confuse??

aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tidak.
aku tak tahu keputusan yg aku buat ni di luar jangkaan atau tidak.
aku tak tahu benda yang aku buat ni menggembirakan aku ke tidak.
adakah aku terlalu cpt buat keputusan?
apa2 pun hakikatnya aku dah pun terima.
ya, aku dah terima!
tak tahu nak kata ni kerja gila ke tak.


sampai skrg aku keliru lagi. dari hari aku buat keputusan tu sampai skrg aku dok tertanya-tanya lg,


"ye ke aku ni?"
"betul ke tak aku ni?"
"serius ke main2 ni?"


apa2 pun aku serah kat takdir je la. tak nak terlalu berharap. apa pun yang Tuhan rancang aku terima seadanya. 


aku 50-50 lg. 








p/s: shhhhh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

FREE PHOTOSHOOT??

mau masuk contest ni:


tapi followers baru 45.

cepat2 korang FOLLOW aku!

HAHAHAHAHA.

best tu dpt potosut pree. sapa xmau kan? 

Que Adams msti minat gak ni. hakhak.


p/s: mereng skjp.

Terima Kasih baca KISAH aku.

buang duit...buang masa...

Assalam...


aku pon xtau nape ngan aku ni... lately ni rasa agak kecelaruan fikiran sikit.. nak2 bila dah cuti sekolah... ingtkan makin rileks.. rupanya docket URGENT je memanjang... menambahkan ketensionan aku kat opis hari2.. serabut , jiwa kacau sume ada dah.. aku skrg mmg tgh angin tak menentu.. pepaham je la kan..


mlm td di saat org semua tgh tgk bola, aku leh lak rasa xmo dok umah.. mcm nak merayap je... aku x minat tgk bola, tp even aku x tgk pon, aku xde la sampai x menyokong.. aku ttp amik tau apa2 update & result berdasarkan status2 mmber kat fb.. walau aku x tgk, aku ttp sokong dr jauh taw. jiwa aku je yg blm blh terima lg utk lyn bola. pernah gak tgk sekali masa hyun & que ajk tgk kat mamak masa Malaysia vs Singapore itu hari, masa tu mmg aku enjoy gila la even 1st time tgk. tp smlm punya game mcm xde rasa nak tgk pulak.


aku ajk que kuar lepak2 mkn... seb bek dia pon xmo tgk bola. pastu tibe2 plan nak karok lak. haha. giler2.. duit x brp ada tp nak gak buang duit.. ntah, bila serabut msti nak wat keje gile. plan g ngan que je, tp tibe2 kwn aku si khair farhan mau join. so layannnn.


kali ke2 jmpe khair farhan & 1st time karaoke ngan dia. mmg besh giler arghh.. happening sungguh smlm.. 3 jam melalak.. fuuu.. dia & que pon leh masyukk... so  pasni mmg leh lg la ajk mamat poyo tu lepaking lg.. dia pon ckp smlm, lain kali ajk dia karok lg.. wakakaka. ok la tu, leh arr jd geng...


kul 1 lebeh blk umah smlm.. osmet xdak kan.. so pe kisah? hahaha. 


apa2 pon TAHNIAH MALAYSIA!! mmg TERBAIK arr.. menentang Indon (Malaysia 1 (4) - Indonesia 1 (3)). menang PENALTI! fuhh fuhh.. bangga2. ingtkan ada cuti hari ni.. xde rupenya. hahahahhah. ye2 je nak cuti. bknnya kita yg hempas pulas main pon. hakhak.


MALAYSIA BOLEH!!


p/s: org hilang suara sbb bersorak bola, aku hilang suara sbb karaoke. hahahah.


baru nak publish, tiba2 dpt sms dr kayam.


"Xkan keje kot bola dah menang semalam."


HAHAHHAHAHAHA. mentang2 ko dok umah je ye. xpe2.. keje demi masa depan yg gemilang dan terbilang. wakakakakka.
Terima Kasih baca KISAH aku.

