SEJARAH BABY ANG ANG 2011

Assalam..


disebabkan thn ni geng Ang Ang aku ramai yg dah lahirkan baby, maka aku nak 'tempekkan' sejarah baby Ang Ang pd thn ni.


bermula dgn ahbang wanda_comel, melahirkan anak pertama, baby boy pd 6 january 2011. diberi nama UMRAN AIDID.




diikuti dgn mummyizz yg melahirkan anak ke3& ke4 iaitu sepasang kembar lelaki pada 15 Mac 2011. diberi nama Izz Muhammad Miqael & Izz Muhammad Daniel.


diikuti dgn azmira81 yg melahirkan anak sulung. juga bayi lelaki diberi nama Mohamad Mirza pd 14 Ogos 2011. 


seterusnya hanima dapat anak kedua yg juga perempuan pada 8 September 2011. diberi nama Nur Qaisara Hani.


keesokannya, gemini_firah pulak melahirkan anak sulung, baby girl jugak pd 9 September 2011 diberi nama Siti Nur Athirah Sofea.


Pada 15 Disember 2011, dak airolnizam berjaya membuktikan beliau lelaki sejati apabila isteri beliau telah melahirkan anak sulung iaitu baby girl diberi nama Alya Irdina.


Pada penghujung tahun 2011, mslimaumandarin telah melahirkan anak kedua iaitu perempuan pada 28 Disember 2011. Nama diberi Irdina Humaira. (motip Irdina jgk?)



yg bestnya, mula2 berturut2 baby boy lahir. lps tu berturut2 baby girl pulak. lps ni turn miss_gegirl lak. insyaAllah bln dpn a.k.a thn dpn ek gegirl? anak dekesugi bila lak? hehe. rasanya thn dpn pon ramai gak baby2 yg bakal dilahirkan. agaknya la. hahaha.


p/s: seronok tgk ramai kwn2 dah ada baby. hihihih.
 

Terima Kasih baca KISAH aku.

keinginan... kesabaran.

hurm..


sesi luahkan perasaan.. walau aku tau jwpnnya mesti kena sbr..sbr..


sbnrnya tgh dok tunggu... bila laa nak dpt keja permanent + gaji byk. lately ni ada keinginan nak beli kereta. jeles tgk kwn2 dah ada kereta sndiri.


kalau kat KL ni x kisah pon xde kereta. pepaham la kan, jln KL. sesak yg amat. kwsn umah sewa aku tu pun ssh nak parking. lg pun, selagi leh naik LRT g keja, selagi tu xyah nak ada kereta. buat membazir duit minyak bagai.


tapi.. bila blk Ipoh, terasa mcm 'patah kaki'. xleh nak jln2 ke mana. xleh nak g beli brg2 di saat memerlukan. xleh nak bwk mak g tesco. byk kenduri kendara kwn2 aku terlepas sbb xde transpot punya psl. xkan nak hrpkan kwn2 je kan. aku sendiri pun rasa segan. sudahnya duduk umah je la kan. paling x best tu la, x dpt nak g kenduri kwn2. yg mana kwn2 x brp close tu, x kisah sgt la. kalu thp besfren or classmate, terpaksa gak mintak kwn dtg amik jgk. aku redho je la kalau kenduri aku nanti x ramai dtg. haha.


kalau ada kereta leh bwk mak jln2. huhu. xpela, xde apa yg leh aku ckp. just, sabarlah wahai hati. 




p/s: adakah aku akan beli kereta idaman aku sejak dlu tu or dah ubah pikiran nanti?
Terima Kasih baca KISAH aku.

unexpected.

semalam aku terkejut dgr 1 berita dr akak aku. tak sangka advanced sungguh abg iparku (tetibe).


tak sangka akak aku pregnant lg. kerap btl anak2 dia. mak aiiihhh.


yg sulung umur 2 thn 10 bln, yg kedua 1 thn 1 bln. 


bijak akak aku sembunyikan citer tu. tau pun sbb mak aku smlm tiba2 ckp mcm ni kat akak aku,


"hrp2 kali ni dpt la pompuan" (sbb anak akak aku dua2 lelaki).


aku yg agak2 terkejut dgr ayat mak aku tu, terus tnya akak aku.


"eh pregnant lg ke?"


akak aku ni setiap kali pregnant je mesti org tak perasan sgt sbb dia kurus. so perut tak memboyot sgt.


smlm dia suruh teka dia dah brp bln. sambil tgk2 perut dia tu, aku teka baru sebulan.


dia ckp salah. dah 5.


aku tanya la. "5 minggu ke?"


akak aku jwb, "5 bln la!"


uiksss... siyes sepanjang 5 bln akak aku pregnant, aku blh x perasan. family aku yg lain pun xtau. akak aku ckp dia baru bgtau smlm kat mak aku & akak aku yg lg sorg.


akak aku ckp jangka bersalin bln 5. maknanya masa tu anak dia yg 2nd umur 1 thn 6 bln. mmg kerap la.


akak aku ckp, lps ni dia xnak dah pregnant. lps ni kalau sapa nak anak lg sila beranak sendiri katanya. (perli laki dia). abg ipar aku sengih2 je. haha.


maknanya thn dpn aku bakal dpt anak buah yg no 7. makin bertambah la duit raya nak kena bg. wahahahah.


lps ni sapa pulak?




p/s: seronok dpt anak buah ramai2. anak sendiri ntah bila. haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

AKU...





aku cakap tak serupa bikin.


aku tak tahan dengan bisikan.


aku tak berpegang pada prinsip.


aku dah langgar pantang.


aku dah tak jadi diri aku.


aku dah terpengaruh.




akhir kata...




aku dah tewas!!




p/s: aku hanya manusia biasa.
Terima Kasih baca KISAH aku.

cerpenku!!

