pakai tudung vs tak pakai tudung

ptg td aku g potong rambut + cuci sekali. kakak aku & anak buah aku pon join cuci rambut. 


lps aku siap potong, aku pon nak pakai la tudung balik. then cina yg potong rambut aku tu ckp,


"ehh rambut dah cantik2 mau tutup dgn tudung jgk kah?"


aku senyum je lah. kalau aku jwb takut dia tanya mcm2 lg psl hukum2 agama. jujur, aku tak arif sgt. takut kang tersalah jwb pulak kan.


lps kakak aku abis cuci rambut dia tny soalan yg sama lg. tp ada minah kat situ ngah cuci rambut gak jwb.


"yelahh kalau x pakai tudung berdosa maa"


sekali cina tu bls,


"ehh itu bini najib, bini mahathir x pakai pun"


aku tak ingt minah tu jwb apa. yg aku ingt dia ada ckp,


"sy dlu pon x pakai tudung. lps kawen baru pakai"


masa nak byr, cina tu ckp lg kat ktorg,


"customer sy ramai yg rambut dah gunting cantik2, lps tu tutup dgn tudung. ada jgk ramai yg lps kawen baru pakai tudung. kenapa haa?"


aku jwb simple je.


"ikut org jgk. ada yg awal2 dah pakai tudung. tak semestinya dah kawen baru pakai. mcm sy, blm kawen lg maa"


pastu dia jwb.


"ikut hati masing2 haa?"


aku mengiyakan je. baru dia angguk2 paham.


kesimpulannya, org yg bkn Islam msti keliru kan. yela, ada yg pakai tudung, ada yg x. ada jgk org Islam yg hanyut minum arak ke apa. msti diorg tertanya2. bkn ke Islam larang wat itu ini. tp kenapa ada yg buat? tepuk dada tanya hati masing2.




p/s: aku pon bknnya alim & warak, byk jgk dosa yg aku dah buat. :(




Terima Kasih baca KISAH aku.

2 penyibuk:

MUMMYIZZ said...

tepuk dada tanya iman...
aku pun kekdg buka,kekdg tutup,selalu laki aku sound kalau time aku buka tudung,mesti dia cakap
" terima kasih sayang,bg saham neraka kat ayah" huhu

miss yanyan said...

huhu tu la.. ada yg pakai tudung pon still wat dosa.. (termasuk aku). so sama2 kita perbaiki diri..

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "pakai tudung vs tak pakai tudung"
2 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Saturday, March 17, 2012
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com