perempuan itu...

hoi perempuan.


mula2 aku ok nak jd kwn ko sbb konon nak rptkan ukhwah (konon).
mula2 aku tgk ko ok je. leh jd kwn ni. 
ko byk kasi tips kat aku, nasihatkan aku, bg sokongan kat aku.


tp kan perempuan.


rimas aku ngan ko la smlm.
soooooo annoying.
kenapa sume benda ko nak tau ha perempuan?
aku g mana, wat pe, brp lama, tgk wyg cite ape,
nak tgk pic la pulak...
aku xnak tunjuk, ko merayu2 bagai..
elehhh. 


menyampah la aku tiba2 ngan ko perempuan.


pe tujuan ko ha?


konon nak tnjuk ko baik sgt, x ksh & leh terima aku?
mcm tu?
tp hakikatnya semua benda ko nak korek dr aku kan?
cuba ko letakkan aku kat tmpt ko.
apa ko rasa?


berambus la perempuan oii!




p/s: emo tiba2.haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

ermmm...


Terima Kasih baca KISAH aku.

i am tired...



huh..


ntah.. 2,3 ari ni lesu semacam. padahal dah amek supplement. VCO lg tuh. yg org dok canang2 kata bgs. ntah, xtau npe ngan aku ni. rasa lemah semacam. yes, sgt2 lemah. blk umah terbaring. awal2 lg dah ngantuk yahamat. 


hari ni double2 penat. tp bkn penat badan. hari ni aku penat emosi, fizikal.


aku xde suara ari ni. dr smlm aku rasa sakit tekak. erm, baru je baik dr batuk yg lama tu. tp jd blk. mayb sbb faktor cuaca & habit aku yg suka minum air dlm peti. aku jrg minum ais. tp aku suka air sejuk dlm peti. blk keja pnt2, minum air peti fuhh lega sgt. tp akibatnya? wahhh.


dahla ari ni byk sgt keja. keja aku dahle jenis kena byk ckp. siyes, aku penat. penat bercakap. sbb suara xde kan. tu yg rasa penat. sampai 1 thp aku rasa nak nanges sgt2. 


emosi celaru. buat kerja pon xleh fokus. byk sgt problem yg ntah apa2. lps tu xleh nak berfikir pulak tu. sgt2 x mampu nak fikir mcm mana nak solve problem tu. aigooo, pe nak jd? aku rasa hari ni hari kejatuhan aku. prestasi sgt teruk. ada hrpn ke nak dpt KPI tertinggi lg ni?


Tuhan, aku penat. sgt penat.




p/s: perempuan tu buat emosi aku tambah lg terganggu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

walawehh!

adehh..


knp masa ari ni mcm lmbt sgt ? dush dushh.. rasa mcm dah lemau kat opis.. tp tgk jam, adoi.. baru kul 4 lebeh. tgk lg skali.. baru kul 5. apakah?


hukhuk.. nak hapdet pon xtau nak hapdet ape?


ermm..


dpt story dr hosmet, dia kata mayb nak kawen sblm besday dia thn ni. means, 6 bln dr skrg? warghh.!


abes aku? bila lg? haha.


bkn2.. kalau dia kawen, aku nak dok ngan sape? erm..


dia ckp, aku leh stay umah tu.. sbb dia dok umah bakal laki dia. tp aku kena cari hosmet la. 


yela, sorg2 tinggi la aku kena byr, ye dak?


erm..


hosmet wannabe dah ada. (insyaAllah). tp tu xtau lg bila. yg pasti bkn masa terdekat kot.


so, sblm hosmet yg tu nak masuk, kena la cari hosmet lain gak kan?


xpe2.. lmbt lg kot. huhu. tp motip aku dah pk dr skrg?


hukhuk.


xpe, biar plan dr skrg kan?


opss..sory posting merepek di kala ptg yg sendu ni. nak blk dah. kbai!




p/s: tgh tunggu hosmet yg kekal smpai bila2. haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

Tuhan jaga dia...