Salam..


smlm aku & chepah dok citer2 psl drama2 skrg yg jln citenya msti nak sama je semua. tak habes2 kisah kawen kontrak ke, terpaksa ke.. busan sudah! then, kami mengimbau blk zmn dulu2. 


masa sekolah, aku suka sgt tls cerpen. chepah pon minat yg sama mcm aku. so kitorg selalu la tls cerpen siap letak gmbo artis lg konon2nya watak dlm cerpen tu la. haha. kelakar bila ingat blk.


aku mewarisi bakat dr bapak aku. bapak aku pun suka menulis. byk cerpen jgk dia penah tls. aku teringin nak tls novel. byk kali buat. tp mesti terputus tgh jln. haha. sbbnya, novel kan citernya mesti pjg. so bila dah tgh2, mesti aku akan hilang idea. wakakakak. so cerpen je la yg aku biasa tls. masa sekolah subjek bm penulisan la yg paling aku gemar. mesti skor punya la. hakhak.


masa thn 2008, masa tu aku semester last kat U kot kalu x slp, aku ada hantar cerpen aku kat web http://penulisan2u.blogspot.com . blog ni mmg mengalu2kan sapa2 utk hantar cerpen kat situ. so, aku ngan chepah pon hantar la cerpen masing2. tak sangka smlm chepah pegi geladah blk blog tu cari blk cerpen yg weols hantar. stlh 3 thn, aku baca blk cerpen aku tu. haha. ni la satu2nya cerpen aku yg ada lg sbb submit kat situ. yg lain ntah ke mana. dah lama gila aku tak menulis. dah tak rasa dah. mls pun ye gak. otak pon dah berkarat. haha.


sapa2 yg rajin tu klik la sini baca cerpen aku yg x seberapa tu. gelak2 aku smlm bila baca blk. haha.


http://penulisan2u.blogspot.com/2008/01/cerpen-yang-berlalu-biarla-berlalu.html

entry lps ni kalau aku rajin aku copy paste kat blog aku ni. chow.




p/s: teringin gak nak buat skrip drama tp idea nan hado! hahaha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

PENAKUT.


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus
Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Terima Kasih baca KISAH aku.

syukur... Alhamdulillah...

assalam...


syukur... fail aku yg ada sijil2 aku dah pun jumpa baru2 ni...


ekceli... salah aku jgk la...


kisahnya, lps aku habis kontrak kerja kat Perak dlu, aku angkut semua brg2 aku termasuk fail aku ni g umah akak aku kat putrajaya.


sbbnya, aku tumpang duduk ngan dia utk jaga dia tgh pantang + cari2 kerja baru. 


then, bila dpt kerja skrg ni.. aku dah x duduk ngan dia.. aku menyewa sendiri.. punyala bijak aku ni, aku x bwk pun fail aku tu sekali. konon2nya dah kerja ni xde rasa nak mntk kerja lain dah.


aku biarkan je fail tu dlm almari kat umah akak aku tu. pastu akak aku ada ckp nak pindah rumah, tp aku xde pun nak g ambil fail tu. konon xde masa la. (konon).


pasti bila dpt tau status kontrak aku mcm nak ditamatkan, aku dah gelabah. kena la cari kerja baru kan. saat2 mcm ni laa aku teringatkan fail aku tu.


akak aku dah angkut sikit2 dah brg2 dr umah lama dia ke umah baru. masa hari aku nak tlg, almari yg aku simpan fail tu dah kosong terus dah! tggl masa nak angkut je. gelabah aku. aku tnye akak aku, dia ckp dia main sumbat je brg2 masuk dlm beg/kotak. x teliti pun ada fail ke xde. nak g cari, xtau kat mana. brp byk beg/kotak yg isi brg2.


aku ingt bila2 nak g la umah baru dia tu g cari fail aku tu. tp tu la, asyik xde masa je. 


ari tu ada tnye akak aku, dah kemas ke brg2 kat umah baru, dia ckp dah. tp xde lak jumpa fail aku tu. alahaii.. kalau ikutkan x mungkin hilang. mesti ada je kat mana2. tp tu la, xtau le kat mana kan. kalau dah akak aku ckp dia x jmpe, nak wat cmno? huhuh. ssh ati aku beb.


so, aku pk bila2 la nak g umah dia nak g cari ngan gigihnya. (bila tu bila ntah? hehe)


sampailaa 1 ari tu, aku mimpi aku dah jumpa fail tu dlm almari yg aku simpan tu. dia ada kat celah2 baju. tp bila fikir logik, mmg x logik laa fail tu ada dlm tu sbb last aku tgk almari tu mmg dah kosong terus kan. cmne lak magic leh ada blk ye x? hehe.


hingga laa hari ahad lps, lps aku & family blk dr Melaka, ktorg tumpang tidur umah akak aku tu. ada gak rasa nak cari fail tu. tp masa tu penat kan, baru blk jln2. so pospon la. (mls sungguh).


mlm tu saat2 aku nak tdur dah, mak aku panggil. dia ckp masa dia kemas2 baju dia dlm almari, dia terjumpa fail aku tu. ya Allah syukurnya. tak sangka cara fail tu dijumpai sama mcm dlm mimpi aku. syukur sgt2. xde rasa ssh hati dah. huhuhu.


tp harap2 kontrak aku ada lg la. sob3.


Terima Kasih baca KISAH aku.

Hidup memang rumit...

Kenapalah aku berdepan dgn kisah yg amat2 rumit. lately dtg mslh yg menyeksakan kepala hotak aku. apa yg aku harapkan tak dpt. tapi apa yg aku tak jangka akan jadi buat aku jadi serabut. 

LELAKI A

dia suka kat aku. sejak bila pun aku tak pasti. bila dia hulurkan salam perkenalan aku mcm berminat. tp bila dah tau perangai dia, aku terus tak berminat. tambah2 dia terlampau drastik & suka mendesak. aku sampai jadi rimas. dah explen byk kali yg aku xnak dia & nak kwn2 je dulu pun dia mcm x phm2. sanggup setia tunggu aku konon. tak tahu nak buat mcm mana dah. dia sendiri pun dah tau perangai aku mcm mana. aku sengaja menunjukkan yg aku ni pompuan x baik, kuar ngan laki sampai tgh2 mlm. tp dia kata manusia blh berubah. hmm. tlg laa paham aku! jgn laa obses sgt. apa la yg spesel sgt aku ni ye sampai ssh nak terima hakikat? tak ada apa yg menarik pun. 

