memang kejam....

assalam...


khamis baru2 ni aku & kwn2 forum dikejutkan dgn satu berita. status reena mengatakan yg reena eksiden & koma. yg updet status tu suami dia. mmg terkejut abis dgr berita ni. sapa yg tak terkejut n sedih kan dgr cerita kwn koma? aku sndiri terus xde mood dgr cite ni. terbayang2 reena kat spital sume. Adah sempat chat ngan suami reena. suami dia ckp reena nak elak moto kuar simpang tiba2 pastu terlanggar bontot lori. keadaan reena kritikal. kena masuk ICU kat spital Klang. baru ingt nak g melawat tp klang tu jauh. menurut suami reena lg, handbag dia kena curi masa eksiden tu. so enset pun sume hilang. sbb tu dia updet kat fb sbb xtau no kwn2 reena.


apa yg aku ptt lakukan just doa dr jauh je. Adah smpt dptkan no suami reena. so apa2 berita terkini pasal reena, suami dia akan sms Adah then Adah akan inform kitorg. 


hari jumaat dpt berita terkini yg reena makin sedar & kemungkinan akan dipindahkan ke HKL. bila dgr dia akan masuk HKL rasa lega skit..sng nak g melawat. aku & geng2 porem lain decide nak g melawat hari ni pas waktu keja. kitorg siap collect duit lg utk derma kat reena. setakat hari ni dpt la dkt2 RM200.


sabtu & smlm aku sms Adah tnye ada apa2 perkembangan tak..dia ckp xde pon suami reena sms dia. then smlm ketot sms aku tnye pasal reena. katanya kalau leh nak g melawat. dia ckp dia call byk2 kali hp suami reena tp tak berangkat.


geng2 reena dr grup lg 1 ada plan nak g melawat reena weekend baru ni. so aku tnye la diorg jd ke p spital tu & nak tau la btl ke dia dah pndah HKL. kalau btl mmg pas keja ari ni nak g melawat la. derang kata, derang dah smpai spital. tp xde pun maklumat pasal reena kat situ. call suami reena x dpt. suami reena smpt bg no ayah reena sblm henset dia konon2 abes bateri. derang call ayah reena pun x dpt. so sia2 je la diorg g spital tu. 


pg ni aku & kak ayu try2 lg call suami & ayah reena tp x dpt2 jgk. kitorg berusaha gila2 nak dptkan info pasal reena. yela risau gak kan. nasib baik la stud smpn lg kad kawen reena. so ktorg call sume no yg ada dlm kad tu. tp semua x dpt. ada yg x angkat, ada yg masuk voice mail. pastu aku terjumpa lak fb adik reena. so aku pm la dia tnye pasal reena. 


keadaan bertambah risau. terasa pelik gak. mcm sume family reena mcm xnak sapa2 tau pasal reena. membuatkan ktorg tertanya2 je.


tiba2 dlm kul 11 lebeh mcm tu dpt call dr Reena. terkejut aku. terus2 aku angkat. reena terus tnye, bila aku koma? what?????????


aku cite la sume dr A-Z. dia ckp dia xtau apa2. dah lama dia x bkk fb. dia tnye suami dia pun, suami dia xtau apa2. rupenya ada org main2kan dia. org tu hack fb dia pastu sebar citer palsu.


Ya Ampunnnn....agak2 la nak buat cite kan? ni smpai tahap koma2 ni. kes berat ni. melibatkan maruah, hidup dan mati. sgt2 geram dgn manusia mcm ni. mmg tak berhati perut. so aku terpaksa pulangkan blk duit "derma" kat sapa2 yg menderma tu sbb diorg transfer kat akaun aku. tak sngka benda ni palsu je. sbr je la. kalau cite simple2 xpe la. ni koma ok!!! mmg perangai org tu mcm hazabedah sungguh!!!


hmm benda dah jd. tp bila ingt2 blk byk pulak kebetulan yg mengesengajakan kes ni jd panjang.


1) bila dia ckp enset reena kena curi masa dia eksiden, tak terpikir pun nak try call enset dia tu. terus2 je call suami dia je. kalau awal2 terpikir sure awal2 dah tau yg benda ni tipu.


2) aku xde pulak smpn no suami reena sedangkan sblm2 ni byk kali gak reena call or sms aku guna no suami dia. kalau mmg dah ada dlm enset aku xde la aku mntk kat Adah & msti awal2 dah tau benda ni tipu.


3) kebetulan pulak call sume no yg ada dlm kad kawen reena tak dpt. pm adik reena kat fb pun lmbt lak dia jwb.


apa2 pun benda dah jadi. huk2. reena ckp dia tau sapa yg buat tu. dia ckp org yg sebar cerita tu dah lama menaruh perasaan kat dia. dah mcm2 cara dia buat nak pisahkan dia ngan suami dia. hmmm mcm2.


apa2 pun tak baik betul buat mcm ni. ramai org tertipu dgn kisah ni. sian reena terhimpit. dia lak rasa bersalah. reena ckp dia mmg nak repot polis nanti. harap org tu dpt pembalasan. hukhuk.


kesimpulan aku dpt, jgnlaa buat musuh dgn org. sama ada sengaja atau tak sengaja. dgn bermusuh2 ni la org akan bls dgn mcm2 cara. ni pengajaran dr cerita ni. aku takde la nak kata reena bermusuh dgn org tu. aku ckp ni in general. sama2 renung2kan dan selamat beramal.




p/s: lps ni kalau kuar cerita2 yg mcm ni tak tau la nak caya ke tak. kalau tak caya, tp buatnya benda tu betul tak baik pulak kan. apa2 pun berhati2 je la. jgn terus wat tindakan membabi buta. kena siasat dlu kesahihan cerita. manusia mmg mcm2 perangai. huhuhuh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

baru ringan henset!

