Hadiah Hari Jadi paling mahal~

assalam..

sblm tu nak citer yg sabtu baru ni aku dpt anak buah ke-8! yes akhirnya dpt baby girl.. mana taknya stat 2009, tetiap thn dpt anak buah laki je. kalu dpt laki gak jenuh la kan hehe. so skrg dah balance anak buah aku, 4 laki, 4 pompuan. yg ini anak ke2 abg ke2 aku. sepasang dah anak dia.

yg kedua.. jeng jeng jeng..

aku menang tiket konsert Anuar Zain! haha. tak sangka..

yg sebenarnya aku ni bkn jns suka tgk konsert live! sbb bg aku, sgt sesak, bising & mcm x puas. bg aku, tgk kat umah lg puas sbb leh tgk dkt2 & sambil2 tu blh guling2 ke, golek2 ke sambil mkn cekedis kan...

tp bebaru ni aku nmpk ada kwn aku share kt fb psl Anuar Zain Network buat contest sapa2 yg lahir bulan Februari, hantarkan salinan ic ke emel diorg sbg bukti & bg no telefon so nanti diorg akan pilih sapa bertuah. sng je kan contest tu xyah jwb2 soklan bagai. so aku pon saja2 la cuba2 nasib..mana laa nak tau kannn... gigih aku snap gmbo ic aku guna henpon sbb kt opis xdak scanner. haha. siap snap dpn blkg then gabungkan kat paint, pastu send!

2 hari pastu iaitu sehari sblm konsert, aku dpt call dr sorg pompuan dia maklumkan aku terpilih & dpt 2 tiket! perghh aku mcm x caya beb.. biar btl. bygkan dlm 200 lbh org yg hantar, aku antara 10 org yg bertuah! masa tu aku tgh mkn ngan kwn aku, spontan je aku tanya dia nak ikut tak. dia ckp jauh, xde transport. then aku bgtau kt akak aku. tak sangka dia nak ikut. ingtkan dia ssh la nak g sbb ada anak kan. xkan nak beli tiket utk anak dia. fyi, tiket2 ke konsert anuar zain ni sgt2 mhl. paling mhl (VIP) RM600 lbh. paling murah kalu x slp RM80 lbh kot. aku tanya kat org call aku ni aku dpt tiket mcm mana, dia ckp dia pon xtau. dia suh aku g amik tiket tu sblm konsert. stat kul 2 dah blh amik katanya. aku pk sure aku dpt tiket paling murah kot. nama pon free kan. hehe.



so esoknya lps aku g tgk anak buah baru aku tu kat Serdang, aku ngan akak aku terus g shah alam nak g amik tiket. anak dia, hantar kt akak aku lg sorg. hehehe.

kitorg sampai kat stadium s.alam tu dlm jam 2.30 ptg. terus g tempat amik tiket tu. siyesly, management kt situ sgt teruk! kat situ ada la bbrp lorong, lorong yg last sekali yg khas utk menang contest. rupenya byk contest diorg buat, ada yg contest berita harian, radio..pe lg tah. org yg jaga kaunter tu ada 2 org pompuan, then blkg diorg ada sorg yg ala2 mcm mak nyah sikit. slh sorg pompuan tu tanya aku nak claim tiket apa. aku ckp la menang yg lahir bln feb bla bla. tp dia mcm blur. mcm xtau apa2. aku dah mcm cuak + bengang gak ni. xkan la xtau kan. then dia call sapa tah. pastu dia ckp kt aku, tiket tu baru nak print. so kena tunggu dlm 15 min. 

lps 15 min, takde lg tiket tu. bila tanya, still blm print. aku tunggu2 sampai dkt sejam kot. geram punya psl, aku call pompuan yg call aku psl menang tiket tu. dia suh aku g amik kat kaunter aku g tu. aku ckp la dah g tp suh tunggu bla bla. dah sejam kot. pastu dia tanya nama pastu dia ckp nanti dia suh org nama Aiman call aku. aku tunggu2, xde pon Aiman call. 