LELAKI B

aku suka kat dia. ermm sejak 2008 kot. ntahla, aku rasa apa yg aku nak ada kat dia kot. mula2 ingtkan dia pon mcm ada hati kat aku. tp hakikatnya selesa sbg kwn je. graf aku lak turun naik. kjp2 aku mcm dah xde hati dah kat dia. kjp2 dtg blk perasaan tu. dah tak menentu. walau apa pun aku mmg xkan bgtau dia. biar simpan xpe. just tunggu takdir memihak kat aku atau tak. tak kisah pun kalau x dpt. 

antara LELAKI A & LELAKI B, byk perbezaan. aku suka LELAKI B bkn sbb aku suka kat dia. aku tak suka LELAKI A bkn sbb aku tak suka dia. 

LELAKI B nampak ada masa depan. sedangkan LELAKI A tak nampak di mana masa depannya. awal2 dah kantoikan diri dia. mcm mana aku nak terima?

apa2 pun.. aku berserah kat takdir aje la.. yg mana TERbaik untuk aku, Allah dah tetapkan. sama ada LELAKI A atau LELAKI B atau dua2 bukan. kita hanya merancang, Tuhan yg tentukan. 

teringat dialog dlm drama Nora Elena

"kita ni org perempuan kena pilih org yg syg kita btl2.. bknnya kita syg dia lebih2 sedangkan dia syg kita biasa2 je"

tapi kalau dia syg kita, kita pulak xde hati kat dia mcm mana?


Ya Allah,
Sekiranya Kau jadikan tulang rusuk ini bertuan,
Maka pulangkanlah ia kepada pemiliknya...
Kerana ia tidak mampu lagi berseorangan dan kesepian di tanah gersang ini....

Tapi, jika Kau jadikannya tidak bertuan, 
Maka janganlah Kau tinggalkannya...
Mohon agar Kau hantarlah tulang rusuk ini ke tempat yang dapat ia rawat kekosongan dan kesunyian hatinya
Tempat yg dapat ia melupakan kehausannya 
Tempat yg dapat ia melindungi dirinya 
Tempat di mana ia akan merasa gembira dan berguna...

Dengan itu 
Tidak lagi ia berasa dirinya berseorangan tidak bertuan...


thanks dear Que Adams yg byk tlg aku, yg paham situasi aku, yg sudi dgr luahan aku. lebiu ketat2. :)



p/s: still waiting....

Terima Kasih baca KISAH aku.

OMBAK RINDU...

assalam..


yep, filem Ombak Rindu yg dinanti2kan dah pon tyg khamis baru ni. Aku x sure aku ada baca ke tak novel dia.. x brp nak ingt.. rasa mcm xde.. tp tau la jln citer dia sikit2...




bila dpt tau novel ni akan difilemkan, agak teruja gak la. sbb novel ni agak femes. tp bila dpt tau pelakon dia, ya ampunnn.. spoil! mana xnya, setau aku, watak heroinnya baru lepasan sekolah (umur dlm belasan), gadis kampung... maya karin? mana sesuai beb. dia kan dah 30an.. muka pun urban. mmg sgt2 x sesuai.


tp disebabkan Osman Ali punya filem (antara pengarah yg aku suka), aku teruja la nak tgk. tmbh2 tgk 'gezek' mcm best je kan. so far, filem Osman Ali aku mmg akan tgk. mcm Anak Halal, Cun... bbrp thn lps ada telemovie Surat Utk Bulan. mmg semua best! disebabkan byk tgk citer Osman Ali, aku tau tredmark dia msti ada babak atas bumbung. haha. tp Ombak Rindu xde pulak.


smlm aku berkesempatan tgk dgn akak aku kat MBO Ampang. nasib dpt tiket jam 7.30 mlm. memula nak tgk kat KLCC, siyes ramai giler2 org beratur. 


ok, pendapat aku bg filem ni, SGT2 BEST! dr awal smpai akhir mmg kita akan rasa emo je tgk. ditambah2 pulak dgn lagu2nya yg mendayu & sedih.. kita pun rasa sedih tgk... tp aku xde la smpai menitik air mata.. aku kalu tgk filem sedih ssh laa smpai nak menangis. kakak aku dah sok sek dah. hihihi.


aku bg 4 star kt utk filem ni. xleh bg full. sbb still lg ada kelemahan dia sikit2. tp kesimpulannya, mmg best! smpai x teragak2 nak tgk lg sekali. lagu2 dia pun best sgt!


pendapat2 lain aku psl filem ni:


1) maya karin mmg dah agak dah x sesuai bwk watak izzah ni. sbb muka dia nampak la dah agak 'kertu'. x sesuai bwk watak belasan. muka pon mix2.. xleh bwk watak kg.


2) apsal laa tudung maya karin rupa tu? aiseh, xleh ke pakai kemas2, elok2. mmg x semegah langsung. xkan laa x tgk org2 sekeliling pakai mcm mana. xde laa nak suruh pakai stylo2 ala2 hana tak jadi mak ke apa. tudung 4 segi biasa tu pon ok, cuma kena pakai kemas2 la. ni mmg selekeh gila.


3) lisa surihani pun agak x sesuai bwk watak tu. sbb watak dia tu digambarkan mcm baya2 aaron aziz. sbb kenal dr kecik, 1 sekolah. kira membesar sama2. muka dia & aaron tu nampak laa jurang umur yg byk. mcm terbalik lak watak maya & lisa. 


4) lisa surihani still lg lakonan x ok. byk dia kena improve. dgn mimik muka yg kurang menjadinya. apa yg aku perasan, dia suka gerak2kan kepala dia tu. pastu kerut2kan muka. mmg dr dlu aku x suka sgt lakonan si lisa ni.


5) kucing si maya ni, dah 2 thn kemudian pun mcm bsr tu je. ke mata aku yg kero? wakakakkaka. <--- ni sampingan je la. haha.


tu je la komen aku. apa2 pun bg aku, OMBAK RINDU mmg terbaik! syabas Osman Ali!


jom lyn lagu soundtrack ombak rindu. dpt karok lagu ni best ni. 






p/s: aku rasa kalau Tiz Zaqyah bwk watak Izzah lg sesuai kot.
Terima Kasih baca KISAH aku.

