batu api.

lama x updet blog. biasala aku ni dah makin malas. cuma kali ni aku terasa nak updet sbb nak share 1 citer yg sgt sgt menyakitkan hati.

apa perasaan korg kalau dpt kwn yg batu api? sakit ati kan? mcm tu la yg aku rasa skrg.

kisahnya, aku asalnya menyewa ber2 ngan sorg kakak ni. dia ni anak tuan umah. so kira dia mcm ala2 berkuasa la kat umah tu. byk perangai dia yg aku x berkenan. tp mls la nak citer kat sini. lgpun aku ni pon byk gak perangai yg kurang baik kan. so xpe la aku pendam je la. yg blh aku katakan, dia gila kuasa. yes, taula rumah tu kira rumah dia gak kan. tp sama2 share byr bil2 & belanje2. ok cth, astro sama2 byr. tp dia je konker tgk tv. bila aku mntk nak tgk apa2 cite, dia buat muka & tolak ngan kasar remut ke aku. pastu terus masuk bilik. eh, bknnya hari2 pon aku tgk tv. dlm seminggu tu brp kali je kot aku nak tgk cite yg aku nak. bila dia tgk bola, aku x kaco pon kan. lg 1, duit belanje dapur share2. tp dia yg byk guna. xpela aku halalkan je la. perangai yg lain, xpela aku xnak citer.

bln lps, kwn 1 skolah ngan aku dpt kije kat KL, so dia tanya aku kot2 dia leh menyewa ngan aku. aku tanya kakak tu, dia ok. so skrg menyewa ber3. apa yg aku pasan, kakak tu nmpk la mcm try nak rapat2 ngan kwn aku tu. aku x kisah pon sbb aku pon rpt ngan kwn aku. so lantak kau la kan. 

awal bln 5 ari tu aku g kuching ngan kakak tu & mak dia. plan asal ngan kwn2 aku tp kwn2 aku sume last min x dpt g, so aku g la ngan kakak tu & mak dia. masa kitorg kat kuching, rupenya dia ada watsep kwn aku tu. kwn aku tu baru tnjuk watsep tu kt aku kelmarin. agaknya dia x smpai ati kot nak sembunyi lama2. watsep tu tls lbh krg mcm ni: (Y utk aku, A utk kwn aku)

kakak : Y ada ckp kat A x nak beli apa2 utk A kat kuching?
kawan: xde lak.
kakak : ermm.. nama je besfren tp langsung x ingt kwn sendiri kan? xpela, nanti kakak beli something special utk A ok? nanti kek lapis pon kita mkn 2 org je tau. kakak mmg ingt kat A dulu baru ingt kat family kakak tau. lg 1, yg dia beli brg byk2 kat kuching ni A tau x nak bg sapa? (aku mmg ada beli keychain byk2 nak bg kt kwn2 aku)
kawan: xtau lak. yg A tau dia ada ckp nak belikan something utk kwn dia yg bwk dia jln kat johor ari tu. nak kenang budi katanya.
kakak : ermm.. dah agak dah mesti ada nak beli apa2 utk mamat tu. ntah ingat family ntah x tu.

see? mcm batu api kan? aku siyes xleh terima dia ckp aku ni ingt family ke x. ehhhh tlg sikit. aku beli kek lapis byk2 pon sbb nak bagi kat adik badik aku. beli tshirt utk semua anak2 buah aku. utk mak n bapak aku pon aku ada belikan apa2. membakar hati aku baca. aku rasa dia mcm saja je nak jadi batu api & buruk2 kan aku. yela, aku beli brg2 tu semua dpn dia kot. motip sgt leh ckp aku x ingt family lg kan?? tshirt2 utk anak buah aku tu, aku siap bentang atas katil hotel lg.. tunjuk kat dia. gelang utk anak buah pompuan pon beli ngan dia. aku siap mention lg, ckp nak beli utk anak buah pompuan. mcm teruk sgt je perangai aku kan? xtau la apa motip dia mcm tu. 

kawan aku ckp, sampai skrg xde pon kakak tu bg apa2 kat dia. kek lapis pon x pelawa. at least aku ada gak bg keychain n pelawa kek. ckp kemain lg kan? Tuhan nak tnjukkan kebenaran kat kawan aku tu. mmg la aku x mention nak bg apa2 kat kawan aku, tp dlm hati ada niat. btl x? nasib baik kwn aku tu mmg x amik port sgt. yela dia knl aku dah bertahun2.

tapi aku amik sikap berdiam diri. aku mls nak gaduh2. kalau aku tiba2 bgtau dia yg aku tau dia ckp2 psl aku, nnti kwn aku tu jgk terkena tempias sbb citer kat aku kan. ermm ntah la.. xtau sampai bila aku nak tahan dok situ. 

hari tu masa besday kawan aku tu pon, dia ckp kat kwn aku nak celebrate tp xnak ajk aku. bangang kan? padahal aku pon dok umah tu jgk. kawan dah lama pulak tu ngan kwn aku tu. ermm. sakit ati sgt.

xpela, org yg mcm ni nanti akan dpt balasan jgk. percayalah.

p/s: ssh nak jumpa kwn yg btl2 kwn sejati.


Terima Kasih baca KISAH aku.

5 penyibuk:

mashi said...

ko ajak A pindah je la

miss yanyan said...

aku kalo btl2 nak pndah aku dok ngan akak aku je huhuuh

Fifi Nadhrah said...

aku pon sokong kawan ko tu.. ko ajak A tu pindah.. biar akak Z tu terbakar dengan batu apinye..

Time Traveller said...

kadang2 kalau kita kene kan balik pun best hahaa.. ajak je si A tu pindah kan :D

MUMMYIZZ @4 Hero Izz said...

ko dh pindah ke?

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "batu api."
5 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Tuesday, May 28, 2013
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com