hari ni satu hari yg penuh kebusanan kot bg aku... memula bajet nak rehat je satu hari ni. mana taknya, smlm penat jln2. smlm aku g jln tar ngan cousin aku. tujuannya nak cari kain pasang buat baju raya. bln dpn dah nak masuk bln puasa. skrg ni pun org dah start tempah baju. aku tanya kedai tempah baju kat opis aku, akak tu ckp dia mmg tak amik tempahan dah sbb dah ramai dah hantar. tu yg aku g cari smlm. takut gak kan org tak amik tempahan dah. aku ni payah sikit nak beli yg dah siap, xde saiz kekdahnya...hahahha. maklumlah tak brp nak tinggi. kalau dpt yg leh ngam, kainnya pulak pjg. wakakakaka.
hari tu abg aku g china. aku pesan kain cotton kat dia. dgrnya kat sana murah2. abg aku beli byk2. katanya nak jual. adik ipar dia ada butik kat kajang. so dia ltk kat butik adik ipar dia tu. aku berkenan laa 1 kain ni. sekali abg aku ltk harga RM130. gile2. paling murah dia leh kasi aku RM100. perghh. kalau harga mcm tu baik cari kat sini je. ingatkan leh la dpt harga kat sana. adik beradik pun nak berkira. sbr je la aku. tak jd aku nak amik. aku beli kat jln tar smlm dpt RM32 je. sama je kualiti kainnya. huhuhu.
sampai dlm kul 5 camtu aku jln2 smlm ngan cousin aku. balik terus terbongkang. penat katanyaaa. hak2. mlm pulak, kwn lama aku yg aku baru terjumpa balik kat sini ajk lepak2 minum. kwn aku tu kira bff aku la masa kat U dulu. mmg rpt la, g kelas semua sama2. bilik pun dkt2. tp sjk ada 1 peristiwa terjadi kat dia, kitorg terus mcm agak terputus hubungan la. tiba2 ari tu aku terjumpa dia blk kat LRT. rupanya duduk 1 apartment ngan aku, 1 blok lagi tu. mmg tak sangka. mlm td dok sembang2 ngan dia sampai kul 12 lebeh. mmg best borak2. byk cerita lama2 kitorang rewind blk.
so hari ni ingt nak relax2 la kan. tp rasa busan lak xtau nak wat apa. dahla duduk sorg2. dr ari jumaat aku sorg2. hosmet aku tu suka lepak2 tdo umah akak aku. kdg2 aku terpikir sapa sbnrnya adik badik akak aku ni? dia lak mcm lebeh2. tau la bespren kan. tp agak2 la smpai tgglkan hosmet dia ni sorg2. aku bkn xnak ikut g umah akak aku tu, tp umah dia jauh dr LRT. ssh nak gerak. mcm smlm aku nak kuar ngan cousin aku kan. tu yg aku x tdo sana. kdg2 terasa ati gak la. baik xyah ada hosmet mcm ni. dok sorg2 lg best. huhuhuh. penah gak sepanjang weekdays dia tdo sana. masa tu akak aku sorg2 sbb anak dia kat abah dia. hosmet aku leh ckp dia lg kesian kat akak aku berbanding aku. ermmm... kalau ikutkan suasana kat umah sewa aku ni lg berbahaya berbanding ngan apartment akak aku yg mahal tu. situ siap ada security lg. ermm ntah la. aku kdg2 mls nak amik tau dia ada ke takde ke. aku dah biasa sorg2. mlm ni sorg2 lg aku. biarla nak wat cmne kan.
bila hari minggu mcm ni rasa busan lak. siyes xtau nak wat apa. dahla pg2 kat sini dah memekak. sbb ada kenduri kawen kat sini. so diorg pasang lagu kuat2... siap ada sesi karoke skali. mmg kuat gile. aku yg tingkat 15 ni pun leh dgr ngan jelas. suara tv pon tenggelam. dahla suara sumbang yg amat. ya ampunnn. aku nak tdo pun xleh tdo. nak tgk tv xde cite best. main intenet pun mcm busan. aku lyn je cite bodo kat tv3 tu. tajuk dia akhirat. mmg mcm hampehh je cite tu. ntah hapa2. huhuhuh.
tabah je la aku menempuh hari ni. nasib baik dah nak masuk mlm. esok dah mula keje blk so xde la aku busan sgt. huhuhu.
p/s: selamat hari bapa kepada bapaku. dah 35 thn beliau jd seorang bapa. tak lupa jgk kpd abg2 aku & abg ipar aku.
4 penyibuk:
gile berkira abg ko, bg ko selai free pon ok, bukan org lain adik sendiri
tau xpe weh..kalau tak kasi free pon, kasi harga dia beli la kan...ni sama je mcm beli kat sini..lg mahal kot... huhuuh.. last2 aku beli kat tar je la..
2la x sangke smp cm gitu sekali, xpe sabo je la
hehe...tu la..dia mmg agak berkira skit..ada skali tu, dia bwk blk apa ntah dr china...dia tnye aku nak tak..aku excited je pilih 1, sekali dia ckp kena byr...choyyy...x jd aku amek..
Post a Comment
pengomen tegar