Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

penantian berbaloi.

assalamualaikum,


Alhamdulillah.setelah 3 bln menganggur,berendam air mata,dgr caci maki org,rasa stress dan down gila2,akhirnya aku dpt kerja.






khamis lps,aku dpt call dr seseorang yg katanya dari Tele-Temps.Tele-Temps ni adalah agensi mencari pekerjaan.dia offer aku kerja kat TM cyberjaya sbg Customer Service.kerja ni katanya ada 3 shift.pukul 7.30pg-2.30ptg,2.30ptg-9.30mlm & 9.30mlm-7.30pg.mula2 dia ckp ada interview.lps tu tak lama lps tu dia call blk katanya tak payah interview.terus dpt kerja ni.dia suruh aku dtg esoknya utk sain kontrak.adoii cpt gila.bg la aku fikir dulu kan.


stlh bincang2 dgn kakak2 aku,aku pon terima offer ni.sebabnya tgk time shift dia mmg tak 'mengerikan'.maksudnya,kalau habis mlm bukanlah tgh2 mlm.kalau habis pg pon,bukanlah pg2 buta.sbb tu aku terima job ni.aku ajk kakak aku tgk2 kwsn TM cyberjaya tu.jalan nak ke situ dr putrajaya mmg sng la.kereta tak byk sgt tp laju2.biasalaa highway kan.ngeri gak aku nak bwk moto ke tmpt kerja.tp aku tabahkan aje la kot.


isnin aku ke Tele-Temps ni utk sain kontrak.then,dia ckp hari rabu (hari ni) kena training kat TM Annexe.brp lama tu,tak pasti.maka ke sini la aku hari ni utk lapor diri & berkursus.ada 9 org semuanya.4 org dah start last week,5 org pulak hari ni.8 perempuan,sorg je laki.nampak sgt laki dah makin pupus.haha.


masa breafing,rupa2nya kitorg ni diberitahu yg kitorg bknnye kena kerja kat Cyberjaya tp kat Menara TM rebung tu je.pulak tu,bukannya kena shift2 seperti yg dikatakan,tp office hour je.


kerjanya tak ssh mana.cuma handle aduan2 dari pihak sekolah je.sbb,TM dpt kontrak dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) utk bekalkan Internet kat sekolah2 yg dinamakan School Broadband.kiranya,kalau ada pihak sekolah yg call utk mengadu apa2,kitorg ni la yg kena ambik report,masuk dlm sistem & hantar report tu kat unit2 berkenaan.gitu la lebih kurang.


gaji pon ok la.aku skrg ni nak cari rumah sewa.tp ada 2 org yg masuk sama dgn aku td ajk menyewa ngan diorg.mungkin aku akan duduk ngan diorg la nanti.


tp yg agak tak best kerja ni,kitorg ni bukan under TM betul2 lg.under Tele-Temps dulu.mengikut kefahaman aku,kitorg ni kontrak dgn Tele-Temps 3 bln,lps tu baru kontrak dgn TM.lps tu,kalau kontrak TM dgn sekolah ni ada lg,kitorg akan diserap.tp ada jgk yg ckp kontrak dgn Tele-Temps ni mungkin sthn.entah la,tunggu aje la nanti.harap2 dpt permanent.huhu.kalau under Tele-Temps ni bkn apa,duit gaji kita diorg ambik sikit.dgrnya dlm RM200.so sepatutnya gaji aku byk lg la.lps tu xde apa2 keistimewaan sgt.klinik panel pon xde.hmm,doa2 la dpt permanent.


esok ada training lg,sampai jumaat.isnin baru stat kerja.berdebar rasanya.ahaks.:D


p/s: skrg mmg ssh nak cari kerja.kalau ada pon kontrak je.so terima je la kerja apa2 pon wpun kontrak drpd duduk goyang kaki je tak dapat apa.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku dan interview.

salam.

aku baru balik interview ni.sampai2 rumah je terus online.haha.gigih je nak cerita pasal interview td.

aku interview utk jwtn kat jabatan perangkaan.kwn aku si gegel la yg kasi tau ada keje kosong situ.tapi sambilan aje la.xpelaa sambilan pun kan.baik aku try aje drpd duduk rumah ngadap intenet duapuluhempat jam sampai mata lebam semua.duit tak masuk gak.hehe.

