SEJARAH BABY ANG ANG 2011

Assalam..


disebabkan thn ni geng Ang Ang aku ramai yg dah lahirkan baby, maka aku nak 'tempekkan' sejarah baby Ang Ang pd thn ni.


bermula dgn ahbang wanda_comel, melahirkan anak pertama, baby boy pd 6 january 2011. diberi nama UMRAN AIDID.




diikuti dgn mummyizz yg melahirkan anak ke3& ke4 iaitu sepasang kembar lelaki pada 15 Mac 2011. diberi nama Izz Muhammad Miqael & Izz Muhammad Daniel.


diikuti dgn azmira81 yg melahirkan anak sulung. juga bayi lelaki diberi nama Mohamad Mirza pd 14 Ogos 2011. 


seterusnya hanima dapat anak kedua yg juga perempuan pada 8 September 2011. diberi nama Nur Qaisara Hani.


keesokannya, gemini_firah pulak melahirkan anak sulung, baby girl jugak pd 9 September 2011 diberi nama Siti Nur Athirah Sofea.


Pada 15 Disember 2011, dak airolnizam berjaya membuktikan beliau lelaki sejati apabila isteri beliau telah melahirkan anak sulung iaitu baby girl diberi nama Alya Irdina.


Pada penghujung tahun 2011, mslimaumandarin telah melahirkan anak kedua iaitu perempuan pada 28 Disember 2011. Nama diberi Irdina Humaira. (motip Irdina jgk?)



yg bestnya, mula2 berturut2 baby boy lahir. lps tu berturut2 baby girl pulak. lps ni turn miss_gegirl lak. insyaAllah bln dpn a.k.a thn dpn ek gegirl? anak dekesugi bila lak? hehe. rasanya thn dpn pon ramai gak baby2 yg bakal dilahirkan. agaknya la. hahaha.


p/s: seronok tgk ramai kwn2 dah ada baby. hihihih.
 

Terima Kasih baca KISAH aku.

keinginan... kesabaran.

hurm..


sesi luahkan perasaan.. walau aku tau jwpnnya mesti kena sbr..sbr..


sbnrnya tgh dok tunggu... bila laa nak dpt keja permanent + gaji byk. lately ni ada keinginan nak beli kereta. jeles tgk kwn2 dah ada kereta sndiri.


kalau kat KL ni x kisah pon xde kereta. pepaham la kan, jln KL. sesak yg amat. kwsn umah sewa aku tu pun ssh nak parking. lg pun, selagi leh naik LRT g keja, selagi tu xyah nak ada kereta. buat membazir duit minyak bagai.


tapi.. bila blk Ipoh, terasa mcm 'patah kaki'. xleh nak jln2 ke mana. xleh nak g beli brg2 di saat memerlukan. xleh nak bwk mak g tesco. byk kenduri kendara kwn2 aku terlepas sbb xde transpot punya psl. xkan nak hrpkan kwn2 je kan. aku sendiri pun rasa segan. sudahnya duduk umah je la kan. paling x best tu la, x dpt nak g kenduri kwn2. yg mana kwn2 x brp close tu, x kisah sgt la. kalu thp besfren or classmate, terpaksa gak mintak kwn dtg amik jgk. aku redho je la kalau kenduri aku nanti x ramai dtg. haha.


kalau ada kereta leh bwk mak jln2. huhu. xpela, xde apa yg leh aku ckp. just, sabarlah wahai hati. 




p/s: adakah aku akan beli kereta idaman aku sejak dlu tu or dah ubah pikiran nanti?
Terima Kasih baca KISAH aku.

unexpected.

semalam aku terkejut dgr 1 berita dr akak aku. tak sangka advanced sungguh abg iparku (tetibe).


tak sangka akak aku pregnant lg. kerap btl anak2 dia. mak aiiihhh.


yg sulung umur 2 thn 10 bln, yg kedua 1 thn 1 bln. 


bijak akak aku sembunyikan citer tu. tau pun sbb mak aku smlm tiba2 ckp mcm ni kat akak aku,


"hrp2 kali ni dpt la pompuan" (sbb anak akak aku dua2 lelaki).


aku yg agak2 terkejut dgr ayat mak aku tu, terus tnya akak aku.


