kisah hari jadi.

hari jadi aku dah basi - 8 feb ari tu. tp hari ni baru berkesempatan nak updet blog. rupanya dah masuk tahun ke3 aku buat entry pasal hari jadi aku kat blog ni.

tak ada apa yg menarik sgt pon time hari jadi aku. maklumlah umur dah makin meningkat ni (tp blm tua, hehe). so sambutan hari jadi makin hambar la kan. dan takde perubahan apa2 pon. still single & searching haha. #inisemuapoyo

tp ada jgk kisah yg berlaku masa hari jadi aku.

#kisah 1:

alkisahnya pagi tu sblm g kije, aku pindahkan brg2 dr beg aku ke beg lg 1. oh ye, aku ni jenis g keja hari isnin - khamis bwk handbag. hari jumaat lak bwk sling bag. motip? hehe sbbnya isnin - khamis tu pakai formal (bj kurung/blouse) so sesuai la dipadankan dgn handbag kan? hari jumaat lak blh pakai santai2 (tshirt & jeans) so sesuai la bwk sling bag. #inisemuapoyolagi haha.

so sblm g keja tu, aku pindahkan brg2 dr handbag ke sling bag. aku ni jns sentiasa bwk payung. tp ntah knp, time nak pindahkan brg tu, aku dah pegang payung dah sbnrnya, tp aku blh lak terasa mcm xnak bwk. aku pk mcm, eh x hujan kot pg. lgpun nak blk dgn kakak aku, so xyah bwk payung pon xpe kot. haa mcm tu la. so aku x bwk.

tup2 keluar je rumah dah hujan. tp baru rintik2. rumah aku tingkat 15, mmg taklaa aku nak naik blk amik payung. disebabkan baru rintik2 aku pon redah hujan je la smpai ke LRT. tup2 smpai kat stesen kt ofis aku tu, ujan lebat gile beb. mmg xleh la nak redah. dahle nak jln ke ofis pon agak jauh dlm 10 min kot. masa ni mmg terasa nyesal sgt2 la x bwk payung. 

terpaksa la aku duduk dlu kt stesen tu sementara nak tggu hujan benti. smbil2 tu mata dok usha2 kot2 la ternampak mmber2 aku yg bwk payung blh la nak mintak belas kesian nak tumpang payung diorg kan. hehehe.

baru je duduk kt situ, tibe2 ada la sorg minah ni lalu. aku mcm, "eh mcm knl la minah ni.." minah tu sbnrnya aku knl kt dlm porem. dok borak2 kt porem rupenya kitorg ni kije kat tmpt yg sama tp bangunan sblh2. tak penah jumpe pon tp ada add fb masing2. so dok tgk2 pic kt fb je la. 

masa aku tgk dia, dia pon tgk aku mcm knl. masing2 senyum je tp x tegur. lps dia senyum kt aku, dia terus blah. aku rasa mcm nak je mintak tumpang payung dia. tp segan sbb x knl sgt kan wpun kt porem kemain borak sakan ekekeke. minah tu masa tgh nak bkk payung dia, dia toleh ke aku. pastu dia mcm paham2 je isi hati aku hehe. dia buat isyarat kat aku, nak tumpang payung dia ke? aku angguk je la. so berjalan la kitorg di bwh satu payung menuju ke opis haha. rupenya ada hikmah di sebalik aku x bwk payung. rupenya Tuhan nak temukan aku dgn minah tu. sekian lama borak2 di alam maya baru dpt jumpa. kalau dia laki aku dah rasa mcm jodoh dah. nsb baik dia pompuan hahahah.

kesimpulannya muka aku kat fb dgn kat luar mmg sama. bkn sorg je yg blh knl tp ada gak la beberapa lg. yela aku bknnya jns edit pic kasi nampak lg gojes ke apa. aku mmg uplod je gmbo xde edit2. tak hipokrit. hehe.

#kisah 2:

sehari lps besday aku (esoknya), mak, bapak n abg aku berangkat utk buat umrah. dah lama mak aku nak ke Mekah. baru tertunai hajat dia. Alhamdulillah. masa diorg nak naik flight dah, aku rasa sayu sgt. aku cium dua2 pipi mak bapak aku. aku nak nangis sbnrnya tp aku thn. hrp2 diorg selamat la kat sana. abg aku rajin jgk updet psl diorg kt sana. seronok je dgr pengalaman diorg kt sana. rasa mcm nak pegi. Insha Allah tunggu ada rezeki nanti. kalau dah kawen lg best blh pegi dgn suami kan. harap2 dipermudahkan. 

kdg2 rasa rindu sgt kt mak aku. padahal baru beberapa hari diorg pegi. selama ni aku penah je tak blk kg sbln lbh xde lak aku rasa rindu mcm ni. ni rasa mcm homesick lak. sbb diorg jauh kot. lg 8 hari diorg kat sana. menghitung hari je aku hari2. tak sbr tunggu diorg blk. moga urusan diorg kt sana dipermudahkan olehNya. Amin.

tu je kisahnya. tak ada apa sgt pon. tunggu besday thn dpn lak tgk ada perubahan apa2 tak. heheheh.


p/s: umur dah 27 tp hati rasa mcm still 17. hehe.
 
Terima Kasih baca KISAH aku.

3 penyibuk:

Fifi Nadhrah said...

ingat ade cerite seperais..

miss yanyan said...

xde cite serprais pon..

Fifi Nadhrah said...

maksud aku seprais kek tu..

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "kisah hari jadi."
3 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Wednesday, February 13, 2013
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com