Kisah Chenta??

Sebenarnya tak ramai yg tau aku ada bf sblm ni & baru je putus tak sampai sbln. sbbnya aku mmg jenis yg tak jaja kisah cinta aku. aku bukannya jenis mcm couple2 lain yg dok bersayang2 la kat fb, ltk status rindu dia laa, syg dia laa, beromantikus dgn pakwe dlm fb la.. no,no,no.. bg aku tak perlu kot nak kecoh2 mcm tu. aku mmg menyampah org yg spesies mcm tu. rindu kat pakwe, tls kat status.. syg gila2 bangsat kat pakwe, tls kat status.. baru lps dating, tls kat status...  bersembang2 berjiwang2 pon kat fb. bknnya jeles, tp perlu ke buat mcm tu? nak bgtau 1 dunia yg ko dah ada pakwe? mcm ko sorg je yg ada pakwe pon.. sms suda.. xyah nak show off pon korang sndiri msti tau jgk kan yg pakwe korg syg gila2 kat korg. bknnya apa, kita pon lum tau jodoh kita sapa. nanti putus, kita gak malu. tu laa beria sgt kat fb kann.. tgk mcm aku, dah putus pon snyap2 je. xde pon meroyan kat fb. rilek la geng... tp lain org lain pandangan la.. kalu ada yg x setuju ngan pndpt aku, xpe.. pndpt msg2..


kat blog pon aku xnak citer pon sbnrnya.. tp sbb aku blogwalking jumpa lak 1 blog ni.. dok baca setiap post dia, ada la 1 entry dia yg citer dia lbh krg mcm citer aku.. so aku rasa nak share.. bkn niat nak burukkan ex pakwe aku tu, tp utk pengajaran...



ok, aku just copy yg mana berkait ngan aku je.


Dulu aku pun pernah jadi awek konfiden.
Ex-bf aku yang dulu takde la kategori hensem sangat pun tapi buat-buat macam hensem je.
Mula-mula masuk matrik, sekali pandang pun aku tau kau sengkek.
Entah macamana aku boleh bercouple dengan dia. Masa aku start couple dengan dia, ada a few jugak yang rasa pelik. Like kamonnnnnnnnnnn, Diana dapat Fucker tu?
Aku pun sebenarnya rasa something gak bila dia terkejar-kejar aku. Series tak lojik.
Tapi disebabkan first time ada orang nak kat aku, aku memang tak pikir panjang. Terima je. 
ex bf aku pon tak hensem mana, dr awal pon aku dah tau dia sengkek. ada la ayat dia masa mengayat aku yg dia dok usha aku dah lama. walhal hakikatnya sblm aku dia dok try mengayat 2,3 pmpuan gak. bila depa xnak dia baru dia try aku. mcm entry atas ni, disebabkan xde org lain nak kat aku, aku terima je. ok korang leh kata aku desperate. bkn ape, peringkat umur skrg aku rasa mcm dah ptt ada bf, sbb takut jodoh lambat.
Aku faham kategori awek yang dapat jantan keberet ni.
Sebab aku pun macam tu dulu.
Bila kita tak banyak pilihan (atau memang takde pilihan lansung), and tup tup ada laki hensem nak kat kita, kita takkan ambik masa yang lama untuk fikir. Not because of that lelaki hensem, tapi sebab kita takde pilihan. And kita rasa insecure if kita takkan ada pilihan lain dah kalau kita tolak jantan ni.
mcm aku tls kat atas ni la, sama mcm akak ni tls, sbb kita takde pilihan and kita rasa insecure if takkan ada pilihan lain dah kalau kita tolak jantan ni. mcm tu la yg aku rasa.
Dalam masa 6 months tu aku banyak berhabis untuk dia tapi dalam keadaan aku tak sedar (biasa la kan, tengah bercinta mana nak sedar duit habis segala. Sayang punya pasal la konon). Asal keluar pi outing je aku bayar makan, aku bayar movie, aku bayar bowling, dia bayar duit tambang je. Sometimes bila aku beli baju, dia just tengok je. Da la pandai buat muka sardin. Jadi aku pun rasa kesian. Aku pun belikan sekali baju untuk dia. Lama-lama kan dah jadi rutin pulak. Asal masuk mall je, dia dulu yang serbu area baju pastu acu-acukan baju kat badan minta opinion aku ok ke tak. Tapi tak beli-beli pun. Acu-acu pastu letak. Acu-acu pastu letak. Tu bukan apa tu. Nak hint kat aku suruh bayarkan la tu. Again, aku bodoh, aku pi belikan.
haa.. sama gak mcm aku punya kes. masa mula2 couple, kitorg byk lbh kurang adil la. means, kalau mula2 dia byr breakfast, lunch aku lak byr. tgk wyg dia byr duit tiket, aku lak beli mknn & minuman utk bwk masuk. tp tu mula2 je la. lama2 aku rasa aku yg byk berhabis kot. baru sebulan 2 couple, dia dah stat ngadu kat aku, dia tak cukup duit nak mkn. gaji sikit nak tampung hidup kat KL. bila dia merayu2 mcm tu, aku pon rasa kesian. so aku belanja dia mkn. berkali2 jgk la. tak pun masa kuar dating ngan dia, bila time nak mkn, dia wat muka kesian kata xde duit nak mkn. pastu hint2 suh aku byrkan. dia suka beli baju couple tanpa pengetahuan aku. konon kalau dating leh pakai baju sama. baru romantik kan. tp hakikatnya duit baju tu aku yg byr. baju aku je la. yg dia punya dia yg byr. tp ye la, 'belikan' tp minta duit. wtf? 


