cotton island...

assalam...


lama tak updet blog kot...tak tau nak cerita apa...takde cerita best kot...tp takpe, aku cerita psl aku g pulau kapas weekend baru ni. 


akhirnya dpt jgk jejakkan kaki ke pantai timur. 1st time sampai ke Terengganu. yehaaa... aku pergi sini atas jemputan seorang rakan. seorang kena byr RM230, duit penginapan + bas + mkn minum. mula2 takde la rasa nak pegi pun tp disebabkan disponsor, aku pun pegi la. 


kitorg bertolak hari jumaat mlm lebeh kurang jam 11 mcm tu la. sampai kat Terengganu jam 6 pg. waa 1st time kot aku duduk atas bas selama 7 jam! naseb baik tak fening2. aku ni kalau naik kenderaan je mesti rasa loya2. mungkin sbb dok tidur je spjg perjalanan, so aku tak rasa apa2.


1st aktiviti bila sampai kat pulau kapas adalah snorkeling. jujur la aku ckp, aku ni takut sikit dgn air laut. kalau mandi tepi2 aku ok... ni kat tgh2 air yg dlm, perghhh takut beb! takde la pernah lemas ke apa, tp ntah...aku mmg penakut. tp perasaan nak mencuba tu ada. masa mula2 aku masuk dlm air tu, aku dah gabra. rasa mcm nak tenggelam je even pakai jaket keselamatan. lps tu aku tak pandai nak control kaki aku. last2 aku naik bot balik. surrender beb. haha. 


ptg tu pulak, g naik banana boat. naik 6 org, seorang kena caj RM15. mahal dr yg aku naik kat teluk batik tp berbaloi la sbb diorg bwk jauh2 lps tu kena campak tgh2 laut. haha. panik lagi aku, almaklumlah tak pandai berenang. naseb ada si deke tu. dia yg selamatkan aku. wakakaka. kalau tak ada org yg reti berenang dah selamat dah aku kot. sob3.


apa yg tak bestnya trip ni, mcm indah khabar dr rupa kot. dpt emel pasal tentatif program, mcm byk je aktivitinya. tp last2 kitorg buat aktiviti sndiri2 je. beria je aku bwk beg bsr sbb takut tak cukup baju.sbb dlm tentatif tu ada aktiviti masuk hutan la, memancing la bagai. tp takde pun. bila mlm kitorg borak2 je. best la dpt kenal member2 baru even sekejap kan. mcm2 ragam manusia dpt jumpa.


seronok jgk la trip ni. tp dlm seronok2 tu ada gak yg tak best. huuu...kalau blh tak nak ingt balik. tp mcm asyik teringat2 je ni. kalau ingt blk mcm nak nanges je. sentap beb! takpela, Tuhan nak uji hambaNya.


tu je la kot cerita pasal 'cotton island'. lps ni kalau ada trip mcm ni lg blh la nak join lg. 


p/s: harap satu hari nanti dpt pegi ke Sabah.
Terima Kasih baca KISAH aku.

0 penyibuk:

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "cotton island..."
No Comment Add your own!
Filed under
Posted on Wednesday, May 04, 2011
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com