C.B!!

semalam aku mc.


kisahnya hari selasa baru ni aku puasa. utk berbuka aku tapau nasi goreng ayam + sirap limau. tu je la yg aku mkn utk hari tu. mlm tu aku dah stat sakit perut tp xde la teruk. setakat rasa mcm masuk angin biasa je.


hari rabu masa aku bangun pg nak g kije, aku sakit perut lg. nak melepas tp x berjaya lak. so g je la kije cam biasa. masa bekpes xtau la knp aku mcm ala2 xde selera la nak mkn. aku beli ns goreng tp jamah gitu2 je. then aku beli milo ais buat lapik perut. tak lama pastu sakit perut menyerang blk. aku cibir. tau kan cibir tu apa? atau nama saintifiknya cherry berry. haha.


byk kali aku dok ulang alik toilet je. sakit perut xyah ckp la mmg sakit gile2 la. so aku ckp kt opismet aku nak blk. x lrt rasanya. rasa mcm nak rehat2 je. dkt2 kul 3 aku berambus dr ofis. gagah jgk sakit2 perut pon naik tren. masa nak tkr tren kat Jamek, tren kat situ lmbt lak sampai. aku dah tak tntu arah. aku pon dgn selamba badaknyaaa mencangkung tggu tren. lantaklaaa org nak kata apa.


sampai2 je tren, nasib ada tmpt duduk. yela bkn time org blk kije kan. aku duduk mmg dah x betul dah. rasa mcm lambat sgt je nak sampai umah. peluh menitik2 dah. aduhh mmg btl2 x thn dah. sampai je kat stesen kt umah aku tu, aku naik teksi suh anta ke umah. selalunya aku jln kaki je. tp dgn keadaan mcm tu xde psl la aku nak jln. x lrt dowh.


sampai umah terus la aku lepas hajat semua & rasa letih sgt2. lega dpt tidur huhuhu. mlm tu dah kurang dah sakit perut tp rasa sakit kepala lak. aku tdo awal.


smlm pg masa bgn nak g kije, kepala aku rasa berat sgt2. perut pon sakit2 lagi. makanya aku x g kije. nak xnak kena g klinik gak. aku ni jns x suka g klinik. bkn sbb apa, rasa mcm satu pembaziran. kena byr mhl2, ubat bkn mkn sgt. setakat mkn bbrp biji je dah rasa ok dah kan. so yg selebihnya terbiar gitu je. tak ke rugi? tp kalu x g klinik x dpt mc. aku dahle blm permanent. kalu EL kang kena potong gaji. byk lak tu dlm lebeh krg RM70 ++. 


dgn kepala berat yg teramat2 aku gagah jgk g klinik kt umah aku tu. 1st time g klinik tu xde org. so cpt la aku jmpe doktor. kena mrh dowh aku ngan doktor tu. sbb aku cite stat rabu tu dah sakit2 perut. dia mrh sbb aku lmbt g klinik. mcm2 dia membebel kat aku sampai aku ckp aku sakit kepala pon dia x dgr. sudahnya ubat dia bg tu xde ubat sakit kepala la. terpaksa aku beli panadol kat kedai runcit. ha kau!


blk umah pas mkn & mkn ubat semua, aku terus pengsan. bgn2 tdo rasa lega sgt2 dah. Alhamdllh. huhu. hari ni dah OK dah. aku xtau la punca sbnr aku mkn apa sampai jd cibir ni. kalu ikutkan lps berbuka la aku jd camtu. sblm ni pnh je mkn kat kedai tu ok je xde mslh. hosmet aku tau dia bising2 je sbb tu kedai peberet dia. dia bising dia ckp selama ni dia mkn ok je. siap tnye aku, masa aku mkn tu ada ke rasa basi2?? aduhh. mungkin la masa aku mkn tu tak bernasib baik. mana tau masa tu ada anasir luar yg termasuk ke tanpa disedari. tak pon air sirap limau aku minum tu, limau tu dah busuk ke. mana tau kan? apa pon aku nak boikot kedai tu. ngahahaha. tak memasal je kan?




p/s: aku teringin blackberry tp yg dpt cherry berry. sbr je la!
Terima Kasih baca KISAH aku.

2 penyibuk:

hyunHMK said...

WOWWW BLUEBERRYYY

miss yanyan said...

punahh la hron nak pakai belekberi.. bulan2 byr mahal..huhu.. x mampu teman.. makan jem blueberi je la jawabnyaaa

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "C.B!!"
2 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Friday, May 25, 2012
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com