syukur.. Alhamdulillah

semalam aku terima berita yang kurang enak.

jiran aku kat Ipoh gtau yang rumah mak pak aku kat Ipoh tu hampir dimasuki pencuri!

jiran aku cakap diorang berjaya bukak pintu kayu tapi pintu grill tak berjaya dipecahkan.

syukur laa diorang tak dapat masuk.

lagi buat aku syukur sgt2, mak aku ada kat KL!

Alhamdulillah.. mengucap panjang aku. cuba kalau mak aku sorang2 kat umah tu then pencuri2 tu berjaya ceroboh masuk? tak dapat aku bygkan kemungkinan yang akan terjadi lps tu.

bila aku cuba bayangkan, rasa sebak je. nak nangis.

tapi syukur Allah selamatkan semuanya. 

Ya Allah selamatkan ibu bapa kami & keluarga kami daripada perkara2 buruk. Amin.


Terima Kasih baca KISAH aku.

Indahnya Wanita - Mudah ke Syurga


tertarik untuk share artikel ni :)

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah(tetap).

P/S:
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga.

Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Dan yang tidak beriman? MasyaAllah. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah semalam.

26/11/2012.

smlm aku g keja dr umah akak aku kat Semenyih. akak aku yg sulung hantar sbb ofis dia dkt2 dgn opis aku gak. so aku angkut sekali beg baju aku sbb aku tido sana dari sabtu.

akak aku tanya nak ke dia hantar aku blk umah sewa aku lps keje nanti sbb dia kesian aku bwk beg baju sekali. memikirkan beg aku tu tak brp berat & masih mampu nak angkut, aku ckp la aku blh blk sendiri. yela, tak sampai hati gak mintak dia hantarkan. 

blk keja, aku tgk tren dah sedia ada. tp penuhhh gile dlm tu dah mcm ikan sardin. so aku x naik. aku tunggu yg lain. tren tu x gerak2 pon. x pasti dah brp lama. lps tu dgr annoucement ckp tren tgh ada prob skrg, so dia akan berhenti lama di setiap stesyen. ermm patutla.. yela, tgh ujan lbt. selalu mcm tu la. kalau time ujan lbt msti tren tergendala.

time2 mcm tu terdetik la dlm hati aku, kalau tau tren nak wat hal aku terima offer akak aku nak hantar aku blk. tp apakan daya dah terlambat. akak aku pon dah kuar ofis dah time tu. redha aje la tunggu tren.

dkt 15 min gak kot aku tunggu tren. then dtg tren berikutnya, aku cpt2 masuk. nasib baik dah stanby tunggu btl2 kat garisan dpn. so xde la berebut2. tren tu pon sah2 la penuh mcm sardin & berhenti lama gile kat setiap stesyen. dahla perut lpr gile sbb dr pg x jamah apa2. xtau kul brp nak sampai umah. 

sampai kat psr seni, dgr annoucement ckp yg tren x akan berhenti kat jamek. so sapa2 yg kena turun jamek tu kena cari alternatif lain. what? aku pon terpaksa la kuar ke psr seni tu. bila dah kuar dr stesen tu, aku dah xde hala tuju. xtau nak ke mana. to be honest, aku mmg x reti langsung naik bas kat KL. to be honest lg, aku kalau pertama kali kat satu tempat yg aku x biasa or x pernah, mesti aku akan cuak sampai rasa nak nangis.

mcm tu la aku masa kat psr seni smlm. nak naik bas x reti. cari teksi, tp x jumpa. ikutkan stesen plaza rakyat dkt je sbnrnya tp aku xtau jln. nak2 sorg2 lak tu, so aku jadi takut. 

aku teringat kwn aku yani yg umah dia dkt ngan ofis. so aku terpikir nak patah blk ke ofis & tumpang umah dia kjp. aku pon call la dia, rupa2nya dia tgh dating laa pulak dgn pakwe dia. haishh. satu je lg cara aku, aku pikir nak g umah akak aku je. sbb stesen yg dkt umah akak aku tu slps stesen jamek. so aku naik la blk stesen psr seni tu. tgk2 tren yg sampai mmg penuh gile maka aku x dpt masuk. aku nampak ada sorg minah kat situ. aku tanya la btl ke tren x stop kat jamek? dia ckp x dgr annoucement la pulak.

