak tersayang. :)


Terima Kasih baca KISAH aku.

lelaki handsome vs. lelaki tak handsome.

salam.


aku saja je nak bls entry hyun iaitu, 


KaTa LeLaKi.. WaNiTa CanTiK Vs WaniTa TaK CaNTiK.


kira,ni sbg menegak keadilan la.mana blh wanita je kan jd mangsa.so entry aku ni versi lelaki pulak.

Lelaki Handsome vs Lelaki Tak Handsome.


sebagai gambar hiasan.


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

p/s: renung2kan dan selamat beramal.hehe.


Terima Kasih baca KISAH aku.

hidup saya membusankan.

salam.


saja sesi meluahkan perasaan. aku busannnn.. busannnnn... busannnnn... serius!!! aku rasa hidup aku membusankan.hari2 main Internet ajeee.bila laa nak keja ni weh?


hari minggu mcm hari ni lagiiiiii la terasa busannya.kalau weekdays ok lg sbb aku blh layan games kat forum.tp bila weekend,mana ada sapa online pun.huuu...nak keluar jln2,aku ni bknnye jns bersosial sana sini.aku mmg type duduk rumah.lgpun aku tak ramai kwn kat KL.ermm kalau ada kereta sure aku akan merayap sana sini.sorg2 pun tak kisah laa.tp hakikatnya takde.so apa nak buat?duduk rumah aje laaa.


aktiviti aku hari ni mmg busan.bgn pg,breakfast,then bkk tv tp xde cerita pun.sepatutnya hari minggu la kena ada cite2 best.ni tak pun!huh..then,apa lg main Internet laa jwbnya.


tp xtau nak bkk apa.fb?forum?dua2 takde org on9 sgt pun.apa lg,tidur aje la aku ni.tgh ari bgn utk lunch.lps tu kakak dtg,oh nasib baik..ada jgk teman berbual.lps tu kakak blk.sambung on9.pastu abg & wife pulak dtg.syukur ada lg teman chit chat.lps tu diorg blk,aku tidurrr lg.ohh tak seronoknya kehidupan aku ni weh.


skrg?on9 lg.tunggu kul 10 nnti la kot2 cerekarama best.kalau hari2 mcm ni mau gila wehhhh!!


p/s: aku dah meroyan.
Terima Kasih baca KISAH aku.

resepi baru.

salam.

atas permintaan cik ili,aku letak resepi yg aku masak tgh hari td kat sini.resepi ni aku ambik kat blog ni.blog ni aku dah blh buat bookmark selain trymasak.hehe.actually asalnya nama resepi ni sambal sosej pedas.tp sosej tu aku tukar kpd ayam.sbbnya masa breakfast aku dah goreng sosej utk mkn dgn roti.lgpun sbnrnya sosej tu kakak aku beli utk anak dia,so tak sampai hati nak ambik byk2.hehe.

ok,ni aku tempek resepinya.

Sambal Ayam Pedas.:)


bahan2:
ayam (ikut korang la nak berapa ketul)
5 biji telur C--campur dan kocok
1 cawan ikan bilis-- basuh
1/2 cawan cili boh or kisar
1 labu bawang besar--cicincang
5 ulas bawang putih --cincang
2 sudu besar sos tiram
hirisan gula melaka
garam
air asam jawa secukup nyer
minyak utk menumis dan menggoreng secukupnye 


cara2:
  1. goreng ayam.
  2. goreng ikan bilis till garing .ketepikan
  3. telur yg telah di kocok tadi goreng menjadi telur dadar..bila dah sejuk, potong kecil2
  4. tumis cili boh, bawang besar, bwng putih hingga naik bau dan garing
  5. masukkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula melaka secukup rasa
  6. masukkan ayam dan telur dadar. gaul sebati
  7. tutup api dan masukkan ikan bilis goreng. gaul sebati
  8. boleh makan ngan nasi or roti..enak jugak di ratah begitu sajoo!

bahan2 tu korang ubah la sendiri bergantung kpd berapa byk ayam korg masak.mcm aku masak 2 ketul ayam je utk aku sorg,so kuantiti bahan2 tu semua aku kurangkan.

ni hasilnya:


ok,selamat mencuba!

p/s: sekali sekala seronok cuba resepi2 baru w'pun aku sorg je yg mkn.hehe.

