EDISI : NANGES LEBAT



Lokasi: ofis
Tarikh: 16 Nov 2011
Waktu: lebih kurang jam 5.45 pm


Aku masih lagi di ofis. Hujan di luar renyai-renyai. Terasa malas lagi nak balik. Maklumlah, drama Soffiya dah habis, jadi tak payahlah aku tergesa-gesa balik lagi. Drama baru ni malas pula nak ikut. Penat hari2 rushing balik semata-mata nak tengok drama.


Bila dah habis waktu ofis, apa lagi, tengok facebook je la aku. Tengah dok tengok-tengok status kawan-kawan di fb, ternampak status Que.


"sgt2 x sbr nak jumpa 'seseorang'...fufufu-with Nas and Kayam."


Hatiku tertanya-tanya, Nas datang KL kah? terus aku mencatatkan komen di status Que.


"oi nak jumpe sapa?"


Tetapi tiada respon. Tak lama kemudian, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Oh, dari Que.


"Sedehhhh doe"


Ringkas sahaja respon aku bertanya.


"Npe?"


Lama. Tiada balasan. Biasalah Que, suka balas mesej lambat-lambat. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini ada panggilan masuk. Tertera nama di skrin, Kayam. Eh, tak pernah-pernah Kayam telefon. Aku agak kehairanan.


"Kup..kayam ni..kau kat mana?"


"Aku kat ofis ni.."


"Ooo..ko balik bila?"


"Kejap-kejap lagi balik la..kenapa?"


"Jom jom lepak masjid jamek. Aku dengan Que ada kat situ"


"Ok ok. Aku gerak sekarang jugak."


Tiba-tiba je Kayam ajak jumpa saat-saat terakhir ni. Hatiku kuat mengatakan yang Nas ada di KL. Berkobar-kobar aku nak jumpa dia. Maklumlah tak pernah jumpa. Di kala hujan renyai-renyai, aku jalan dengan laju untuk cepat sampai ke destinasi yang dinyatakan Kayam.


Dalam perjalanan, Kayam hantarkan sms. Katanya dia tunggu di depan McDonald's.


Sampai sahaja di Masjid Jamek, aku tercari-cari di manakah McDonald's.


"Kayam, mcD kat mana ye?"


"Ko turun dari arah mana ni?"


"Aku ada dekat-dekat jalan menghadap Burger King."


"Ooo..McD betul-betul menghadap Burger King."


"Ok ok. Aku cari sekarang."


Aku teruskan perjalanan menuju ke McDonald's. Dari jauh dah nampak kelibat Kayam. Tapi dia keseorangan. Sebaik sahaja kami bersalaman, terus aku bertanya kepada Kayam.


"Sebenarnya korang nak jumpa sapa ni?"


"Nas!!"


"Haaaa??? Nas?? Mana dia?? Mana dia??"


Ketika itu mataku terbeliak besar dah menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Nas.


"Dia dah balik"


Ahh..suatu jawapan yang sangat menghampakan keluar dari mulut Kayam.


"Kenapa tak suruh dia tunggu??" mencaci-caci aku di hadapan Kayam.


"Dah...tapi kawan-kawan dia dah ajak dia balik."


Air mataku merembes laju. Aku lihat Kayam juga mempamerkan riak muka kecewa. Kami terus masuk ke dalam McDonald's pula kerana Que sudah berada di sana. Menangis kami bertiga apabila hajat nak jumpa Nas tidak kesampaian. Nas, sampai hati kau! Hujan rintik-rintik seolah-olah mengerti perasaan kami bertiga ketika itu.


Maka kami terus menuju ke Secret Recepie untuk mengalas perut kami yang sudah kelaparan. Walaupun perasaan hampa dan sedih, makan tetap diteruskan. Nas, bila lah dapat jumpa kau. Dahlah masa aku pergi Kedah hari tu kau tak dapat jumpa jugak.


Hampa, kesal, kecewa... semua bercampur menjadi satu. Tak apalah, mungkin kita belum ditakdirkan untuk berjumpa. Aku masih menunggu saat itu, Nas.






p/s: jalan cerita ditokok tambah sikit supaya menjadi lebih dramatik.
Terima Kasih baca KISAH aku.

10 penyibuk:

hyunHMK said...

aku gelak guling2 bha hehehehehe

miss yanyan said...

penat aku karang cite sedeh..wakakkakakak

hyunHMK said...

AKU GELAK JWPAN KAYAM..."NAS DAH BALIK" HAK3 SEDANGKAN GIGIH DTG NK JUMPA NAS TU HEHE

miss yanyan said...

haha tau xpe weii.. kayam pon dpt jumpa kjp je bha.. smpai ati nas xmau tunggu aku ngan Q.. nangessssss

nas said...

tak cukup masa nokss....

miss yanyan said...

nanges lagi lebat sampai banjir masjid jamekk..waaaaaaa

nas said...

tak derr dlm berita pun masjid jamek banjir sbb korang menangis...hahaha

miss yanyan said...

mmg x masuk berita pon...kitorang mintak jgn hebahkan..wakkaka

hyunHMK said...

macam2 korg nie hahahaha

miss yanyan said...

hahaha mak sentap lg noks ngan bang nas.. siap le nas.. nti kalo ko trn kl lg weols ikat kaki ko..hahahahhahahaha

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "EDISI : NANGES LEBAT"
10 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Wednesday, November 16, 2011
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com