mati tak kenal usia..

assalam...


jumaat ari tu dikejutkan dgn kematian seorang artis, Izwan Pilus sbb serangan kencing tikus. siyes aku tak sangka. bkn sbb dia artis ke apa. tp sbb dia muda lg. baru 32. 


bila dgr cerita psl org yg muda2 dah 'pergi' membuatkan aku terkedu skjp. betapa mati tak kenal usia dan cara. kdg2 kita msti pk org tua2 yg dah mmg ada penyakit or nazak je yg ramai 'pergi'. tp sedar tak kita yg ajal blh menjemput bila2 masa? hari ni mungkin kita gembira, esok kita tak tau lg.


aku rasa sedeh baca kisah org yg mati mengejut ni. membuatkan aku rasa insaf. tp selalunya insaf tu skjp je. ntahla, rasa takut tu mmg ada. tp still lg buat dosa. bila nak berubah btl2 pon tak tahu la.

semakin aku meningkat usia, semakin aku rasa nak berubah. tp semakin aku rasa nak berubah, semakin byk dosa aku buat. huhuh. betapa tak kukuhnya pendirian aku kan. benda yg aku nak elak buat, benda tu la aku dok buat. ermmm. 


hrp aku dpt jumpa org yg dpt bimbing aku nanti. aminn.



TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU

TUHAN aku tahu byk dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya Kamu yg mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU

ALLAH..ampunkanlah hamba-MU (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu

ALLAH..jatuh air mataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah (keampunan) tiba nanti..

Terima Kasih baca KISAH aku.

teghasa! hahaha

Tergelak aku baca komik pendek ni. sapa la yg kretip tu. siyes kelakar!


klik utk tumbesaran


dgn mimik muka lisa surihani tu.. mmg sesuai dgn dialog yg direka2 ni. hahaha. 


tp sbnrnya kan, ramai yg tak perasan...


aku pon pelat R gak! hehehe.


kalau aku ckp aku pelat R ramai gak kwn2 aku yg ckp, "eh tak perasan pon?"


aku pandai cover kot! haha.


dlm family aku, aku ngan abg aku yg 1st je yg pelat R. pastu skrg anak dia yg sulung pon dah mewarisi kepelatan kitorg. hehe. 


anak buah aku yg 1st perasan aku pelat R. padahal dia baru darjah 3. dia tu kalau dgr aku ckp, msti dia akan ejek2 huruf R aku. pastu msti aku mrh dia blk. haha. yg sbnrnya sbb aku malu. tu yg mrh. hahaha.


aku rasa faktor org tak perasan msti sbb ckp lelaju kot. tak pon kalau huruf R tu kat tgh2 perkataan atau faktor kata lain bunyinya tak ketara.


cth, PERKATAAN, ORANG, PERASAN, BERNYAWA. 


kalau perkataan tu bunyinya R nya terhenti ataupun aku sebut huruf R tu aje, haa mmg xleh elak la.


cth, RCC, Arni, Erma, Irdawati. 


aku nak sebut nama diri sndiri pon malu sbb mesti org dgr lain. sebutan R tu dah jadi mcm L.


kalau time keja, aku selalu deal ngan satu ni yg digelarkan RCC. so bila nak call RCC ni, msti aku ckp cmni,


"helo RCC ke ni?"


penah aku kena ulang blk sebut. sbb diorg dgr mcm lain. mgkin diorg dgr 'A'CC kot. haha. malu beb.


org gelarkan lidah pendek ek? hehe. xpe la, pendek pon pendek la.. asalkan blh gak bertutur kan. dah kira syukur.




p/s: kalau org suruh aku buat bunyi ayam atau dengkur mmg sah2 la aku tak buleh :D
Terima Kasih baca KISAH aku.

gathering.. lagi!!

15 jan 2012.

smlm ada gathering dak porem thread Misteri Paranormal & Sakti (MPS). aku pon tak menyangka aku leh terjebak ngan gath ni. sbbnya aku ni pelepak tegar Borak je. 

aku mmg tak suka g thread MPS tu. sbb aku tak suka kisah2 misteri, mistik semua tu. start aku terjebak last year, hyun kalau tak slp suh baca kisah Panggilan Telefon Misteri (PTM) kat situ. 

mula2 baca, adalah rasa seram2 semua. cerita ni kisah pengalaman penulis tu (cik es) sendiri di mana dia blh 'berbicara' dgn org yg dah mati & blh nmpk benda2 halus. kagum sgt dgn gaya penulisan dia. dia menulis ala2 mcm novel. so kita rasa tertarik utk baca dan baca lg. memula baca mmg rasa mcm wah ngerinya.. tak dpt bygkan kalau aku berada kat tmpt cik es. wah gitu. tp bila dah hujung2 tu, dah mcm dlm drama lak. meleret2, kisah tragis semua tu mcm dibuat2 lak. terpikir gak, btl ke cite ni? ke rekaan je?

skrg dah PTM part 2. dah makin byk watak baru muncul. makin aku rasa mcm, eh btl ke tak cite ni? mcm tak logikk je. kata penulis tu mmg kisah benar dia la. tp apa pun, btl ke x btl cite ni, dia je tau. aku x amik pusing pon yg tu. apa yg aku kagum, gaya penulisan dia tu. mmg best. lg 1, dia selitkan sekali kisah cinta dia. mcm mana dia knl hero dlm citer tu semua. part2 tu mmg aku suka. sweet sgt. senyum sorg2 aku baca. hehe.