assalam...


ringan?ringan apa?hehe. ptg td saja belek2 inbox. rasa mcm dah beriban2 sms dlm inbox. masa ni aku terpikir, mungkin ni la penyebab enset aku jd 'berat'. sblm ni aku penah citer yg enset aku sgt2 slow masa nak baca new message. maka aku pun nak delete la semua sms dlm enset aku ni. masa belek2 sms tu ternampak lak sms dr lelaki itu. so mmg ptt la aku kena delete semua. nak buang memori lama. ekekekeke.


gila tak ada 3615 sms? semua dah berjaya aku delete. take time gak masa nak buang. ada la dlm 15 minit kot. skrg dah kosong! yeah. baru laa 'ringan'. org sms aku, lajuuuu je dpt baca. 


lain kali sebulan sekali aku nak kena la kosongkan inbox aku. ehh sebulan sikit je kot sms aku dpt. sapa laa yg nak sms aku kan?hak2. ntah2 setahun baru cecah riban2. hehe.


so skrg ni dah tau dah kenapa enset aku melambatkan diri. huk2.


p/s: baru dpt berita yg bapak sedara pupu aku (sepupu mak aku) meninggal eksiden. Alfatihah. seram dgr cerita pasal eksiden ni. huhuhuhuh.
Terima Kasih baca KISAH aku.

seharian berjalan...

assalam...


wah hari ni seharian tak duduk rumah...huhuhu...pg2 aku dah ikut kakak aku g Semenyih. akak aku mintak tlg aku ikut. sbb dia dah beli kipas2 utk pasang kat rumah yg dia beli kat Semenyih tu. so kena bwk dua kereta sbb tak muat satu kereta. disebabkan kakak aku pun kena drive, so aku kena la pegang anak dia yg tecik tu.


sblm sampai umah dia, kitorg singgah dulu kedai lampu. byk jgk kot kakak aku & husband dia berhabis duit utk beli lampu2 utk rumah baru depa tu. terdetik kat hati aku, nanti aku dah ada rumah sendiri mcm ni jgk la kot gamaknya. byk kena berhabis. maka kena la saving dr skrg. huhuhuh.


sampai ptg gak le kami kat semenyih tu. lps tu aku ada bgtau kakak aku yg aku nak g cari hadiah utk wedding kwn aku kat kedah sabtu ni. akak aku ajk g IOI Mall Puchong. dia ckp dia teringin nak masuk situ. sblm ni dok lalu je. aku pun tak pernah masuk lg. hakhak...pas maghrib ktorg gerak g situ.


mmg bsr IOI Mall ni. tp sbb smpai pun lwt dlm kul 9 lebeh so tak dpt la nak jelajah abes. aku g cari adiah utk kwn aku je. memula target nak beli couple perfume kat body shop. tp mak aii mahal...lari bajet. sob3. so kena cari adiah lain. jumpe perhiasan ala2 mcm akuarium, ada ikan berenang2. kakak aku ckp menarik gak nak wat hadiah kawen. tp ntah, aku target perfume gak. 


so jalan2 dlm tu ternampak 1 kedai ni. nama kedai tu SHINS. ada jual couple perfume kat situ. sebotol yg kecik (x ingt lak brp ml) RM33 je. wangi lak tu. maka aku beli sepasang. melayang RM71 aku. kotak hadiah dia caj RM5. xpela sekali sekala berhabis utk kwn. huk3.


best gak IOI ni ye. tp syg tak smpt abis jelajah. bsr bebenor. tggu la bila2 g waktu siang sure smpt jln habis. hehehe. tp yg tak bestnya masa nak byr parking. mak aiiii beratur panjang. nasib tak mahal sgt.


p/s: nampak baju cun kat mall tu td tp tak terasa nak beli pun. tp skrg terbayang2 lak. hahahha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

hadiah kahwin...

assalam...


sabtu ni my bff kahwin...dia rumet aku masa aku bljr kat UUM dulu since sem 1 sampai sem last mmg sebilik dgn dia je. tak tukar2. bkn setakat sebilik, tp se'course', sekelas, segrup assignment, sekapal, semua se la... hahaha.


ok, sgt tak sbr ok nak ke kedah jumaat ni. dia ni org kedah. aku dah beli tiket nak ke sana. ambil cuti lg tu! siyes sgt2 tak sbr. menghitung hari je aku... aku pun tak tau kenapa aku terlampau excited. hehehe. mungkin sbb nanti nak imbau kenangan lama blk. mungkin. setau aku lps habis bljr mmg tak jumpe kwn aku ni. ni la masanya nak berjejak kasihan blk. sgt tak sbr. nanti aku tidur kat UUM okeh. bestnya. terasa kembali ke zaman student. ahaks.


kuat jodoh kwn aku tu ngan bf dia. kwn dr sekolah rendah lg kalau tak silap. tp start couple masa kat U. masa tu kwn aku ni baru clash ngan bf dia, so kwn dia ni a.k.a bakal suami dia ni la try cucuk jarum. teringat kwn aku tu ckp dia mmg xkan pilih kwn baik jd boipren. aku yg jd org tgh masa tu. mamat tu tak abis2 mntk tlg aku tlg adjustkan depa. sampai bengang2 gak la aku. mana taknye, asyik2 aku je jd mangsa keadaan. yg lelaki merayu, yg perempuan menolak. akhirnya menjadi jgk. jodoh kan. :)


skrg ni aku ngah buntu nak cari hadiah utk kwn aku ni. aku xnak bg hadiah yg biasa org bg, mcm brg letrik, pinggan mangkuk, cadar sume. nanti buat jd koleksi je kang kat umah dia kalo ramai org bg benda sama. aku nak benda luar biasa sikit. dulu pernah kasi kat kwn aku hadiah brg2 dapur mcm sudu,garfu,pisau semua tu. semua benda kat dapur yg kecik2 tu beli satu2 pastu sumbat dlm kotak bsr. dah 2 org kwn aku dpt benda mcm tu. haha. tu kalau share ramai2 leh la sbb cecah ratus2 gak. ni aku sorg2 je nak beli. tak mampu le. lgpun kotaknya bsr. ssh nak bwk naik bas nanti.