"eh pregnant lg ke?"


akak aku ni setiap kali pregnant je mesti org tak perasan sgt sbb dia kurus. so perut tak memboyot sgt.


smlm dia suruh teka dia dah brp bln. sambil tgk2 perut dia tu, aku teka baru sebulan.


dia ckp salah. dah 5.


aku tanya la. "5 minggu ke?"


akak aku jwb, "5 bln la!"


uiksss... siyes sepanjang 5 bln akak aku pregnant, aku blh x perasan. family aku yg lain pun xtau. akak aku ckp dia baru bgtau smlm kat mak aku & akak aku yg lg sorg.


akak aku ckp jangka bersalin bln 5. maknanya masa tu anak dia yg 2nd umur 1 thn 6 bln. mmg kerap la.


akak aku ckp, lps ni dia xnak dah pregnant. lps ni kalau sapa nak anak lg sila beranak sendiri katanya. (perli laki dia). abg ipar aku sengih2 je. haha.


maknanya thn dpn aku bakal dpt anak buah yg no 7. makin bertambah la duit raya nak kena bg. wahahahah.


lps ni sapa pulak?




p/s: seronok dpt anak buah ramai2. anak sendiri ntah bila. haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

AKU...





aku cakap tak serupa bikin.


aku tak tahan dengan bisikan.


aku tak berpegang pada prinsip.


aku dah langgar pantang.


aku dah tak jadi diri aku.


aku dah terpengaruh.




akhir kata...




aku dah tewas!!




p/s: aku hanya manusia biasa.
Terima Kasih baca KISAH aku.

cerpenku!!

Salam..


smlm aku & chepah dok citer2 psl drama2 skrg yg jln citenya msti nak sama je semua. tak habes2 kisah kawen kontrak ke, terpaksa ke.. busan sudah! then, kami mengimbau blk zmn dulu2. 


masa sekolah, aku suka sgt tls cerpen. chepah pon minat yg sama mcm aku. so kitorg selalu la tls cerpen siap letak gmbo artis lg konon2nya watak dlm cerpen tu la. haha. kelakar bila ingat blk.


aku mewarisi bakat dr bapak aku. bapak aku pun suka menulis. byk cerpen jgk dia penah tls. aku teringin nak tls novel. byk kali buat. tp mesti terputus tgh jln. haha. sbbnya, novel kan citernya mesti pjg. so bila dah tgh2, mesti aku akan hilang idea. wakakakak. so cerpen je la yg aku biasa tls. masa sekolah subjek bm penulisan la yg paling aku gemar. mesti skor punya la. hakhak.


masa thn 2008, masa tu aku semester last kat U kot kalu x slp, aku ada hantar cerpen aku kat web http://penulisan2u.blogspot.com . blog ni mmg mengalu2kan sapa2 utk hantar cerpen kat situ. so, aku ngan chepah pon hantar la cerpen masing2. tak sangka smlm chepah pegi geladah blk blog tu cari blk cerpen yg weols hantar. stlh 3 thn, aku baca blk cerpen aku tu. haha. ni la satu2nya cerpen aku yg ada lg sbb submit kat situ. yg lain ntah ke mana. dah lama gila aku tak menulis. dah tak rasa dah. mls pun ye gak. otak pon dah berkarat. haha.


sapa2 yg rajin tu klik la sini baca cerpen aku yg x seberapa tu. gelak2 aku smlm bila baca blk. haha.


http://penulisan2u.blogspot.com/2008/01/cerpen-yang-berlalu-biarla-berlalu.html

entry lps ni kalau aku rajin aku copy paste kat blog aku ni. chow.




p/s: teringin gak nak buat skrip drama tp idea nan hado! hahaha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

PENAKUT.