EDISI : NANGES LEBAT



Lokasi: ofis
Tarikh: 16 Nov 2011
Waktu: lebih kurang jam 5.45 pm


Aku masih lagi di ofis. Hujan di luar renyai-renyai. Terasa malas lagi nak balik. Maklumlah, drama Soffiya dah habis, jadi tak payahlah aku tergesa-gesa balik lagi. Drama baru ni malas pula nak ikut. Penat hari2 rushing balik semata-mata nak tengok drama.


Bila dah habis waktu ofis, apa lagi, tengok facebook je la aku. Tengah dok tengok-tengok status kawan-kawan di fb, ternampak status Que.


"sgt2 x sbr nak jumpa 'seseorang'...fufufu-with Nas and Kayam."


Hatiku tertanya-tanya, Nas datang KL kah? terus aku mencatatkan komen di status Que.


"oi nak jumpe sapa?"


Tetapi tiada respon. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Oh, dari Que.


"Sedehhhh doe"


Ringkas sahaja respon aku bertanya.


"Npe?"


Lama. Tiada balasan. Biasalah Que, suka balas mesej lambat-lambat. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini ada panggilan masuk. Tertera nama di skrin, Kayam. Eh, tak pernah-pernah Kayam telefon. Aku agak kehairanan.


"Kup..kayam ni..kau kat mana?"


"Aku kat ofis ni.."


"Ooo..ko balik bila?"


"Kejap-kejap lagi balik la..kenapa?"


"Jom jom lepak masjid jamek. Aku dengan Que ada kat situ"


"Ok ok. Aku gerak sekarang jugak."


Tiba-tiba je Kayam ajak jumpa saat-saat terakhir ni. Hatiku kuat mengatakan yang Nas ada di KL. Berkobar-kobar aku nak jumpa dia. Maklumlah tak pernah jumpa. Di kala hujan renyai-renyai, aku jalan dengan laju untuk cepat sampai ke destinasi yang dinyatakan Kayam.


Dalam perjalanan, Kayam hantarkan sms. Katanya dia tunggu di depan McDonald's.


Sampai sahaja di Masjid Jamek, aku tercari-cari di manakah McDonald's.


"Kayam, mcD kat mana ye?"


"Ko turun dari arah mana ni?"


"Aku ada dekat-dekat jalan menghadap Burger King."


"Ooo..McD betul-betul menghadap Burger King."


"Ok ok. Aku cari sekarang."


Aku teruskan perjalanan menuju ke McDonald's. Dari jauh dah nampak kelibat Kayam. Tapi dia keseorangan. Sebaik sahaja kami bersalaman, terus aku bertanya kepada Kayam.


"Sebenarnya korang nak jumpa sapa ni?"


"Nas!!"


"Haaaa??? Nas?? Mana dia?? Mana dia??"


Ketika itu mataku terbeliak besar dah menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Nas.


"Dia dah balik"


Ahh..suatu jawapan yang sangat menghampakan keluar dari mulut Kayam.


"Kenapa tak suruh dia tunggu??" mencaci-caci aku di hadapan Kayam.


"Dah...tapi kawan-kawan dia dah ajak dia balik."


Air mataku merembes laju. Aku lihat Kayam juga mempamerkan riak muka kecewa. Kami terus masuk ke dalam McDonald's pula kerana Que sudah berada di sana. Menangis kami bertiga apabila hajat nak jumpa Nas tidak kesampaian. Nas, sampai hati kau! Hujan rintik-rintik seolah-olah mengerti perasaan kami bertiga ketika itu.


Maka kami terus menuju ke Secret Recepie untuk mengalas perut kami yang sudah kelaparan. Walaupun perasaan hampa dan sedih, makan tetap diteruskan. Nas, bila lah dapat jumpa kau. Dahlah masa aku pergi Kedah hari tu kau tak dapat jumpa jugak.