so ada idea tak nak kasi apa? bajet bwh 100 kot. tak mampu. hehehehe. dlm fikiran mcm nak bg perfume couple. tp tu pun mcm mahal gak. bg lampu tidur pun mcm ok gak kan? hmm ngah pikir2 lagi ni.


pe2 pon weekend ni gak aku kena beli. nanti takde masa dah. jumaat dpn nak g dah. 


p/s: ada gak org kasi hadiah kawen baju tidur kan. hahaha lawak je aku rasa.
Terima Kasih baca KISAH aku.

sesuatu yg berbeza...

assalam...


ni lagu favourite aku skrg. dah slmt wat ringtone dah. hehehe. suka lak lirik dia. sgt2 mendalam. dedicated to someone blh? ahaks.



SESUATU YANG BERBEZA - SOFAZ


ada sesuatu yang berbeza
saat ku lihat senyum manismu
ada sesuatu yang tak bisa ku ungkapkan
saat ku bertemu dengan dirimu
satu keinginan terpendam dihatiku
bermain di dalam rahasia cintaku

ku berharap tulus cinta ini
akan jadi kenyataan dalam hidupku
bukan hanya mimpi
dalam tidurku
semoga Tuhan mendengar doaku
untuk cinta ini

mungkin ini semua hanyalah perasaan
yang singgah dan pergi meninggalkanku
satu keinginan terpendam di hatiku
bermain di dalam rahasia cintaku

ku berharap tulus cinta ini
akan jadi kenyataan dalam hidupku
bukan hanya mimpi
dalam tidurku
semoga Tuhan mendengar doaku
untuk cinta ini
(ulang)

Terima Kasih baca KISAH aku.

ketagih!!!

assalam...


sapa perasan entry sblm ni aku dah buang?hehehe...saje je delete. sbb tak jd g dinner so aku delete je la. penyelia aku inform td ckp kitorg tak layak pegi sbb lmbt bg nama. yeahh aku tak terkilan pun. lg suka ada la. sbb xyah ssh2 pikir pasal baju, dan takyah kuarkan duit utk shopping!!! jimat duit aku. *pompom*


yeah aku skrg dah suka banget dgn 1 drama ni. 




drama ni membuatkan aku tergila2 dan terangau2...hahah..skrg ni abis opis hour je aku terus je direct nak blk rumah. takmau dah merayap2. nanti miss. best banget cite ni...adaptasi dr novel "kasih yg suci". novel ni aku tak pernah baca pun.

aku drpd tak minat kat aaron dah minat pulak skrg. suka sgt dia bwk watak Ahmad Seth Tan. cool, romantik. waaaa. angau2. hahaha.

lagu2 dlm drama ni pun best. sblm ni since aku blk dr Pulau kapas mmg aku suka layan lagu Dan Bila Esok -Sofaz. tgk2 drama ni jadikan lagu tu sbg lagu tema. lagi aku bertambah2 suka.

lagu2 dlm drama ni suke best2... sume sedih bila dgr. waaa.. aku emo. hahaha. 

nak letak sume lirik kat sini mcm semak lak. aku letak slh satu je la. lagu ni siyes aku sedih bila dgr. xtau kenapa. hehehe.



Berubah - Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

p/s: kalau ada cd soundtrack drama ni sure aku akan beli. :D



Terima Kasih baca KISAH aku.

jauh...

dia dah makin jauh skrg...dah rasa mcm hilang kawan...kdg2 tertanya gak apa slh aku ek? aku xde la mengharapkan lebih2 dr dia. tp sbg kwn kan, tak sepatutnya dia wat mcm tu. padahal dulu rapat je even di alam maya. tp skrg mcm dah tak nampak dia.


kdg2 rasa sedih gak...rindu pulak nak berborak dgn dia, bergurau dgn dia, walaupun tak berdepan.


wahai kwn, kenapa awk makin menjauh?




p/s:kalau dah taknak kwn bgtau aje la kan?
Terima Kasih baca KISAH aku.

akhirnya menang....


assalam...

heheh...disebabkan aku takde kerja dah utk hari ni, maka aku updet la blog. saja nak share kegembiraan. hehehe.

tgh hari td pas aku blk mkn, tgk ada msg skype dr hyun, dia ckp dangau grup aku iaitu DANGAU SEMARAK NUR KASIH menang no 1. pd masa yg sama gak adalia dr dangau jamiah tls kat wall fb aku wish congrates. baru je pegi mkn kjp dah ada keputusan dah. haha. terkejut aku. terus2 je aku g tgk result kat thread borak tu.

serius tak sangka leh menang. sbb baca juri awam, tak ramai pun yg undi dangau kami ni. baca juri khas punya komen pun tak byk yg puji. ada jgk yg kutuk2. tak mcm dangau gonjeng, leh kata semua puji. berdasarkan komen2 diorg tu aku jangkakan paling koman pun no.3 kot. tp wah, no 1 tu! hak2. thanks byk2 kpd juri awam & juri khas.

ni aku tepekkan komen2 juri khas buat tatapan. hehehe.


JURI 1
Penerangan yang jelas mengenai keluarga Dangau. Kerjasama yang baik kerana terdapat kesinambungan dalam setiap watak. Gambar-gambar yang dipilih menarik. Cuma agak stereotype…terlalu terikut dengan dangau2 yang pernah bertanding dulu..kurang kreatif. Biasa-biasa sahaja.