Hanya dirimu yang kucinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

*
Walau kutahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apaadanya ku kan tetap setia kepadamu
          
Reff: 
Tuhan jagakan dia,
dia kekasihku kan tetap milikku 
Aku Sungguh mencintai
sungguh menyayangi setulus hatiku



p/s: suka lak kat lagu ni. :)

Terima Kasih baca KISAH aku.

patah seribu.


temanku,

maafkan aku...
aku cuba simpan rapi tp tuah tak memihak...
aku jaga mcm aku jaga diri aku...
tapi...
nak wat mcm mana...
dah jd mcm ni...
dia terjadi sekelip mata je..
dpn mata aku...
tak sempat nak halang...


temanku,


aku cuba menafsir di sebalik apa yg berlaku...
aku rasa seolah2 mcm ada maksud yg nak diberitahu...
adakah maksudnya aku kecewa sbb aku dpt jangka ko dah ada seseorang?
ataupun sbg hukuman kpd aku kerana perasaan yg tak kekal kat ko?


tp sbnrnya,


aku rasakan teman,
benda ni cuba nak bgtahu,
yg kita ni mungkin takde jodoh!
mungkin!


sbb,
kalau ia tak pecah,
org tak blh kacau kita,
org tak blh rampas kita,
sbb kita duduk je dlm tu senyap2,
terkurung!


tp skrg,
ada tangan yg blh gapai,
dan pisahkan kita,
mungkin ambil slh satu dr kita.


walau apa pun,


kita tetap ukhwah sampai bila2,
sbb serpihannya masih ada,
dan aku akan simpan sampai bila2 (insyaAllah),
walaupun hanya serpihan.




p/s: sorry kwn, siyes nak nanges mlm tu! :(


Terima Kasih baca KISAH aku.

hadiah.

assalam.


atas permintaan hyun, aku tepekkan adiah yg dia bg. opss bkn dia je, tp que & farhan gak. adiah2 lain xyah la yek.








que  : tq baju yg cute neh. akan ku pakai 1 ari nanti
paan : tq buku yg berilmiah ni. aku dah khatam dah. byk info berguna. suka2. 
hyun : tq bg benda comey ni. ala2 mcm dlm citer korea my girl lak. wakakkaka. seb bek xde lap2. kalau x, aku lap muka ko. haha.


thanks2 korang!!


p/s: naseb smpt amek gmbo sblm ianya berkecai. ermmm.

Terima Kasih baca KISAH aku.

surprise lagik!






assalam..


cadangnya nak hapdet smlm. tp aku tdo umah akak aku, tak bwk netbook lak.


jumaat (10/02/12) dpt surprise lg dr kwn2 aku.


thanks hyun, que & farhan!


walaupun aku sbrnya dpt agak dah korg nak celebrate besday utk aku sbb paan ada terlepas ckp sbnrnya. kih3x. tp aku tak jangka lak korang nak celebrate kat tmpt karoke tu. siap kek lagik kan. aku dok ingt just dok mkn2 kat restoren ajek. ngeh3x.


thanks lagik korg sbb kasi adiah! siyes enjoy giler beb ari tuh. hilang sedeh aku kjp. hiks.


tunggu besday korg lak ye! :)




p/s: byk mkn kek thn ni.
Terima Kasih baca KISAH aku.

surprise.. surprise..

disebabkan blog aku ni dah terkantoi ngan baha, & baha ada tanya, xde ke lg entry psl dia? tak sangka ok blog yg aku jaga rapi dr pengetahuan dak opis terbongkar jua. aku dok mengata baha dlm blog ni rupanya selama ni dia tau eh. kekekekek.


utk penuhi permintaan ko, baha. aku wat entry psl ko jgk ni.


abam baha,


ooo.. tak sangka ko pandai pakat2 ngan yani nak wat surprise utk aku ngan beebah eh. untung kitorg besday selang sehari je kan. hehehe.


siyes aku langsung tak tau & terpikir yg korg nak belanje sempena besday ni. memula mcm biasa la time2 kul 3 cam tu aku & yani akan cari mknn kat bwh. td ajk beebah sama sbb dia pun ala2 lapar td. 


masa ngah jln2 nak ke bwh tu, yani bgtau aku, ko ada date ngan awek kat secret recipie. kebetulan nak g foodcourt bwh tu mmg lalu secret tu. so teruja laa aku nak skodeng ko. 