ada 3 jenis jawatan:


1. Perangkawan Gred E41 (7 Kekosongan)

2. Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27 (19 Kekosongan)
3. Pembantu Perangkaan Gred E17 (270 Kekosongan)


aku mintak yg no.3 tu je sbb yg tu je yg layak utk aku.yg 1st tu nak yg ada kelayakan degree dlm ekonomi & statistik.aku kan dulu ambik IT so aku tak mintak la yg tu.

pagi td sampai kat jbtn perangkaan,aku jumpa si gegel & kitorg g breakfast sama2.then dia ckp leh je nak mintak yg gred 41 tu.tak kisah sbnrnya nak degree apa.so masa aku sampai tmpt interview td,borang diorg kasi blk kjp utk check blk apa2.so tibe2 je kat bhgn permohonan jwtn tu,aku tick utk semua gred.

memandangkan aku tanda utk gred 41,tak pasal2 aku yg pada mulanya nak mintak utk gred 17 je dah kena interview utk jwtn gred 41.aku dahle tak study apa langsung smlm.cekal je masuk dlm bilik interview tu.hehe.

ada 2 org pegawai lelaki yang menemuduga aku td.yg sorang tu aku perasan nama dia encik rushdi.sorang lg aku tak nampak nametag dia.masuk2 je aku bg fail sijil2 ori aku & terus duduk.aku masuk berdua dgn sorg minah ni.

mula2 kena kenalkan diri.so aku cerita la semua pasal diri aku blablabla.sambil2 tu encik rushdi tu belek2 la fail aku.tiba2 je terselit gmbr aku masa kecik dlm fail tu.adoyaiiiiii mcm mana pulak gmbo tu ada dlm tu?malu weiii..aku tgk muka encik tu thn gelak je kot.dia siap pusingkan gmbo tu kat aku pastu tanya,

"gmbr sapa ni?"

malu gile aku rasa masa tu.aku pun mcm cover2 la ckp tak perasan gmbo tu leh selit kat situ.malunyaa sayaaa.

naseb baik laa stop sampai situ je.haha.lps tu bermulalah sesi soal menyoal di mana aku rasa mcm byk kantoi je.

mula2 tanya,apa fungsi jbtn perangkaan?

aku dah mula mencarut.hentam kromo je aku td.yg pasti sikit2 aku sebut pasal banci sbb aku tau pasal tu je kot.hahahaha.

lps tu dia tnye,berapa jumlah penduduk di Malaysia?

alamak.serius aku xtau.hahah.apa punya rakyat Malaysia la aku ni.main sebut je kot aku td.kantoi2.tu la,tak study lg kan.sob3x.

lps tu encik rushdi tanye, 

"mana tau pasal kerja ni?"

aku ckp,"kwn saya kerja kat sini"

"siapa?"

"firdaus nadhrah"*sorry ye gegel,aku mention nama ko td.hahaha.

encik rushdi: "tu staff saya tu."

hak2..kantoi.naseb baik aku tak sebut nama deke sama.kalau tak kang mcm2 lak dia tanya.kot laa dia tanya mana kenal ke.nnti tak pasal2 aku cerita pasal g gather kat kenduri dak ijam le,jln kat melaka le,blablabla.mengarut sudah aku ni.hahaha.

ha,lps tu dia tnye brp tambang aku dtg situ td dr putrajaya?

aku pon semangat laa cerita dr aku naik ERL ke KL central,lps tu naik LRT Putra ke Pasar Seni,lps tu jln kaki ke jabatan perangkaan.masa tu tak terfikir pulak maksud di sebalik soalan tu.total tambang aku pergi sahaja td dah RM10.50.

lps tu dia ckp,

"haa kalau dpt jwtn gred 17 tak berbaloi la.gaji sehari RM35.70 je.tambang awk pegi-balik dah RM21.mkn lagi..."

alamak,kalau aku tau dia nak ckp mcm tu leh aku tipu2 alamat td.huhuhu.so aku bantai la ckp,

"takpe,saya ada abg duduk pantai dalam.tak jauh pun dr sini".

mmg betul pun kan abg aku ada duduk situ.huwaa..nasib la aku dpt ke tak nanti.mcm takde harapan pun ada.tawakal aje laa.ada rezeki ada laa.sobsobsob.

p/s: sempat menternak lemak kat mekdi kl central td sblm blk.1st time mkn sorg2.best jgk mkn sorg ni ye.hehehe.