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Terima Kasih baca KISAH aku.

syukur... Alhamdulillah...

assalam...


syukur... fail aku yg ada sijil2 aku dah pun jumpa baru2 ni...


ekceli... salah aku jgk la...


kisahnya, lps aku habis kontrak kerja kat Perak dlu, aku angkut semua brg2 aku termasuk fail aku ni g umah akak aku kat putrajaya.


sbbnya, aku tumpang duduk ngan dia utk jaga dia tgh pantang + cari2 kerja baru. 


then, bila dpt kerja skrg ni.. aku dah x duduk ngan dia.. aku menyewa sendiri.. punyala bijak aku ni, aku x bwk pun fail aku tu sekali. konon2nya dah kerja ni xde rasa nak mntk kerja lain dah.


aku biarkan je fail tu dlm almari kat umah akak aku tu. pastu akak aku ada ckp nak pindah rumah, tp aku xde pun nak g ambil fail tu. konon xde masa la. (konon).


pasti bila dpt tau status kontrak aku mcm nak ditamatkan, aku dah gelabah. kena la cari kerja baru kan. saat2 mcm ni laa aku teringatkan fail aku tu.


akak aku dah angkut sikit2 dah brg2 dr umah lama dia ke umah baru. masa hari aku nak tlg, almari yg aku simpan fail tu dah kosong terus dah! tggl masa nak angkut je. gelabah aku. aku tnye akak aku, dia ckp dia main sumbat je brg2 masuk dlm beg/kotak. x teliti pun ada fail ke xde. nak g cari, xtau kat mana. brp byk beg/kotak yg isi brg2.


aku ingt bila2 nak g la umah baru dia tu g cari fail aku tu. tp tu la, asyik xde masa je. 


ari tu ada tnye akak aku, dah kemas ke brg2 kat umah baru, dia ckp dah. tp xde lak jumpa fail aku tu. alahaii.. kalau ikutkan x mungkin hilang. mesti ada je kat mana2. tp tu la, xtau le kat mana kan. kalau dah akak aku ckp dia x jmpe, nak wat cmno? huhuh. ssh ati aku beb.


so, aku pk bila2 la nak g umah dia nak g cari ngan gigihnya. (bila tu bila ntah? hehe)


sampailaa 1 ari tu, aku mimpi aku dah jumpa fail tu dlm almari yg aku simpan tu. dia ada kat celah2 baju. tp bila fikir logik, mmg x logik laa fail tu ada dlm tu sbb last aku tgk almari tu mmg dah kosong terus kan. cmne lak magic leh ada blk ye x? hehe.


hingga laa hari ahad lps, lps aku & family blk dr Melaka, ktorg tumpang tidur umah akak aku tu. ada gak rasa nak cari fail tu. tp masa tu penat kan, baru blk jln2. so pospon la. (mls sungguh).


mlm tu saat2 aku nak tdur dah, mak aku panggil. dia ckp masa dia kemas2 baju dia dlm almari, dia terjumpa fail aku tu. ya Allah syukurnya. tak sangka cara fail tu dijumpai sama mcm dlm mimpi aku. syukur sgt2. xde rasa ssh hati dah. huhuhu.


tp harap2 kontrak aku ada lg la. sob3.


Terima Kasih baca KISAH aku.

Hidup memang rumit...

Kenapalah aku berdepan dgn kisah yg amat2 rumit. lately dtg mslh yg menyeksakan kepala hotak aku. apa yg aku harapkan tak dpt. tapi apa yg aku tak jangka akan jadi buat aku jadi serabut. 

LELAKI A

dia suka kat aku. sejak bila pun aku tak pasti. bila dia hulurkan salam perkenalan aku mcm berminat. tp bila dah tau perangai dia, aku terus tak berminat. tambah2 dia terlampau drastik & suka mendesak. aku sampai jadi rimas. dah explen byk kali yg aku xnak dia & nak kwn2 je dulu pun dia mcm x phm2. sanggup setia tunggu aku konon. tak tahu nak buat mcm mana dah. dia sendiri pun dah tau perangai aku mcm mana. aku sengaja menunjukkan yg aku ni pompuan x baik, kuar ngan laki sampai tgh2 mlm. tp dia kata manusia blh berubah. hmm. tlg laa paham aku! jgn laa obses sgt. apa la yg spesel sgt aku ni ye sampai ssh nak terima hakikat? tak ada apa yg menarik pun. 