sampai2 bwh je, yani nak cucuk duit dlu, tgk2 ko wat sergahan kat ATM tu haa. tokojut den. menjerit laa aku kan sbb terkantoi lak. mcm tau2 je yg ktorg nak skodeng ko kan.


lps2 je yani cucuk duit, terus ktorg folo ko masuk secret tu. nak tgk awek mana yg ko nak date kannn. lps tu tibe2 je yani duduk dlm tu. aku dah blur, ehh nak skodeng ke nak mkn situ ni? aku dahle dlm proses berjimat. (konon).


rupenya ko ngan yani nak belanje weols yek. hihihi. surprise btl. maka pilihlah kita kek sorg 1 slice kan.


taraaaa...!~~




thanks ye korg berdua. mkn free ari ni. sekali ngan spagethi yawww. nyum3x. 




p/s: tunggu besday korang lak. =p
Terima Kasih baca KISAH aku.

8 FEBRUARI 2012



selamat...selamat hari jadi..


yuhuu.. smlm hari jadi aku yg ke.. err..


makin bertambah usia aku.


walaupun ada rasa sedih atas pertambahan umur (motip?) tp aku ttp bersyukur ya Allah diberikan kesempatan utk hidup lg setahun di muka bumi ni.


terima kasih Tuhan beri aku peluang ni. kalau aku tak diberi peluang mungkin aku tak sempat utk menjernihkan dosa2 aku yg dah bertimbun ni.


aku dah 26 weh! thanks kepada lebih kurang 150 org yg wish kat fb smlm. walaupun kalau ikut peratus drpd jumlah kwn yg aku ada kat fb tu adlh sebanyak 19% je, tp jumlah tu dah terlebih byk dah bg aku.


tu la gunanya teknologi skrg. dah ada social network mcm fb tu. cuba kalau takde fb? aku rasa jumlah yg wish brp kerat je kan. sbb biasanya yg ingat besday seseorang tu kalau org tu yg rapat dgn kita or org yg paling bermakna dlm hidup dia. btl x? 


tq org2 tersayang dlm hidup aku sbb bg adiah. tp xde adiah yg paling bermakna selain dr kasih syg kan?


wish aku sempena umur 26:


1) nak bahagia dunia akhirat
2) hrp2 aku dpt berubah ke arah kebaikan
3) aku nak jadi sahabat yg baik utk semua org
4) taknak pk bkn2 sampai serabutkan otak aku
5) ofkos nak kawen. calon? erm. apa2 pun tunggu Tuhan temukan aku dgn jodoh aku tu. yg ada skrg pun blm tentu lg jodoh kan?


ok, sampai sini je, tunggu entry besday aku thn dpn pulak.


p/s: sedih bapak aku tak wish pun smlm.lupe letew.
Terima Kasih baca KISAH aku.

AZURA 2012


semalam aku g tgk citer ni kat wangsa walk. ekceli masa mula2 nak tyg mmg excited nak tgk. sbb tgk promo mcm menarik. tambah2 lg pelakon fresh2, hensem & cantik, so ada la semangat nak tgk. takde la asyik2 hero yg sama je kan. aku dah jemu ngan si aaron tu. haha.

tp aku baca review ramai yg jgk yg ckp tak best. ada jgk yg ckp best. tp baca komen2 yg kata tak best tu, hampir sama je la semua. so menurunkan smgt aku nak tgk & rasa tak mau tgk pon.

tp smlm terasa nak tgk wyg & mcm biasa la xtau nak tgk citer apa sbb pepaham la aku kan bkn jns type tgk citer omputih. so aku pon layankanlah citer ni. kawanku yg bkn type citer melayu punya org tu kena mengalah sbb nak melayankan besday girl ni kan. ahaks.

ok pendapat aku - aku setuju dgn pendapat2 org yg dah tgk. yap, tak brp nak menarik filem ni. thp2 drama je la. tak gempak mana pun. 

1) lakonan neelofa tak brp bgs. kena perbaiki lg. xpe leh dimaafkan sbb dia baru lg kan. lakonan shahrizal @ shah jaszle tu blh diberi pujian.

2) meluat dgn lakonan minah yg jd kakak zack tu. siyes tak pandai berlakon! lg teruk dr neelofa.

