training...training...

Fuhh...berlalu la sudah 2 hari aku training... 


aku antara team yg akhir2 gak g training.. 1 team, 3 org. yg lain2 semua dah pegi sblm puasa lg.. aku & team aku ingt nak g sblm puasa ari tu. tp bila ckp kat bos, dia ckp g pas raya la...


ni dah btl2 habis raya baru aku teringat blk yg team aku x g lg. so aku gtau supervisor aku. akhirnya dpt gak pegi smlm n hari ni.


kisah aku training ni, kitorg kena pegi site. ktorg kena pegi kat ibusawat PJ. sbnrnya apa perlu nak g site tu kan? errm, mgkin nak bg pendedahan kat kami suasana & bgmana cara technician bekerja. yela, selama ni kerja kami just dgr mslh customer & arahkan technician je kan. at least, ngan adanya training mcm ni dpt la ktorg tau mcm mana ssh pyhnya technician (kami gelarkan RNO) bekerja. jgn main mengarah je. hak2.


tp yg tak bestnya, kat situ jrg2 dpt doket school broadband (SBB). ktorg kan kerja under SBB. yg byknye kat situ doket streamyx & unifi. 


hari 1st, ktorg kena ikut tech buat doket streamyx. kami 1 team kena berpecah. sbb kereta yg di'provide'kan kpd tech guna (viva) leh muat 2 org je sbb bhgn blkg penuh ngan brg2 diorg. pendek kata, kena g ber2 je la ngan diorg kan. tech yg aku dpt muda lg dlm lingkungan 28-30 kot. haishh berdebar gak kena naik kereta ber2 je ni. aku ni jenis org yg x reti nak start sembang. msti aku akan senyap je. kalo org tu yg start sembang kencang ngan aku xpe. aku leh ikut rentak dia. tp kalu aku yg mulakan, mmg ssh la.


aku perasan 3 jari kat tgn kanan & 3 jari kat tgn kiri tech aku tu ada inai. sah2 baru sgt kawen. janggal lak aku rasa. yela, kuar ber2 ngan pengantin baru. watnya ada kwn2 dia or kwn2 wife dia nmpk ke, jd bhn gosip lak. udahle 2x berhenti mkn. dok la mkn ber2 kan. xpe la, yg penting dia belanje. muhahaha.


mcm2 jns mslh customer psl streamyx yg ktorg dpt. yg kelakar pon ada. paling x thn, apek cina ni nak g Thai, nak bwk laptop dia skali. dia tnye, mcm mana nak setting internet kat sana. rupenye dia ingt streamyx umah dia tu leh guna kat Thai. aiyooo. jenuh tech aku tu ajr dia mcm mana nak detect wifi bila smpai kat Thai tu. ternganga je dia. ntah ingt ntah tak. hahaha.


hari ke2 lak ktorg kena ikut team unifi. tech yg wat doket unifi ni biasanya akan pergi ber2 sbb kerja unifi ni rumit sikit. diorg akan naik van. aku dpt 2 org tech ni. pegi ber3 la ngan diorg. tgk muka diorg mcm ala2 umur aku je. mula2 segan gak nak sembang2. tambah2 diorg dok dpn, aku blkg. ssh nak sembang. tp bila diorg dah stat tegur tu.. lama2 mmg best la. mcm knl lama dah. muka dah le leh thn masing2. yg sorg tu mcm fahrin gitu. i likee. 


best la diorg, ramah2. tp yg x best, bila diorg tau aku exec, diorg mcm pandang aku tinggi sgt. padahal exec je pon. bknnya manager kann.. mula2 siap panggil bos lg. adoi, aku pon pekerja bwhan gak. bknnya bos. pastu x abes2 mention psl aku ni exec.. siap sebut2 gaji lg. bajet aku gaji tinggi sgt je. ceh!


ngan team unifi, aku dpt ikut skjp je. sbb diorg biasanya abis wat kerja lewat2 ptg.. so pas lunch (diorg belanje yg pastinya haha), diorg anta aku blk ibusawat. diorg pon rehat2 kjp, solat zuhur.. pastu kuar blk.. setakat tu je perkenalan aku ngan diorg. pasni msti aku akan rndukan klon fahrin ahmad haha. (skrg pon terbayang2 dah ni).


ermm aku pon xtau apa yg aku dpt dr training ni... sbb setakat tgk diorg wat keja, masuk telinga kiri kuar telinga kanan kot. bknnya ada tnjuk ajr sgt. mcm yg streamyx tu, tgk2 dia tkr2 modem customer je la, x pon tkr wyr. tp tech aku mula2 tu ada gak la bwk g kabinet, tnjuk2 port, jump wire, dslam,rdslam sume. (pening).


mcm yg unifi tu pon sama gak. mula2 dah la melangut aku tgk diorg pnjt tiang utk tkr kabel. pastu tgk je diorg tkr2 modem, setting2 unifi bagai. aku mcm ikut je la bontot diorg tu. tp yg pasti diorg sempoi! haha.


berakhir sudah training. masa nak blk, sempat ucap terima kasih kat staf2 n ketua yg ada kat situ aje. kat tech2 yg bwk aku g site tu, x smpt pon ckp terima kasih. masa aku nak blk, diorg x blk dr site lg. apa2 pon jasa diorg ku kenang. eceh!


p/s: ada hrpn tak nak jmpe klon fahrin ahmad lg pasni? haha.
Terima Kasih baca KISAH aku.

0 penyibuk:

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "training...training..."
No Comment Add your own!
Filed under
Posted on Thursday, October 20, 2011
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com