JURI 2
watak keluarga yg disenaraikan agak xmenepati citarasa sebagai satu famly ye best tapi ok lah sebab nak tunjukan sikap 'no body perfect kan' cuma sikap anak2 dia kalau luaran agak xsesuai jadikan bini... Watak ayah menarik... tak membosankan.. kelakar n menunjukan seorg yang kuat semangat dalam hidup.. watak ummi jalan cerita yang padat.. tapi makan masa untuk membaca [it's mean xberapa menarik]..  Watak kupurina jalan cerita yang biasa..bahasa yang kurang menarik.. watak Lolli kreatif dengan meletakan lagu untuk perceritaan.. watak miss jalan cerita yg ok tapi pnjang sgt.. keseluruhannya menarik sebab ikatan kekeluargaan nya yg erat,menunjukan walid n wife dia pandai didik anak walaupun anak2 dia ada yg perangai ala2 xmenepati ciri2 perempuan melayu terakhir.... di segi kreativiti, menarik..jalan cerita yg bersusuli gambar..terhibur dan xmudah bosan membaca walaupun cerita panjang.. kekurangan dan kelebihan : kekurangan kalau diberi dlm % = 10% sebab panjang yg lain2 semua ok n kretif dalam mencampur adukan cerita mereka,kaitan family mereka dengan yg lain.

JURI 3
Font ok tp pemilihan gamba baik n teliti serasi ngan jln cerita..cerita pun kemas n menarik

JURI 4
Jalan crita menarik tapi agak meleret. .Agak cliche tapi pandai buat olahan.  Ada stgh watak lucu sgt,suka baca.  Keseluruhannya cantik.

JURI 5
Jalan cerita yg biasa kita tonton di kaca tv. Bak kata seorang poremer - drama petang2 cuma ditambah dengan sense of humour. Ada kisah cinta dengan dangau bersebelahan. Kalau kisah orang kaya je mesti sume anak pandai2. Font utk posting 2# agak menarik tapi posting 3# dan seterusnya nampak biasa2 saja dan banyak menggunakan emot kuning..ini nampak mengganggu.

JURI 6
Saya suka membaca Dangau Semarak Nur Kasih ini. Seolah-olah saya berada dalam dunianya sekali. Setiap olahan tentang pengenalan dari tempat tinggal (Kg.) penghuni, aktiviti (pekerjaan), suasana rumah, persekitaran yang berlaku disekeliling mereka amatlah berkesan dihati.  Garapan penceritaan dari setiap ahli keluarga juga amat tersusun bermulanya ketua keluarga (Ayah) sehinggalah anak yg bongsu, seolah-olah kehidupan ini begitu nyata di alam realiti.  Membaca kisah Dangau Semarak Nur Kasih ini membuatkan saya tenggelam dalam fantasi yang amat indah dan bahagia disamping keluarga tersayang. Pengenalan setiap watak sangat terperinci dan membuatkan kita cepat memahami jalan ceritanya.  Pengenalan watak amat tersusun dan teratur.  Setiap watak memainkan peranan dalam penceritaan yang jelas dan terang. Kekemasan dalam menyusun setiap gambar dan jalan cerita amat bersesuaian sekali disamping setiap ahli ada cerita tersendirinya. Saya suka... Sesekali terselit kisah lucu dan kenangan silam yang terlalu dekat dan mesra diantara mereka. Kisah ini mengambarkan sebuah keluarga bahagia yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan yang harmoni lagi mesra alam.  Tiada persengketaan dan kekacauan perasaan yang ditimbulkan menandakan mereka adalah sebuah keluarga yang ‘sporting’.  Pemilihan watak, gambar dan suasana persekitaran (rumah, bilik, ofis, serta aktiviti mereka)  memang kena dengan setiap karekter yang ditampilkan.. Apa yang saya suka adalah pemilihan avvy dan nama setiap ahli bertepatan dengan watak dan karektor yang dipilih. Tahniah saya ucapkan kepada warga Dangau Semarak Nur Kasih. 

JURI 7
Dangau menepati konsep peraduan - Rumah Ku Syurga Ku.  Susunatur penceritaan mengikut syarat peraduan.  Kreatif! Jalan cerita dan gambar-gambar kena dengan penceritaan.  Hiasan yang menarik.  Cerita yang punya logik dan menarik untuk dibaca.  Font yang digunakan kurang menarik.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Gambar & hiasan thread diedit & diatur dengan baik, kemas & tersusun.  font yang agak kecil, agak sukar untuk dibaca.  terlalu banyak kesalahan dalam ejaan & penggunaan shortform yang agak mengganggu.   penggunaan strikethrough yang terlalu kerap. di awal thread mungkin la 'kelakar', tapi bila banyak kali diulang, jadi tak kelakar lagi.  terlalu mencuba untuk 'buat lawak', tapi kurang menjadi. rasa terganggu dengan sifat 'angkat bakul', dan juga sikap anak2 yg agak 'celupar' bila 'buat lawak' tentang ummi/walid mereka. to me ianya agak kurang ajar.  - penggunaan gambar yang berulang2 bila masuk cerita tentang kedai kek watak adik.  asyik mengaitkan watak2 dengan kumpulan Haryan. seakan2 'menumpang'. tapi dalam masa yg sama, asyik 'mendowngradekan' watak2 dari kumpulan lain. agak kurang sopan la.  markah lebih untuk youtube dalam post penutup. usaha yang baik.  markah untuk ikatan kekeluargaan. nampak gembira & bahagia.