Terima Kasih baca KISAH aku.

aku dan interview.

salam.

aku baru balik interview ni.sampai2 rumah je terus online.haha.gigih je nak cerita pasal interview td.

aku interview utk jwtn kat jabatan perangkaan.kwn aku si gegel la yg kasi tau ada keje kosong situ.tapi sambilan aje la.xpelaa sambilan pun kan.baik aku try aje drpd duduk rumah ngadap intenet duapuluhempat jam sampai mata lebam semua.duit tak masuk gak.hehe.

ada 3 jenis jawatan:


1. Perangkawan Gred E41 (7 Kekosongan)

2. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27 (19 Kekosongan)
3. Pembantu Perangkaan Gred E17 (270 Kekosongan)


aku mintak yg no.3 tu je sbb yg tu je yg layak utk aku.yg 1st tu nak yg ada kelayakan degree dlm ekonomi & statistik.aku kan dulu ambik IT so aku tak mintak la yg tu.

pagi td sampai kat jbtn perangkaan,aku jumpa si gegel & kitorg g breakfast sama2.then dia ckp leh je nak mintak yg gred 41 tu.tak kisah sbnrnya nak degree apa.so masa aku sampai tmpt interview td,borang diorg kasi blk kjp utk check blk apa2.so tibe2 je kat bhgn permohonan jwtn tu,aku tick utk semua gred.

memandangkan aku tanda utk gred 41,tak pasal2 aku yg pada mulanya nak mintak utk gred 17 je dah kena interview utk jwtn gred 41.aku dahle tak study apa langsung smlm.cekal je masuk dlm bilik interview tu.hehe.

ada 2 org pegawai lelaki yang menemuduga aku td.yg sorang tu aku perasan nama dia encik rushdi.sorang lg aku tak nampak nametag dia.masuk2 je aku bg fail sijil2 ori aku & terus duduk.aku masuk berdua dgn sorg minah ni.

mula2 kena kenalkan diri.so aku cerita la semua pasal diri aku blablabla.sambil2 tu encik rushdi tu belek2 la fail aku.tiba2 je terselit gmbr aku masa kecik dlm fail tu.adoyaiiiiii mcm mana pulak gmbo tu ada dlm tu?malu weiii..aku tgk muka encik tu thn gelak je kot.dia siap pusingkan gmbo tu kat aku pastu tanya,

"gmbr sapa ni?"

malu gile aku rasa masa tu.aku pun mcm cover2 la ckp tak perasan gmbo tu leh selit kat situ.malunyaa sayaaa.

naseb baik laa stop sampai situ je.haha.lps tu bermulalah sesi soal menyoal di mana aku rasa mcm byk kantoi je.

mula2 tanya,apa fungsi jbtn perangkaan?

aku dah mula mencarut.hentam kromo je aku td.yg pasti sikit2 aku sebut pasal banci sbb aku tau pasal tu je kot.hahahaha.

lps tu dia tnye,berapa jumlah penduduk di Malaysia?

alamak.serius aku xtau.hahah.apa punya rakyat Malaysia la aku ni.main sebut je kot aku td.kantoi2.tu la,tak study lg kan.sob3x.

lps tu encik rushdi tanye, 

"mana tau pasal kerja ni?"

aku ckp,"kwn saya kerja kat sini"

"siapa?"

"firdaus nadhrah"*sorry ye gegel,aku mention nama ko td.hahaha.

encik rushdi: "tu staff saya tu."

hak2..kantoi.naseb baik aku tak sebut nama deke sama.kalau tak kang mcm2 lak dia tanya.kot laa dia tanya mana kenal ke.nnti tak pasal2 aku cerita pasal g gather kat kenduri dak ijam le,jln kat melaka le,blablabla.mengarut sudah aku ni.hahaha.

ha,lps tu dia tnye brp tambang aku dtg situ td dr putrajaya?

aku pon semangat laa cerita dr aku naik ERL ke KL central,lps tu naik LRT Putra ke Pasar Seni,lps tu jln kaki ke jabatan perangkaan.masa tu tak terfikir pulak maksud di sebalik soalan tu.total tambang aku pergi sahaja td dah RM10.50.

lps tu dia ckp,

"haa kalau dpt jwtn gred 17 tak berbaloi la.gaji sehari RM35.70 je.tambang awk pegi-balik dah RM21.mkn lagi..."

alamak,kalau aku tau dia nak ckp mcm tu leh aku tipu2 alamat td.huhuhu.so aku bantai la ckp,

"takpe,saya ada abg duduk pantai dalam.tak jauh pun dr sini".

mmg betul pun kan abg aku ada duduk situ.huwaa..nasib la aku dpt ke tak nanti.mcm takde harapan pun ada.tawakal aje laa.ada rezeki ada laa.sobsobsob.

p/s: sempat menternak lemak kat mekdi kl central td sblm blk.1st time mkn sorg2.best jgk mkn sorg ni ye.hehehe.