HAHAHAHAHAH

dengan ini aku nak menyatakan yang aku dah REJECT dia. motip suka? huhuhu. mls laa nak cerita kat sini. nanti mcm mengaibkan org pulak. hanya que, hosmet aku & opismet aku je tau kenapa. aku mmg dah pk msk2. bila aku citer kat diorg pon, diorg sokong aku. 


memilih ke aku? haha. mmg la kita ptt memilih. takkan nak main rembat je. means, bknnya nak yg kaya, berharta, kacak ke apa. maksudnya, xkan nak pilih penagih dadah ke, perompak ke kan. ni laa yg dimaksudkan dgn memilih kan. 


tp org ni bknle salah satu antara yg aku ckpkan td. dia ada kerja. tp ada la sbbnya aku xleh terima. biarla aku & kwn2 rpt je yg tahu. hakhak. lega gila dpt bgtau dia psl ni td. nasib dia ok walaupun mula2 tak ok. kahkahkah. kelakar lak aku rasa.


takpe, jgn terburu2. bukannya desperate pon. rilek2 sudah. Tuhan dah aturkan utk kita. sama ada cpt atau lambat je. 


kat dia pon aku ckp, kalau ada jodoh tak ke mana, kan? :)


so kitorg kwn je la. no feeling2. hahahaha.


sekian, terima kasih!




p/s: kejam gak aku ni kdg2. wakakakakka.
Terima Kasih baca KISAH aku.

confuse??

aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tidak.
aku tak tahu keputusan yg aku buat ni di luar jangkaan atau tidak.
aku tak tahu benda yang aku buat ni menggembirakan aku ke tidak.
adakah aku terlalu cpt buat keputusan?
apa2 pun hakikatnya aku dah pun terima.
ya, aku dah terima!
tak tahu nak kata ni kerja gila ke tak.


sampai skrg aku keliru lagi. dari hari aku buat keputusan tu sampai skrg aku dok tertanya-tanya lg,


"ye ke aku ni?"
"betul ke tak aku ni?"
"serius ke main2 ni?"


apa2 pun aku serah kat takdir je la. tak nak terlalu berharap. apa pun yang Tuhan rancang aku terima seadanya. 


aku 50-50 lg. 








p/s: shhhhh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

FREE PHOTOSHOOT??

mau masuk contest ni:


tapi followers baru 45.

cepat2 korang FOLLOW aku!

HAHAHAHAHA.

best tu dpt potosut pree. sapa xmau kan? 

Que Adams msti minat gak ni. hakhak.


p/s: mereng skjp.

Terima Kasih baca KISAH aku.

buang duit...buang masa...

Assalam...


aku pon xtau nape ngan aku ni... lately ni rasa agak kecelaruan fikiran sikit.. nak2 bila dah cuti sekolah... ingtkan makin rileks.. rupanya docket URGENT je memanjang... menambahkan ketensionan aku kat opis hari2.. serabut , jiwa kacau sume ada dah.. aku skrg mmg tgh angin tak menentu.. pepaham je la kan..


mlm td di saat org semua tgh tgk bola, aku leh lak rasa xmo dok umah.. mcm nak merayap je... aku x minat tgk bola, tp even aku x tgk pon, aku xde la sampai x menyokong.. aku ttp amik tau apa2 update & result berdasarkan status2 mmber kat fb.. walau aku x tgk, aku ttp sokong dr jauh taw. jiwa aku je yg blm blh terima lg utk lyn bola. pernah gak tgk sekali masa hyun & que ajk tgk kat mamak masa Malaysia vs Singapore itu hari, masa tu mmg aku enjoy gila la even 1st time tgk. tp smlm punya game mcm xde rasa nak tgk pulak.


aku ajk que kuar lepak2 mkn... seb bek dia pon xmo tgk bola. pastu tibe2 plan nak karok lak. haha. giler2.. duit x brp ada tp nak gak buang duit.. ntah, bila serabut msti nak wat keje gile. plan g ngan que je, tp tibe2 kwn aku si khair farhan mau join. so layannnn.


kali ke2 jmpe khair farhan & 1st time karaoke ngan dia. mmg besh giler arghh.. happening sungguh smlm.. 3 jam melalak.. fuuu.. dia & que pon leh masyukk... so  pasni mmg leh lg la ajk mamat poyo tu lepaking lg.. dia pon ckp smlm, lain kali ajk dia karok lg.. wakakaka. ok la tu, leh arr jd geng...


kul 1 lebeh blk umah smlm.. osmet xdak kan.. so pe kisah? hahaha. 


apa2 pon TAHNIAH MALAYSIA!! mmg TERBAIK arr.. menentang Indon (Malaysia 1 (4) - Indonesia 1 (3)). menang PENALTI! fuhh fuhh.. bangga2. ingtkan ada cuti hari ni.. xde rupenya. hahahahhah. ye2 je nak cuti. bknnya kita yg hempas pulas main pon. hakhak.


MALAYSIA BOLEH!!


p/s: org hilang suara sbb bersorak bola, aku hilang suara sbb karaoke. hahahah.


baru nak publish, tiba2 dpt sms dr kayam.


"Xkan keje kot bola dah menang semalam."


HAHAHHAHAHAHA. mentang2 ko dok umah je ye. xpe2.. keje demi masa depan yg gemilang dan terbilang. wakakakakka.
Terima Kasih baca KISAH aku.

EDISI : NANGES LEBAT



Lokasi: ofis
Tarikh: 16 Nov 2011
Waktu: lebih kurang jam 5.45 pm


Aku masih lagi di ofis. Hujan di luar renyai-renyai. Terasa malas lagi nak balik. Maklumlah, drama Soffiya dah habis, jadi tak payahlah aku tergesa-gesa balik lagi. Drama baru ni malas pula nak ikut. Penat hari2 rushing balik semata-mata nak tengok drama.


Bila dah habis waktu ofis, apa lagi, tengok facebook je la aku. Tengah dok tengok-tengok status kawan-kawan di fb, ternampak status Que.


"sgt2 x sbr nak jumpa 'seseorang'...fufufu-with Nas and Kayam."


Hatiku tertanya-tanya, Nas datang KL kah? terus aku mencatatkan komen di status Que.


"oi nak jumpe sapa?"


Tetapi tiada respon. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Oh, dari Que.


"Sedehhhh doe"


Ringkas sahaja respon aku bertanya.


"Npe?"


Lama. Tiada balasan. Biasalah Que, suka balas mesej lambat-lambat. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini ada panggilan masuk. Tertera nama di skrin, Kayam. Eh, tak pernah-pernah Kayam telefon. Aku agak kehairanan.


