Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

abang yang baik hati.

salam.


aku bkn nak cerita psl abg kandung.oh tidak.abg angkat?ceh,aku takde abg angkat.tak main la nak angkat2 ni.hehe.tp kisah seorang abg yg aku start kenal dlm bln jun 2008.


masa tu aku praktikal kat 1 company kat cheras.aku ditugaskan di unit IT.dlm unit tu,ada 3 org staff di mana semuanya lelaki.supervisor aku pun lelaki.so bila aku dtg situ,aku the only female.ahaks.


mulanya mmg aku kekok,aku segan,aku malu semua ada.mana taknya,aku sorg2 je perempuan kan.disebabkan tu,aku jadi seorang pendiam sgt2.padahal yg sbnrnya aku seorang yg kecoh.haha.


aku ni tak reti nak start perbualan dulu.kalau org tak tegur aku dulu,aku mmg payah nak tegur org dulu.ntah,mmg pe'el aku mcm ni.diorg kat situ pun jenis tak menegur aku sgt,jadi aku pun senyap je la.duduk buat hal aku je.tambah2 semua lelaki kan,tak reti la aku nak borak2 dgn diorg.kdg2 diorg ada jgk buat lwk sesama diorg.mmg aku nak gelak sgt2 tp aku thn smpai sakit perut.haha.ntahla,mcm segan lak nak gelak berdekah2.


antara semua staff kat situ (selain supervisor aku sbb dia bilik lain),sorang ni je yg ok.dia yg rajin tegur aku,selalu tunjuk ajr.dia tua 5 thn dr aku.tp aku takde la panggil dia abg.panggil nama je.nama dia Lan.dia mmg baik.cara dia tegur aku ke,tnjuk ajr ke bukannya mcm nak menggatal,tp sbg senior kpd junior.dia dah bertunang pun masa tu.(skrg dah kawin + anak sorg).


bila dtg lg sorg budak praktikal yg cun melecun,lelaki2 lain semua mcm nak menggatal,dia je tak.padahal yg menggatal tu laki org,bapak org.dia yg single tu pun tak menggatal.serius aku respek dia.


6 bln aku praktikal kat situ.lps aku habis praktikal,aku dah tak jumpa langsung dgn diorg2 ni.tp dgn Lan ni,ada jgk berYM dgn dia.dia rajin jgk tegur aku kat YM.tanya aku buat apa skrg,apa cerita skrg.


yg paling aku agak2 terharu jugak la,dia rajin carikan aku kerja.kalau ada kosong mana2 dia inform kat aku.kat company dia skrg pun ada kosong,bersungguh2 dia nak tlg aku.mintak aku hantar kat dia resume.ops lupa nak bgtahu,dia dah tak kerja kat company aku praktikal tu.dia dah dpt kerja kat tmpt lain.


even dia takde pertalian darah dgn aku,tp dia sgt2 baik hati.rajin tlg org.aku amat2 hargai pertolongan dia.bukan aku yg mintak,tp dia sendiri yg nak tlg.


hmm,ekceli aku takut kalau kerja atas pertolongan org.sbbnya kot la hasil kerja aku tak memuaskan,nanti tak pasal2 org yg rekemenkan aku tu dpt malu.tp apa2 pun mmg aku berterima kasih byk2 yg tak terhingga kat Lan.baru hantar resume je pun,blm kena panggil lg.tp kena panggil interview ke tak ke,aku ttp nak ucap terima kasih sbb dia sbb dia nak tlg aku.bukan sekali dia tlg aku carikan kerja,tp 2,3 kali jgk la.baiknya hati Lan.


aku harap dia hidup bahagia hingga akhir hayat.:)


p/s: org baik akan dibalas baik.:)
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku yang pelupa.





salam.


aku dari dulu mmg ada penyakit pelupa.tapi takde la lupa sampai tahap nyanyuk ke.setakat lupa sikit2 je la.mcm cth:




1. susah nak ingat apa yang dibelajar.
    
aku bila study mmg ssh nak masuk apa yg aku baca tu dlm kepala.walau jenuh aku menghafal pun mesti aku akan lupa balik.terutamanya subjek yang kena membaca ni mcm sejarah.sbb tu la dari sekolah rendah sampai le ke matrik,result aku cukup2 makan je.subjek math je aku ok sbb otak aku ni jenis otak mengira.


2. lupa letak barang kat mana.


ni selalunya jadi bila brg tu aku baru ltk beberapa saat/minit yang lalu.aku pun heran kenapa.contohnya baru je aku letak 1 benda ni kat 1 tmpt,bbrp minit lps tu aku dah lupa aku letak kat mana.so mula la aku kelam kabut cari.