lg 1, sbb kesian n syg punya psl, aku pinjamkan duit aku. memula konon nak bg pinjam sikit n sekali je. tp lps tu dok bg pnjm lg n lg. sudahnya jadi byk. yela, x sampai ati dgr dia merintih kan. 


lama2 aku dah tersedar. actually kwn2 yg tau psl ni dah lama srh aku tgglkan dia. tp yela, sayangggg (konon) pnya psl, aku stay lg ngan dia. lgpun aku mcm x jmpe alasan yg kukuh nak mntk clash ngan dia. konon aku xnak dicop pmpuan materialistik sbb tgglkan dia semata2 dia x kaya. yg sbnrnya aku tak sdr aku jd banker dia selama ni.


start aku rasa aku dah fedup ngan dia bila dia tak abis2 nak pnjm lg duit aku. aku dah tak rasa kesian dah ngan dia bila aku sedar duit aku yg dia pnjm dah makin byk. aku advice dia suh wat kerja part time. dpt gak duit sndiri drpd tiap2 bln hutang ngan org je kan. tp dia ego, xnak. apa laa sgt wat part time tu. ni tiap2 bln abis byr utang org tu, berhutang pulak ngan org ni. mcm tu la dia tiap2 bln. sampai bila nak mcm tu kan? sudahnya aku mintak putus. drpd sesak otak pikir org mcm ni, baik single je kan. nasib baik la sempat couple 4 bln je.


baru skrg aku sedar yg kita patutnya memilih. jgn main rembat je. jgn disebabkan ko jeles kwn2 ko ramai dah kawen, tunang, ada bf, ko je yg single mingle so ko terima je sapa2. bila umur mcm ni xde sapa2 lg, org mesti kata aku memilih. aah mmg aku memilih pon. btl la kan? bknnya nak memilih yg kaya raya, berharta, kacak bergaya.. tp at least stabil. ada masa dpn. lps ni aku akan hati2.


p/s: bila dah single blk ramai pulak yg sibuk carikan jodoh utk aku. mesti aku akan ckp, org yg nak kenen ngan aku tu jgn ada hutang ye. hutang umah, kereta, ptptn xpe. kalau sampai terpaksa berhutang sbb xde duit nak mkn, aku rejek ok. hehehe.


Terima Kasih baca KISAH aku.

