hari2 aku mesti dok pikir nak masak apa.hari ni bgn tidur je aku terus bkk peti ais tgk ada apa benda yg blh dimasak.ok tipu je.bgn tidur msti la mandi,gosok gigi dulu.hehe.
aku bkk peti ais,tgk ada daging kisar je lebihan yg aku masak spageti itu hari.lps tu ada la roti gardenia setengah buku.ermmm nak masak apa la.maka aku menggugelkan diri cari resepi yg ada kaitan dgn daging cincang.semuanya mcm ssh nak buat.ekceli tak la ssh tp takde bhn2 yg mencukupi.
then,terjumpa la resepi roti daging cincang.sng je nak buatnya.semua bhn2 aku ada kecuali tomato.apa lg,berkobar2 la aku nak buat.hehe.aku bljr drpd video ni (sila klik gmbr utk tgk video):
kredit to: try masak
disebabkan aku mkn sorg je,maka semua bhn2 ni aku bahagi dua.ni pun byk jgk hasilnya.aku baru mkn separuh.separuh lg tunggu ptg2 nanti baru mkn blk.ni hasil aku buat:
warna dia tak mcm dlm video tu pulak.mungkin sbb kurang sos cili kot.tp apa2 pun rasa dia mmg terbaik la.cpt pulak tu buatnya.mmg tak tipu.rasa dia mmg sedap.lain kali blh buat lg.:)
Ingredients
1) Roti - dipotong dadu (8 keping)
2) Daging cincang (150g)
3) Telur (2 biji)
4) Bawang besar - dicincang (1 labu )
5) Tomato - dicincang (1 biji)
6) Sos cili (8 sudu)
7) Minyak sayuran (4 sudu)
1) Roti - dipotong dadu (8 keping)
2) Daging cincang (150g)
3) Telur (2 biji)
4) Bawang besar - dicincang (1 labu )
5) Tomato - dicincang (1 biji)
6) Sos cili (8 sudu)
7) Minyak sayuran (4 sudu)
Directions
p/s: sekali sekala gantikan nasi dgn roti.sama jgk kalorinya. :)
Mula-mula, tumis bawang besar sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan daging cincang.
Kacau rata sehingga daging masak dan empuk.
Seterusnya, masukkan tomato, telur, sos cili dan juga roti.
Kacau rata sehingga semua bahan sebati bersama semua rasa.
Roti daging goreng bolehlah dimakan menggantikan nasi. Selamat mencuba.
Kacau rata sehingga daging masak dan empuk.
Seterusnya, masukkan tomato, telur, sos cili dan juga roti.
Kacau rata sehingga semua bahan sebati bersama semua rasa.
Roti daging goreng bolehlah dimakan menggantikan nasi. Selamat mencuba.
7 penyibuk:
yes.. ko buktikan ko leh masak... hebat2
laaa ko baru tau ke aku pndai masak?
hahahahahahahahaha... lama dah tahu.. saja nak sakat ko...
tu leh makan ke bha???? hehehehe.. tapi biasanya makanan yang xde rupa yg sedap
stud:sakat bawak bahagia..haha
hyun: sedappppp...
aku nak mencuba yang malas.. yg aku tau rebus bebola daging pastu panaskan prego spegetti sos.. tuang jew kat bebola daging tu... cam makan subway marinara meat ball
pergh..lain kali aku try yg tu lak..hehe
Post a Comment
pengomen tegar