aku ckp la mmg ada annoucement td. aku tanya dia nak ke mana. dia ckp nak g jamek gak. fuhh rasa lega sikit sbb ada geng. aku tanya la, so mcm mana ye, apa ptt kita buat? cewahh. dia ckp leh naik bas stop kat kotaraya, tak pon jln kaki ke stesen plaza rakyat. alamak, dua2 aku lemah. aku pk nak folow dia je. tp dia dok ckp tepon lak pastu. aku nampak ada polis bantuan kat situ. aku tanya la dia btl ke tren x stop kat jamek. dia ckp btl.

polis tu tnya aku nak g mana semua, then dia ckp g la stesen plaza rakyat. aku ckp xtau jln, huhuhu. pastu aku nampak minah td dah abis ckp fon, aku ckp la kat dia mmg konfem tren x stop kat jamek. dah tanya polis td. aku dok ingt leh la kot nak jln ngan dia g plaza rakyat kan. sekali dia ckp nak turun kat jelatek la pulakk. huhuhu. nak nanges lak rasanya.

x lama pastu tiba2 dgr annoucement yg tren dah ok, so akan stop kat jamek semula mcm biasa. fuhhhh lega sgt2 ok. dpt la aku blk umah spt biasa. perut kosong gile rasa mcm lembik sgt time tu. kena mrh ngan akak & kwn aku sbb x jamah apa2 langsung. huhuhuh.

sampai kat umah aku, aku terus tapau nasik n terus mkn. huhuh. aku sampai lambat 45 min dari biasa. pengajaran utk aku huhuhu. lps ni aku sediakan bekal roti bwk g opis. biasa la aku ni jenis x lunch. biasanya aku mmg akan beli kuih or roti utk bekpes & bancuh milo. tp smlm apa pon aku x jamah. tu yg rasa lembik gila.

tu la ceritanya smlm. rapid KL ni asal ujan je wat hal. geram je aku. huhuhu.



Terima Kasih baca KISAH aku.

Istanbul Aku Datang & Teater Tun Hasmah.

Assalam..

khamis lepas, aku g tgk Istanbul Aku Datang!.mmg dah plan nak tgk citer ni since diwar2kan lg sbb tgk mcm menarik. pengarah dia, Bernard Chauly sblm ni buat movie pon best2 gak mcm gol n gincu & drama Blogger Boy.


komen aku,

mmg best,best,best sgt!! siyes! rasa mcm nak tgk lg. 

Lisa Surihani, lakonan improve. dlm tu dia cute sgt dgn style rambut & baju2 dia. mmg comel. 

Beto Kusyairy, xyah ckp la. lakonan dia mmg best pon. tp dlm tu watak dia kurang menyerlah. Beto pon nampak lain dgn style rambut mcm tu.

Tomok, blh diimprovekan lg. ok2 je la bg sorg pelakon baru. agak sesuai gak dia jd nerd.

Aizat, pon sama. kena improve. tp dia x byk part so xyah pk psl dia muhahaha.

kesimpulan, sgt best!

ahad pulak, tgk teater Tun Hasmah. sbb utama nak tgk sbb nak tgk lisa surihani berlakon teater. hehe. sbb dia kan agak kayu berlakon, so nak tgk la dia kat teater mcm mana pulak. pastu rupa2nya nazim othman pon ada, so lg teruja laa.


beli tiket yg agak dpn tp tepi. so blh nampak jelas jgk. kalau tgh2 lg best tp mahal la kalau amik seat tu. not bad lisa berlakon. nazim x banyak muncul. sekejap je watak dia.

lps tgk teater mcm biasa la sesi autograph & amik gmbr. best sbb dpt jumpa nazim lg. yg ada masa sesi tu - syanie, radhi khalid, dira abu zahar, anne abdullah, eja, isma daniel, lisa surihani & nazim othman.

semua ramah2 kecuali nazim! sorry la nazim.. sia2 i minat u k. sombong gile la u. xyah bajet sgt k. lisa gak best. sgt ramah. 

ingt nak amik gmbr berdua ngan lisa nak comparekan sapa kecik lg muhahaha. tp agak ssh la sbb dikawal rapi. dpt amik time dia duduk je. tu pon ngan nazim sombong sekali. tp tgk mcm lisa tu kecik lg la. aku ni kan gumuk. hahaha.

komen bg teater ni.. ermm.. memula best. tp bila tgh2 ada gak yg boring smpai menguap2. ada selit part2 lawak so xdela mendatar sgt. ada pelakon yg bwk watak yg banyak buat aku jd konfius. kalau pelakon yg kita x kenal x perasan sgt. ni kalau kita mmg cam muka dia, jd konfius lak. tp ok je la citernya. thn dpn nak tgk teater ombak rindu lak. eheh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com