"Kup..kayam ni..kau kat mana?"


"Aku kat ofis ni.."


"Ooo..ko balik bila?"


"Kejap-kejap lagi balik la..kenapa?"


"Jom jom lepak masjid jamek. Aku dengan Que ada kat situ"


"Ok ok. Aku gerak sekarang jugak."


Tiba-tiba je Kayam ajak jumpa saat-saat terakhir ni. Hatiku kuat mengatakan yang Nas ada di KL. Berkobar-kobar aku nak jumpa dia. Maklumlah tak pernah jumpa. Di kala hujan renyai-renyai, aku jalan dengan laju untuk cepat sampai ke destinasi yang dinyatakan Kayam.


Dalam perjalanan, Kayam hantarkan sms. Katanya dia tunggu di depan McDonald's.


Sampai sahaja di Masjid Jamek, aku tercari-cari di manakah McDonald's.


"Kayam, mcD kat mana ye?"


"Ko turun dari arah mana ni?"


"Aku ada dekat-dekat jalan menghadap Burger King."


"Ooo..McD betul-betul menghadap Burger King."


"Ok ok. Aku cari sekarang."


Aku teruskan perjalanan menuju ke McDonald's. Dari jauh dah nampak kelibat Kayam. Tapi dia keseorangan. Sebaik sahaja kami bersalaman, terus aku bertanya kepada Kayam.


"Sebenarnya korang nak jumpa sapa ni?"


"Nas!!"


"Haaaa??? Nas?? Mana dia?? Mana dia??"


Ketika itu mataku terbeliak besar dah menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Nas.


"Dia dah balik"


Ahh..suatu jawapan yang sangat menghampakan keluar dari mulut Kayam.


"Kenapa tak suruh dia tunggu??" mencaci-caci aku di hadapan Kayam.


"Dah...tapi kawan-kawan dia dah ajak dia balik."


Air mataku merembes laju. Aku lihat Kayam juga mempamerkan riak muka kecewa. Kami terus masuk ke dalam McDonald's pula kerana Que sudah berada di sana. Menangis kami bertiga apabila hajat nak jumpa Nas tidak kesampaian. Nas, sampai hati kau! Hujan rintik-rintik seolah-olah mengerti perasaan kami bertiga ketika itu.


Maka kami terus menuju ke Secret Recepie untuk mengalas perut kami yang sudah kelaparan. Walaupun perasaan hampa dan sedih, makan tetap diteruskan. Nas, bila lah dapat jumpa kau. Dahlah masa aku pergi Kedah hari tu kau tak dapat jumpa jugak.


Hampa, kesal, kecewa... semua bercampur menjadi satu. Tak apalah, mungkin kita belum ditakdirkan untuk berjumpa. Aku masih menunggu saat itu, Nas.






p/s: jalan cerita ditokok tambah sikit supaya menjadi lebih dramatik.
Terima Kasih baca KISAH aku.

karma.

salam...


lama tak mengedate mengupdate blog. sbnrnya mcm2 yg aku pikir. cuma mls nak  luahkan jew... tak nak menyinggung mana2 pihak...


mcm2 yg bermain dlm fikiran aku ni lately. pikir hal keja yg xtau apa statusnya. pikir psl org sekeliling. psl itu... psl ni... celaru kot!


sometimes aku jd mcm emo. mungkin ramai akan kata aku ni kuat sentap tp aku xkan sentap kalau org yg tak menyentapkan aku. eh, apa yg aku ngarut ni? haha.


ntah, aku rasa aku dah makin jauh ngan org tu kot. xtau knp aku pikir mcm tu. ekceli dah lama aku perasan perangai dia dah lain. kdg2 cara dia ckp pun mcm tak jaga perasaan org. byk kali aku rasa tersinggung. tp diam je la.


percaya tak pd karma? org kata, apa yg kita buat kat org, akan terkena pd kita blk. bila org tu dok tertanya2 knp org wat dia mcm tu, mcm ni... terpikir tak dia, sbnrnya dia pun ada buat kat org begitu begini jgk.


aku tak ckp aku baik, suci, murni, bagus etc. perangai aku ni pun mcm hampeh gak kdg2. eh bkn kdg2. selalu jgk. biasa la kita manusia biasa tak lps dr wat slp slh.


mgkin apa yg jd kat aku skrg pun adalah karma jgk. mana tau, aku penah jgk buat mcm tu kat org sama ada sdr atau tak sdr kan?


so sama2 la kita perbaiki diri kita supaya sikap kita disenangi oleh semua org. :)






p/s: masih ada bbrp minggu je utk aku tau status aku sbg pekerja kat company aku skrg. Ya Allah... jgnlah kau tarik rezeki ku. aminn.

Terima Kasih baca KISAH aku.

aku idamkan benda ni!! uwarghh!!

Erm.. ekceli dah lama mengidam nak ada kamera. dr zmn U lg. ingt lg masa tu henset yg berkamera & ada mp3 baru popular. dan masa tu jgk aku teringin nak ada kamera ataupun mp3 player. aku ingt lg aku tanya rumet aku,


"nak beli mp3 player ke, kamera ke atau henset yg ada kamera&mp3 sekali?"


tp last2 aku beli mp3 player. maklumler student xde duit lg masa tu. mp3 player brp rgt la sgt.


tp bila dah keja, dah tak terasa lak nak beli kamera. so lama2 benda tu dah berkubur. tp lately ni terasa mcm nak ada blk.. sbb aku skrg rajin hangout. so terpikir la, kalu ada kamera kan best. dpt rakam semua kenangan indah. chewaaahh. (konon).


aku xde bajet byk nak beli dslr. bg aku kamera digital biasa pon dah ok dah. tp ramai kwn2 aku ckp, alang2 nak beli kamera, baik beli dslr terus. tmbh sikit je duit dah leh sambar. ermm.. btl gak. tp kena ikut kemampuan aku gak la.


baru ni survey kat mines. org kedai tu promot canon dslr 1100d.



siyes beb aku jatuh cinta ngan kamera ni!! cun giler kot. pas tgk kamera ni baru aku perasan ada iklan yuna jd duta kamera tu. kamera ni la yg dia guna. kaler pon sama, merah. ada 3 kaler je kot kalu x slp aku. merah, coklat & hitam. bg aku, merah ni yg paling cantik.