Terima Kasih baca KISAH aku.

aku yang pelupa.





salam.


aku dari dulu mmg ada penyakit pelupa.tapi takde la lupa sampai tahap nyanyuk ke.setakat lupa sikit2 je la.mcm cth:




1. susah nak ingat apa yang dibelajar.
    
aku bila study mmg ssh nak masuk apa yg aku baca tu dlm kepala.walau jenuh aku menghafal pun mesti aku akan lupa balik.terutamanya subjek yang kena membaca ni mcm sejarah.sbb tu la dari sekolah rendah sampai le ke matrik,result aku cukup2 makan je.subjek math je aku ok sbb otak aku ni jenis otak mengira.


2. lupa letak barang kat mana.


ni selalunya jadi bila brg tu aku baru ltk beberapa saat/minit yang lalu.aku pun heran kenapa.contohnya baru je aku letak 1 benda ni kat 1 tmpt,bbrp minit lps tu aku dah lupa aku letak kat mana.so mula la aku kelam kabut cari.


3. suka hilangkan benda2 kecik.


selalunya benda2 kecik mcm kerongsang dgn getah rambut mmg akan bertukar2 sbb aku tak ingat aku letak kat mana.sepatutnya aku kena ada tmpt letak khas utk brg2 ni utk elakkan hilang.tp aku ni jenis suka letak merata2.so senang la hilang.mcm kerongsang tu kan.benda tu kan kecik.bila jatuh je dah tergolek ke mana2.kalau mcm getah rambut tu,kdg2 nak elakkan dia hilang,aku suka ikat kat telinga teddy bear.hehe.pendek kata,2 benda ni la yg jenis tak thn lama.asyik bertukar2 je.




tp lately ni tahap pelupa aku dah makin kronik kot.yg pertama,2x dah aku lupa nak tanggal kunci motor.1st,masa keluar pegi karnival wow & alamanda dgn mashi.masa pegi,dia yg bwk.masa blk,dia turun kat bus stop lps tu aku bwk sorg blk ke rumah.sampai kat rumah,blh pulak aku lupa nak cabut kunci motor.kakak aku yg perasan.naseb baik xde org curi motor lg.


yg ke2 masa pegi kedai nak beli brg.masa kat kedai elok je aku tanggal kunci motor.tp masa blk umah aku lupa nak tanggal.sekali lg kakak aku yg perasan.haishh apa nak jadi la.


lps tu kes smlm.pagi smlm lps sumbatkan anak2 buah aku dlm keta,aku kesakitan perut yg teramat.biasanya aku mandi ke,berak ke kat toilet dlm bilik aku kat tingkat atas.tp disebabkan tak thn sgt2,aku masuk terus toilet kat tingkat bwh.lps memerut aku terus lepak kat atas.turun time nak masak je.lps kakak aku blk smlm dia tnye aku,


"ada guna toilet bwh ke?"


aku jwb, "ada,kenapa?"


kakak aku ckp, "air lupa nak tutup"


adoyaii...dah mcm org tua dah rasa.adakah aku hampir ke tahap amnesia?mintak jauhhhhh.




p/s: nasib baik tak lupa diri lagi.
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku putus asa.

salam.


arghh aku dah putus asa.aku teringin nak buat template blog sendiri.kejelesan tgk blog org lain cantik2 belaka.gigih aku bljr buat sendiri dr pakcik gogel.dr pagi dok menghadap benda tu je sampaikan lmbt masak utk lunch,tengkuk pun dah sakit2.tp tak berjayaaa.....waaaaaaaa....:((




ni yg aku berjaya buat.tu pun berjam2 jgk la dok adjust sana sini.aku create blog baru sbb takut menjejaskan blog skrg.so aku fikir kalau berjaya baru aku amek code dia n letak kat blog skrg ni.aku dpt buat header & body je.target skrg nak jadikan 3 column.tp tak jadi la.waaaa.


anybody help me..........!!


gua sudah putus asa skrg beb.takde mood dah nak berblog.uhuks.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com