so aku g blk kaunter td, aku bebel2 tanya xkan xde lg tiket. pompuan tu tanya la mak nyah blkg dia tu. rupenya tiket kt mak nyah tu je. aku rasa mcm @#&&@ je ni. dr kitorg mula2 dtg mak nyah tu dah ada, tp motip sgt dia leh wat bo*** je. sejam kitorg berkeliaran kt situ. 

berdebar aku nak tgk tiket kelas apa aku dpt. jengg jenggg jenggggg..



tiket kelas silver lagi tu!! aku tgk harga, tiket kelas ni dkt RM400 gak tau sekeping! mmg rezeki btl la.. tak sangka sgt2. mak nyah tu tunjuk la pelan tempat duduk dlm stadium tu, dia suh pilih nak seat mana. utk contest "February babies" ni tempat duduk dia kt belah kiri pentas n row paling bwh je. yg paling dkt ngan pentas dah ada org amik. so aku amek yg sebelahnya.

sementara tunggu konsert mlm tu, aku lepak umah kazen aku x jauh dr stadium. mandi2 semua kt situ, kul 7 baru kuar umah, g mkn2 dlu. sampai stadium dlm kul 8 mlm. perghh ramai gile kot yg g konsert tu. x sangka gak aku ramai sanggup berhabis duit ratus2 semata2 nak g tgk anuar zain! kalau aku mmg x la. even fanatik mcm mana pon kan. kalau dpt free mcm ni xpe la. hehe. 

nak masuk dlm stadium tu sgt2 strict!. ekceli aku ada terbaca yg xleh amek gmbo or vdeo dlm tu, camera, ipad or tab xleh bwk. aku pk, blh kot bwk tp jgn amek gmbo dlm tu je. so aku selamba2 je la bwk tab aku n camera aku. rupenya anggota RELA kt situ buat spot cek tau! geladah beg masing2 nak tgk bwk ke x brg terlarang tu. so kiranya 2 brg terlarang aku kena thn. diorg jaga dlu. abes konsert baru leh amek. huuu sbr aje la.

masuk dlm tu, tmpt duduk x sedekat mcm yg dlm pelan. agak jauh dr pentas. dahle dok tepi kan, so kena teleng kepala la nak tgk. mmg nampak anuar zain kat pentas tu kecikkk je. sapa yg tiket memahal tu msti puas gile kan. rasanya kalau dpt seat yg menghadap pentas lg ok kot. opss dah dpt free byk cekadak lak ye. hehe. 

disebabkan xde kamera, aku try amek gmbo guna henpon cikai aku ni. mmg x dapek la. sbb jauh kan. zoom xde. mmg x clear langsung gmbo. apakan daya. x dpt la uplod gmbo apa2. gmbo tiket aje la. buat kwn2 yg jeles kot2 aku dpt bergambo ber2 ngan anuar zain, korg xyah nak jeles dah. mmg x dpt la nak bergambo beria bagai. ingt konsert kecik ke? heheh. ni konsert besar2an kot. org beribu2. mmg dasat kan fan2 dia? ada yg dtg dr brunei lg. byk duit leh la kan. hehe.

konsert stat ngan lagu I'm The Lucky One. aku rasa kalau sapa2 yg bkn fanatik Anuar Zain sure xtau kot lagu ni sbb jarang2 kuar kat radio. aku tau pon sbb masa aku kat U dlu mcm mana tah aku terdonlot byk lagu2 Anuar Zain, & ni slh 1 lagu yg aku suka gile. aku ikut je nyanyi masa tu (miming je la). 

pastu masa lagu Ajari Aku, sekali ada Nora Danish naik atas pentas. mentang2 Nora model VC dia kan. so beromantika pulak diorg kat atas tu. oh, aku baru tau, masa part sora pompuan dlm lagu tu mmg sora Nora btl. x sangka! then, lps lagu tu, video klip Sempurnakan Aku (sambungan Ajari Aku) dilancarkan. kiranya kitorg yg dlm stadium tu antara org 1st yg dpt tgk video tu. bangga jap. eheh.