aku survey2 psl kamera ni kat forum & internet, ramai jgk ckp kamera ni best. lg la aku makin membuak2 nak beli.

harga kat kedai tu RM 1,799. ermm bajet xde. (nanges lebat). disebabkan nak jgk beli, aku ajk mmber2 ofis main kutu. nasib baik diorg semua setuju. dpt gak aku duit. (padahal sama gak mcm pnjm duit org hehe). ermm tp still x cukup lg ni. syg nak guna duit simpanan. aku ni dahla jns ssh nak menyimpan. tambah2 pulak baru ni baik moto & byr balance duit moto dah brp kan. aku harapkan moto tu dpt dijual je ni. kalau ada buyer terus aku sambar kot kamera ni. hehe.

tp nak survey2 gak kat kedai lain. mana tau dpt yg murah byk dr yg aku tgk tu. kalau ada mmg x fikir pjg kot. terus aku sambar. heheh. tp, bila? ermm.


p/s: ada sapa2 nak adiahkan kat aku x? haha. (jgn nak mimpi)

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah nak jual motor..

aku ada skuter modenas sport passion 125.. aku beli dr kakak ipar aku. chop, aku ambil dr dia & sambung byr je. kbtln akak ipar aku dah xnak moto ni & aku lak memerlukan moto utk memudahkan aku g keje kat tmpt lama dulu.


tp lps aku jatuh moto, aku dah fobia nak bwk dah. tmbh2 aku xde lesen yg sah sbnrnya. so, aku berhasrat nak jual moto tu. 


aku iklankan moto aku tu kat dlm www.olx.com.my. aku xtau kenapa, aku nak masuk iklan dlm mudah.my x lps2.. dah 3x dah aku try. huhu.


ok sambung kisah nak jual moto ni, aku letak iklan dlm web olx ni hari sabtu baru ni. tiba2 td aku dpt emel dr seseorang yg berminat nak beli. nama dia peter. perghh mat saleh tu beb nak beli. haha. dia tls mcm ni:


Hello
Please let me know if this Bike is still available for sale?



aku pon, dgn 'broken english'nya bls la emel dia. aku ckp la still available & tnye dia berminat ke.. (dlm english la).


then dia jwb,


How long have you owned it?? and what's your actual price for it. I
love a bargain, so i would like to get it as soon as i can and i would
be able to make payment through Bank transfer... Let me know your
price for it .i will make all transportation preparations for it to be
transported to my home in London . How i wish to come and view it  but
am not around now....am busy sailing,am in a ship right now at
Dublin......I will also like you to know that i will be paying via
Bank transfer...due to the distance as i am in Dublin presently.



aku dah was2 dah bila baca ayat dia yg atas ni. sbbnya aku terpikir, kenapa dia mesti nak beli motor kat malaysia? kat tmpt dia xde ke? tp aku lynkan lg.. aku gtau price & dok kat mana (just bgtau bandar je). aku tnye dia lg mcm mana dia nak amik etc. dia jwb,


Ok,good..I'm quite satisfied with the price. I will be paying the Bank
transfer charges from my account and i will be paying directly into
your bank account without any delay, and i hope you have a bank
account. If you have one already, just send me your bank
details, so once i receive the details i will go ahead with the
payment through Bank transfer and then i will contact my shipping
company after you get the payment. I will need your home address for
it to be Picked Up by the Shipping Company..


so i want you to know that  70% of the money will be
transfer to your account and after my pick up company get to your
address they will call me and i will contact the bank to transfer  the
remaining 30%  of the into your account.if you accept i will need your
bank details below.

Bank Name:
Account Number:
Iban
Bic
Account Name



ahhh sudahh!! mmg dah lain mcm je aku rasa.. mana taknya, terus2 je setuju nak beli moto aku.. siap ckp nak bank in bagai.. selalu kalu nak beli satu benda tu mesti la kena tgk2 dlu ok ke x, mcm moto ni.. ofkos la nak test drive ke... tgk gah lg ke apa kannn.. semacam dah aku rasa.. x berani aku nak kasi no akaun & alamat.. mana tau dia niat jahat kann.. ntah2 nak rompak aku.. mintak simpanggggg.. aku terus x bls dah emel dia tu.. seramm jerkk.. 


rilek2.. jgn terburu2 kan.. insyaAllah ada tu buyer nanti.. sama2 tunggu.. cari buyer org malaysia je kan sng...


oh ya, sapa2 nak beli skuter aku sila roger2 ye.. (bajet mcm ramai pembaca je..padahall.. hahah).






p/s: harap2 dpt la pembeli cpt.. aku nak beli sesuatu yg diidamkan lama dah ni...huuhuh..
Terima Kasih baca KISAH aku.

lawak di pagi hari = sentap???

assalam...


nak citer perihal sorg dak opis ni... dia ni jarangg sgt tgk dia follow up docket ok. kerja dia hari2 tgk movie/drama/kartun ataupun tido. ktorg dok perli2 dia byk kali pon dia mcm x paham2. pernah sekali tu, senior yg dok blkg ktorang ni mintak ktorg tegur dia. katanya kalau staf2 yg berpangkat2 ni lalu, mcm x sdp la kan kalu dia tgk ada staf yg x wat kerja. maka slh sorg dr kami dah tegur la dia, dia terima ngan hati terbuka je. tp tgk2 xde perubahan pon. still mcm tu jugak.


cerita ke2 lak, kitorg kat sini (4 org), kena share2 telefon. telefon ada 2 je. so 1 telefon share 2 org. disebabkan share, maka ada la terjadi perebutan. yela, masing2 nak guna kan. so jd mslh la bila sorg guna, sorg lg terpaksa la tunggu. aku x kisah sgt, sbb partner aku budak yg x wat kerja tu la. so, aku xde mslh rebut2 phone. kitorg dah byk kali mintak telefon lebeh, ari jumaat baru ni baru dpt avaya. avaya tu headphone yg customer service dok guna tu la. yg mcm ni:





so, xde la mslh nak share2 phone dah kan. kwn aku yg 2 org yg suka rebut2  tu dah x gado2 dah. hahah. kisahnya lg, kitorg ni kalu bab nak mengata or anyam ketupat ke, ktorg akan beremel2, so org yg diumpat tu xkan tau. (gile keji punya perangai haha). tp avaya ni dak yg x wat keje ni je yg x dpt, so dia proceed la guna phone.