JURI 9
kelebihan - susunan cerita yg teratur.. setiap watak berkembang dengan baik.. penggunaan bahasa yg mudah difahami dah terasa bagaikan kuarga ni dekat di hati.. penggunaan gmbr yg menarik dan menceriakan.  kekurangan - terlalu banyak yg baik2 dan hampir sempurna n wajah ibu yg terlalu muda hampir lebih muda dari anak sulung.. sesetengah font sedikit sukar utk di fahami.

JURI 10
Penerangan watak, jelas.  Penerangan sikap setiap watak juga jelas.  Penggunaan bahasa yang dekat dgn pembaca..mesra pembaca
susunan cerita begitu menarik.  kreativiti-sangat menarik, kelihatan cantik dengan hiasan , grafik yg bagus.  kerjasama: ade sedikit miskomunikasi antara ahli, walaupun ia satu perkara kecil tapi menjadi besar.  kesimpulannya: kemas, menarik, teratur, bagus.

JURI 11
Idea yg menarik. Sgt kreatif.  Intro yg baik. Penutup cerita yg baik.  Ada unsur2 humor diselitkan menjadikan jalan ceritanya segar & tidak membosankan terutama post2 Dekesugi yg disampaikan dgn cara sederhana tapi lucu & menghiburkan.  Dangau ini menepati kehendak contest krn berjaya menampilkan sebuah keluarga impian yg harmoni & bahagia.  Keseluruhan cerita masih berpijak dibumi nyata kecuali ttg kehidupan mrk yg bertukar menjadi kayaraya selepas Walid diberi resort tempatnya bekerja dgn segala keuntungan hanya krn telah menunjukkan prestasi kerja yg cemerlang. Ia sesuatu yg tidak logik kecuali pemilik sebenar resort mempunyai sbb2 lain utk menghadiahkan resortnya spt terhutang budi dsb.  Penceritaan yg tepat & tidak mengelirukan selari dgn konsep permainan pondok2 krn semua peserta betul2 melakonkan watak yg mrk pegang menjadikan pembaca tau dgn jelas siapa yg memegang watak apa krn posting dibuat oleh watak itu sendiri dgn penggunaan kata ganti nama diri yg betul.  Watak perwatakan juga cukup berkesan seolah2 mrk melupakan sejenak identiti forum mrk dengan membuat posting mengikut watak di dalam dangau.  Gambar2 jugak menarik & disusun dgn kemas & selari dgn cerita yg disampaikan. Hiasan thread sederhana tapi cantik.  Pemilihan font juga tidak keterlaluan & font berwarna hanya digunakan ditempat2 tertentu saja menjadikan ia thread yg kelihatan bersih & tidak menyerabutkan pandangan mata.  Pujian patut diberi utk gambar2 yg diframekan dgn baik seolah2 ia adalah koleksi peribadi keluarga ni, bahan2 bantu spt lagu2 yg sesuai & youtube yg dibuat khas menunjukkan ada usaha utk membuat yg terbaik.  Kelemahan mungkin pada subplot yg seolah2 sengaja diadakan utk mengaitkan dgn Dangau Haryan.  

JURI 12
Menghiburkan, plot teratur bersambung-sambung, kreatif, gambar yang kena pada situasi, real!

 hahaha. mcm2 komen. yang paling tak tahan tu, ada yg kata "anak2 sosial, x sesuai buat bini."

apa2 pun mmg tak sangka lg menang sbb kitorg main buat je. dahle buat merapu2. baca dangau2 yg lain semua mcm serius ala2 mcm drama/ novel/ cerpen. yg kitorg ni, merepek2 je. hahaha.

aku rasa mcm sekali ni je la aku masuk bertanding. thn dpn tgk la dulu kalau aku rajin aku join la. tp mungkin tak le kot. kasi can la kat newbie2. lagipun byk dugaan wooo buat dangau ni. bygkanlah dr bln 3 tu buat, mcm2 ragam ahli2 grup aku. pastu mcm aku cite sblm ni, siap ada krisis ngan mod kan. mmg menguji ketahanan mental dan fizikal buat benda alah ni. hehehe.

apa2 pun segala dugaan dan cabaran sepanjang siapkan dangau ni memang berbaloi. 

thanks kepada dekesugi a.k.a walid yg bersusah payah reka cerita kasi menarik. mmg lawak watak walid tu. pandai deke menghidupkan watak walid. lawak laa deke ni.
 (sila baca dgn gaya mcm di bwh)




p/s: kalau aku baca blk dangau aku & dangau haryan tu mesti aku tak henti2 ketawa lg. merepek2 je kitorg. hahahhaha.

sapa nak baca dangau kami yg merepek ni sila ke sini :


baca sambil makan kerepek ye. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

new bestie...

assalam...


bestnya skrg dah ada bestfriends baru. aku ni tak ramai bestfriends. bestfriends aku mashi, chepah, munir, jue... diorg ni je la yg aku selalu berhangout bila blk Ipoh... tp jue skrg dah kawen... so dah jrg2 hangout ngan dia...


kalau kat KL lak aku takde pun berjimba2 sbb takde kwn pun kat KL ni. tp kdg2 ada gak kuar ngan mashi sbb dia dok putrajaya. bak kata abg aku, "kalau blk Ipoh keluar ngan mashi, kat KL pun kuar ngan mashi gak? nampak sgt xde kwn". hahhahaha..sentap okeyh. nak wat mcm mana. mmg tu je la best friend aku. hahahaha.


tp skrg aku dah ada geng jimba2 kat KL. since 'pertemuan pertama' dgn geng2 forum masa kat KL central dlu, ktorg dah makin kerap jumpa lak. memula setakat mkn2 je. tp smlm kitorg berjimba sakan dr pg sampai ke mlm. wahh tak sangka beb aku jln2 kat KL smpai mlm. sblm ni dgn family je pernah. best gile okeh kuar ngan korg smlm. 