Terima Kasih baca KISAH aku.

mintak kerja...mintak kerja...


salam.

aduh peningnya aku nak mintak kerja.paling tak suka kalau kena pos.mana taknya,borang nak kena print,sijil nak kena fotostat.kalau mintak keja gomen nak kena sahkan pulak lg.gmbr pasport kena cuci,kena beli envelope,setem lagi.lps tu kena pegi pjbt pos utk poskan.aduh,byk betul keja.dahle aku ni jns ssh nak keluar.kat rumah pun takde printer.tak psl2 kena mintak tlg kwn printkan borang.tgk gmbr tu,aku kena buat pos express sbb takut sampai lewat.tension2.tp kalau tak mintak,rugi pulak.terpaksa jugakla bersusah payah demi cari rezeki.

kan best kalau skrg ni semua buat secara online je.tak payah buang masa dgn tenaga.duduk je kat rumah,bukak pc.habis cerita.sekarang kan zaman teknologi.dpt jgk menyenangkan aku yg ssh nak keluar ke mana2 ni.

p/s: dengan jalurlebar semua dpt.

Terima Kasih baca KISAH aku.

kerja oh kerja.

salam.


dah dkt 3 bln aku menganggur.atau nama glemernya "tanam anggur".seriusly aku busan sgt2.aku dah xtau nak buat apa hari2.nak tgk tv mcm tak berminat sgt.mcm dah xde cerita best dah kat tv tu.so hari2 menghadap internet je la aku.tu pon busan jgk kdg2.bkk fb pon dah jemu.naseb baik ada forum.tp tu pun busan jgk bila asyik menghadap je.


tp ok jgk ada forum ni.kat sini la aku main game,aku baca problem org,aku dpt tips apa2,aku layan gosip.mcm2 la.terubat jgk kesunyian aku.yela org single kan,sah2 la hari2 sunyi.haha.


bila la aku nak dpt keja kan?apply berlambak2.1 inteview pon tak melekat.baru sekali aje la ari tu.tp x dgr khabar berita apa2 pon.takde rezeki nampaknya.


bila aku kemukakan isu pasal blm kerja lg,bila nak dpt keja semua,ada yg ckp:


"ala best apa tanam anggur.aku kalau blh xnak la keje.nak rilek2 goyang kaki"


aku jwb:


"iyola tu...kalau dpt duit takpe jgk.sigh~"


ada jgk yg ckp mcm ni:


"kahwen aje la..suruh suami tanggung je"


aku jwb:


"kalau laki aku sanggup byrkan PTPTN aku,aku ok je"


ya.itu yg paling2 penting bg aku.aku kan berhutang dgn PTPTN.bukannya sikit.berbelas2 ribu.sbb tu aku nak kerja.


bg aku,kalau dah kawen pon aku nak kerja.lg byk tanggungjwb bila dah kahwen.nak2 kalau dah ada anak.duit pampers,duit susu,baju,stroller.dahsat!


kalau suami aku mampu kerja sorg pun aku mcm tak sampai hati.bg aku,memadai la dia dah byr semua bil,duit rumah,duit dapur.tp takkan aku nak mintak jgk duit nak beli baju baru?segan la aku.pakai duit sendiri takpela.so sbb tu keja tu sgt penting.ni pun naseb baik la aku ni bknnya gila brg kemas.bertuah sapa yg kawen dgn aku nanti.haha.


bertabah aje la kan.tu je ayat penyedap hati aku selama ni.kalau sampai 2,3 bln jgk masih tak dpt keja apa mau buat ye?


ada jgk rasa nak bisnes tp modalnya takde.bisnes apa pun xtau jgk.pernah nak buat bisnes mak andam.menarik jgk.tp nak masuk kelas andaman pun dah melayang duit beratus2.mana nak cekau duit kan?takpe usaha tangga kejayaan.tunggu la lagi 2,3 bln.kalau btl tak dpt keja lg mmg aku sanggup kot habiskan duit.huhu.bila la nak merasa pakai kereta sendiri?


apa blh buat.kalau ada rezeki tak ke mana.cuma cpt atau lambat aje.sbr ye.




Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com