pg td aku la yg stat emel dlu dak2 opis aku (2 org, bdk x wat keje tu dikecualikan). aku saja la anyam ketupat. aku ckp yg rasanya xyah pakai avatar pon xpe kot, sbb phone tu bkn ada org guna pon. pepaham je la maksud aku kan. so bermula la sesi sambung2 anyam lps tu. yg bdk x wat keje ni, ngah sdp tdo masa tu.


lps tu, tiba2 hp aku ada call in. aku jwb la. rupa2 panggilan dr ntah sapa ntah. tanya pasal kad kedit maybank aku. aku dah byk2 kali dpt call mcm ni. padahal aku x guna pon kad kedit. aku jwb pon agak kasar2 gak la td.


pas ltk fon, aku pon cite la kat dak opis aku yg 2 org tu. aku bebel2 la psl x penah guna kad kedit tp sll dpt call..bla bla bla.. 


tibe2...


dak opis yg suka tdo tu terjaga. dgn x bg salamnya, terus2 menyampuk ckp kat aku,


"kalau ko x dpt call customer, ko call la technician"


aku ngan dak opis lain berpandangan la. masing2 muka thn ketawa. mana taknya, tibe2 je menyampuk mcm tu. topik tak mengena langsung. ngah ngigau kot. ntah la. ktorg pon ckp la kat dia yg ktorg ngah ckp pasal benda lain. pastu dia ckp,


"aku dgr ko ckp pasal call customer x jwb2"


aikk?? bila ntah. sah2 ngigau kot. adehhh. ktorg tegur lg, ckp ktorg ckp psl benda lain. 


pastu terus dia blah xtau g mana. pastu x muncul2 selama dkt sejam kot. aikk xkan sentap kot????


gitulah kisahnya.




p/s: mmg hairan kalu tgk staf yg byk rilek dr wat keje. jrg la kerja ktorg ni x bz. 
Terima Kasih baca KISAH aku.

training...training...

Fuhh...berlalu la sudah 2 hari aku training... 


aku antara team yg akhir2 gak g training.. 1 team, 3 org. yg lain2 semua dah pegi sblm puasa lg.. aku & team aku ingt nak g sblm puasa ari tu. tp bila ckp kat bos, dia ckp g pas raya la...


ni dah btl2 habis raya baru aku teringat blk yg team aku x g lg. so aku gtau supervisor aku. akhirnya dpt gak pegi smlm n hari ni.


kisah aku training ni, kitorg kena pegi site. ktorg kena pegi kat ibusawat PJ. sbnrnya apa perlu nak g site tu kan? errm, mgkin nak bg pendedahan kat kami suasana & bgmana cara technician bekerja. yela, selama ni kerja kami just dgr mslh customer & arahkan technician je kan. at least, ngan adanya training mcm ni dpt la ktorg tau mcm mana ssh pyhnya technician (kami gelarkan RNO) bekerja. jgn main mengarah je. hak2.


tp yg tak bestnya, kat situ jrg2 dpt doket school broadband (SBB). ktorg kan kerja under SBB. yg byknye kat situ doket streamyx & unifi. 


hari 1st, ktorg kena ikut tech buat doket streamyx. kami 1 team kena berpecah. sbb kereta yg di'provide'kan kpd tech guna (viva) leh muat 2 org je sbb bhgn blkg penuh ngan brg2 diorg. pendek kata, kena g ber2 je la ngan diorg kan. tech yg aku dpt muda lg dlm lingkungan 28-30 kot. haishh berdebar gak kena naik kereta ber2 je ni. aku ni jenis org yg x reti nak start sembang. msti aku akan senyap je. kalo org tu yg start sembang kencang ngan aku xpe. aku leh ikut rentak dia. tp kalu aku yg mulakan, mmg ssh la.


aku perasan 3 jari kat tgn kanan & 3 jari kat tgn kiri tech aku tu ada inai. sah2 baru sgt kawen. janggal lak aku rasa. yela, kuar ber2 ngan pengantin baru. watnya ada kwn2 dia or kwn2 wife dia nmpk ke, jd bhn gosip lak. udahle 2x berhenti mkn. dok la mkn ber2 kan. xpe la, yg penting dia belanje. muhahaha.


mcm2 jns mslh customer psl streamyx yg ktorg dpt. yg kelakar pon ada. paling x thn, apek cina ni nak g Thai, nak bwk laptop dia skali. dia tnye, mcm mana nak setting internet kat sana. rupenye dia ingt streamyx umah dia tu leh guna kat Thai. aiyooo. jenuh tech aku tu ajr dia mcm mana nak detect wifi bila smpai kat Thai tu. ternganga je dia. ntah ingt ntah tak. hahaha.


hari ke2 lak ktorg kena ikut team unifi. tech yg wat doket unifi ni biasanya akan pergi ber2 sbb kerja unifi ni rumit sikit. diorg akan naik van. aku dpt 2 org tech ni. pegi ber3 la ngan diorg. tgk muka diorg mcm ala2 umur aku je. mula2 segan gak nak sembang2. tambah2 diorg dok dpn, aku blkg. ssh nak sembang. tp bila diorg dah stat tegur tu.. lama2 mmg best la. mcm knl lama dah. muka dah le leh thn masing2. yg sorg tu mcm fahrin gitu. i likee. 


best la diorg, ramah2. tp yg x best, bila diorg tau aku exec, diorg mcm pandang aku tinggi sgt. padahal exec je pon. bknnya manager kann.. mula2 siap panggil bos lg. adoi, aku pon pekerja bwhan gak. bknnya bos. pastu x abes2 mention psl aku ni exec.. siap sebut2 gaji lg. bajet aku gaji tinggi sgt je. ceh!


ngan team unifi, aku dpt ikut skjp je. sbb diorg biasanya abis wat kerja lewat2 ptg.. so pas lunch (diorg belanje yg pastinya haha), diorg anta aku blk ibusawat. diorg pon rehat2 kjp, solat zuhur.. pastu kuar blk.. setakat tu je perkenalan aku ngan diorg. pasni msti aku akan rndukan klon fahrin ahmad haha. (skrg pon terbayang2 dah ni).


