30 PERKARA PEREMPUAN TAK SEMPAT BAGITAU LELAKI.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



p/s: hampir semua betul.
Terima Kasih baca KISAH aku.

jalan-jalan hujung minggu.

salam.


walaupun internet semput namun aku nak gagahkan jgk updet blog.hehe.


hari ni seharian berjalan2.seperti yg dijanjikan,aku dgn bffs,mashi & feena berserta seorang hero iaitu paan pegi piknik!yeah~


lokasi adalah teluk batik.ekceli aku dah biasa jgk pegi teluk batik ni.dulu kecik2 aku membesar kat daerah manjung so bapak aku selalu la bwk kami adik beradik pegi sini.kira teluk batik ni pantai yg popular la kat perak selain pulau pangkor.


tujuan berpiknik ni adalah sbb nak raikan besday aku ngan feena la konon.kami sama2 bln 2.aku 8hb,feena 2hb.lagipun kami biasa hang out dlm ipoh je kan.so kali ni pegi jauh sikit.lain kali kalau ada rezeki blh pegi lg jauh.ewahh.


bertolak pg dlm kul 8.30.sampai sana dlm kul 10 lebeh kot kalau tak silap.feena buat kek & kueytiow goreng.tp kami ada jgk singgah beli KFC.mashi pulak tempah cupcake khas utk kami.cute sgt!alamak tak dpt pulak nak uplod kat sini sbb gambar2 semua dlm kamera mashi.


yang paling best bila berphotoshoot!hahha..photoshoot la sgt kan.mmg dah lama pun mcm minat nak outdoor photoshoot.tp kitorg semua takde kamera canggih.upah org pulak mahal jgk.setakat gedik2 gitu je kan sampai nak upah2 org.so kami ambik gmbo sndiri je guna kamera mashi.kamera digital biasa je pun tp gmbr2 mmg semua cntik2 seh!kitorg posing pun ala2 mcm real photoshoot gitu.siyes mcm poyo je.haha.tak sbr nak uplod gmbo kat fb nnti.


apa2 pun mmg hari yg happy sgt la hari ni.penat tp best.dpt naik banana boat lg.1st time naik.mula2 mcm takut tp sbnrnya seronok!hak2.


ok smpai ni je.sorry takde gmbr nak ditepek sbb sume kat kamera mashi.


p/s: time bujang2 ni la nak jalan2 dgn kwn pun.nnti dah kahwin takut terbatas pulak.hehe.:)




Terima Kasih baca KISAH aku.

rindu setengah mati.

salam.


lately ni aku suka pulak dgn lagu Rindu Setengah Mati - D'Masiv.sayu je dgr lagu ni.lirik dia sedih.nak kata ada kaitan dgn aku,mmg tak la.aku nak rindu sapa?haha.


hari tu ada letak video lagu ni kat FB.kwn aku komen,


"mesti tgk kejora dan bintang tu kan?"


eh,cerita apa tu?aku mana layan sinetron daa...


sebenarnya start aku dgr lagu ni masa aku blogwalking.terjumpa blog ni.tuan blog ni (myza) letak lagu ni kat blog dia.1st time dgr mmg aku terus suka lagu ni.aku dgr ulang2 aje.


bila aku baca entry2 myza ni (sorry ye myza,saya cerita psl awk kat sini.:) ) baru aku faham kenapa dia letak lagu ni.mmg kena sgt2 lagu ni dgn situasi dia.kalau aku kat tmpt dia sure aku akan nangis kot setiap kali dgr lagu ni.


aku paham perasaan org kehilangan org tersayang walaupun tak pernah terjadi lg kat aku.walaupun dah berbulan2 dia pergi tinggalkan kita,tp kesannya mesti susah nak hilang kan?tambah2 bila org tu kita yakin sgt dia lah yg akan bersama kita untuk masa depan.tp Tuhan lebih sayangkan dia.


serius aku sedih sgt baca entry2 dia.emosi lak aku.hehe.mungkin myza dah dpt terima hakikat tp kadang2 tu biasalah ada perasaan rindu lg,teringat lg.bkn sng nak padamkan kenangan bersama.betul tak?*motip aku mcm jiwang & skema sikit?


kalau korang tak paham or blur dgn apa yg aku cerita ni,sila baca sendiri kat blog dia.sure korang akan tau.kalau tak tau jgk xtau la nak ckp.hehe.to myza,kalau awk tak jumpa jodoh dgn sapa2 sampai akhir hayat awk (saya tak mendoakan,saya cuma ckp "kalau"),saya yakin dia tulah jodoh awk sbb org ckp,kalau kita tak jumpa jodoh sampai bila2,mungkin jodoh kita tu dah jumpa Ilahi sblm kita smpt jumpa dia.apa2 pun saya doakan awk akan dpt jumpa pengganti nanti.kalau tak jumpa sebaik dia,mungkin akan dpt yg lebih baik.ok?:)*mcm myza baca je entry aku ni.hehe.


ok,sila la layan lagu ni kalau sudi.




aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu

p/s:aku nak balik kampung ptg ni sbb rindu setengah mati kat mak aku. :D

Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com