29 Februari

Assalam...


lupa pulak nak update pasal filem 29 Februari. aku dah tgk filem ni masa cuti merdeka hari tu. tgk kat wangsa walk. aku tgk yg biasa punya je, bkn 3D. sbb kat situ xde 3D. lgpun kalau tgk 3D tiketnya mahal lg. even yg biasa pun RM14 dah skrg. hukhuk.

citer ni mengisahkan Budi (Remy Ishak) yg dilahirkan pd thn 29 Feb 1896 (thn lompat) & umurnya meningkat setiap 4 thn sekali disebabkan 29 Feb tu kan setiap 4 thn sekali je yg ada. 

Budi jatuh cinta dgn gadis cina nama Lily & percintaan ditentang hebat oleh family Lily disebabkan faktor lain2 agama.

tp Budi ni sgt setia even Lily dah hilang ntah ke mana tp dia tetap tunggu. diorg 'terjumpa' balik pd thn 2012. kalau ikutkan umur Budi masa tu dah 116 thn, tapi sbb umur dia meningkat setiap 4 thn sekali, so umur dia masa tu 29 thn. so masa dia jumpa blk Lily tu, perbezaan umur diorg dah jadi ketara sgt2 la.. Lily dah tua kerepot dah masa tu. kira dah mcm nenek & cucu.

ok review aku,

bg aku citer ni not bad la. xde laa nak kata woww hebatnya, korang mesti tgk, terbaik giler ke apa. tp ok laa dr filem2 lain yg ntah hapa2 je skrg.

tp aku baca pendapat org yg dah tgk kat forum, ramai jugak kutuk2 ye. dgr citer kutipan pun tak memberangsangkan. meh aku nak komen sikit:

pendapat org:

1) ada yg xleh terima part Budi yg xde pedoman, g tonggang arak semata2 sbb kecewa dlm cinta.
-bg aku, setakat 1 babak bbrp minit tu je pon org dah x puas hati. ekceli byk lg filem yg lg teruk dr ni. mcm filem HACKS (hanya aku cinta kau seorang) tu, aku dah tgk.. masyaAllah teruk gile life remaja dlm tu. clubbing, peluk2 laki pmpuan.. ada gak filem2 rempit.. kalau yg jns mcm tu lagi laa xleh jadikan tontonan. nak2 utk bdk2 kecik. mcm mana laa nak elak gejala sosial kalau filem/drama Melayu skrg pon dok tayang benda tu je? dgr citer filem Jiwa Taiko pon teruk jugak.

2) ada yg xleh terima ketidaklogikan umur Budi yg meningkat 4 thn sekali tu.
-yap mmg laa ikutkan x logik. in reality, org yg lahir 29 Feb semua meningkat umur setahun sekali je kan. tp ni laa kelainan yg Edry cuba nak sampaikan. kalau ikutkan, filem omputih lagii laa byk tak logik kan. tp korang lyn je kan?

3) ada yg kata ada ke lelaki sesetia Budi kat dunia ni?
-yg ni no komen. sbb rakyat Malaysia pon dah brp jota so aku xtau pe'el sorg2 mcm mana. mungkin ada, mungkin xde. alaa, standard laa drama/filem msti kisah cinta teragung kan.

4) ada yg rasa xleh terima part2 nyanyi dlm filem ni
-dah nama pon filem muzikal kan, ni kira ok lagi sbb xde part menari guling2 pusing2 pokok mcm filem hindustan tu.

tu antara pendapat aku. tp lain org lain citarasa kan. ada yg kata aku suka filem ni sbb Remy Ishak. ehhh, aku bkn tgk pelakon. mmg la tak dinafikan aku akan tgk filem tu kalau ada pelakon yg aku suka. tp kalau dah citer tu tak best, ttp x best. kalau best, best la. mcm drama Sabar Oh Sabar yg tyg kt tv masa raya baru ni. even Remy Ishak ada dlm tu tp aku x suka pon citer tu. filem Jiwa Taiko pon, aku tgk skjp je terus x lalu nak tunggu sampai habis.

mcm yg aku ckp mula2 td, aku takde laa nak kata filem ni sgt2 hebat. tp sekurang2nya dah ada filem yg berkualiti kalau nak dibandingkan dgn filem yg hampeh skrg mcm Hantu Bonceng, Ngangkung, Man Sewel Datang KL, byk lagi laa.. setakat kisah hantu merepek2 mcm tu better tyg kat asteruk je. thp telemovie je. last filem yg berkualiti aku tgk, Papadom kot. lps tu dah xde filem yg blh dibanggakan dah.

aku puji kat Edry sbb berani buat filem yg mcm ni. bg aku dia teliti. aku perasan era2 dlm filem ni semuanya bertepatan. dari segi pakaian, dialog, environment & sejarah semua tepat. mcm cth masa thn 1957, tunjuk suasana kat Stadium masa Tunku Abdul Rahman umumkan kemerdekaan. masa thn 1965, tnjuk part ada sorg ni baca paper tajuk dpn dia "Singapura Keluar Malaysia". masa thn 1980-an tnjuk filem Ali Setan kat panggung. mcm2 lagi la.

tp apa2 pun aku tunggu Malaysia buat filem Islamik mcm Ayat2 Cinta & Ketika Cinta Bertasbih tu. aku rasa blm ada lg filem2 mcm tu kat Malaysia. tak abis2 buat kisah remaja sosial. xde tnjuk tauladan langsung. Nur Kasih tu ok laa blh dikategorikan Islamik gak. tp mcm citer Metrowealth buat tu, semua nak sama je kisahnya. Syurga Cinta, 7 Petala Cinta & yg terbaru Salam Cinta semua jln kisah lelaki tu xde pendirian agama then jatuh cinta dgn perempuan bertudung & alim. xde kisah lain ke?

ok, penat membebel. hahahaha.






Terima Kasih baca KISAH aku.

0 penyibuk:

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "29 Februari"
No Comment Add your own!
Filed under
Posted on Wednesday, September 12, 2012
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com