30 PERKARA PEREMPUAN TAK SEMPAT BAGITAU LELAKI.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



p/s: hampir semua betul.
Terima Kasih baca KISAH aku.

jalan-jalan hujung minggu.

salam.


walaupun internet semput namun aku nak gagahkan jgk updet blog.hehe.


hari ni seharian berjalan2.seperti yg dijanjikan,aku dgn bffs,mashi & feena berserta seorang hero iaitu paan pegi piknik!yeah~


lokasi adalah teluk batik.ekceli aku dah biasa jgk pegi teluk batik ni.dulu kecik2 aku membesar kat daerah manjung so bapak aku selalu la bwk kami adik beradik pegi sini.kira teluk batik ni pantai yg popular la kat perak selain pulau pangkor.


tujuan berpiknik ni adalah sbb nak raikan besday aku ngan feena la konon.kami sama2 bln 2.aku 8hb,feena 2hb.lagipun kami biasa hang out dlm ipoh je kan.so kali ni pegi jauh sikit.lain kali kalau ada rezeki blh pegi lg jauh.ewahh.


bertolak pg dlm kul 8.30.sampai sana dlm kul 10 lebeh kot kalau tak silap.feena buat kek & kueytiow goreng.tp kami ada jgk singgah beli KFC.mashi pulak tempah cupcake khas utk kami.cute sgt!alamak tak dpt pulak nak uplod kat sini sbb gambar2 semua dlm kamera mashi.


yang paling best bila berphotoshoot!hahha..photoshoot la sgt kan.mmg dah lama pun mcm minat nak outdoor photoshoot.tp kitorg semua takde kamera canggih.upah org pulak mahal jgk.setakat gedik2 gitu je kan sampai nak upah2 org.so kami ambik gmbo sndiri je guna kamera mashi.kamera digital biasa je pun tp gmbr2 mmg semua cntik2 seh!kitorg posing pun ala2 mcm real photoshoot gitu.siyes mcm poyo je.haha.tak sbr nak uplod gmbo kat fb nnti.


apa2 pun mmg hari yg happy sgt la hari ni.penat tp best.dpt naik banana boat lg.1st time naik.mula2 mcm takut tp sbnrnya seronok!hak2.


ok smpai ni je.sorry takde gmbr nak ditepek sbb sume kat kamera mashi.


p/s: time bujang2 ni la nak jalan2 dgn kwn pun.nnti dah kahwin takut terbatas pulak.hehe.:)




Terima Kasih baca KISAH aku.

rindu setengah mati.

salam.


lately ni aku suka pulak dgn lagu Rindu Setengah Mati - D'Masiv.sayu je dgr lagu ni.lirik dia sedih.nak kata ada kaitan dgn aku,mmg tak la.aku nak rindu sapa?haha.


hari tu ada letak video lagu ni kat FB.kwn aku komen,


"mesti tgk kejora dan bintang tu kan?"


eh,cerita apa tu?aku mana layan sinetron daa...


sebenarnya start aku dgr lagu ni masa aku blogwalking.terjumpa blog ni.tuan blog ni (myza) letak lagu ni kat blog dia.1st time dgr mmg aku terus suka lagu ni.aku dgr ulang2 aje.


bila aku baca entry2 myza ni (sorry ye myza,saya cerita psl awk kat sini.:) ) baru aku faham kenapa dia letak lagu ni.mmg kena sgt2 lagu ni dgn situasi dia.kalau aku kat tmpt dia sure aku akan nangis kot setiap kali dgr lagu ni.


aku paham perasaan org kehilangan org tersayang walaupun tak pernah terjadi lg kat aku.walaupun dah berbulan2 dia pergi tinggalkan kita,tp kesannya mesti susah nak hilang kan?tambah2 bila org tu kita yakin sgt dia lah yg akan bersama kita untuk masa depan.tp Tuhan lebih sayangkan dia.


serius aku sedih sgt baca entry2 dia.emosi lak aku.hehe.mungkin myza dah dpt terima hakikat tp kadang2 tu biasalah ada perasaan rindu lg,teringat lg.bkn sng nak padamkan kenangan bersama.betul tak?*motip aku mcm jiwang & skema sikit?