mula2 tgk nur kasih yg menghampakan tu, lps tu karok 3 jam kat redbox. mmg gile masa karok tu. haha. kak ayu drpd mula2 xnak nyanyi konon tp dah terbabas kan? langsung xmau stop. wakakakka.


pe2 pun aku seronok sgt dah ada geng baru. tp tak bermakna geng lama dilupakan eh. ada hikmahnya kot aku dpt keje kat KL. kalau aku still menganggur mmg takde can kot nak jumpa geng2 forum. buleh gitu? hehe.


korang pasni bila nak jimba2 lagik? hak2. tak sangka dpt geng yg bercampur2 umur dan status. kih3.




p/s: tergelak sorang2 bila teringat aksi spontan aku ketuk hyun guna mic. hahahahhaha. sorry hyun, aku tak sengaja. hahahha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku dihimpit rasa bersalah...

assalam...


aku mmg plan nak story pasal ni lps keluar berjimba2 hari ni. sbbnya aku xnak org menghentam aku (kalau ada la...haha). sbb aku tau aku bersalah...


kisahnya, ex housemate aku masa aku duduk slim river dulu nak kawen. sejak dia undang aku ke majlis dia tu kat Gombak, mmg aku dah set dalam kepala aku yg aku nak pegi majlis dia tu pd 22 mei (ahad). disebabkan kenduri dia ahad, aku pun plan dgn kwn2 forum aku (hyun,gegel,airfilter,kak ayu & que) utk berjimba2 hari ni (sabtu).


mmg dah plan lama nak tgk wyg ngan depa ni. stlh rancang & berbalah2 pendapat, akhirnya jd jgk plan kitorg ni. rasanya 2,3 minggu awal kot dah rancang. 


tp baru2 ni tiba2 aku terasa yg kenduri kwn aku tu sabtu iaitu hari ni. terus je aku check event dia kat fb. bergetar tgn aku masa tu. mmg sah hari ni!!! waaa... aku dah plan pun ngan kwn2... dahle plan dah lama. siyes aku tak sampai hati nak rosak plan. sbb aku sedar mmg slh aku slh tgk tarikh. 


mak bapak aku bila dpt tau psl ni mmg diorg mrh aku gila2 la. diorg kata sepatutnya aku kena dahulukan kenduri kawen sbb benda ni wajib. dlm dilema aku masa tu. ntah la, aku mmg tak sampai hati nak tukar plan. sbb aku sendiri pun tak suka org rosak plan aku, so phm kot perasaan org kalau aku pun wat mcm tu. uhuk2. biarla aku tanggung rasa bersalah ni. (skema lak ayat aku).


buat wanie (walaupun dia x baca blog ni), sorry sgt2 awk tak dpt g kenduri awk...harap awk bahagia sampai akhir hayat... sy redho kalau awk pun tak dtg kenduri sy nanti. bersalah sgt2. waaa...


p/s: kalau ikutkan byk kenduri aku terpaksa tak pergi atas sebab2 tak dpt dielakkan. biasanya mslh transport la. 
Terima Kasih baca KISAH aku.

perlu ke jumpa doktor?



assalam. tgk jari aku tu. yang aku bulatkan tu. mcm ada sesuatu je dlm kuku aku tu. sbnrnya dah lama perasan mcm ada something dlm kuku aku tu. mula2 tak amik pot sgt. tp lama2 rasa mcm sakit lak. bila tunjuk kat kwn2 & mak pak aku, depa kata tu selumbar. aku pun xtau bila masa selumbar ni masuk dlm kuku aku tu. perasan2 je dah mmg ada.


persoalannya perlu ke aku jmpe doktor? mak pak aku suh g klinik sbb kata depa kalau dibiarkan nnti makin membesar & membengkak. aku mcm takut lak nak g klinik. sbb aku bayangkan kuku aku akan dicabut. erkk ye ke? hahahaha. ntah, aku dpt rasa yg benda ni akan sakit gila2. waaaaa. tak suka!


tgkle kalu aku rajin aku g la klinik nanti. sob3.




p/s: bab g klinik mmg aku tak rajin. kecuali kalau nak mintak MC. hahaha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

kisah henpon lagi...

assalam...


aku nak beli henpon baru ke? haha...takde pasal... saje je nak ngadu... makin kritikal la pulak bateri enset aku ni... biasanya sblm tidur mmg wajib la aku charge henpon, lps tu dia akan thn sampai mlm esoknya. kiranya thn paling lama 24 jam la.


tapi smlm masa kat ofis, kul 3 mcm tu dah dgr warning battery low. pelik je... padahal mana  ada guna sgt pun. dah le abg aku tgh sms masa tu ckp psl nak hantar katil kat aku. tgh2 sms tu blh lak terpadam terus. waaaaaaa. terus aku call abg aku guna telefon opis.


aku mntk abg aku hantar katil pas maghrib sbb nak jumpa Q mlm td. so tak nak la lewat2 sgt dia hantar. abg aku ckp ok je.


abis keje kul 5.30 smlm aku terus chow nak blk. sampai salak selatan aku singgah buat duplicate kunci dulu. lps tu g beli sup meletup pulak. dkt2 kul 7 baru sampai dkt apartmen aku duduk tu.


smpai situ terkejut aku tgk abg aku dah ada. dia ckp dia call aku byk kali tak angkat. yela, bateri kong kan. abg aku ckp dr kul 5.15 dia dah tunggu aku kat TM nak bwk aku blk. ya Allah kesiannya. geram btl ngan enset ni. waaa. mcm tau2 je kan aku dok mention2 nak beli enset baru. dia pun mcm saja je makin merosakkan diri. choyyy.