Hampa, kesal, kecewa... semua bercampur menjadi satu. Tak apalah, mungkin kita belum ditakdirkan untuk berjumpa. Aku masih menunggu saat itu, Nas.






p/s: jalan cerita ditokok tambah sikit supaya menjadi lebih dramatik.
Terima Kasih baca KISAH aku.

karma.

salam...


lama tak mengedate mengupdate blog. sbnrnya mcm2 yg aku pikir. cuma mls nak  luahkan jew... tak nak menyinggung mana2 pihak...


mcm2 yg bermain dlm fikiran aku ni lately. pikir hal keja yg xtau apa statusnya. pikir psl org sekeliling. psl itu... psl ni... celaru kot!


sometimes aku jd mcm emo. mungkin ramai akan kata aku ni kuat sentap tp aku xkan sentap kalau org yg tak menyentapkan aku. eh, apa yg aku ngarut ni? haha.


ntah, aku rasa aku dah makin jauh ngan org tu kot. xtau knp aku pikir mcm tu. ekceli dah lama aku perasan perangai dia dah lain. kdg2 cara dia ckp pun mcm tak jaga perasaan org. byk kali aku rasa tersinggung. tp diam je la.


percaya tak pd karma? org kata, apa yg kita buat kat org, akan terkena pd kita blk. bila org tu dok tertanya2 knp org wat dia mcm tu, mcm ni... terpikir tak dia, sbnrnya dia pun ada buat kat org begitu begini jgk.


aku tak ckp aku baik, suci, murni, bagus etc. perangai aku ni pun mcm hampeh gak kdg2. eh bkn kdg2. selalu jgk. biasa la kita manusia biasa tak lps dr wat slp slh.


mgkin apa yg jd kat aku skrg pun adalah karma jgk. mana tau, aku penah jgk buat mcm tu kat org sama ada sdr atau tak sdr kan?


so sama2 la kita perbaiki diri kita supaya sikap kita disenangi oleh semua org. :)






p/s: masih ada bbrp minggu je utk aku tau status aku sbg pekerja kat company aku skrg. Ya Allah... jgnlah kau tarik rezeki ku. aminn.

Terima Kasih baca KISAH aku.

aku idamkan benda ni!! uwarghh!!

Erm.. ekceli dah lama mengidam nak ada kamera. dr zmn U lg. ingt lg masa tu henset yg berkamera & ada mp3 baru popular. dan masa tu jgk aku teringin nak ada kamera ataupun mp3 player. aku ingt lg aku tanya rumet aku,


"nak beli mp3 player ke, kamera ke atau henset yg ada kamera&mp3 sekali?"


tp last2 aku beli mp3 player. maklumler student xde duit lg masa tu. mp3 player brp rgt la sgt.


tp bila dah keja, dah tak terasa lak nak beli kamera. so lama2 benda tu dah berkubur. tp lately ni terasa mcm nak ada blk.. sbb aku skrg rajin hangout. so terpikir la, kalu ada kamera kan best. dpt rakam semua kenangan indah. chewaaahh. (konon).


aku xde bajet byk nak beli dslr. bg aku kamera digital biasa pon dah ok dah. tp ramai kwn2 aku ckp, alang2 nak beli kamera, baik beli dslr terus. tmbh sikit je duit dah leh sambar. ermm.. btl gak. tp kena ikut kemampuan aku gak la.


baru ni survey kat mines. org kedai tu promot canon dslr 1100d.



siyes beb aku jatuh cinta ngan kamera ni!! cun giler kot. pas tgk kamera ni baru aku perasan ada iklan yuna jd duta kamera tu. kamera ni la yg dia guna. kaler pon sama, merah. ada 3 kaler je kot kalu x slp aku. merah, coklat & hitam. bg aku, merah ni yg paling cantik.

aku survey2 psl kamera ni kat forum & internet, ramai jgk ckp kamera ni best. lg la aku makin membuak2 nak beli.

harga kat kedai tu RM 1,799. ermm bajet xde. (nanges lebat). disebabkan nak jgk beli, aku ajk mmber2 ofis main kutu. nasib baik diorg semua setuju. dpt gak aku duit. (padahal sama gak mcm pnjm duit org hehe). ermm tp still x cukup lg ni. syg nak guna duit simpanan. aku ni dahla jns ssh nak menyimpan. tambah2 pulak baru ni baik moto & byr balance duit moto dah brp kan. aku harapkan moto tu dpt dijual je ni. kalau ada buyer terus aku sambar kot kamera ni. hehe.