LELAKI B

aku suka kat dia. ermm sejak 2008 kot. ntahla, aku rasa apa yg aku nak ada kat dia kot. mula2 ingtkan dia pon mcm ada hati kat aku. tp hakikatnya selesa sbg kwn je. graf aku lak turun naik. kjp2 aku mcm dah xde hati dah kat dia. kjp2 dtg blk perasaan tu. dah tak menentu. walau apa pun aku mmg xkan bgtau dia. biar simpan xpe. just tunggu takdir memihak kat aku atau tak. tak kisah pun kalau x dpt. 

antara LELAKI A & LELAKI B, byk perbezaan. aku suka LELAKI B bkn sbb aku suka kat dia. aku tak suka LELAKI A bkn sbb aku tak suka dia. 

LELAKI B nampak ada masa depan. sedangkan LELAKI A tak nampak di mana masa depannya. awal2 dah kantoikan diri dia. mcm mana aku nak terima?

apa2 pun.. aku berserah kat takdir aje la.. yg mana TERbaik untuk aku, Allah dah tetapkan. sama ada LELAKI A atau LELAKI B atau dua2 bukan. kita hanya merancang, Tuhan yg tentukan. 

teringat dialog dlm drama Nora Elena

"kita ni org perempuan kena pilih org yg syg kita btl2.. bknnya kita syg dia lebih2 sedangkan dia syg kita biasa2 je"

tapi kalau dia syg kita, kita pulak xde hati kat dia mcm mana?


Ya Allah,
Sekiranya Kau jadikan tulang rusuk ini bertuan,
Maka pulangkanlah ia kepada pemiliknya...
Kerana ia tidak mampu lagi berseorangan dan kesepian di tanah gersang ini....

Tapi, jika Kau jadikannya tidak bertuan, 
Maka janganlah Kau tinggalkannya...
Mohon agar Kau hantarlah tulang rusuk ini ke tempat yang dapat ia rawat kekosongan dan kesunyian hatinya
Tempat yg dapat ia melupakan kehausannya 
Tempat yg dapat ia melindungi dirinya 
Tempat di mana ia akan merasa gembira dan berguna...

Dengan itu 
Tidak lagi ia berasa dirinya berseorangan tidak bertuan...


thanks dear Que Adams yg byk tlg aku, yg paham situasi aku, yg sudi dgr luahan aku. lebiu ketat2. :)



p/s: still waiting....

Terima Kasih baca KISAH aku.

OMBAK RINDU...

assalam..


yep, filem Ombak Rindu yg dinanti2kan dah pon tyg khamis baru ni. Aku x sure aku ada baca ke tak novel dia.. x brp nak ingt.. rasa mcm xde.. tp tau la jln citer dia sikit2...




bila dpt tau novel ni akan difilemkan, agak teruja gak la. sbb novel ni agak femes. tp bila dpt tau pelakon dia, ya ampunnn.. spoil! mana xnya, setau aku, watak heroinnya baru lepasan sekolah (umur dlm belasan), gadis kampung... maya karin? mana sesuai beb. dia kan dah 30an.. muka pun urban. mmg sgt2 x sesuai.


tp disebabkan Osman Ali punya filem (antara pengarah yg aku suka), aku teruja la nak tgk. tmbh2 tgk 'gezek' mcm best je kan. so far, filem Osman Ali aku mmg akan tgk. mcm Anak Halal, Cun... bbrp thn lps ada telemovie Surat Utk Bulan. mmg semua best! disebabkan byk tgk citer Osman Ali, aku tau tredmark dia msti ada babak atas bumbung. haha. tp Ombak Rindu xde pulak.