charge2 je enset aku mlm td, tgk berlambak2 sms dr abg aku. stat dr dia ckp dia tunggu kat TM la..kat LRT la..dia ckp dia call aku byk kali tak dpt la. aisehh. kesian beliau. huk3.


start ari ni aku bwk charger g opis. nanti nak beli charger baru la, nak letak kat opis 1 so takde la bwk hari2. huk2.




p/s: wahai enset, kalu nak meragam lg biar la lg 4,5 bln ye... ^_^
Terima Kasih baca KISAH aku.

murah rezeki...

assalam...


wahh lately ni asyik murah rezeki je... mula dr hari jumaat, jumpa Que kat KLCC, dia belanja mkn spagethi... apa ntah nama kedai tu. hehe. lupe lak. lps tu sabtu mlm lak abg aku belanja kami adik beradik mkn kat restoren arab nama Barada Restaurant kat Bandar Tun Husein Onn. maklumlah org2 TM dpt bonus (aku terkecuali la sbb baru lagik), tu yg belanja kami. mmg betul2 mkn bsr mlm tu. huhu.


lps tu ahad (smlm), mashi dtg rumah sewa aku nak hantar brg. so aku ajk dia mkn sama kat bwh umah sewa aku tu. kebetulan lak terjumpa anak buah dia & gf. so kami mkn sama2. tp aku tak sure sapa yg belanje, mashi ke atau anak buah dia. hakhak.


lps tu siang td ajk kak ayu mkn, pastu hyun join sekali. aku mmg ada terjanji kat kak ayu nak belanja dia mkn sempena besday dia ari tu. tp tak semena2 hyun yg byrkan lak. wah gitu. aku nak byrkan separuh ko tak kasi erk. takpe nanti aku belanja ko tgk nur kasih tau ngan mkn sekali sbb dah 2x ko belanje ni. xleh jd ni. huhuhu.


so lps ni sapa lak yg nak belanja? wakakakaka.




p/s: mkn,mkn dan mkn je. nnti berat badan pun bertambah. hak2.
Terima Kasih baca KISAH aku.

updet lagi??

assalam...


updet lg utk hari ni?hahaha...hari ni aku takde kerja...ada je tiket baru masuk tp telefon tiba2 rosak...sbb apa ntah. so takleh nak guna. dah repot 2,3x dah tp org berkenaan tak dtg tgk lg. adehhh...so aku dgn kwn aku yg share telepon ni rilek je la ari ni...


dlm kerilekan aku, aku main la internet. tp busan jgk sbb hari ni mcm suram je forum. ramai bz kot. standard la hari isnin kan. so aku berblogwalking la.


aku suka gak baca blog minah ni. suka tgk dia sbb comel + entry dia menarik. td terjah jap blog dia, ada dia tls pasal henpon HTC Desire S.


HTC Desire S Specification

aku skrg kan konon2 laa mcm nak tukar henpon. baca review pasal henpon ni mcm best gila la. tgk harga RM1500++. wahhh, dekat sbln gaji aku. sah2 takleh beli lg. sob3. 1st gaji full aku baru ni tggl ciputttt je sbb aku setelkan hutang yg berlambak2 spjg 3 bln aku menganggur. hutang kakak la, hutang abg la, duit netbook, ptptpn, motor... nanges sgt2. tiba2 rasa nak jual skuter aku tu. sapa nak beli? haha. dr aku tak guna kan, baik jual je tak? dpt gak duit. huhuhu.

takpela, keluar air liur dulu la tgk enset ni. mungkin lmbt lg kot baru nak tukar. guna je la yg sedia ada dlu kan selagi leh guna. jgn membazir! (harap2 aku berpegang teguh dgn kata2 ni. hehehe).


p/s: duit sikit gila dlm akaun bank sah2 lambat lg baru leh kawen. muhahahaha. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

saja2 updet...

assalam...


disebabkan aku sampai awal hari ni aku saja2 la nak updet wpun takde cite baru...hahaha...


hari ni aku awal pulak. sepanjang minggu lepas aku asyik lmbt keluar rumah je tp sampai awal jgk kat opis. biasanya aku sampai mesti punch jam 07:58 am. biasanya keluar rumah jam 7. paling lambat kul 7.15 la. biasa aku kunci jam pukul 6.15am.


hari ni aku saja set jam kul 6 am sbb mlm td rasa mls pulak nak iron baju. so nak iron pg ni. bila alarm henset aku bunyi je pukul 6 tu, aku terjaga tp aku mcm mamai semacam je. aku termenung atas tilam aku tu lps tu aku pk, "eh hari ni keja ke?hari isnin ke hari ni?". agak lama jgk aku pk. haha. aku pun heran kenapa. agak2 dlm 2,3 minit lps tu baru aku tersedar. aah hari ni keja. adehhh mesti sbb mimpi yg agak tak best smlm buat aku mcm tak betul pg ni. haha.


bgn je terus iron baju, mandi, solat subuh, bersiap2 semua. tgk jam awal lg... baru kul 6.50 mcm tu. so aku pun bancuh la air dlu. minum dulu sblm keluar. sempat lagi beli nasi goreng dkt bwh rumah aku tu nak bwk g opis.


hari ni aku bernasib baik. sampai je stesen kat rumah aku tu, train terus dah ada. lps tu kat masjid jamek pun sama. sampai je situ train terus dah ada. maka awal la aku sampai kat opis ari ni. punch jam 7.50 am. wahh. 


so sementara tunggu opismate aku sampai nak bekpes sama2, aku pun tulis le blog. ngeh3x. 


p/s: smlm mak aku mms. bunga yg kami adik beradik buat delivery kat dia sempena hari ibu dah sampai. :)
Terima Kasih baca KISAH aku.

mood: EMO.