3. suka hilangkan benda2 kecik.


selalunya benda2 kecik mcm kerongsang dgn getah rambut mmg akan bertukar2 sbb aku tak ingat aku letak kat mana.sepatutnya aku kena ada tmpt letak khas utk brg2 ni utk elakkan hilang.tp aku ni jenis suka letak merata2.so senang la hilang.mcm kerongsang tu kan.benda tu kan kecik.bila jatuh je dah tergolek ke mana2.kalau mcm getah rambut tu,kdg2 nak elakkan dia hilang,aku suka ikat kat telinga teddy bear.hehe.pendek kata,2 benda ni la yg jenis tak thn lama.asyik bertukar2 je.




tp lately ni tahap pelupa aku dah makin kronik kot.yg pertama,2x dah aku lupa nak tanggal kunci motor.1st,masa keluar pegi karnival wow & alamanda dgn mashi.masa pegi,dia yg bwk.masa blk,dia turun kat bus stop lps tu aku bwk sorg blk ke rumah.sampai kat rumah,blh pulak aku lupa nak cabut kunci motor.kakak aku yg perasan.naseb baik xde org curi motor lg.


yg ke2 masa pegi kedai nak beli brg.masa kat kedai elok je aku tanggal kunci motor.tp masa blk umah aku lupa nak tanggal.sekali lg kakak aku yg perasan.haishh apa nak jadi la.


lps tu kes smlm.pagi smlm lps sumbatkan anak2 buah aku dlm keta,aku kesakitan perut yg teramat.biasanya aku mandi ke,berak ke kat toilet dlm bilik aku kat tingkat atas.tp disebabkan tak thn sgt2,aku masuk terus toilet kat tingkat bwh.lps memerut aku terus lepak kat atas.turun time nak masak je.lps kakak aku blk smlm dia tnye aku,


"ada guna toilet bwh ke?"


aku jwb, "ada,kenapa?"


kakak aku ckp, "air lupa nak tutup"


adoyaii...dah mcm org tua dah rasa.adakah aku hampir ke tahap amnesia?mintak jauhhhhh.




p/s: nasib baik tak lupa diri lagi.
Terima Kasih baca KISAH aku.

kerempeng??.

salam.


mata dah ngantuk2 tp ttp nak updet.tiba2 lately ni aku mcm risau lak tgk diri sendiri.tiba2 rasa mcm kurus sgt2 pulak.pttla ramai ckp aku keding la,kerempeng la,kering la.mula2 aku takde la rasa sgt.tp bila timbang berat baru ni,sah berat aku makin menurun.dah kurang dr target asal.


ni bkn aku ye.gmbr hiasan semata2.

erm.masa sekolah dulu aku mmg dikategorikan kurus.lps tu bila dpt PLKN,berat aku naik mendadak sampai 6 kilo!msti korang heran kan?sepatutnya mesti lg kurus,ni terbalik pulak.hehe.mana taknya,kami dihidangkan mkn sampai 6x sehari padahal aktiviti tak brp sgt.yela,1st batch la katakan.baru sesi permulaan.sbb tu tak ada benda sgt pun.batch slps kami baru diorg ragging betul2.hehe nasibla.:)

habis 3 bln training PLKN,ramai yg tegur aku makin berisi.tgn aku mmg ketara semakin bsr.haha.tp aku tak ambil peduli pun.aku sjk dulu mmg takde istilah diet dlm hidup aku.aku suka mkn.tak kira la mknn tu brp kalori pun.semua aku bantai!

aku start nak kuruskan badan masa 2nd year kat U kalau tak slh.kalau ikutkan mmg taknak pun.mcm aku ckp td,takde istilah diet dlm kamus hidup aku.disebabkan nak pakai seluar kakak aku la aku terpaksa kuruskan badan.kenapa?sbb masa tu ada annual grand dinner.aku nak pakai baju ala2 funky (gaun+seluar).takde seluar cantik pulak masa tu.dok fikir kalau beli takut tak pakai2 pulak lps tu.so nak pnjm la seluar kakak aku.kakak aku ni sgt2 la kurus.mmg seluar dia aku takleh nak masuk.maka sbb tu la aku diet.tp aku diet takde la sampai tak mkn.mkn mmg wajib!ada org sampai tak mkn nasi langsung.aku tak mcm tu.nasi mmg wajib ye.hehe.so cara aku,mkn tp kuantiti sikit.nasi aku ambik sesenduk je rasanya.lps tu kurangkan mkn ayam,mkn sup daging je.minum air suam je.cara aku ni berjaya kurangkan berat aku sebanyak  4,5 kilo kot dlm masa 3 bln.:)

lps tu aku mcm puas hati sgt lak dgn berat badan mcm tu.jadi aku maintankan.tp selalu jgk dok naik-turun-naik-turun.