3) jln citer yg agak bercelaru & tak sampai. pendapat aku la, aku tak tahu tang mana si zack tu 'tak rupa manusia' sampai mintak azura tu ajar dia erti kehidupan. sbb bg aku, setakat suka main paintball tu takde la nak kata buang masa sgt. sbb tu leh dijadikan hobi. lain la kalau dia jenis mat rempit ke, kaki lepak ke kan.

4) azura tu tak nampak mcm hidup sederhana. pakaian dia agak up to date & nmpk mahal je. gaya dia pun sama. 

5) dah agak aziz m. osman msti muncul gak dlm filem ni sbb tredmark dia wajib ada dlm filem2 arahan dia walaupun watak tempelan. ngahahaha.

ada lagi kritikan lain tp x ingt dah. hehe. yg ni je la pendapat aku. keseluruhan aku bg 2.5 bintang dr 5 aje la.


p/s: nak tunggu cinta kura-kura lakonan my feveret Tiz Zaqyah!

Terima Kasih baca KISAH aku.

azam 2012.

bln lps aku perasan duit aku lajuuu je berjalan. gaji bln disember lmbt gila masuk sampai aku naik meroyan. dpt2 je gaji terus aku byr bil2 dan hutang2 yg ada. dlm masa sehari aku langsaikan semua, tak sdr sampai rm1300 aku guna. mak aiii. sadis sgt okeh!


utk gaji bln jan aku lum dpt lg, tp smlm aku dah wat bajet. aku masukkan list2 yg aku wajib byr. kira2 baki je ada sikit je. hmm, cmne la aku nak menyimpan utk masa dpn? kalu tiap2 bln rm100 je aku save, lambat lg la aku kawen. wakakakak. dpt gaji nanti pun byk hutang kena langsai. bln lps mmg byk belanje pun. sbb family wat party besday utk yg lahir bln 12, 1 & 2. bygkan la brp ramai nak beli adiah. duit mkn2 masa party lg kan. kwn kawen lagik. semua aku hutang dlu. dah sengkek xleh nak byr. maka dpt gaji kang kena langsaikan semua la.


maka dgn itu, aku dah wat azam. motip sgt bln 2 baru nak berazam kan?


1) hari2 breakfast mkn nasi goreng je. 
-aku skrg ni ketagih mkn mee sup tiap2 pg. mee sup tu semangkuk rm4. kalau aku tkr menu ke nasi goreng dah jimat dlm 2-3 ringgit. kalau nak mkn mee sup seminggu sekali je blh.


2) amik air masak kat opis je. 
- aku sbnrnya mmg jns style bwk bekas air g opis. pastu amik air masak kat opis je. tp sjk air masak tu asyik abis je, aku pun hari2 beli air mineral. sebotol yg kecik tu rm1. kalau hari2 beli, dah rm22 (x termasuk sabtu ahad). maka lps ni xyah beli dah air mineral, amik blk air masak kat opis.


3) kurangkan aktiviti berjimba2 terutamanya karoke
- no no no karoke terlalu kerap pd waktu mlm ok! harus jimat. nak karoke sebulan sekali je blh. (hrp2 mampu)


4) kurangkan mkn yg mahal2
- kdg2 nafsu terlebih. nak mkn hebat2. secret recipie la, mcD la, kepsi la. okeh aku ptt kurangkan. selain dpt jimat, dpt gak aku berdiet. tralalala.


5) kurangkan mkn mlm2
- time kerja aku biasa breakfast je, tgh ari x mkn. so aku mkn mlm. bila lpr di tgh ari, aku akan beli roti ngan air ceklat. so kalau lunch, mlm xyah mkn dah. roti ngan air ceklat pun xyah beli. ok lg jimat. 


6) kurangkan beli belah
- nak soping blh, tp make sure jgn sampai cecah ratus, blh? sbln sehelai baju atau sehelai seluar atau sehelai shawl je. ok yg ni aku yakin aku mampu. haha.


cara lain, hmm mgkin akan stop dulu byr ptptn. tu je yg blh. takkan nak stop byr duit kat mak kan? nak kurangkan pun aku tak sampai ati. sob3. hrp2 aku berjaya tunaikan azam aku ni. mampu ke?
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com