kalau korang tak paham or blur dgn apa yg aku cerita ni,sila baca sendiri kat blog dia.sure korang akan tau.kalau tak tau jgk xtau la nak ckp.hehe.to myza,kalau awk tak jumpa jodoh dgn sapa2 sampai akhir hayat awk (saya tak mendoakan,saya cuma ckp "kalau"),saya yakin dia tulah jodoh awk sbb org ckp,kalau kita tak jumpa jodoh sampai bila2,mungkin jodoh kita tu dah jumpa Ilahi sblm kita smpt jumpa dia.apa2 pun saya doakan awk akan dpt jumpa pengganti nanti.kalau tak jumpa sebaik dia,mungkin akan dpt yg lebih baik.ok?:)*mcm myza baca je entry aku ni.hehe.


ok,sila la layan lagu ni kalau sudi.




aku ingin engkau ada di sini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku selalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu

p/s:aku nak balik kampung ptg ni sbb rindu setengah mati kat mak aku. :D

Terima Kasih baca KISAH aku.

Info lelaki.

salam.


entry ini dibuat khas utk hyun yg katanya tak jumpa fakta mengenai LELAKI.memandangkan entry hyun yg terbaru pun pasal wanita,so aku gigih cari info pasal lelaki pulak.tak banyak pun yg aku dpt tp jadi la.hehe.


gmbr hiasan semata-mata. :D


1. MUDAH KENA TIPU 



22% peratus dari lelaki sebenarnya sedang ditipu oleh kekasih mereka.Dan 27% tidak mengakui sedang ditipu kekasih walaupun sebenarnya mengetahuinya.

tak sangka pulak lelaki sng kena tipu ye.nanti kalau aku ada pakwe blh la aku selalu tipu pakwe aku.muhahaha.

2. BOLA SEPAK 


77% peratus lelaki peminat setia bola sepak.mahupun liga tempatan atau antarabangsa.

ni mmg tak dinafikan la.rata2 lelaki mmg suka bola sepak kecuali adik2 kot.haha.tp ada jgk aku jumpa lelaki yg bkn adik2 tp tak suka bola sepak.ni spesies terpencil je la.

3. FANTASI


fantasi lelaki sebenarnya tiada batasnya.walaupun di dalam seks.

lelaki mmg suka bayangkan benda tu kan?betul tak?hehe.

4. MINUM SELEPAS WORK OUT 


Lelaki sesuai untuk minum segelas choclate milk selepas bersenam kerana terdapat protien didalamnya..

jarang pulak jumpa lelaki yang suka air coklat.mungkin ada tp tak ramai kot ye?

5. BENCI KAWAN 


19% lelaki mengakui membenci salah seorang daripada kawan mereka ketika menuntut di kolej atau universiti.

aku ingtkan pompuan je yg suka benci2 org ni.lelaki pun ada rupanya.hehe.

6. TERINGATKAN KAMU


lelaki dikenali sebagai golongan yang agak nakal.tetapi tahukah anda bahawa sebelum tidur lelaki akan memikirkan gadis yang betul-betul mengambil berat tentang dirinya.

kiranya lelaki ni jiwang jgk ye.hehehehe.

7. KOPI 


kopi mampu meningkatkan tahap pergerakan Sperma.

patutla kebanyakan lelaki suka minum kopi.wakakakaka.

8. EJAKULASI AWAL 


Hasil kajian penularan dan sikap terhadap enjakulasi awal asia pasifik(AP PEPA) baru2 ini terhadap 5,000 lelaki mendapati mereka mempunyai kesedaran terhadap tentang masalah enjakulasi awal.Dan di malaysia lebih 29% lelaki mempunyai masalah berkenaan.

ni aku no komen.hahahaha.

p/s:ni kajian aje la. :)

Terima Kasih baca KISAH aku.

ada apa dengan cinta?.

salam.


byk pulak aku post entry mlm ni.haha.nak tidur tp xleh tidur lak.erm td bkk youtube,saja nak dgr lagu2 dlm tu.lps tu terjumpa pulak lagu2 melly goeslow dlm filem Ada Apa dengan Cinta (AADC).teringat pulak zaman sekolah dulu.zaman aku gila sgt2 dgn movie ni.




masa tu aku form 4 ke form 5 mcm tu la.aku tgk citer ni sblm tayang kat panggung lg.ingat lg masa tu abg aku bwk blk cd ni.dia beli kat mana ntah.yg pasti cetak rompak.haha.


sekali tgk je aku dah terus jatuh cinta dgn cerita ni.sgt2 suka.paling aku suka puisi yg rangga (nicholas saputra) buat tu.lps tu cinta (dian sastro) baca dan jadikan lagu.sgt best part tu!


masa filem ni tgh hangat kat panggung,mmg ramai la yg fanatik.sekelip mata dua pelakon utama ni terus popular kat Malaysia.aku slh sorg yg suka kat dian ni.sampaikan aku kumpul rambut panjang sbb nak sama dgn dia.haha.tp rambut aku tak secantik rambut dia.


teringat masa tu,radio era (radio terpopular masa tu) ada buat contest AADC ni.sapa2 yg dpt jadi pemanggil ke5 kena jwb soalan dia.kalau tak slh aku masa tu soalan dia ada 2 jenis.


