setelah kisah tertipu di entry ini, akhirnya kali ni aku tak tertipu dah. last week, kakak aku tgk insta Beto,dia gtau yg dia akan berlakon teater. wahh ni laa peluang nak g jumpa dia.
tajuk teater tu Ratna Kadhal, bertempat kat Kompleks Pertama yg dkt ngan Sogo tu. 1st time aku g tgk teater kat situ. sebelum ni biasanya tgk kat Istana Budaya je. tiket pon x mahal, RM25 je. tak pernah tau pon ada teater buat kat situ.
aku ngan kakak aku g ari sabtu baru ni. kitorg pilih jam 8.30 mlm. sampai area pertama kompleks tu dlm kul 8. then g mkn mekdi dulu kat situ. aku x brp lpr sgt so beli bubur nasi je. tp yaa ampunnn, tak sedap langsung! berminyak gile. mkn fries je la aku jwbnya. huh.
tgh2 nak mkn mekdi tu nampak Misha Omar, dia pon beli mekdi gak. tp tapau je la. tak sempat tegur, just tgk2 dr jauh gitu aje la.
then kul 8.20 camtu kitorg g laa cari tempat teater tu. disebabkan x pernah2 g tempat tu, kitorg melilau je kat dlm Pertama Kompleks tu. katanya tingkat 10. tp 2,3 lif kitorg tgk kat situ semua x sampai 10 tingkat pon. pelik gak la. last2 kol no yg aku tempah tiket tu. dia bg direction. rupanya kena lalu kat hotel apa tah kat situ.
sampai atas, tgk dah ramai berkumpul. nsb baik x stat lg. ada sorg minah ni, dia ni selalu gak berlakon, tp biasa watak2 tempelan aje la. dia yg bg mukadimah dan arahan sikit2 sblm dpt masuk dlm.
gigih aku g cari gambo. minah tu yg belah kanan amani. yg gemok2 tu. time kitorg tgk teater tu, kitorg dah dimaklumkan oleh minah ni yg aircond rosak. fuhh.. nsb baik x panas sgt dlm tu. so xde laa peluh ketiak aku. hahahha. nsb baik aku antara org awal masuk so dpt duduk dpn sekali. ahaks.
time beto kuar je, semua pakat amik gmbo. haha. pelakon lain semua x kenal pon. means, diorg bkn pelakon drama la. just pelakon teater. sbb tu x knl. so nsb la kan. org nak tgk beto je hahahha. jelas weh tgk beto. dah dok dpn sekali kan. fuhh renungan dia menggoda beb. haha. oh ye lupa nak gtau yg Misha Omar pon tgk sekali. pttle nampak dia kat mekdi.
leh thn teater ni. kisah antara pergaduhan & percintaan 2 bangsa (melayu & india). so ada lwk, sedih, bergaduh semua ada. pandai pelakon2 yg jd india ckp tamil. tp tu la, x paham sbb xde subtitle. hehe. ntah diorg ckp apa pon xtau. tp kesimpulannya best la.
ni antara pic beto yg aku dpt snap masa dia tgh berlakon. haha.
bila dah abes teater tu, aku antara yg awal kuar. so aku pon cari2 la beto. tgk dia tgh sembang ngan sorg mamat ni. mamat ni pon pelakon suam2 kuku gak. xtau nama dia apa. yg aku tahu dia ada berlakon dlm drama fav aku skrg, Bunga Merah Punya. aku rasa mcm nak tego je dia tp aku leh x ingt nama watak dia tu. so aku abaikan, x jadi tego. haha.
yg tengah2 tu haa. lps diorg sembang2 diorg amik gmbo lak. aku time tu dah berdiri btl2 sblh beto. aku pon tego la,
"beto, nak amik gambo leh?" *malu2 kucing*
"eh bolehhhh." bak kata beto. waduhh, cair lak. hahahaha.
siyes aku menggigil ok. kiranya aku antara org 1st bergambo ngan dia la selain dr mamat tu. kecik je beto ni. x tinggi sgt. yg penting ramah. tgh2 amek gmbo ngan dia, dia pot pet ngan aku.
"sorrylaa badan sy masam2 ni. panas ye td? x sangka la aircond rosak ye. bla bla".
aku sengih je. sbb aku tgh menggigil. hahah. gambo ngan beto xnak letak sendiri. sila tgk di fb. haha.
fuhh tercapai gak kan hasrat. lps uplod je gmbo tu kat fb, pe lg ramai laa menjeleskan diri. wahahaha. jgn jeles ye kwn2. kih3.
p/s: lps ni impian nak jumpa Izzue Islam lak. haha.
2 penyibuk:
amboi ko.. tapikan.. aku tak tgk pon lagi gambar ko dengan beto kat fb.. hahaha..
motip x tgk lg? dh ramai org like dan komen dah hahahahahahah
Post a Comment
pengomen tegar