byk gak lagu dia nyanyi. siyesly, aku sangat2 kagum dgn vocal dia yg gile mantap! mmg meremang la dia nyanyi. sgt2 sedap! kalau nyanyi lagu sedih, mmg menusuk jiwa. feel tu sampai. aku dgr pon terasa sedihnya. nak2 lagu Perpisahan.siyes teremo kjp. sbb dia nyanyi penuh perasaan kan. jiwang lak. hehe.

ada sekali tu dia tanya sapa "february babies"? ramai jgk yg angkat2 tgn termasuk la aku kan (mcm Anuar Zain perasan je hehe). pastu dia nyanyikan lagu Happy Birhday. wahhh terharu gitu walaupun bkn utk aku sorg pon. keh3.

sapa2 yg dok bwh tu sure seronok sbb Anuar Zain sikit2 baling bunga ros. so berebut2 la diorg nak amik bunga tu. mmg untungglaa sapa dok bwh. nama pon tiket mahal. haha.

last perform lagu Lelaki Ini. habis je lagu tu dia terus hilang. semua kt stadium bersorak "we want more!! we want more!!" x puas letew kann. x lama pastu Anuar Zain kuar blk. dia tanya, xnak blk ke? xde anak kat umah ke? haha lawak masa ni. semua dok jerit lg "we want more". adehh. pastu Anuar Zain tanya nak lagu apa? semua bersorak Sedetik Lebih. tp dia g nyayi lagu Ku Berjanji Kerna Cinta (nyanyi sikit tanpa muzik). tp org dok sorak Sedetik Lebih lagi. ada jgk sora menyelit nak lagu raya. haha. so Anuar Zain nyanyi lagu Suasana Hari Raya (nyanyi sikit gak tanpa muzik). org tak abis2 lagi sorak Sedetik Lebih. dia ckp, diorg tak prepare lagu tu. so terdengarla bunyi2 keluhan penonton kan. tp tup2 tetiba je mucisian mainkan lagu Sedetik Lebih & Anuar Zain pon nyanyi. haha. mmg surprise laa. so tu btl2 last perform. lps tu mmg btl2 abis.

kesimpulannya, mmg sgt2 best & memukau! 1st time g konsert & aku mmg x menyesal. bkn sbb tiket free tp sbb persembahan Anuar Zain yg tak menghampakan langsung! sgt superb! mmg x rugi sapa yg beli tiket & dtg dr jauh semata2 nak tgk kan. sygnya sbb x dpt amik gmbo dkt2 je. xpela xde rezeki. dpt tgk pon dah ok kan.

makin minat la aku kat Anuar Zain pasni. yess aku akan support dia!

Terima Kasih baca KISAH aku.

4 penyibuk:

Fifi Nadhrah said...

weh.. ofismate aku pon ade jugak dapat tckt free.. member die bagi.. duduk silver kiri jugak.. ntah2 sebelah ko.. hahaha.. die g sorang2 takde geng.. wakaka.. sebab member lagi sorang tak sihat.. sebab gile kan anuar.. sanggup die g sorang kau!~

miss yanyan said...

yeke haha..rasa bkn sblh aku sbb belah kiri aku couple dua2 pompuan.. sblh kanan lak couple laki bini kot.. heheheheh..

mashi said...

kalau free mmg mcm2 dugaan kene tempuh hehehe

miss yanyan said...

heheh nama pon free kan.. xkan nak dilayan mcm vvip lak.. keh3x..

Post a Comment

pengomen tegar

You are viewing "Hadiah Hari Jadi paling mahal~"
4 penyibuk Add your own!
Filed under
Posted on Monday, February 18, 2013
Subscribe through Atom feed.
 

Blog Template by WawaZameri.com