1) kena mempromosikan filem AADC ni
2) kena lakonkan mana2 babak dlm filem ni


so nasib la pemanggil tu kena yg mana.aku pun gigih call era tau masa tu.maklumlah fanatik yg amat!masa tu takde handphone lg.so guna telefon rumah la.hehe.


aku dail2 byk kali.tak sangka aku dpt jd pemanggil ke5!ingt lg masa tu linda onn yg jwb.haha.dia siap main2 lg dgn aku.dia tanya sure ke aku ni pemanggil ke5?aku jwb la xtau.lama2 tu dia bersorak ucap tahniah kat aku!haha.


aku kena soalan yg ke2 tu.so aku pilih utk baca puisi tu.konon2 masa tu penuh penghayatan la aku baca.kecoh2 je aku bgtahu mak aku yg tgh masak masa tu yg suara aku masuk radio.hahaha.


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci
Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera
lps tu linda onn ckp pihak radio era akan call aku utk bgtau sama ada aku menang atau tak.aku tak ingt berapa lama lps tu,aku dpt call.aku dpt hadiah sagu hati je.tp semua yg masuk contest ni dpt jumpa dian sastro & nicholas saputra ni kat KL & dpt tgk wyg dgn diorg.sampai skrg aku takleh nak remind kat mana tmpt tu.yg pastu dlm shopping complex.
aku tak berharap pun nak pegi pun sbb jauh kan.aku kat Ipoh la masa tu.aku bgtahu mak aku.tiba2 mak aku ckp dia nak temankan aku.bersorak la aku masa tu.lps sekolah je aku dgn mak aku terus naik bas pegi KL.abg aku & kakak ipar yg jemput masa tu terus bwk pegi tmpt tu.
sampai2 sana je,ya ampunn!ramai gila2 org.aku ingatkan sapa2 yg masuk contest je yg dpt jumpa.kira mcm mjlis tertutup la.rupanya terbukak.mmg penuh la org kat mall tu.yela AADC ni tgh hot kot masa tu.kitorg nak jln pun ssh.dpt tgk pelakon2 tu dr jauh je.agak menyesal jgk la masa tu.tak sangka la pulak kan.
lps tu tiba la time tgk wyg dgn diorg kan.tgk cite AADC jgk pun.aku tak pasti diorg betul2 ada ke tak dlm wyg tu sbb kitorg blk awal masa tu.abg & kakak ipar demam.rasanya diorg ada kot kat blkg.tp xde rezeki nak jumpa kan.selain tu dpt la cd soundtrack AADC ni.
tu la pengalaman aku dulu2.sampai skrg aku tak jemu tgk citer ni.mmg favourite film aku la.ok ni video masa Cinta baca puisi Rangga.:)

p/s: aku mmg suka jumpa artis.hahaha.:D

Terima Kasih baca KISAH aku.

dah dpt!!yeah!~

salam.


tak updet blog pun lg hari ni.mcm hari2 wajib je.haha.hari ni tak brp nak ada mood sbb selsema tak kebah2.hari tu masa g melaka mcm dah ok tp hari ni jadi balik.dok sokseksoksek je.hingus meleleh tak henti2.sila jangan muntah.haha.


dah berhelai2 tisu aku guna.last2 aku guna sapu tgn lak.rimas je aku dgn selsema ni.tak selesa sungguh.nak mkn ubat,tp ubat tu serius buat org tersangat la ngantuk.tp bila pikir2,aku bknnya kerja pun.so mkn je la kan.dlm tgh hari kul 12 mcm tu aku mkn la sebijik.kesannya mmg dah dijangka.lps mkn je terus aku lalok.aku pun terus la tidur.


dlm kul 1 lebeh mcm tu aku terjaga.aku pun bwk keluar ayam dr peti sbb nak msk.perut dah lpr.masa tu pg je aku breakfast roti telur goreng.sementara tunggu ayam tu dah tak keras,aku sambung main internet.tp kepala lalok lg.adehh.kuat betul ubat ni.aku dah tak thn,aku tidur lg.


