akhirnya menang....


assalam...

heheh...disebabkan aku takde kerja dah utk hari ni, maka aku updet la blog. saja nak share kegembiraan. hehehe.

tgh hari td pas aku blk mkn, tgk ada msg skype dr hyun, dia ckp dangau grup aku iaitu DANGAU SEMARAK NUR KASIH menang no 1. pd masa yg sama gak adalia dr dangau jamiah tls kat wall fb aku wish congrates. baru je pegi mkn kjp dah ada keputusan dah. haha. terkejut aku. terus2 je aku g tgk result kat thread borak tu.

serius tak sangka leh menang. sbb baca juri awam, tak ramai pun yg undi dangau kami ni. baca juri khas punya komen pun tak byk yg puji. ada jgk yg kutuk2. tak mcm dangau gonjeng, leh kata semua puji. berdasarkan komen2 diorg tu aku jangkakan paling koman pun no.3 kot. tp wah, no 1 tu! hak2. thanks byk2 kpd juri awam & juri khas.

ni aku tepekkan komen2 juri khas buat tatapan. hehehe.


JURI 1
Penerangan yang jelas mengenai keluarga Dangau. Kerjasama yang baik kerana terdapat kesinambungan dalam setiap watak. Gambar-gambar yang dipilih menarik. Cuma agak stereotype…terlalu terikut dengan dangau2 yang pernah bertanding dulu..kurang kreatif. Biasa-biasa sahaja.

JURI 2
watak keluarga yg disenaraikan agak xmenepati citarasa sebagai satu famly ye best tapi ok lah sebab nak tunjukan sikap 'no body perfect kan' cuma sikap anak2 dia kalau luaran agak xsesuai jadikan bini... Watak ayah menarik... tak membosankan.. kelakar n menunjukan seorg yang kuat semangat dalam hidup.. watak ummi jalan cerita yang padat.. tapi makan masa untuk membaca [it's mean xberapa menarik]..  Watak kupurina jalan cerita yang biasa..bahasa yang kurang menarik.. watak Lolli kreatif dengan meletakan lagu untuk perceritaan.. watak miss jalan cerita yg ok tapi pnjang sgt.. keseluruhannya menarik sebab ikatan kekeluargaan nya yg erat,menunjukan walid n wife dia pandai didik anak walaupun anak2 dia ada yg perangai ala2 xmenepati ciri2 perempuan melayu terakhir.... di segi kreativiti, menarik..jalan cerita yg bersusuli gambar..terhibur dan xmudah bosan membaca walaupun cerita panjang.. kekurangan dan kelebihan : kekurangan kalau diberi dlm % = 10% sebab panjang yg lain2 semua ok n kretif dalam mencampur adukan cerita mereka,kaitan family mereka dengan yg lain.

JURI 3
Font ok tp pemilihan gamba baik n teliti serasi ngan jln cerita..cerita pun kemas n menarik

JURI 4
Jalan crita menarik tapi agak meleret. .Agak cliche tapi pandai buat olahan.  Ada stgh watak lucu sgt,suka baca.  Keseluruhannya cantik.

JURI 5
Jalan cerita yg biasa kita tonton di kaca tv. Bak kata seorang poremer - drama petang2 cuma ditambah dengan sense of humour. Ada kisah cinta dengan dangau bersebelahan. Kalau kisah orang kaya je mesti sume anak pandai2. Font utk posting 2# agak menarik tapi posting 3# dan seterusnya nampak biasa2 saja dan banyak menggunakan emot kuning..ini nampak mengganggu.