berbalik ke kisah gath, mcm mana aku leh terjebak ngan gath ni? haha. start baca PTM tu la, aku add cik es tu kat fb. then ada la berkomen2 kdg2 dgn dia. cik es ni org sarawak. thn lps ada dia trn KL kjp, ada kursus. ada la dia request nak jmpe dgn pembaca2 citer dia ni. aku takde la berminat nak jmpe sbb aku bkn pelepak tegar pon thread tu. baca pon bila teringat je. posting kat situ lagi laa tak. sekali 2 je kot. lain la ngan dak borak kan. sbb ktorg since blm jmpe mmg dah kamceng, dok borak2 kat porem tu. so masa cik es tu trn KL masa tu aku tak g jmpe pon.


then jumaat baru ni dia trn KL lg, urusan kerja. so dia request nak jumpa lg. ada 2 org porumer ni, nidz & devi, diorg create event utk wat gathering la ngan cik es. disebabkan aku fren ngan diorg kat fb, so diorg ajk la aku. aku mcm biasa la, x berminat sgt. aku dok bg alasan, dkt2 nak event tu baru aku kasi jwpn. tkt tiba2 ada hal kan. bajet retis je kan, konon jadual pack. haha.


bila dah dkt2 event tu, tergerak pulak nak jumpa. masa tu pun aku xde hal apa2. so pikir2, apa slhnya ye dak aku pegi menambahkan kwn2 baru. eventnya plan asal start kul 4ptg - 7 mlm hari smlm. buat pot luck & tkr2 adiah. sehari sblm tu semangat aku g beli adiah & order apam polka dot utk event tu tau. hiks. 


last2 min, tgk2 gath tu pospon ke kul 8 mlm atas sbb2 yg x dpt nak elak. hurm, mlm yg aku lemah. kalau dkt2 umah aku x ksh je blk mlm2. tp ni kat PJ. so rasa mcm xnak g dah. tak kisah le dah order apam tu. leh je aku mkn kan. adiah tu pon aku amek la kan. haha. 


tp nidz ala2 memaksa aku gitew. dia ckp nnti abis event dia anta aku blk smpai ke umah. wah gitu. so pk pk lg. hurm, ok la. aku join. berdebar gak nak jumpa diorg ni, maklumlah sorg pon aku x kenal. dlm porem pon x penah bertegur sapa langsung. xpe cekalkan ati. aku kan peramah. hahah (perasan).


aku kuar umah awal smlm, pas asar dah gerak. takut nak gerak senja2 sbb gelap. so aku lepak kat kl central dlu. naseb ada org yg sudi temankan aku lepak. hee. kul 7 lebeh aku gerak dr kl central, naik lrt trn kat tmn paramount. sampai situ nidz amik aku. event tu buat kat umah akak dia.


yg dtgnye adalah 7,8 org. drpd belas2 org yg kata nak dtg, byk tu je yg tunjuk muka last2. haha. yela, bila dah pospon mlm, ramai yg xleh. semua pompuan. aku paling muda. ahaks. apa2 pun best gak la smlm. semua peramah2. cik es tu pon byk ckp. rasa mcm dah lama knl. next time kalau ada rezeki leh jumpa lg. :)




p/s: seronok sgt baca kisah hidup cik es.. serius dah btl2 mcm dlm novel. blh wat drama gitu.
Terima Kasih baca KISAH aku.

The Darkest Hour.



assalam...


saja nak bgtau, aku tgk The Darkest Hour smlm, kat Berjaya Times Square. aku ni idakle gemor tgk cite omputih. mungkin sbb faktor family yg suka lyn citer melayu gak menyebabkan aku ni jd penggemar citer melayu je. tp walaupun aku ni penggemor citer melayu, aku idakle main rembat je nengok cite apa2 je kat wyg tu. mstila pilih citer berkualiti mcm Nur Kasih, Ombak Rindu, Cinta ke kan. mcm smlm, citer melayu yg ada, Papa I Love U. ishh, citer ghupe itu idakle aku nak nengok wyg. tunggu tyg kat tv udahle kan. buat buang duit aku je.


berbalik kpd cite aku nengok smlm, aku ni mmg ssh nak lyn citer omputih. mmg x masuk ngan jiwa aku ni. nak2 cite yg berat2 mcm Mission Impossible ke, Transformer ke, mmg ssh aku nak phm. bkn sbb xdak subtitle ke. tp aku mmg x gemor citer berat2. kalu citer ala2 romantik komedi mcm My Best Friend Wedding ke, mesti aku blh lyn. 


berbalik balik kpd citer aku nengok smlm, (brp byk berbalik daa?), aku nengok pon sbb kwn aku tu nak nengok. so ikutkan je. seperti dijangka, aku x paham pon cite dia psl apa. rugi kan 2 jam aku? hahahahahhaha. k,bai!


p/s: nak tunggu citer cinta kura2 lakonan my peberet Tiz!
Terima Kasih baca KISAH aku.

 

Blog Template by WawaZameri.com