kul 4 aku terjaga.perut mmg lpr sbb tak smpt masak lg aku dah tidur kan.tiba2 dpt msg ym dr kakak aku.dia tanya nak ke kueytiow goreng.mmg rezeki beb.mestila nak kan.perut lapar gila.tak jd aku msk.aku masukkan blk ayam dlm peti.


sementara tunggu kakak aku blk dgn kueytiow,aku goreng telur utk mkn dgn roti.nak lapik perut la katakan.hehe.


dlm kul 7 mcm tu,en.hamdan yg ajr aku bwk kereta itu hari call.katanya dia on the way ke rumah aku.yeahhh aku nak dpt lesen dah!!happynya.hehe.


tadaaaaa!!*sila jgn menyampah haha.


ni bkn gmbr aku.sila jgn terpikat.hahahaha.

lps ni aku dah blh bwk kereta.tp kena tunggu kereta sendiri la kot.yelah beginner mcm aku sapa laa yg sudi pinjamkan kereta.kakak aku sndiri pun tak nak bg aku bwk kereta dia.kalau mcm tu mcm mana aku mengaplikasikan apa yg aku bljr?cewah.semua org mula dr beginner kan?abg aku bg aku bwk kereta dia tp dgn syarat dia ada kat sblh.hehe.ok la tu.tp xtau la bila.nanti2 la.hiks.

rasa happy sgt dah ada lesen.hak2.takde la aku malu lg dgn kwn2.kih2.

p/s: aku lalok lg.kepala dah pusing sgt ni.dahsyat la ubat tu.mkn sebijik time tgh ari je pun.kesannya sampai mlm.kjp2 lg mahu aku tidur ni.:(

Terima Kasih baca KISAH aku.

line dah tak semput.

salam.


dlm entry sblm ni aku ada citer kan psl brodben aku makin slow yg amat.start dr last week la,aku dpt sms dr celcom broadband tls mcm ni.


"Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ"


motip sgt kan?padahal bukan ke unlimited?buat internet addicted mcm aku ni mmg geram la sbb tak dpt berinternet dgn bestnya.kalau slow sikit2 xpe gak.ni slow yg teruk sgt.bkk page apa2 lambattttttttttt sgt nak keluar abis.sampai kena refresh berbelas2 kali kot.


jd,aku mcm biasa la jumpa pakcik syg aku tu.kihkihkih.sure dpt je jwpn.aku jumpa cara mcm mana mau kasi laju blk utk sapa2 yg alami prob mcm aku ni.


caranya:


1) Pastikan anda telah connect dengan internet terlebih dahulu. Tekan ‘start’ dan cari ‘run’. Selepas itu, dalam aplikasi run tadi, tulis ‘cmd’. Tekan OK.



2) Akan keluar ‘command prompt’ macam rajah di bawah ni. Kemudian masukkan ‘ipconfig/all’ dan tekan enter.



3) Bila dah enter akan kluar senarai connection, cari hardware wireless korang (nama Modem korang), tgk gambar kt bwh utk pilih yg mana betol.



4) Ok sekarang tekan “ping [address korang] -t” Contoh ping 10.175.53.131 -t mcm gmbar kt bwh. Bila berjaya, korang akan terima balasan macam kat baawh. Kalo tak keluar macam kat bawah maksudnya tak berjaya la tu…




5) Biarkan benda ni berjalan selama mana korang online broadband, kalau dah tak nak pakai, tekan ‘close’ saja.



kalau still slow jgk,ip address tu korang gantikan dgn www.yahoo.com -t.aku try yahoo baru ok.mmg berkesan la cara ni.aku dah leh bkk blog aku dgn cpt tanpa tersekat2.yehuuu.


sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=198030


p/s: ni dikira curi bandwidth.err tak dosa ke ye?heheheh. :D
Terima Kasih baca KISAH aku.

update..update.

salam.


pg2 aku dah updet weh.hakhak.tak pernah2 seawal ni.


smlm g melaka,attend wedding member forum & bergather la kami kat sana.walau tak ramai mana pun yg pegi tp best la sbb 1st time dpt bersua muka.selama ni dok kenal kat alam maya je kan.