JURI 6
Saya suka membaca Dangau Semarak Nur Kasih ini. Seolah-olah saya berada dalam dunianya sekali. Setiap olahan tentang pengenalan dari tempat tinggal (Kg.) penghuni, aktiviti (pekerjaan), suasana rumah, persekitaran yang berlaku disekeliling mereka amatlah berkesan dihati.  Garapan penceritaan dari setiap ahli keluarga juga amat tersusun bermulanya ketua keluarga (Ayah) sehinggalah anak yg bongsu, seolah-olah kehidupan ini begitu nyata di alam realiti.  Membaca kisah Dangau Semarak Nur Kasih ini membuatkan saya tenggelam dalam fantasi yang amat indah dan bahagia disamping keluarga tersayang. Pengenalan setiap watak sangat terperinci dan membuatkan kita cepat memahami jalan ceritanya.  Pengenalan watak amat tersusun dan teratur.  Setiap watak memainkan peranan dalam penceritaan yang jelas dan terang. Kekemasan dalam menyusun setiap gambar dan jalan cerita amat bersesuaian sekali disamping setiap ahli ada cerita tersendirinya. Saya suka... Sesekali terselit kisah lucu dan kenangan silam yang terlalu dekat dan mesra diantara mereka. Kisah ini mengambarkan sebuah keluarga bahagia yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan yang harmoni lagi mesra alam.  Tiada persengketaan dan kekacauan perasaan yang ditimbulkan menandakan mereka adalah sebuah keluarga yang ‘sporting’.  Pemilihan watak, gambar dan suasana persekitaran (rumah, bilik, ofis, serta aktiviti mereka)  memang kena dengan setiap karekter yang ditampilkan.. Apa yang saya suka adalah pemilihan avvy dan nama setiap ahli bertepatan dengan watak dan karektor yang dipilih. Tahniah saya ucapkan kepada warga Dangau Semarak Nur Kasih. 

JURI 7
Dangau menepati konsep peraduan - Rumah Ku Syurga Ku.  Susunatur penceritaan mengikut syarat peraduan.  Kreatif! Jalan cerita dan gambar-gambar kena dengan penceritaan.  Hiasan yang menarik.  Cerita yang punya logik dan menarik untuk dibaca.  Font yang digunakan kurang menarik.  Kredit tambahan - pemegang watak bersesuaian dengan watak.

JURI 8
Gambar & hiasan thread diedit & diatur dengan baik, kemas & tersusun.  font yang agak kecil, agak sukar untuk dibaca.  terlalu banyak kesalahan dalam ejaan & penggunaan shortform yang agak mengganggu.   penggunaan strikethrough yang terlalu kerap. di awal thread mungkin la 'kelakar', tapi bila banyak kali diulang, jadi tak kelakar lagi.  terlalu mencuba untuk 'buat lawak', tapi kurang menjadi. rasa terganggu dengan sifat 'angkat bakul', dan juga sikap anak2 yg agak 'celupar' bila 'buat lawak' tentang ummi/walid mereka. to me ianya agak kurang ajar.  - penggunaan gambar yang berulang2 bila masuk cerita tentang kedai kek watak adik.  asyik mengaitkan watak2 dengan kumpulan Haryan. seakan2 'menumpang'. tapi dalam masa yg sama, asyik 'mendowngradekan' watak2 dari kumpulan lain. agak kurang sopan la.  markah lebih untuk youtube dalam post penutup. usaha yang baik.  markah untuk ikatan kekeluargaan. nampak gembira & bahagia.

JURI 9
kelebihan - susunan cerita yg teratur.. setiap watak berkembang dengan baik.. penggunaan bahasa yg mudah difahami dah terasa bagaikan kuarga ni dekat di hati.. penggunaan gmbr yg menarik dan menceriakan.  kekurangan - terlalu banyak yg baik2 dan hampir sempurna n wajah ibu yg terlalu muda hampir lebih muda dari anak sulung.. sesetengah font sedikit sukar utk di fahami.

JURI 10
Penerangan watak, jelas.  Penerangan sikap setiap watak juga jelas.  Penggunaan bahasa yang dekat dgn pembaca..mesra pembaca
susunan cerita begitu menarik.  kreativiti-sangat menarik, kelihatan cantik dengan hiasan , grafik yg bagus.  kerjasama: ade sedikit miskomunikasi antara ahli, walaupun ia satu perkara kecil tapi menjadi besar.  kesimpulannya: kemas, menarik, teratur, bagus.