tp nak survey2 gak kat kedai lain. mana tau dpt yg murah byk dr yg aku tgk tu. kalau ada mmg x fikir pjg kot. terus aku sambar. heheh. tp, bila? ermm.


p/s: ada sapa2 nak adiahkan kat aku x? haha. (jgn nak mimpi)

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah nak jual motor..

aku ada skuter modenas sport passion 125.. aku beli dr kakak ipar aku. chop, aku ambil dr dia & sambung byr je. kbtln akak ipar aku dah xnak moto ni & aku lak memerlukan moto utk memudahkan aku g keje kat tmpt lama dulu.


tp lps aku jatuh moto, aku dah fobia nak bwk dah. tmbh2 aku xde lesen yg sah sbnrnya. so, aku berhasrat nak jual moto tu. 


aku iklankan moto aku tu kat dlm www.olx.com.my. aku xtau kenapa, aku nak masuk iklan dlm mudah.my x lps2.. dah 3x dah aku try. huhu.


ok sambung kisah nak jual moto ni, aku letak iklan dlm web olx ni hari sabtu baru ni. tiba2 td aku dpt emel dr seseorang yg berminat nak beli. nama dia peter. perghh mat saleh tu beb nak beli. haha. dia tls mcm ni:


Hello
Please let me know if this Bike is still available for sale?



aku pon, dgn 'broken english'nya bls la emel dia. aku ckp la still available & tnye dia berminat ke.. (dlm english la).


then dia jwb,


How long have you owned it?? and what's your actual price for it. I
love a bargain, so i would like to get it as soon as i can and i would
be able to make payment through Bank transfer... Let me know your
price for it .i will make all transportation preparations for it to be
transported to my home in London . How i wish to come and view it  but
am not around now....am busy sailing,am in a ship right now at
Dublin......I will also like you to know that i will be paying via
Bank transfer...due to the distance as i am in Dublin presently.



aku dah was2 dah bila baca ayat dia yg atas ni. sbbnya aku terpikir, kenapa dia mesti nak beli motor kat malaysia? kat tmpt dia xde ke? tp aku lynkan lg.. aku gtau price & dok kat mana (just bgtau bandar je). aku tnye dia lg mcm mana dia nak amik etc. dia jwb,


Ok,good..I'm quite satisfied with the price. I will be paying the Bank
transfer charges from my account and i will be paying directly into
your bank account without any delay, and i hope you have a bank
account. If you have one already, just send me your bank
details, so once i receive the details i will go ahead with the
payment through Bank transfer and then i will contact my shipping
company after you get the payment. I will need your home address for
it to be Picked Up by the Shipping Company..


so i want you to know that  70% of the money will be
transfer to your account and after my pick up company get to your
address they will call me and i will contact the bank to transfer  the
remaining 30%  of the into your account.if you accept i will need your
bank details below.

Bank Name:
Account Number:
Iban
Bic
Account Name



ahhh sudahh!! mmg dah lain mcm je aku rasa.. mana taknya, terus2 je setuju nak beli moto aku.. siap ckp nak bank in bagai.. selalu kalu nak beli satu benda tu mesti la kena tgk2 dlu ok ke x, mcm moto ni.. ofkos la nak test drive ke... tgk gah lg ke apa kannn.. semacam dah aku rasa.. x berani aku nak kasi no akaun & alamat.. mana tau dia niat jahat kann.. ntah2 nak rompak aku.. mintak simpanggggg.. aku terus x bls dah emel dia tu.. seramm jerkk.. 


rilek2.. jgn terburu2 kan.. insyaAllah ada tu buyer nanti.. sama2 tunggu.. cari buyer org malaysia je kan sng...


oh ya, sapa2 nak beli skuter aku sila roger2 ye.. (bajet mcm ramai pembaca je..padahall.. hahah).






p/s: harap2 dpt la pembeli cpt.. aku nak beli sesuatu yg diidamkan lama dah ni...huuhuh..
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com