smlm aku berkesempatan tgk dgn akak aku kat MBO Ampang. nasib dpt tiket jam 7.30 mlm. memula nak tgk kat KLCC, siyes ramai giler2 org beratur. 


ok, pendapat aku bg filem ni, SGT2 BEST! dr awal smpai akhir mmg kita akan rasa emo je tgk. ditambah2 pulak dgn lagu2nya yg mendayu & sedih.. kita pun rasa sedih tgk... tp aku xde la smpai menitik air mata.. aku kalu tgk filem sedih ssh laa smpai nak menangis. kakak aku dah sok sek dah. hihihi.


aku bg 4 star kt utk filem ni. xleh bg full. sbb still lg ada kelemahan dia sikit2. tp kesimpulannya, mmg best! smpai x teragak2 nak tgk lg sekali. lagu2 dia pun best sgt!


pendapat2 lain aku psl filem ni:


1) maya karin mmg dah agak dah x sesuai bwk watak izzah ni. sbb muka dia nampak la dah agak 'kertu'. x sesuai bwk watak belasan. muka pon mix2.. xleh bwk watak kg.


2) apsal laa tudung maya karin rupa tu? aiseh, xleh ke pakai kemas2, elok2. mmg x semegah langsung. xkan laa x tgk org2 sekeliling pakai mcm mana. xde laa nak suruh pakai stylo2 ala2 hana tak jadi mak ke apa. tudung 4 segi biasa tu pon ok, cuma kena pakai kemas2 la. ni mmg selekeh gila.


3) lisa surihani pun agak x sesuai bwk watak tu. sbb watak dia tu digambarkan mcm baya2 aaron aziz. sbb kenal dr kecik, 1 sekolah. kira membesar sama2. muka dia & aaron tu nampak laa jurang umur yg byk. mcm terbalik lak watak maya & lisa. 


4) lisa surihani still lg lakonan x ok. byk dia kena improve. dgn mimik muka yg kurang menjadinya. apa yg aku perasan, dia suka gerak2kan kepala dia tu. pastu kerut2kan muka. mmg dr dlu aku x suka sgt lakonan si lisa ni.


5) kucing si maya ni, dah 2 thn kemudian pun mcm bsr tu je. ke mata aku yg kero? wakakakkaka. <--- ni sampingan je la. haha.


tu je la komen aku. apa2 pun bg aku, OMBAK RINDU mmg terbaik! syabas Osman Ali!


jom lyn lagu soundtrack ombak rindu. dpt karok lagu ni best ni. 






p/s: aku rasa kalau Tiz Zaqyah bwk watak Izzah lg sesuai kot.
Terima Kasih baca KISAH aku.

HAHAHAHAHAH

dengan ini aku nak menyatakan yang aku dah REJECT dia. motip suka? huhuhu. mls laa nak cerita kat sini. nanti mcm mengaibkan org pulak. hanya que, hosmet aku & opismet aku je tau kenapa. aku mmg dah pk msk2. bila aku citer kat diorg pon, diorg sokong aku. 


memilih ke aku? haha. mmg la kita ptt memilih. takkan nak main rembat je. means, bknnya nak yg kaya, berharta, kacak ke apa. maksudnya, xkan nak pilih penagih dadah ke, perompak ke kan. ni laa yg dimaksudkan dgn memilih kan. 


tp org ni bknle salah satu antara yg aku ckpkan td. dia ada kerja. tp ada la sbbnya aku xleh terima. biarla aku & kwn2 rpt je yg tahu. hakhak. lega gila dpt bgtau dia psl ni td. nasib dia ok walaupun mula2 tak ok. kahkahkah. kelakar lak aku rasa.


takpe, jgn terburu2. bukannya desperate pon. rilek2 sudah. Tuhan dah aturkan utk kita. sama ada cpt atau lambat je. 


kat dia pon aku ckp, kalau ada jodoh tak ke mana, kan? :)


so kitorg kwn je la. no feeling2. hahahaha.


sekian, terima kasih!




p/s: kejam gak aku ni kdg2. wakakakakka.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com