gathering.. lagi!!

15 jan 2012.

smlm ada gathering dak porem thread Misteri Paranormal & Sakti (MPS). aku pon tak menyangka aku leh terjebak ngan gath ni. sbbnya aku ni pelepak tegar Borak je. 

aku mmg tak suka g thread MPS tu. sbb aku tak suka kisah2 misteri, mistik semua tu. start aku terjebak last year, hyun kalau tak slp suh baca kisah Panggilan Telefon Misteri (PTM) kat situ. 

mula2 baca, adalah rasa seram2 semua. cerita ni kisah pengalaman penulis tu (cik es) sendiri di mana dia blh 'berbicara' dgn org yg dah mati & blh nmpk benda2 halus. kagum sgt dgn gaya penulisan dia. dia menulis ala2 mcm novel. so kita rasa tertarik utk baca dan baca lg. memula baca mmg rasa mcm wah ngerinya.. tak dpt bygkan kalau aku berada kat tmpt cik es. wah gitu. tp bila dah hujung2 tu, dah mcm dlm drama lak. meleret2, kisah tragis semua tu mcm dibuat2 lak. terpikir gak, btl ke cite ni? ke rekaan je?

skrg dah PTM part 2. dah makin byk watak baru muncul. makin aku rasa mcm, eh btl ke tak cite ni? mcm tak logikk je. kata penulis tu mmg kisah benar dia la. tp apa pun, btl ke x btl cite ni, dia je tau. aku x amik pusing pon yg tu. apa yg aku kagum, gaya penulisan dia tu. mmg best. lg 1, dia selitkan sekali kisah cinta dia. mcm mana dia knl hero dlm citer tu semua. part2 tu mmg aku suka. sweet sgt. senyum sorg2 aku baca. hehe.

berbalik ke kisah gath, mcm mana aku leh terjebak ngan gath ni? haha. start baca PTM tu la, aku add cik es tu kat fb. then ada la berkomen2 kdg2 dgn dia. cik es ni org sarawak. thn lps ada dia trn KL kjp, ada kursus. ada la dia request nak jmpe dgn pembaca2 citer dia ni. aku takde la berminat nak jmpe sbb aku bkn pelepak tegar pon thread tu. baca pon bila teringat je. posting kat situ lagi laa tak. sekali 2 je kot. lain la ngan dak borak kan. sbb ktorg since blm jmpe mmg dah kamceng, dok borak2 kat porem tu. so masa cik es tu trn KL masa tu aku tak g jmpe pon.


then jumaat baru ni dia trn KL lg, urusan kerja. so dia request nak jumpa lg. ada 2 org porumer ni, nidz & devi, diorg create event utk wat gathering la ngan cik es. disebabkan aku fren ngan diorg kat fb, so diorg ajk la aku. aku mcm biasa la, x berminat sgt. aku dok bg alasan, dkt2 nak event tu baru aku kasi jwpn. tkt tiba2 ada hal kan. bajet retis je kan, konon jadual pack. haha.


bila dah dkt2 event tu, tergerak pulak nak jumpa. masa tu pun aku xde hal apa2. so pikir2, apa slhnya ye dak aku pegi menambahkan kwn2 baru. eventnya plan asal start kul 4ptg - 7 mlm hari smlm. buat pot luck & tkr2 adiah. sehari sblm tu semangat aku g beli adiah & order apam polka dot utk event tu tau. hiks. 


last2 min, tgk2 gath tu pospon ke kul 8 mlm atas sbb2 yg x dpt nak elak. hurm, mlm yg aku lemah. kalau dkt2 umah aku x ksh je blk mlm2. tp ni kat PJ. so rasa mcm xnak g dah. tak kisah le dah order apam tu. leh je aku mkn kan. adiah tu pon aku amek la kan. haha. 


tp nidz ala2 memaksa aku gitew. dia ckp nnti abis event dia anta aku blk smpai ke umah. wah gitu. so pk pk lg. hurm, ok la. aku join. berdebar gak nak jumpa diorg ni, maklumlah sorg pon aku x kenal. dlm porem pon x penah bertegur sapa langsung. xpe cekalkan ati. aku kan peramah. hahah (perasan).


aku kuar umah awal smlm, pas asar dah gerak. takut nak gerak senja2 sbb gelap. so aku lepak kat kl central dlu. naseb ada org yg sudi temankan aku lepak. hee. kul 7 lebeh aku gerak dr kl central, naik lrt trn kat tmn paramount. sampai situ nidz amik aku. event tu buat kat umah akak dia.


yg dtgnye adalah 7,8 org. drpd belas2 org yg kata nak dtg, byk tu je yg tunjuk muka last2. haha. yela, bila dah pospon mlm, ramai yg xleh. semua pompuan. aku paling muda. ahaks. apa2 pun best gak la smlm. semua peramah2. cik es tu pon byk ckp. rasa mcm dah lama knl. next time kalau ada rezeki leh jumpa lg. :)




p/s: seronok sgt baca kisah hidup cik es.. serius dah btl2 mcm dlm novel. blh wat drama gitu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

12 penyibuk:

MommyIZZ5 said...

nasib baik masa gathering MPS ni tak ada misteri or mistik...

dah nama pun gathering bod MPS kenalah buat malam huhu^_^

miss yanyan said...

ada gangguan mistik.. tgh2 mlm tu dgrnya cik es nanges x henti2 sbb kena kacau.. huhuh

Mr. K said...

ke nangis sbb cik es dah kantoi?

miss yanyan said...

Hai mr.k...u ni msti pembaca tegar MPS kat Cari ek..

Ashmed said...

Salam, memang dia kantoi kan? Cik es menipu kan? Lain kali cakap je la ni fiction, buat apa nak menipu. Apa susah sangat...

Ashmed said...

Jap, miss yanyan pernah jumpa cik es in person kan? Rupa dia memang sama macam gambar fb profile dia ke?

miss yanyan said...

Yap dh kantoi...hmm bnda dh lps..dia pon dh mntk maaf...hro lps ni x jd lg.. Sy xde fb dia dh.. Xtau gmbo profile dia cne...

Ashmed said...

Tapi you pernah jumpa dia in person kan?

miss yanyan said...

Yap..

Anonymous said...

hangat balik cerita ni gara-gara smlm cik es update status kat fb. hoho

miss yanyan said...

Tak memadal blog aku tetibe ramai pengunjung... Nak delete la post ni

Anonymous said...

ni mst kes org yg search nama minah tu then jmp blog ni. haha. biar la, xpyh delete. kekeke

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "gathering.. lagi!!"
12 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Monday, January 16, 2012
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com