aku rasa aku start makin kurus sjk duduk kat rumah sewa masa aku kerja dulu la.mula2 masa duduk berempat kitorg rajin jln2 cari mkn mlm2.tak pun masak je.tp bila dah tinggal berdua pulak,pencarian mknn tu dah makin mls.sbb ber2 je kan,nak msk pun mcm rugi.dapur tu jrg2 berasap.ktorg mkn masa blk keje tgh ari je.mlm mkn ringan2 je mcm buah ke,kellogs ke.kdg2 bila rasa lpr sgt je baru kuar cari mknn.

lps tu skrg ni pun,aku duduk dgn kakak aku.bila kakak aku g keja,aku sorg2.bila sorg2 mmg takde mood la nak masak beria.sbb aku sorg je mkn kan.apa yg aku msk hari2 simple je.ayam goreng,tak pun goreng nasi.nasi pun masak 1 pot je utk aku sorg.kakak aku blk keje tak mkn sbb dia jns tak mkn mlm.aku pun dah terikut2 dia pulak tak mkn mlm.hukhuk.kalau duduk dgn mak mahu mkn berganda2 kan.

huu sbb tu la aku makin kerempeng ni.aku nak start mkn byk blk ni nak kasi makin berisi sikit.kurus sgt lak aku rasa.ni minggu ni pun byk gak aku mkn.mcD je dah 2x dlm seminggu.siang td pun ada mkn2 dgn family,aku mkn sampai perut dah tak blh nak muat dah.harap2 dpt la naik sekilo 2 ke,jadi la.:">

p/s: ada sesetengah lelaki tak suka perempuan kurus.

Terima Kasih baca KISAH aku.

pakai tudung tapi baju baby T dgn seluar paras lutut.

salam.


apa yg korang fikirkan bila baca tajuk entry aku yg ni?mesti korang akan ckp "baik tak payah pakai tudung kan kalau mcm tu?"


contoh gambar yang tak memenuhi kriteria bertudung - ihsan dr pakcik google.

sebenarnya ni yg aku alami baru kjp td.kisahnya bapak aku nak keluar kjp pegi kedai.pastu anak buah aku si dak tecik umur 2 thn tu nak ikut.mak aku pon suruh la aku ikut sama sbb sng nak pegang dak tecik tu.

aku bila kat rumah je mmg aku pakai simple je.baju baby T kecik dgn seluar paras lutut.cukup.so bila nak kena keluar tu aku pon nak tukar baju la.

mak aku ckp "tak payahlah tukar2 baju.pakai je la baju tu.tak payah keluar kereta.pegi ambik tudung mak tu pakai!"

so aku pon capai la tudung express mak aku tu.sarung gitu je.mcm tak caya je aku leh keluar pakai mcm ni.dgn tak berbedaknya.mmg selebek gila la.haha.confirm la aku tak keluar kereta kan.gila apa?

rasanya lebih kurang dlm gambar tu la pakaian aku td.bezanya seluar aku paras lutut.haha.


p/s:terasa mcm bibik je bila berpakaian mcm tu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

makcik?.

salam.


tadi aku berkesempatan pegi psr mlm blkg rumah aku ni.dah lama tak pegi psr mlm sini.almaklumler bila aku balik sini mesti time weekend.kali ni aku balik time weekdays so dapat la aku pegi.


aku bwk sekali anak buah aku yg nak masuk umur 2 thn tu.letakkan budak tecik tu dlm stroller sng sikit nak control.tgh dok jln2 tiba2 ada sorg budak lelaki dlm lingkungan 7-8 thn tegur aku.


"makcik,kasut dia jatuh!" sambil bg sblh kasut anak buah aku.


makcik kau panggil aku?mentang2 aku bwk 'anak',ko panggil aku makcik ye.jatuh saham aku.wawawawa.


takpelah dik.naseb baik kau kecik lg.so aku maafkan.hehe. 
Terima Kasih baca KISAH aku.

fakta mengenai aku.

salam.


saja je nak share kelemahan aku kat sini.blh ke sebut kelemahan ye?hehe.


1) aku gila internet.tv pon aku ketepikan demi intenet.blh berjaga sampai pagi2 buta mengadap internet aje.


2) aku cpt stress.cpt sentap.cpt tension.aku x blh org push2 aku.


3) aku jns yg tak blh ingt jalan.kalau ada sapa2 yg suruh bwk dia ke mana2 mmg aku failed!haha.jalan g rumah aku kot yg aku ingat.


4) tak tahan dgn bau bkn2 bila dlm kereta.perfume kereta pon tgk jenis kot.ada bau yg aku tak thn sampai nak muntah.


5) kelemahan paling bsr,bila masuk kereta je sure aku tidur!hahah.xtau la kenapa aku cpt ngantuk bila dlm kereta.tambah2 kalau tak ada org yg chit chat ngan aku spjg perjalanan.maka aku tidur je la.kui3.


dah2 tu aje la.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com