JURI 11
Idea yg menarik. Sgt kreatif.  Intro yg baik. Penutup cerita yg baik.  Ada unsur2 humor diselitkan menjadikan jalan ceritanya segar & tidak membosankan terutama post2 Dekesugi yg disampaikan dgn cara sederhana tapi lucu & menghiburkan.  Dangau ini menepati kehendak contest krn berjaya menampilkan sebuah keluarga impian yg harmoni & bahagia.  Keseluruhan cerita masih berpijak dibumi nyata kecuali ttg kehidupan mrk yg bertukar menjadi kayaraya selepas Walid diberi resort tempatnya bekerja dgn segala keuntungan hanya krn telah menunjukkan prestasi kerja yg cemerlang. Ia sesuatu yg tidak logik kecuali pemilik sebenar resort mempunyai sbb2 lain utk menghadiahkan resortnya spt terhutang budi dsb.  Penceritaan yg tepat & tidak mengelirukan selari dgn konsep permainan pondok2 krn semua peserta betul2 melakonkan watak yg mrk pegang menjadikan pembaca tau dgn jelas siapa yg memegang watak apa krn posting dibuat oleh watak itu sendiri dgn penggunaan kata ganti nama diri yg betul.  Watak perwatakan juga cukup berkesan seolah2 mrk melupakan sejenak identiti forum mrk dengan membuat posting mengikut watak di dalam dangau.  Gambar2 jugak menarik & disusun dgn kemas & selari dgn cerita yg disampaikan. Hiasan thread sederhana tapi cantik.  Pemilihan font juga tidak keterlaluan & font berwarna hanya digunakan ditempat2 tertentu saja menjadikan ia thread yg kelihatan bersih & tidak menyerabutkan pandangan mata.  Pujian patut diberi utk gambar2 yg diframekan dgn baik seolah2 ia adalah koleksi peribadi keluarga ni, bahan2 bantu spt lagu2 yg sesuai & youtube yg dibuat khas menunjukkan ada usaha utk membuat yg terbaik.  Kelemahan mungkin pada subplot yg seolah2 sengaja diadakan utk mengaitkan dgn Dangau Haryan.  

JURI 12
Menghiburkan, plot teratur bersambung-sambung, kreatif, gambar yang kena pada situasi, real!

 hahaha. mcm2 komen. yang paling tak tahan tu, ada yg kata "anak2 sosial, x sesuai buat bini."

apa2 pun mmg tak sangka lg menang sbb kitorg main buat je. dahle buat merapu2. baca dangau2 yg lain semua mcm serius ala2 mcm drama/ novel/ cerpen. yg kitorg ni, merepek2 je. hahaha.

aku rasa mcm sekali ni je la aku masuk bertanding. thn dpn tgk la dulu kalau aku rajin aku join la. tp mungkin tak le kot. kasi can la kat newbie2. lagipun byk dugaan wooo buat dangau ni. bygkanlah dr bln 3 tu buat, mcm2 ragam ahli2 grup aku. pastu mcm aku cite sblm ni, siap ada krisis ngan mod kan. mmg menguji ketahanan mental dan fizikal buat benda alah ni. hehehe.

apa2 pun segala dugaan dan cabaran sepanjang siapkan dangau ni memang berbaloi. 

thanks kepada dekesugi a.k.a walid yg bersusah payah reka cerita kasi menarik. mmg lawak watak walid tu. pandai deke menghidupkan watak walid. lawak laa deke ni.
 (sila baca dgn gaya mcm di bwh)




p/s: kalau aku baca blk dangau aku & dangau haryan tu mesti aku tak henti2 ketawa lg. merepek2 je kitorg. hahahhaha.

sapa nak baca dangau kami yg merepek ni sila ke sini :


baca sambil makan kerepek ye. 

Terima Kasih baca KISAH aku.

6 penyibuk:

hyunHMK said...

tahniah weh.. tak sia2 byk dugaan

miss yanyan said...

haha..tenkiu2..tahniah kat korg gak berjaya siapkan dangau..korg pon byk gak dugaan..terutamanya dugaan dr bangcak..hahahahha

mashi said...

tahniah3

miss yanyan said...

tenkiu2..hehe..

Fifi Nadhrah said...

kite menang.. yeayy..moh celebrate..

miss yanyan said...

moh open table..walid belanje..hahahhaha..

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "akhirnya menang...."
6 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Monday, May 23, 2011
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com