15 penyibuk:

FEENA ZAIN said...

anggaplah ini suatu pengalaman n pengajaran.... well, life is a process of learning.... it's ok then.... cuma pasni kene lebih berhati2 la.. hehe

miss yanyan said...

Btl tu..pengalaman mendewasakan kita..hehe..

QUE ADAMS said...

huhu. Ermmm, well at least u did learn smthing, chenta smthing yg xperluu dicari beria2, tibe time ia akn dtg sndiri.... Biar lmbt jnji yg dtg insyaAllah y trbaek, wht d heck org dok kapel bagai, x mnjamin akn kawen powng..... Ble slh plih, dats y they clled it love sucks! Huhu.

miss yanyan said...

Btl tu..bak kata lagu sheila on 7-utk perempuan:

"jgn mengejarnya jgn mencarinya
Dia yg kan menemukanmu
kau mekar di hatinya
di waktu yg tepat"

gulp gulp

hyunHMK said...

bulleh tak aku nak gelak guling2 bila baca....
hik3

miss yanyan said...

ko mmg vangang.. hahahaha

hyunHMK said...

sbb lucu sgt bha... hahahaha
yang nyata mmg ko terima laki tu sbb ko nak isi kekosongan kan sbb semua kawan2 ko dah ada. seperti yg ko ckp tu...

tapi mmg kelako bha... tersembur biskut marks n spencer aku bila baca kisah ko hehehehehe

hyunHMK said...

then laki tu pun mmg sangkak sgt...
sesuai ko tinggalkan... klu jadi laki lg haru dibuatnya

miss yanyan said...

Memula mmg aku dah tolak dia tp sbb dia dok kjr aku lagik so aku pk x slh kot bg peluang even dr awal aku dh tau dia cmne..aku pk asalkan dia x pnjm or kikis aku dh kira ok kot.. Rupenya apa yg aku x hrp jd terjadi gak.. Disebabkan aku ni penuh rasa simpati aku bg gak la pnjm skit2.. Lama2 aku tersedar n pk masa pjg.. Laki mcm tu mmg x ptt jadikan suami pon.. Nsb baik aku cpt gak sdr.. 4 bln je smpt aku couple ngan dia.. Huhu.. Tp alhmdllh la dia dh byr abes duit aku..

Fifi said...

kup.. aku tidak tahu kisah kau.. hihi.. alhamdulillah cepat tersedar.. aku pon penah lalui pengalaman ngeri ni.. wakaka.. tapi yang pasti cinta tak perlu dicari.. die datang dgn sendiri.. :) sebab lepas aku break dengan that suck guy.. tak sampai setahun setengah aku da kawen.. miahaha.. bukan sebab terdesak.. da memang jodoh aku kot.. dan lelaki itu sangat baik.. ko pon kenal suami aku kan.. inshaAllah mase kau akan tibe!~

miss yanyan said...

Hehe tq gegel.. X ramai yg tau sbb aku bkn jns kecoh.. Yg btl2 rpt ngan aku je yg tau.. Mgkin sbb aku pon x brp yakin ngan dia sbb tu aku x knlkan ngan kengkawan aku kot.. Yap aku tggu masa itu :)

Anonymous said...

mungkinkah kekup kan berkawen dlm setahun setengah lagi... Dgn porumer jugak? Yaaaaa, mari lah same2 kita tunggu dan saksikan. Hahahaahahaha.

miss yanyan said...

Siapakah anda anynomous yg merepek di tgh2 mlm yg hening ini?

MUMMYIZZ said...

kekup,bagus keputusan yg ko buat,masa couple ni takper tinggalkan jer,tak guna jantan kalau jadikan pompuan sebagai banker...
tapi, kalau dah jadi suami isteri lagi haru jadinya...
biar demand dalam memilih pasangan,yg penting kita tak stress kemudian hari

miss yanyan said...

Aah tu la..da kawen lg byk nk pakai duit..spttnya dia dh ada simpanan skrg..tp lgsung xde..abes cmne nk kawen..huhu

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "Kisah Chenta??"
15 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Saturday, April 28, 2012
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com