aku nak share story pasal opismate2 aku ni... hmm, yg masuk sama ngan aku ada 9 org semuanya. tp yg ditempatkan sama building ngan aku 4 org. aku, ngan 3 org lg ni. sorg je lelaki antara kami. kitorg ni duduk 1 barisan. diorg ni ok la, gila2 jgk la mcm aku. so blh la nak jd kamceng.
tp ada yg aku nak cite psl diorg ni. aku gelarkan minah A, minah B & mamat.
si mamat ni, suka sgt suruh org punch card utk dia. hangin gak la kan. aku ni, kalau reason yg agak2 leh terima leh je aku tlg. mcm cth, tren wat hal ke, moto tiba2 rosak tgh jln ke. pastu kalau sekali dua mntk tlg ok la. ni byk kali dah kot. tak ptt la kan. dah kira langgar etika keja dah ni. hmm. mcm sekali tu dia srh aku punchkan. alasan dia sampai lambat sbb nak g bekpes ngan mak dia. ehh kalau kau tu duduk jauh ngan mak kau tak pe la. ni sah2 duduk bwh ketiak mak. mcm xleh g mkn sama2 time weekend je.
sekali tu pulak alasan dia sbb baru sampai dr kg. ehhh takleh ke kau try sampai awal? keja ttp keja beb. kena la jd pekerja bertanggungjwb.
pg ni pun masa aku dlm tren dia dah call dah mintak tlg punch. aku sound la, aku ckp "ko apsal asyik suruh2 org je? ko g mana?" geram ni. ekceli bkn aku sorg je yg dia dok suruh. tp minah A & B pun sama. pastu dia jwb, dia ckp pintu rumah terkunci, tgh tunggu mak sampai. WTH? ntah btl ntah tak. pg2 dah wat mood aku jd hangin. sampai kul 8.25 pun aku dok pk nak punch ke tak. last2 aku punchkan jgk. ni last aku tlg. muktamad. org mcm ni kena la tegas kan. huhu.
si minah A pulak suka mengular. keja dia hilanggg je. tp tak dpt dinafikan dia byk tau dlm apa2 perkara. so apa2 yg aku xtau aku refer kat dia je. dia mmg tak lokek ilmu. mesti dia akan tlg. tp bab mengular tu mmg aku xleh nak terima sgt la. kalau setakat g kedai kjp beli air ke xpe la kan. ni ntah, aku pun xtau mana dia hilang. siyes lama. kdg2 yg aku tau dia g jumpa balak dia. mcm xleh jumpa pas keje je. huhuhu. yg wat geramnye dia suka hilang time ada important call utk dia. dah 1 hal nak kena cari dia. tu satu, satu lg terpaksa tpu kat org yg call tu ckp dia g toilet. huuu.
lg 1, dia ni kuat gayut. kalau tak org yg call henset dia, dia yg call org guna telefon opis. lamaaaa pulak tu. agak2 la kalau nak guna fon opis utk peribadi kan. kjp2 xpe la. jgn la lama mcm tgh santai2 kat rumah. huhuhu.
minah B pulak takde apa yg nak diceritakan. dia ni gak yg best. aku mmg close la ngan dia. sbb dia takde wat hal sgt.
lg satu pasal mamat tu, dia ni mcm tak matang. umur dah 29 tp suka main2 mcm budak2. mcm xde ciri2 org dah keja. kat opis pun suka nak main2. cth, dia suka nak usik2 minah A ni. cara usik mcm bdk kecik. kalau minah A tgh ckp, mesti mamat tu suruh diam. dia saja nak mengusik tp aku yg di tgh2 diorg ni rasa terhimpit. org di kiri gaduh2 dgn org di kanan. aku kat tgh2 jd tensen. bila dah mamat tu dok suh minah A tu diam je mesti aku jerit kat dia, "eh ko la diam!". keja wat la cara keja beb. adehhh.
mamat tu dgn minah B pun sama. tergelak2, terkekeh2, main kejar2... oitt korang ni kat playground ke kat ofis? huhuhu. pernah sekali tu aku tgh call customer, mamat tu ngan minah B bertepuk2 tampar sambil gelak terkekek2 sampaikan aku tak dgr pun suara customer tu. so pe lg, aku sound la diorg suruh diam. ye, aku sgt garang. huhuhu.
tu la perangai dak2 opis aku. aku kdg2 pikir gak, diorg yg tak matang ke atau aku yg terlebih matang? ntahla, aku ni bknnya jns org yg serius sgt. aku hua2 gak. tp tgk tmpt la jgk kan. kalau kat opis jgn la over sgt. blh bergurau2 tp jgn smpai menganggu org lain. huhuhu.
p/s: kan best kalau ada bilik sendiri mcm bos. blh privacy,xde org kacau. huhuuh.
2 penyibuk:
aku pn x ske kalo camtu..kalo ko lewat ko tanggung sendiri jwb ngan bos..kalo aku lewat pn sama..kalo yg jenis bising pn aku hangin gak..esp yg ske cakap tepon kuat2..kadang2 aku hangin..aku pkai headphone tp pasang volume kuat2..aku rela dr dgr dia bercakap mcm nk satu opis tahu yg dia tgh sembang..huhu..
kan???sekali sekala dtg lmbt xpe la..ni agak kerap..huhuh..sbr je la.
Post a Comment
pengomen tegar