ermm geram je aku rasa... mentang2 dia tua lg dr aku, dia leh buat aku sesuka hati. jgnla disebabkan aku jenis respek dia, dia xleh nak respek aku? aku ada hati dan perasaan jgk wei... 


aku hormat dia sbb dia tua byk dr aku. tp jgn disebabkan aku ni muda byk dr dia, dia blh 'buli' aku. huhuhu...emo gila lak aku mlm ni.




p/s: bertabahlah wahai hati.
Terima Kasih baca KISAH aku.

selamat hari ibu.



assalam...


hari ni hari ibu. sebenarnya tiap2 hari adalah hari ibu. tiba2 rindu pulak kat mak. kesian mak selalu kena tinggal sorang2 kat kampung tu. selalu gak mak buat2 kasi hint suruh duduk kat Ipoh tp tu la, takde rezeki nak dpt kerja kat Ipoh. anak2 mak semua kat KL. ajk mak duduk KL, tp mak tak brp nak. harap2 nanti aku dah kahwin, dah duduk rumah sendiri nanti mak sudi la nak duduk dgn aku. leh tgk2 mak. mak skrg tak brp sht dah.


byk sungguh pengorbanan mak besarkan 5 org anak (sebenarnya ada 6 tp yg keenam dah meninggal sbb tak cukup bln). Alhamdulillah anak2 mak semua berjaya sampai ke degree (sorg master) hasil didikan mak. walaupun mak bljr tak tinggi tp mak berjaya didik anak2 mak sampai ke menara gading. ingat lagi masa kecik2 mak selalu tgk2kan kerja rumah. mak jgk yg buatkan jadual study utk kitorg. 


bila ada anak2 perempuan mak yg bersalin,mesti mak yg tlg jaga masa dlm pantang. tp bila turn aku, mak dah warning awal2 yg mak tak mampu nak jaga aku sbb makin berusia. waaa sedih2. tp takpe, aku paham la kan. skrg pun mak dah makin tak lrt sbb tgn dgn kaki suka bengkak2, nanti aku dah kawen & beranak (ntah brp thn lg pun xtau la), lg laa mak tak lrt. mak pesan, turn aku nanti suruh mak mertua yg jaga. haha. tu pun kalau dpt mak mertua yg muda lg kan. kalau tak, kena upah org la jwbnya. kui3x.


mak adalah seorang yg tabah. walaupun mcm2 dugaan yg menimpa mak. sbr byk2 ye mak. huhu. harap mak cekal hadapi semua dugaan yg menimpa. takpe, walau apa yg jd, anak2 mak ttp ada. 


SELAMAT HARI IBU MAK!!!












p/s: tak dpt bygkan bila aku jd mak nanti.
Terima Kasih baca KISAH aku.

dan bila esok?

dah beberapa hari aku dok ulang2 dgr lagu ni...akhirnya aku menangis jgk...waaa...:((








Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata

saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Terima Kasih baca KISAH aku.

cotton island...

assalam...


lama tak updet blog kot...tak tau nak cerita apa...takde cerita best kot...tp takpe, aku cerita psl aku g pulau kapas weekend baru ni. 


akhirnya dpt jgk jejakkan kaki ke pantai timur. 1st time sampai ke Terengganu. yehaaa... aku pergi sini atas jemputan seorang rakan. seorang kena byr RM230, duit penginapan + bas + mkn minum. mula2 takde la rasa nak pegi pun tp disebabkan disponsor, aku pun pegi la. 


kitorg bertolak hari jumaat mlm lebeh kurang jam 11 mcm tu la. sampai kat Terengganu jam 6 pg. waa 1st time kot aku duduk atas bas selama 7 jam! naseb baik tak fening2. aku ni kalau naik kenderaan je mesti rasa loya2. mungkin sbb dok tidur je spjg perjalanan, so aku tak rasa apa2.


1st aktiviti bila sampai kat pulau kapas adalah snorkeling. jujur la aku ckp, aku ni takut sikit dgn air laut. kalau mandi tepi2 aku ok... ni kat tgh2 air yg dlm, perghhh takut beb! takde la pernah lemas ke apa, tp ntah...aku mmg penakut. tp perasaan nak mencuba tu ada. masa mula2 aku masuk dlm air tu, aku dah gabra. rasa mcm nak tenggelam je even pakai jaket keselamatan. lps tu aku tak pandai nak control kaki aku. last2 aku naik bot balik. surrender beb. haha. 


ptg tu pulak, g naik banana boat. naik 6 org, seorang kena caj RM15. mahal dr yg aku naik kat teluk batik tp berbaloi la sbb diorg bwk jauh2 lps tu kena campak tgh2 laut. haha. panik lagi aku, almaklumlah tak pandai berenang. naseb ada si deke tu. dia yg selamatkan aku. wakakaka. kalau tak ada org yg reti berenang dah selamat dah aku kot. sob3.


apa yg tak bestnya trip ni, mcm indah khabar dr rupa kot. dpt emel pasal tentatif program, mcm byk je aktivitinya. tp last2 kitorg buat aktiviti sndiri2 je. beria je aku bwk beg bsr sbb takut tak cukup baju.sbb dlm tentatif tu ada aktiviti masuk hutan la, memancing la bagai. tp takde pun. bila mlm kitorg borak2 je. best la dpt kenal member2 baru even sekejap kan. mcm2 ragam manusia dpt jumpa.


seronok jgk la trip ni. tp dlm seronok2 tu ada gak yg tak best. huuu...kalau blh tak nak ingt balik. tp mcm asyik teringat2 je ni. kalau ingt blk mcm nak nanges je. sentap beb! takpela, Tuhan nak uji hambaNya.


tu je la kot cerita pasal 'cotton island'. lps ni kalau ada trip mcm ni lg blh la nak join lg. 


p/s: harap satu hari nanti dpt pegi ke Sabah.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com