lps mkn2 kenduri g jln2 lak kat melaka tu.naik cruise.1st time naik.mula2 mcm teruja sbb ingt mcm best la.tp biasa je kot bg aku.haha.tp xtau la kot mlm baru happening kot.


pergh smlm mmg kepenatan kot.keluar pg,mlm baru blk.sampai rumah dlm kul 8.30 smlm terus aku online nak tgk update terkini dari facebook & blog.lps tu mandi2 semua,chat2 kjp dgn kwn kat fb then blh lak aku tertidur dpn netbook dgn keadaan netbook + lampu terpasang.satu pembaziran telah berlaku.haish.aku terjaga kul 6.15 pg.mmg tak sedar diri la tu smlm.aku sambung tidur sikit lg lps tu mcm biasa la bgn blk utk tlg akak aku uruskan anak2 dia.lps tu terus updet blog.hehe.takleh tidur blk lak.


followers aku makin bertambah.ni mesti gara2 aku join segmen ben ashaari tu.hope korang yg follow aku tu jgn menyesal ye.almaklumlah blog aku ni serba kekurangan.entry tak menarik mana,gambar tak letak.low profile la konon.hehe.


sapa2 yg tag aku tu terutamanya nelly,sorry ye tak dpt join segmen awk tu.bkn taknak or sombong.tp skrg ni tak tau la,brodben sgt2 la slow yg teramat2.sgt2 teruk!dpt msg dr celcom katanya aku over limit.hmm bkn unlimited ke brodben ni ye?aku pun tak paham la.yg pasti mmg teruk sgt2 la line skrg ni.dah mcm2 cara dah nak kasi laju,betul2kan simcard la,tukar pot usb la,tukar network la.tp mcm tuuu jgk.nak bkk blog sndiri pun ambik masa sampai berbelas2 minit kot.smpai terpaksa refresh byk2 kali.kalau dah dpt bkk pun,mesti ada yg tak keluar.mcm shoutbox,followers.mmg geram la setiap kali nak bkk blog.


ermm lg takde cerita menarik pun.oh ye,dpt hadiah besday dr kakak yg aku kenal kat forum.




2 helai shawl!thanks sgt2.mmg terharu sampai lebam.tak sangka akak akan kasi hadiah besday.lps tu mcm tau2 je taste sy.hiks.


ok,tu je kot cerita terkini.:)


p/s: bila la leh jumpa budak2 forum lg. :D
Terima Kasih baca KISAH aku.

aku sensitif sgt hari ni.

salam.


hari ni aku nangis je.sgt2 sensitif hari ni.banyak benda buat aku stress lak ari ni.takde mood lak rasa.ermm aku ni cpt gak nangis.kalau tgh mrh sgt2 pun aku blh nangis tau.tambah2 aku tgh tak brp sht skrg,so cpt la air mata aku tumpah.


lps tu tgh2 xde mood mcm ni,blh lak sorg kwn aku ni tanya soalan yg buat aku mrh sgt2.dia ni kira kwn lama la.tiba2 ym dgn aku.mula2 perbualan mcm ni:


R: ada mana?

aku: ptrjaya
R: Owhhh dh keja?
aku: lum
R: Xkan duk ngaga ja p laa kl byk keja


bila dia tls je ayat yg aku bold kan tu,terus aku naik angin.aku mmg sensitif bab2 keja ni.apa aku bodoh ke tak g cari keja?aku mmg bantai mrh dia cukup2.



aku: ko ingt aku x cari ke??
R: Kawin jaa laa kan senang hehhh xpayah pk2
aku: ckp sng ar
aku: xkan la aku bodoh sgt x cari keje
aku: berlambak ar resume aku bg
aku: dah xde rezeki lg nak wat cne
aku: apa punya soalan la
R: Amboi jangan ar marahhh
R: Mcm ngh period jaa huhu
R: :)
aku: tgh period je ke leh mrh???
aku: aku mmg pantang ar org sebut2 psl keje
aku: ckp aku mls cari la
aku: apa la
aku: xkan la aku bangap sgt
R: Releks ar mybe usaha ko lum cukup kuat lagi
R: Hmmm aku just ckp usaha lum kuat lagi n iringi doa
aku: bila ko ckp cmtu?



lps tu dia terus tak bls dah.aku ni jns ssh jgk nak mrh.tp sekali org buat aku mrh aku mmg marah sungguh2.tambah2 tgh2 xde mood,tiba2 org menambahkan lagi ketakdemood aku ni.hmm.


p/s: jgn main2 dgn aku.
Terima Kasih baca KISAH aku.