ermm aku pon xtau apa yg aku dpt dr training ni... sbb setakat tgk diorg wat keja, masuk telinga kiri kuar telinga kanan kot. bknnya ada tnjuk ajr sgt. mcm yg streamyx tu, tgk2 dia tkr2 modem customer je la, x pon tkr wyr. tp tech aku mula2 tu ada gak la bwk g kabinet, tnjuk2 port, jump wire, dslam,rdslam sume. (pening).


mcm yg unifi tu pon sama gak. mula2 dah la melangut aku tgk diorg pnjt tiang utk tkr kabel. pastu tgk je diorg tkr2 modem, setting2 unifi bagai. aku mcm ikut je la bontot diorg tu. tp yg pasti diorg sempoi! haha.


berakhir sudah training. masa nak blk, sempat ucap terima kasih kat staf2 n ketua yg ada kat situ aje. kat tech2 yg bwk aku g site tu, x smpt pon ckp terima kasih. masa aku nak blk, diorg x blk dr site lg. apa2 pon jasa diorg ku kenang. eceh!


p/s: ada hrpn tak nak jmpe klon fahrin ahmad lg pasni? haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

makan banyak = bazir duit + berat naik!

huhu.. lama tak ngupdetnye blog... ntahla uols.. mcm xtau nak citer ape... hari ni terasa mcm nak updet blk...

ekceli lama dah aku tak timbang berat.. kat umah sewa aku xde penimbang... kalu kat Ipoh tu, leh kata hari2 aku timbang. haha. tp even x timbang pon, aku ada terasa mcm aku makin berisi.. sbbnya, aku tgk muka aku kat cermin, mcm dah tembam sikit. pastu seluar pun xyah pakai tali pinggang... haishh.. mana tak nya, bln ni aku mmg mkn x hengat donia.. effectnya, duit aku pon byk abes. yela, mkn semua yg mahal2 jerk.. huhu. nanges ok.

1)stat permulaan bln ni, aku mkn kat San Francisco. San Francisco ni mmg ada kat bwh opis aku... kalu nak naik opis aku mmg akan lalu sini. so semerbak la bau aroma kopi menusuk2 ke lobang idung aku. aku ni jns x minum kopi. so aku x brp suka bau tu. hak2. aku xtau pon sbnrnya cafe tu ada jual apa lg. yg aku tau kopi je. so aku tak teruja pon nak g situ sbb bkn penggemar kopi kan.

tp ada sekali tu aku ngan opismet aku lalu situ, ternampak la sorg ni mkn spageti. tgk mcm sdp giler je. so ktorg decide, dpt gaji je nak try mkn situ. masa hari ktorg nak g mkn tu, ktorg dah tgk2 harga menu kat situ. mak aiiii, mahal ok. tp sbb nak merasa punya psl, mkn jgk la. aku order lasagna ngan chocolate milk shake pon dah RM28. gilo2. pastu x sdp mana pon. kwn aku mkn spageti ngan ice lemon tea pon x sodap. air ceklat aku tu je ok kot. mmg pasni xkan g sana dah la. tobatt.

2) pastu bos g ajk mkn ayam golek. katanya nak belanja kami berempat. tp stlh berdiskusi 4 org..kami berpakat utk kongsi2 duit belanja beliau pulak. sbb beliau dah pernah belanje kami ayam golek dah. so bls blk la.

3) then mkn mekdi. tp mekdi ni kakak aku blanje so jimat la duit aku. mkn burger, so penyebab berat naik gak la.

4) pastu mkn domino's. time ni aku ngan kakak aku je ber2 kat umah dia. ktorg lpr tp xde benda nak msk. nak kuar pon mls. so delivery je la. kat umah kakak aku tu, domino's je yg sudi delivery. yg lain2 mcm mekdi, piza hut, burger king semua x sudi. huhu. domino's pon dah brp rggt kan. dahle aku yg mkn byk. kakak aku mkn sikit je sbb dia nak g umah kwn dia ada mkn2. so aku la yg kena perhabiskan.

5) pastu mkn kat papa john's. ni pon perstime aku mkn kat situ. masa ni aku kuar jmpe geng2 porem + nak selebret besday Q gajus. byk gile weols order smpai penuh meja. mmg patut berat naikkk.

6) then mmber opis ajk mkn kat seoul garden. mmg dah lama dah la plan ni. tp sbb aku dok mkn mahal2 je bln ni, aku ajk la depa g next month. tp mamat opis aku ni x sbr. nak gak g. aku pikir2 gak la masa tu. nak ikut kemahuan depa or pikir diri sndiri yg dah byk habiskan duit ni. last2 aku pikirkan diri aku. masa hari nak g tu, aku wat keputusan xnak ikut. aku x kisah je. byk lg hari lain leh g. tp mmber opis aku yg pmpuan tu paksa2 aku ikut gak. aku ckp byk kali dah yg aku dah xde duit. huhu. dia paksa2 aku jgk. yela mungkin dia segan kot kalu aku x g sbb dia sorg je pmpuan. dia ckp dia sanggup byr separuh kalu aku g. aku ttp xnak sbb xnak termakan budi la konon kan. tp minah tu sampai ambik hp aku bwk lari. huhuh. setelah tangan aku ditarik2 oleh dia, maka aku ikut jgk la. lgpun dia kata nak byr separuh kan. muhahahaha.

hasilnya aku naik berat 4 kilo ok! mmg tak menyangka. tp xpela, aku ok2 je ngan berat skrg.. kalau kurus benau pon x elok gak. lgpun aku bkn jns diet punya olang. haha.

tp tu baru habiskan duit utk mkn. blm benda lain lg. bln ni je 4 org aku belikan adiah besday. pastu beli baju n shawl utk diri sndiri lg. g jln2 ke shah alam lg. huhuhuhu. mcm mana aku mau saving ni?

ok stat bln dpn mmg aku xnak belanje mahal2 lg. mampu? (byk kali dah dok ckp mcm ni je tp buatnya tak)


p/s: uolss tlg ajr aku cara2 menyimpan dgn sempurna.




Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com