SEGMEN 2 DALAM 1 : KHAS BUAT BLOG PUNYA FOLLOWER.

salam.


tiba2 nak join segmen dr ben ashaari.



1st time ni nak join.hehe.segmen ni sng je.nak tau mcm mana?klik je kat gmbr atas tu ya!


ok sy dah siap!!








Terima Kasih baca KISAH aku.

tak sihat.





salam.


aku tak sihat hari ni.mlm td tekak aku sakit yg teramat.mungkin sbb cuaca skrg panas tak menentu.lps tu pulak aku ni suka minum air sejuk dlm peti ais tu.sbb panas kan msti la nak sejukkan tekak.mungkin tu faktor aku sakit tekak ni.


bgn subuh2 td aku muntah.tp takde la teruk.muntah sikit2 je sbb rasa tak selesa sgt dgn tekak ni.skrg sakit kepala pulak.sakit yg amat2 ni.nak try tidur tp tak blh.nak mkn pun rasa mcm tak selera.aku mkn nugget je td.


dah minum air asam jawa + air suam byk2 dah ni.huu..peritnya rasa skrg ni.badan pun dah lesu2.


doakan aku cpt sembuh ya!:)


p/s: bila sakit terhapus dosa2 kecik.
Terima Kasih baca KISAH aku.

saka?.

salam.


siang td bapak,mak & abg aku pegi berubat kat syifa al-hidayah.ala yg pelakon asyraf muslim jd pengamal perubatan kat situ tu.dia kan dah insaf skrg sjk jd pengacara penawar syifa kat astro oasis tu.


gmbr hiasan semata2.


asyraf muslim ni penah ubatkan mak aku masa mula2 mak aku pegi berubat kat situ.lps berubat kali pertama tu,mak aku kena ada rawatan susulan.so dia kena pegi lg syifa tu.kali ke2 dia pegi ngan bapak aku.bapak aku pun nak berubat sama.biasa la kan bila dah berganjak ke usia emas,mcm2 penyakit ada.masa kali ke2 mak aku pegi tu,dia dpt ustaz lain,bapak aku pulak dpt asyraf muslim.


lps tu,siang td mak & bapak aku pegi lg utk rawatan susulan.abg aku ikut sama sbb dia dah lama ada mslh sakit blkg.kali ni abg aku pulak dpt asyraf muslim.mcm berjodoh dgn aku pulak.haha.ehh apa aku merepek ni?


yg sbnrnya aku bkn nak ckp psl asyraf muslim.adoi dah lari topik pulak.aku nak cerita psl abg aku.kan dia nak berubat psl sakit blkg dia tu kan,masa asyraf muslim ni check abg aku,dia ckp dlm badan abg aku ada 19 jin!terkejut jgk la.bapak aku ckp mungkin benda tu saka.bapak sedara kpd bapak aku ada bela.dia nak turunkan kat pak long aku,tp pak long aku tak nak.mungkin sbb tu dia cari cucu2 dia pulak.so abg aku yg kena.




erm,tak sangka pulak keturunan aku pun ada saka2 ni.selama ni dgr cerita org je.aku cari la maklumat psl saka ni.dgrnya org2 dulu bela saka utk jaga kebun,pelindung dan sebagainya.aku jumpa maklumat pasal saka kat sini.erm nak terangkan kat sini pjg sgt pulak.kalau korg rajin korg klik sendiri la kat situ ye.


tp aku letak tanda2 org yg ada saka je la ye.




 
 Gejala pada waktu tidur.
 
 
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

tp aku mcm tak caya je abg aku ada benda2 ni.sbb tak pernah pulak dia ckp dia ada ciri2 mcm kat atas tu.tp ada 2 ciri yg kena kat aku - susah nak tidur & bunyi gigi berlaga ketika tidur.ekceli adik beradik aku mmg jns tidur berlaga gigi termasuk la aku.ingtkan aku pun dah dikategorikan ada saka gak ni.risau gak la.tp kakak aku ckp dia cari lelaki je.lega aku dgr.haha.

nasib baik la abg aku tu takde anak lelaki.tp abg aku lg sorg bakal dpt anak lelaki.ada kemungkinan ke ye anak dia akan dpt?wallahualam.harap2 abg aku amalkan ayat2 yg asyraf muslim bg tu utk hilangkan jin dlm badan dia.InsyaAllah.



p/s: takutnya dgr pasal saka2 ni.
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com